2.12.10
award lagi...
assalamualaikum dear readers...
kali ni entry tentang award...award lagi..kali ke berapa entah...dari bespren plak tu...tapi tak mau jawab soalaan2 tu boleh?dan taknak forward...mcam biasa...anyway...award ni dari sorang member, umma, thnks for the award...soory sbb x ikut rule n regulation...no big deal rite?? [tapi blog aku ni x de la cantik mana pun...mungkin tuan nye yg cantik tak?haha]...
today i got some good news..but dont know wheather good or not...well for everything happens,always hope for the best....n istikharah is the best way...takkan rugi orang yg bermusyawarah, dan beristikharah [petikan hadith nabi S.A.W]...wallahua'lam...
got to go...x boleh layan tulis lama2...so many other things to do out there...:)
salam bicara pedusi [pedusi--> perkataan yg baru i guess..]
ku doakan yg terbaek...~~^_*
26.11.10
Peranan Wanita Dalam Dakwah
salam dear readers...
lama dah x jenguk sini...alhamdulillah ALLAH gerakkan hati utk kongsi sesuatu kt sini...
sesuatu yg best utk dikongsi....terimalah...moga2 bermanfaat....[kekadang x mau tulis apa2 kt sini takut2 x de manfaat utk diri sendiri atau orang lain]....terimalah...
Peranan Wanita Dalam Dakwah
Assalamu’alaikum.
Puan,Saya seorang suri rumah sepenuh masa. Telah lama persoalan ini berligar di dalam fikiran saya. Beberapa kali cuba berbincang dengan teman-teman, namun kesimpulan tetap tidak memuaskan hati. Oleh itu saya harap puan dapat memberikan penjelasan yang sebaik mungkin. Soalan saya ialah sejauh mana kewajipan wanita di dalam dakwah? Apakah sama dengan kaum lelaki? Terima kasih.
Lina,Shah Alam.
Peranan wanita di dalam dakwah
Sebagai sebuah agama fitrah, Islam telah mengatur hidup para penganutnya kearah kesejahteraan, keharmonian dan kedamaian. Islam datang dengan prinsip-prinsip serta asas-asas yang menjadi tiang kepada tamadun. Ia merupakan penutup kepada segala tamadun terdahulu. Ia menjadikan manusia sebagai unsur asasi di dalam proses pembinaan tamadun.
Manhaj rabbaniy ini menyelaraskan antara kegiatan kaum wanita dan lelaki dalam membangunkan masyarakat dan membina tamadun. Ia menjadikan kegiatan ini wujud dalam bentuk yang pelbagai. Ada yang khusus untuk kaum lelaki, ada yang khusus untuk kaum wanita dan ada yang dikongsi bersama.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya wanita adalah saudara kandung (seibu sebapa) bagi lelaki” ( Diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aisyah r.a.)
Maksud saudara kandung ialah dari sudut penciptaan,taklif dan kemuliaan yang diberikan sebagai seorang manusia.
Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) sesetengah kamu (adalah keturunan) dari sesetengah yang lain.” Aali ‘Imran : 195
Tidak syak lagi wanita Islam mempunyai peranan istimewa dalam melaksanakan amal bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan peranan mereka mengatasi peranan lelaki dalam sesetengah bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wnaita mempunyai beberapa keistimewaan dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.
Dakwah kepada Allah merupakan kerjaya paling agong dan mulia. Kerja yang diwariskan oleh Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umatnya tidak kira lelaki atau perempuan. Di dalam surah at-Taubah ayat 71 Allah s.w.t.menyatakan dengan terang dan jelas bahawa tugas dakwah yang mulia, penting lagi berat ini tidak harus dipikul oleh kaum lelaki secara bersendirian, malah tugas ini mesti dikongsi dan dipikul secara bersama oleh kaum wanita.
Masyarakat Islam terawal memberikan contoh yang praktikal mengenai peranan wanita di dalam dakwah. Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah umpamanya menjadikan rumahnya tempat tumpuan kaum lelaki di dalm menimba ilmu. Beliau begitu terkenal kerana keaktifannya di dalam memberi nasihat dan menyampaikan ajaran Islam di kalangan pelbagai qabilah pada zaman Nabi s.a.w.Baliau pernah disiksa dan dipenjara. Namun semangatnya tidak patah.
Menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjodol Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah. Ini disebabkan penjajah Barat mengeksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak maupun media elektronik.
Menurut penelitian beliau, wanita adalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan opereasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka. Mereka lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.
