Showing posts with label KRJ. Show all posts
Showing posts with label KRJ. Show all posts

11.8.10

3R 2010..




assalamualaikum dear readers...


bulan Ramadhan yg mulia tiba lagi...pasti semua sibuk memperbaiki diri, memperbanyak ibadah dan jariah utk menggarap pintu rahmat dan keberkatan yang terbuka luas utk kita di bulan ini kan?

untuk para remaja pulak....khususnya di pulau pinang....ada buah tangan utk adik.... :) apa lagi kalau bukan 3R, ReMaJa RaI RaMaDhaN.... maklumat lanjut dalam banner dan poster ni...;) , nak daftar? boleh hubungi nombor tertera...atau hubungi saya, melalui blog nie, facebook, YM, atau gmail..mana2 pun boleh.....mudah saja kan??

yg ni 3R versi Pulau Pinang..., jom remaja yg duk di bahagian pulau, dari timur mahupun barat...ayuh meriahkan 3R yg best nie....

yang ni versi sebelah Seberang sana.....mari2, yg dari utara ssemua boleh mai....


3R ....Remaja Rai Ramadhan...
"Remaja Taqwa, Masyarakat Cemerlang"

29.6.10

short note...

salam deall readers...


just wannna share this video...kenangan masa di terengganu...

must see here...


afwan, mulai hari ni rasanya dah mula balik zaman tak cukup tido...mula dalam kesibukan mencari sesuap nasik.....


apapun didoakan keberkatan di setiap rezeki yang diperolehi..tiada yg lain melainkan apa yg dibuat hanya untuk mengejar redha ALLAH yg SATU.......


wassalam...;)

3.6.10

KEM STAR TREK....jeng jeng,,,






assalamualaikum dear readers...

limaumaniss kembali menghangatkan blognya sendiri...tak sempat nak tulis panjang2...

cuma nak war warkan program gilang gemilang yang bakal diadakan sempena cuti sekolah bulan jun nanti....here comes.....


banner star trek

dijemput adik2 remaja kita menyertai kem ini...jom jom jom... bersama sama kami bereksplorasi alam sambil menikmatai keindahan ciptaan ALLAH dalam program ini...

pasti menarik.....pasti membuatkan adik2 teruja.....ajaklah kawan2 adik2 untuk memeriahkan lagi hari -hari adik bersama kami dalam KEM STAR TREK ini.....


hubungi...

kak wanie - 019-4169231
kak latifah - 013-4383131


untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut.....boleh juga hubungi kami untuk mendapatkan borang penyertaan dan kebenaran ibu bapa......


jumpa di sanaaaaaaaaa....
KEM STAR TREK.....
TAMAN RIMBA, TELUK BAHANG, PULAU PINANG
12-13 JUN 2010

wassalam..



14.12.09

bulan Disember....?

assalamualaikum...

bismillahrrahmanirrahim...

dari mana harus ku mulakan dulu...dah 3 minggu ku biarkan lamanku ini berhabuk tanpa sebarang update , padahal sebenarnya banyak yg berlaku..banyak yg boleh dstorykan, tapi ku biarkan saja dalam kepala dan hati.... malas? ya juga....tapi lebih kepada kesibukan duniawi yg menyebabkan aku makin kurang menulis di blog sendiri....

sebelum pergi lebh jauh ingin ku kongsikan kenangan manisku bersama team KRJ (kelab remaja JIM ) pulau pinang dan peserta2 yang telah menjayakan SURE Zon Utara......pada 12.12.09 di Jitra Kedah. tahniah kepada team KRJ penang yg telah mengharumkan negri penang dengan menjuarai Sukan Remaja Zon Utara ini dengan manedahuili negeri Kedah, Perak dan Perlis... berbaloi-baloi tenaga AJK yg dicurahkan sejak awal pagi bersiap2, pukul 6pg dah keluar rumah untuk mengambil peserta dan terus menunggu di Masjid Seberang Jaya...alhamdulillah, dalam kul 9 sampai juga kami di MRSM Kubang Pasu, JItra kedah.....


