19.7.13

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang kali ke -4

salam readers,




tiap2 tahun mesti HCPP akan menganjurkan Iftar Perdana ini ...
nak tau apa tujuannya? 
ada banyakk....

antaranya ialah untuk menjana dana untuk pengoperasian HCPP sendiri...

dan tahukah anda, mengapa kami perlu menjana dana-dana ini? untuk siapa dana ini?

ketahuilah di luar sana banyak kes-kes saudara baru yang memeluk Islam dalam keadaan yang sangat sukar... antaranya apabila mereka memeluk Islam, 


- mereka dibuang keluarga, kerana disangka masuk melayu dan akan tinggalkan family mereka..
- mereka dibuang kerja, sudah la dibuang keluarga, dibuang kerja pula
- mereka tiada sokongan dari sesiapa pun... sekalipun dari orang yang asalnya ISLAM. Ini kerana orang ISLAM hanya mengganggap pelik bila bukan melayu menjadi ISLAM...
- mereka dipandang seperti tidak layak memeluk ISLAM, lalu dibiarkan tanpa dibantu untuk mencari ilmu Islam..

dan banyak lagi Tuan2 dan Puan2....

mahukah Tuan Puan menyelami isi hati mereka ini dan cuba memahami?

jika YA, marilah bersama saya, dan sahabat2 HCPP saya menjayakan majlis ini...sekaligus anda akan membantu kami menjaga kebajikan saudara baru dan menyebarkan Islam melalui program-program kami sepanjang tahun....



Tuan Puan boleh melayari FB kami untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang telah kami buat dengan sumbangan yang diberikan oleh orang ramai dalam MIPHC tahun lepas. 



Semoga ALLAH memberkati rezeki kita lebih lebih lagi di bulan penuh barakah ini...

LM mengucapkan Ramadhan Kareem  kepada semua...maaflah lama tak update... (kalau update pun macam lah ramai  orang nak baca..hehe...)

akhir sekali, bagi sesiapa yang ingin menjadi volunteer di majlis ini, bolehla hubungi LM secara peribadi ya...bertambah lagi lah pahala anda kalau macam tu...

sekian dulu, LM mohon dengan sangat LIKE page HCPP https://www.facebook.com/hidayahcentrepenang?ref=hl dan ikuti setiap update dari kami, dan seterusnya pembaca LM share kan post2 promosi MIPHC kami di wall anda semua...

Selamat Berpuasa!

Dua tiga kucing berlari, 
Memang tak sama Tuan Puan semua,
Dua tiga dana ku cari 
Moga ALLAH rahmati semua ! :)



 salah satu program HCPP ialah sambutan CHinese New Year tahun 2013. Gambar kenang kenangan para AJK penggerak..