Medan-medan Dakwah
Dakwah bukan terbatas pada menyampaikan ceramah di masjid-masjid, memberi tazkirah di dalam liqa’ mingguan atau memberi syarahan di dalam suatu perhimpunan. Sebaliknya dakwah merangkumi keseluruhan tingkah laku dan gaya hidup seseorang; memiliki akhlak yang mulia, tuturkata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana, teguh setia menanggung suka dan derita.
Jelas kepada kita, medan dakwah cukup luas dan pelbagai. Setiap orang boleh memainkan peranan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa, tempat, kebolehan serta kelebihan yang dimiliki. Seseorang wanita tidak harus memenjarakan dirinya di dalam permasalahan keluarga dan rumahtangganya yang sempit, sehinggakan seolah-olah rumah itulah sahaja dunianya, suami dan anak-anaknya sahajalah segala-galanya dalam hidup ini. Akhirnya dia menjadi seorang muslimah yang tidak mempunyai wawasan, tidak mengendahkan masa depan agama dan dakwahnya. Lama kelamaan dia menjadi wanita biasa yang larut di dalam masyarakat, lupa pada tanggungjawab serta cita-cita untuk membangunkan rumahtangga muslim yang soleh.
Jadi, perseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan rumahtangga amatlah dituntut. Sebagai muslimah yang memiliki kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab, anda mestilah mengatur kehidupan secara seimbang. Rumah tangga tidak harus diabaikan kerana dakwah. Begitu juga sebaliknya dakwah tidak harus dikorbankan kerana sibuk melayani suami serta kerenah anak-anak. Anda mesti memahami keutamaan bagi setiap perkara, masa dan keadaan. Ketika anak-anak masih kecil, tumpuan mesti diberikan kepada mereka,didik mereka supaya menjadi pelapis yang bakal meneruskan risalah. Namun pada masa yang sama anda tidak boleh meninggalkan medan dakwah sepenuhnya atas alasan mendidik anak. Tindakan ini akan membawa kerugian kepada anda dari segi pendedahan, pengalaman dan pahala.
Sesungguhnya kita sangat berhajat kepada muslimat da’iah yang memahami betapa umat ini amat memerlukan dakwahnya, sumbangan tenaga serta kepakaran yang ada padanya bagi membimbing wanita-wanita Islam dan mendidik mereka agar beriltizam dengan ajaran Islam. kita sangat berhajat kepada muslimat da’iah yang prihatin terhadap hal ehwal masyarakat dan umat Islam, yang memahami tugas yang diamanahkan kepadanya, yang bercita-cita untuk mengangkat dirinya ke martabat du’at yang berjuang dan berjihad mendaulat serta mempertahankan din yang agong ini.
Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
*** secara personal, saya amat bersetuju dengan apa yg dikatakan oleh Ustazah Maznah di atas....ia sesuai lah dengan tujuan kita diciptakan dan suruhan Rasulullah yg menyuruh kita menyampaikan walau satu ayat pun.....tak kira siapapun kita.....peranan dalam bidang dakwah tidak wajar dipandang remeh...wallahua'lam...~~
3.10.10
Dunia Akhir Zaman
maka di pagi ahad yg mulia ini ingin terasa ingin dikongsikan sesuatu yang amat perlu kita semua ketahui lebih2 lagi bila kita hidup di zaman ini...zaman yg penuh dengan penipuan dan segala bala fitnah....maka di sini saya share video selama hampir 20 minit ini.....mulanya sy dapt video ni di facebook...dan ia sudahpun di share kan di facebook...tapi rasa mcm tak puas hati sbb saya mahu lebih ramai lagi yg tahu tentang konspirasi ini......konspirasi apa? kita lihat video ini....
sumber dipetik dari http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/dunia-akhir-zaman.html
11.8.10
3R 2010..
assalamualaikum dear readers...
bulan Ramadhan yg mulia tiba lagi...pasti semua sibuk memperbaiki diri, memperbanyak ibadah dan jariah utk menggarap pintu rahmat dan keberkatan yang terbuka luas utk kita di bulan ini kan?
untuk para remaja pulak....khususnya di pulau pinang....ada buah tangan utk adik.... :) apa lagi kalau bukan 3R, ReMaJa RaI RaMaDhaN.... maklumat lanjut dalam banner dan poster ni...;) , nak daftar? boleh hubungi nombor tertera...atau hubungi saya, melalui blog nie, facebook, YM, atau gmail..mana2 pun boleh.....mudah saja kan??
7.8.10
Ikhtilat...
original artikel from...http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/
jemput baca...
Bila Kamu Bising Pasal Ikhtilat.....
Ikhtilat. Maksudnya percampuran. Biasanya, kalimah ini digunakan, dengan merujuk kepada percampuran antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.
Ada seorang ‘bro’ ni, yang menggunakan nickname Mankind bertanya kepada saya:
“ salam..bro.Asyraf..ap pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..salah ke?m’langgar ikhtilat ?.. sesetgh dr kami yg b’fikiran ‘cinta2 tu tidak d’janjikan…tp friendship itu pastilah’…tp sesetgh org m’mndang serong..kalau b’kwn b’lainan jantina. mcm berdosa besar..setiap kita memerlukan antra satu sama lain..sy susah btul nak hndle org mcm ni”
Saya sudah berjanji dengan Bro Mankind ni, untuk membicarakan hal yang dia tanyakan ini di dalam satu post khas. Biar semua orang boleh kongsi manfaatnya.
Maka Bro Mankind, izinkanlah ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan. Harapnya kita semua dapat buka hati kita dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya. Yang benar itu tetap benar walaupun semua orang tidak suka, yang batil itu tetap batil walau seluruh dunia menyukainya.
Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.
ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.
Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”
Tak mengapa. Kamu cerdik. Pandai kamu memberikan alasan. Saya tinggalkan dulu persoalan “ Kami bukan nak berzina” ini. Mari kita perhatikan terlebih dahulu, bagaimanakah ALLAH menitik beratkan pergaulan lelaki dan perempuan ini.
Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-Israa. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu. Ayat sebegitu diletak di tengah-tengah.
Mari kita selak Surah An-Nur. Lihat, apa yang ALLAH SWT firmankan di awal surah itu:
“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan dan KAMI wajibkan(menjalankan hukum-hukumnya), dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini) tanda-tanda(kebesaran ALLAH) yang jelas agar kamu tergolong dari kalangan orang yang beringat” Surah An-Nur ayat 1.
Lihat ayat seterusnya:
“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.
Pada ayat kedua, terus ALLAH SWT menyatakan hukuman zina. Tanpa ada mukaddimah yang panjang, tanpa menyatakan cara-cara menjauhi zina, ALLAH terus menarik perhatian manusia dengan menyatakan hukuman terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan, betapa penting dan besarnya permasalahan zina ini.
“ Ya la, kami bukan nak berzina” Mungkin ada di antara kita membantah. Ya ya, saya faham. Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni benda yang amat-amat tercela dan terlarang? ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini, berbanding permasalahan menyebar berita palsu, masalah masuk rumah tanpa izin dan pelbagai lagi masalah yang disebut di dalam Surah An-Nur. Dalam banyak masalah itu, zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan. Malah, bukannya menyatakan itu dan ini berkenaan zina. Tetapi terus kepada hukuman. Dari segi uslub bahasa, ini menunjukkan bahawa permasalahan zina adalah besar.
“ Ya la, tapi kau tak faham ke, kami bukan nak berzina” Ok. Tapi berzina ni benda yang besar, itu kita setuju dan bersepakat bukan? “ ya la. Tapi masalahnya, besar mana pun zina tu, kami berkawan je, bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”
Hu hu… Pandainya.
Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, ada yang tiba-tiba terus berlaku kah? Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi, banyak cabang. Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat, bersama swimming pool dan sebagainya. Begitu?
Semua perkara, ada permulaannya. Begitu juga dengan zina. Agak-agak, kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki berzina, dia mahu kah? Mahu kena lempang kamu. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting, boleh bermula dengan semudah perbualan, malah yang paling senang boleh bermula dengan penglihatan.
Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:
“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.
Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.
Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat, ada sesuatu yang besar di dalam larangan mendekati zina tadi. Kita perhatikan, di dalam Surah Al-Israa’ ayat 115, ALLAH SWT menyebut: “ Dan janganlah kamu dekati…” Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu) itu digunakan. Kalau di dalam Surah An-Nur ayat 30 itu, di penghujungnya ALLAH menyatakan: “ Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Kalau dilihat dalam bahasa arab, ‘apa yang mereka kerjakan itu’ ALLAH telah gunakan perkataan ma yasna’uun bukannya ma yaf’aluun(Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu, maknanya akan kelihatan sama. Yakni maksudnya: Apa yang mereka kerjakan)
Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan yasna’uun dan yaf’aluun. Tahukah kamu apakah perbezaannya? Yaf’aluun ini membawa maksud benda yang kita buat tanpa berdikit-dikit. Contohnya, menampar. Terus sahaja tamparan kita melayang, tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat. Contoh lain berbohong, terus sahaja kita berbohong, tak perlu jangka masa lama pun.
Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya. Yasna’uun membawa maksud perbuatan yang berdikit-dikit, terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya. Sebab itu, kalau anda perasaan, perkataan ‘kilang’ dalam bahasa arab adalah ‘sina’ah’. Kenapa perkataan ‘kilang’ diterjemahkan sebagai ‘sina’ah’ dalam bahasa arab? Hal ini kerana, kilang memprodus sesuatu perkara itu berdikit-dikit, terancang. Macam kilang buat kereta, bukannya kereta itu terus menjadi kereta. Ada checkpoint-checkpointnya di dalam kilang. Bahagian pasang tingkap, bahagian pasang wayar, bahagian pasang tayar dan sebagainya. Perlahan-lahan sebuah kereta melalui proses, yang akhirnya di penghujung, menjadi sebuah kereta yang boleh dipandu. Begitulah maksud yasna’uun. Perbuatan berdikit-dikit, terancang, satu demi satu, hingga mencapai matlamat.
Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun dalam kes menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu, dari berkenaan pergerakan kita hendak menghampiri zina itu, dan semua itu dilarang. Itulah kaitannya dengan “ Jangan kamu mendekati…”. Perlahan-lahan kita menghampiri zina, dan itu adalah perkara yang dilarang.
Kemudian kita lihat susunan ayat 30 dan 31. Apakah yang kita perasan? ALLAH telah menyebut lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan bukan? Ayat 30, ALLAH berpesan kepada lelaki terlebih dahulu, barulah kepada perempuan bukan? Apakah maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat ini?
ALLAH hendak menyatakan secara halus, bahawa lelaki itu lebih lemah dalam berurusan dengan hawa nafsu. Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah, bila digoda dan sebagainya. Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.
Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut: “ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?
Mudah sahaja. Hal ini kerana, perempuan biasanya menjadi faktor kepada zina itu sendiri. Kalau dalam hal kecurian, lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan. Nampak? Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.
“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”
Kamu bagi alasan lain. Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini? Tetapi tak mengapalah. Saya layan. Saya bagi pandangan saya.
Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?
Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?
Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.
Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?
Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?
Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.
Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Alangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga pergaulan mereka, bagaimanakah anda?
Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan? Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan. Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan. Maka, cara yang terbaik adalah menutup langsung lubang-lubang itu. Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini adalah dinamakan Sadduz Zara’i’. Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.
Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”
Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini. “ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…” Lihat, jejak langkah. Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit, hinggalah akhirnya, kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.
Syaitan tak akan kata kepada kita: “ Berzinalah kau dengan dia” Gerenti kita tempelak balik syaitan dengan berkata: “ Gila ke? Zina tu dosa besar!”
Syaitan tidak sebodoh itu. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka. Syaitan adalah makhluk yang pernah berjaya menundukkan jutaan abid. Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam. Masakan dia akan bertindak bodoh untuk memperdayakan kita. Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita. Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran. Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati. Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk. Kemudian dia akan matikan akal. Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala. Akhrinya, dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepada ALLAH. Bukan dalam hal zina sahaja, tetapi dalam semua medan dosa.
Di akhirat nanti, kita akan berkata kepada ALLAH SWT: “ Ya ALLAH, Syaitan inilah yang menyesatkan aku. Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya, tetapi syaitan ini telah menutup akalku, mematikan hatiku. Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”
Masa itu, tahukah anda apa yang syaitan akan katakan kepada kita?
ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat emnolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” Surah Ibrahim ayat 22.
Lihat, syaitan yang menghasut akan meninggalkan kita.
Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?
Nampak? Adakah sekarang anda sudah nampak kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan? Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?
Masihkah anda hendak berkata: “ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?
Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda, dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka. Alangkan sahabat Rasulullah SAW, isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga juga berjaga-jaga, bagaimanakah anda yang tidak tahu ke mana lagi anda akan pergi di hari nanti?
“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?
ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?
Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.
“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”
“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”
Ya kah? Begitukah caranya menegur?
Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.
Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?
Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”
Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”
Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?
Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?
Da’ie jenis apakah kamu?
Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.
Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?
Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?
Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?
“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”
Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?
Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.
Sama-sama kita muhasabah. Muhasabah berkenaan ikhtilat. Dan muhasabah bagaiamana hendak mengajak manusia menjauhi ikhtilat.
Ps: Terima kasih kepada Abang Baha(nama sebenar Faiz bin Hamzah), pelajar tahun akhir Kuliah Adab(bahasa) di University of Yarmouk, merangkap Presiden PERMAIN(Persatuan Pelajar Melayu Irbid) kerana memberikan penerangan berkenaan Ikhtitlat ini, dan membahaskannya dari uslub bahasa arab. Saya secara jujurnya, terkesan dengan ceramah beliau, dan mata saya terbeliak besar memerhatikan betapa mendalamnya ayat-ayat ALLAH, kemasnya susunan ALLAH terhadap Al-Quran ini. Al-Quran, ternyata bukan untuk kita baca kemudian simpan. Tetapi untuk kita tadabbur, perhatikan, dan amal.
10.7.10
Husnulkhatimah..
maka tak usah gusar kerana tak dapat apa yg dihajati...
ditakdirkan hari ni berada di sini, esok belum tentu di mana...tapi dengan harapan dan sinar baru, menjelang usia yg semakin memburu, haruslah daku terima dgn hati terbuka apa segala yg berlaku..insyaALLAH semuanya punya hikmah tersembunyi buat semua...
jika ada yg merajuk hati daku mohon maaf, seandainya aku telah menyakiti munkin itu bukan niat di hati, tapi keadaaan tidak mengizinkan, meskipun seidkit terkilan tapi semua ku telan, andai tak memahami, cubalah selami, jika x dapat dalami, jgn la simpan di dalam hati....
sekian....
luahan rasaa tatkala melangkah menganjak usia ke tahun seterusnya, sekaligus terfikirkan sampai bila akan usiaku ini kan bertahan sebelum dipanggil semula oleh Tuhan, apakah cukup segala bekalan, terampunkah sudah segala kesalahan? bagaimana nanti di depan Tuhan?
ya ALLAH berkatilah setiap apa yg KAU kurniakan kepadaku, dan kasihkan la hambaMU, kerna sesungguhnya hanya RahmatMU yg menentukan pengakhiran ku.....
Ù‡َبْ Ù„ِÙŠ ØُÙƒْÙ…ًا ÙˆَØ£َÙ„ْØِÙ‚ْÙ†ِÙŠ بِالصَّالِØِينَ
Hablii hukmaw wa al hiqniy bish shoolihiin
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh” (Q.S. Asy-Sy’araa: 83)
اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك
Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika
“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)
اللهم اختم لنا بØسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”
ameen, ya Rabbal Alameen
29.6.10
short note...
just wannna share this video...kenangan masa di terengganu...
must see here...
afwan, mulai hari ni rasanya dah mula balik zaman tak cukup tido...mula dalam kesibukan mencari sesuap nasik.....
apapun didoakan keberkatan di setiap rezeki yang diperolehi..tiada yg lain melainkan apa yg dibuat hanya untuk mengejar redha ALLAH yg SATU.......
wassalam...;)
3.6.10
KEM STAR TREK....jeng jeng,,,
assalamualaikum dear readers...
limaumaniss kembali menghangatkan blognya sendiri...tak sempat nak tulis panjang2...
cuma nak war warkan program gilang gemilang yang bakal diadakan sempena cuti sekolah bulan jun nanti....here comes.....
dijemput adik2 remaja kita menyertai kem ini...jom jom jom... bersama sama kami bereksplorasi alam sambil menikmatai keindahan ciptaan ALLAH dalam program ini...
pasti menarik.....pasti membuatkan adik2 teruja.....ajaklah kawan2 adik2 untuk memeriahkan lagi hari -hari adik bersama kami dalam KEM STAR TREK ini.....
hubungi...
kak latifah - 013-4383131
untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut.....boleh juga hubungi kami untuk mendapatkan borang penyertaan dan kebenaran ibu bapa......
jumpa di sanaaaaaaaaa....
TAMAN RIMBA, TELUK BAHANG, PULAU PINANG
12-13 JUN 2010
wassalam..
23.4.10
K. E. R. J. A....
setelah lama x update blog, daku menemui sesuatu untuk dikongsikan di sini..bukan oiginally from me...but ada kene mengena dengan faktor2 yg menyebabkan aku menyepikan diri dari berblog nie...hurm....dunnow its interesting to everybody or not...but its somethin ilmiah that i really want to share with my readers...terimalah..
By Ustaz Zahazan
SOALAN : Apakah hukum bekerja bagi seseorang perempuan?Sekiranya ia dibenarkan, tolong jelaskan adab lain yang perlu diamalkan bukan saja oleh wanita, tetapi seorang lelaki Muslim kepada wanita yang bukan muhrimnya.
JAWAPAN : Hukum bekerja bagi seseorang perempuan adalah harus.Berkaitan dengan perkara ini,Sayyid Qutb membuat satu ulasan yang menarik berkaitan dengan peristiwa pertemuan Nabi Musa a.s dengan dua orang anak perempuan hamba yang salih di Madyan.Sesetengah pandangan mengatakan ia adalah Nabi Syuib a.s.
Firman Allah dalam ayat ke 23 surah al-Qasas : Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing) , dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengemba la itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “.
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”. Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: “Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu “.
Kata Sayyid Qutb, syarat pertama membenarkan wanita bekerja apabila keadaan ekonomi menuntutnya. Pada waktu itu, dia terpaksa keluar untuk memenuhi tuntutan mencari rezki. Ini dapat kita lihat pada frasa ayah kami sudah terlalu tua.
Perkara yang kedua ialah jangan ada percampuran bebas yang berlaku antara lelaki dan perempuan.Perkara ini dapat kita lihat menerusi gambaran ayat “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengemba la itu membawa balik binatang ternak masing-masing”
Syarat yang ketiga pula ialah kewajipannya memelihara diri & kehormatan .Ini disebut jelas dalam ayat “Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu. .” Seseorang wanita yang bekerja wajib menjaga maruah diri agar janga menjadi wanita murahan mudah bergelak ketawa dengan lelaki-lelaki lain yang merupakan rakan sepejabat.Malah dia dengan mudah menawarkan diri keluar bersama berdua-duaan untuk makan tengahari dan sebagainya.
Ringkasnya, seseorang wanita yang beriman hendaklah memelihara dirinya dari menjadi alat hiburan yang mengasyikkan lelaki-lelaki liar.Allah s.w.t mengajar kaum muslimah agar menjaga diri seperti firmanNya dalam ayat 31 ke surah an-Nur : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Merujuk soalan yang kedua pula, lazimnya masyarakat melayu menggunakan perkataan muhrim yang merujuk kepada golongan yang haram dikahwini.Sebenarny a perkataan yang tepat adalah mahram.Muhrim adalah bermaksud dalam bahasa Arab sebagai orang yang berihram.Ajnabi ula adalah seseorang lelaki yang asing, yang bukan mahram contohnya jiran, rakan sepejabat dan lain-lain.Ajnabiyya h pula adalah seseorang perempuan yang bukan maram bagi seseorang lelaki contohnya pembantu rumah wanita, pekerja di pejabat dan lain-lain.
Intipati larangan Islam kepada kedua golongan lelaki dan perempuan adalah jangan berdua-duaan dalam satu suasana yang boleh mengundang curiga kepada pihak lain.Dalam banyak hadis yang sahih contohnya seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar Nabi menjelaskan, tidak akan berdua-duaan seorang lelaki dengan perempuan melainkan syaitan akan jadi yang ketiga.
Selain itu seseorang lelaki juga diharamkan bermusafir bersama seseorang wanita bkan mahram melainkan jika ada lelaki yang merupakan mahram wanita itu.Seorang lelaki juga diharamkan menceritakan urusan peribadinya atau masalah peribadinya kepada seseorang wanita ajnabiyyah.
Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmuk, maslahat atau kebaikan yang terdapat dalam pemeliharaan hubungan ini adalah demi kepentingan nasab dan keturunan.
Apabila kita melihat masyarakat barat sebagai contohnya yang amat fleksibel dalam hubungan tersebut hingga menatijahkan lebih 80% kelahiran adalah dari pasangan yang tidak dapat dikenal pasti.
Amat benar kata-kata ulama Islam, contohnya Ibnul Qayyim apabila beliau berkata, pensyariatan undang-undang dalam Islam ini semuanya merupakan keadilan dan kebaikan secara mutlak.Justeru menegakkannya menyebabkan kehidupan menjadi teratur dan selamat dari persengketaan. Wallahu a’lam
wassalam...
27.3.10
ceritera faiz..
assalamualaikum dear readers
berbalik kepada gamba di atas sebagai subjek utama entry ni... tu...gambaq faiz, adik saya yg sekarang ni berada di asrama....minggu ni dia x balik ke rumah...makanya petang tadi, saya dan parents p melawat dia di sekolah...lama jugak borak2 dengan dia sambil makan2 kt kedai terdekat di kawasan sekolah tu....maklumla seminggu tak jumpa...kebetulan harini pula dia ada temasya sukan....rancakla cerita tentang sukannya pagi tadi...peliknya sekolah ni tak jemput pun parent utk memeriahkan acara mereka....takperla....itu mungkin gaya sekolah tu...nak buat macam mana....
tapi yg bestnya bagi saya bila kami nak berpisah dan nak balik Faiz kata dia dah hafal surah Al-Mulk (yg selama duk di skolah tu dia mmg duk hafal) sampai ayat ke 25.....tanpa diminta dia tasmik, dia sendiri cakap, "nak dengar Faiz baca tak?" then trus dia tasmik dari ayat 1-24, walaupun ada yg tersekat...tapi dia sendiri sambung tanpa bantuan sapa2....saya dan mak abah diam jer mendengar bacaan dia....amat kagum! dalam masa yg agak singkat (bg saya) dia dah berjaya menghafal hampir satu surah...walaupun surah tu dikategorikan surah yg pendek.....alhamdulillah...tak sia2 hantar dia ke sana....walaupun kadang2 dia merungut bosan duk di asrama pada hujung minggu...sbb x boleh balik...dua minggu sekali jer baru dapt balik....nk buat camana...redho jer la....tapi harap2 dia matikan niatnya yg nak pindah dari sekolah tu...sebab bagi saya....skolah tu dah ckup baik bagi dia dan masa depannya....insyaALLAH...moga2 pilihan mak abah tu adalah pilihan yg tepat...kami sentiasa mendoakan yg terbaik untuknya....ameen...
suka saya nk pastekan text surah Al-Mulk ni untuk tatapan semua...antara kelebihan Al-Mulk ni ialah meringankan azab kubur kita kelak, elok untuk diamalkan sebelum tidur malam...walau bagaimanapun, jgn lupa baca surah2 lain juga dalam Quran kerana bacaan2 AlQuran itula yg akan melapangkan kubur kita kelak......wallahua'lam....
sekian~
16.3.10
award..
finally i got someting to write here....thanks to Kak Lin for the award, kalau kak LIn x bagi award ni...entah bila la saya nk buka blog ni lagi...eheh....bukan x de idea nk cakap...tapi bila buka jer dashboard, idea datang mencurah2...tapi malas nak tulis....last2 tutup2...n banyak reason lagi kenapa blog ni dah lama tak diupdate.....antaranya, sebab kesibukan dan tekanan yg melanda...huhuu....
dah lari topik pulak...sebenarnya nk cerita pasal award yg Kak Lin bagi ni..."Beautiful Blogger Award"....bukan beautiful blog award yer...but "beautiful blogger "award...hehehe...anyway, Kak LIn aka Kak Aslinda,thanks sbb ingat kt saya...bukan award tu yg penting..tapi ingatan pada blogger limaumaniss tu yg berharga sebenarnya...walaupun kerapkali kita berjumpa di alam realiti..dalam program....okeh...kepada kak Lin...terima kasih banyak2 atas kesudian mmberikan award....tapi segan la nk ikut syarat2 yg ada tu.....makanya saya tampalkan saja award tu di sini....tak lebih dari itu....harap kak lin x kisah....hehe...saya memang gini kalau dapat award2 nih....jgn mara ye kak Lin...;) senyum selalu, jumpa lagi dalam program2 kita yg seterusnya....;)
wassalam....
p/s: Jom jadi bijak dengan menyokong kempen jadi bijak...di sini... + selamat Pengantin baru kepada semua yg baru jadi pengantin baru di bulan Mac ni...."Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jamaa bainakuma fi khair...
12.2.10
Jerat-V-Day
Kenyataan Media
Tarikh: 7 Febuari 2010
Oleh itu, dengan ini Urusetia Menangani Gejala Sosial P.Pinang (UNGGAS), Persatuan Ulama’ Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP), Angkatan Penuda Pemudi Islam (API) dan Komunti Suara Kehidupan (KoSuKe) akan memulakan kempen ‘Jerat Valentine Day’ bertujuan mendidik masyarakat terutama ibubapa tentang bahaya membiarkan budaya songsang ini terus hidup dalam masyarakat Islam. Dengan itu, kami akan turun ke peringkat akar umbi untuk berkempen dalam bentuk pengedaran poster, edaran cd-cd kesedaran, ceramah-ceramah umum, tayangan video-video kesedaran di pasar-pasar malam dan tempat awam. Acara kemuncak adalah program Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial (LANDAS) yang bertujuan membentuk pendakwah lapangan yang berkemahiran tinggi pada 13 – 14 hb Feb dan Operasi Sayangi Remaja iaitu satu bentuk operasi pencegahan maksiat dalam bentuk kaunseling di lapangan yang akan dilaksanakan disekitar Pulau Pinang. Kami menyeru agar masyarakat Pulau Pinang memberi sokongan yang padu dalam usaha kami ini.
Hubungi saudara Nurfitri Amir Muhammad di talian 013-7069509 untuk maklumat lanjut.
Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
Persatuan Ulama' Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP)
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE)
9.2.10
quick updates
teruskan mengunjungi limaumaniss untuk mengetahui Limaumaniss upadates...
sila lihat kalendar LImau di sebelah kanan blog ini....
salam manis dari Limasumaniss yang tak sempat nak update blog....singgah sebentar untuk menulis entry tapi tak tertulis pulak....ini jer yg mampu dicoretkan.....
insyaALLAH akan mencoret sesuatu di masa akan datang...mungkin bila dah terkurang sikit dari kekangan masa dengan kerja2 duniaa akhirat....sape nak join....anda amatlah dialu-alukan....
~tanggungjawab melebihi masa yang ada~
18.1.10
Jesus in Islam..
p/s: more on www.turntoislam.com
moga bermanfaat....
5.1.10
asrama...
Saat aku menulis cerita ni aku sorang di rumah...terasa macam anak tunggal pulak duk rumah tanpa adik2...dulu ada jugak adik bongsuku di rumah siang dan malam.....tapi sekarang dia dah ke skolah menegah yg mewajibkan dia tinggal di asrama.....maka tak boleh nk buat apa dah la....terpaksa duk asrama walaupun hakikatnya sekolah tu hanya 20 KM kurang dari rumah kami.... adik2 yg lain pulak mmg dah tinggal kt asrama jugak sbb masing2 belajar kat U...yg tu tak pela dah besar2 semuanya....
tapi yg bongsu ni terasa sangat ketiadaannya di rumah...mana taknya, bila balik kerja boleh melawak main2 dgn dia, marah2 kalau dia buat salah, berleter ke bagi nasihat, berebut laptop aku ni dgn dia (sbb dia nak men game)...dan macam2 lagi lah....sebab selalunya dia saja adik yg ada bila aku balik rumah....tapi skrg bila balik x de adik dah...tinggal aku , mak dan abah jer...maunye tak terasa....
ahad tu masa nak hantar dia p asrama bukan setakat famly aku jer ada...(the whole famly) tapi pakcik makcik aku pon ada...semua excited nk hantaq dia masuk asrama...tengok la gambaq tu...meriah time pendaftaran tu dng mak bapak dan femly aku dan pakcikmakcikku yg menghataq adikku Faiz ni masuk asrama.....abang dia (adik ke 2 aku , tapi anak yg ke3 dlm famly) yg belajaq kat Kuantan pun sanggup balik mgu lepas tu semata2 nk hantaq dia masuk asrama......pastu malam tu (ahad) dia amek bas balik ke kuantan semula... adikku yg duk belajaq kt usm pon balik asrama dia jugak.......adikku kt kuatan pon cakap dia terasa sangat dalam kereta masa balik dari asrama tu....pertama kali tinggai berjauhan dengan adik Faiz, maksudnya tinggai dia di asrama....kalau tinggai dia kat rumah lain cerita....tapi semuanya untuk kebaikan faiz jugak....apa pun kakak dan abang2nya sentiasa mendoakan yg terbaik untuk dia..
ish ish..nyanyi plak lagu Black Eye Peas tu "meet me halfway"...tah naper sejak akhir2 ni duk nyanyi lg tu......nyampah jugak aku dengaq kekadang....ha...masuk skolah ni baru la dia tau x sempat nk nyanyi kang......kena hafal Quran pulak lepas nie......haha..baguihla tu kan....???
ma tgh brief apa yg nak dibuat...makcik2 n sepupu tengok je gelagat faiz n ma..
pndangan dr atas katil..
p/s: good news is ..he can return home every week.....yes!! every week...so boleh la aku bawak dia lagi p miting atau join program2 remaja yg ada di hujung minggu tu... :)