sementara menguruskan dan mengawal peserta2 , mcm2 aku yg telah aku buat...pelbagai berita yg aku terima dan perbualan dan diskusi yg bermanfaat bersama2 AJK2 dan juga remaja yg ada...moga2 apa yg dibincangkan terkesan di hati mereka...memberi iktibar dan peringatan untuk aku jua....

akhirnya setelah tamat acara penyampaian hadiah, dengan Penang mendapat piala pusingan, semua peserta membawa pulang medal emas dan perak...termasuk pengurus pasukan yg x main pun tapi dapat jugak medal....hehehe....dpt dua medal lagi sbb jaga dua acara...terima kasih krj kedah sebaga penganjur yg best!!! dh lama tak dapat medal sejak abeh sekolah..umo 26 dpt balk..heheh

mai masuk blog ni kalau nk tengok gelagat peserta di SURE Zon Utara ni...

lepas menang...bergambaq penuh ceria dengan piala... :)


peserta khusyuk...menang no 2..

barisan AJK Kontinjen Penang yg bertungkus lumus ...


kepada kawan2 ku yg berada di seluruh Malaysia...maaf tak dapat nk hadiri majlis walimah korang...almaklumlah semua jauh2 belaka....Shida di Johor.....ampun dan maaf aku tak dapat nak penuhi hasrat kau, aku hargai kad yg kau hantar dari kajauhan....terima kasih sebab ingat nk hantaq kad kt aku.....aku harap2 ada kawan2 budak rumah sewa kita, at least sorang yg p walimah ko...mungkin Acik p...aku tak pasti....apapun aku tetap mendoakan kesejahteraan ko dan suami, semoga bahagia dalam rahmatNya kau kt johor tu......ampun yer... :)

To cik Roz di JB, puan Roz actuallly....so sorry again...tak leh nk p kenduri Razin .....nk plan pun dah terlambat sbb dah ada plan lain....ohh....apa2 pun hadiah utk Razin insyaALLAH ada taon depan...hehehe....tapi untuk maknye tak pasti lagi...eheheh....oh ck ROz... MMS la satu gamba ko n Razin masa kenduri tu............lama da tak ku tatap wajahnya...mesti dah tembam cam ko...hahaha....


ni gmbar lamer...mane gmbar baru cik roz..?


untuk partner setia Silat Cekak aku masa di IIC dulu....Norhazlin Mat Jantil....Selamat Pengantin Baru jugak untuk ko....hadiah aku belum beli lagi...insyaALLAH...akan sampai juga kt ko satu hari nanti... buat masa ni....ekonomi aku belum stabil memandangkan baru bertukar kerja.... (tukar lagi...) haha....apa pun aku minta maaf jugak tak dapat nk p majlis ko kat Kuantan nun....sebab tu dari dulu lagi tak berani nak janji nk p ke tak....anyway, moga berbahgia selalu di samping suami tersayang yang aku belum kenal lagi...hehehe...

banyak lagi nak sebut ni....tahniah juga buat Alawiyah Aadenan, Iza (12.12.09) dan Dr. Anisa (ni insyaALLAH aku p....) serta sanak sedara yg berkahwin d bulan Disember ni....maaf banyak andai tak dapat menghadiri, tapi doa tetap dikirim dari sini....semoga kalian semua berseri2, di hari paling bererti.......

untuk semua kawan2 yg bernikah bulan disember ini sekalung doa kuhadiahkan pada kalian...

" Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikkan."

sekian dulu buat waktu ini....kepada kawan2 AL-Mashoor 1996-2000, moga kta dpt bertemu lagi reunion tahun depan...frust jugak reunion di PD tak jadi...:( mungkin ada hikmahnya....kerana ALLAH sebaik2 perancang....moga ukhwah kita terus terjalin...walau sekadar di alam maya nie jer....


wassalam.. :)

3.11.09

pertemuan mesra bersama remaja penang...:)


terbuka kepada semua remaja!!! jom2 jgn lepaskan peluang bertemu pakar motivasi terkemuka... :)

18.9.09

Puasa dan Raya...


Assalamualaikum...

tinggal beberapa hari saja lagi kita nak tinggalkan Ramadhan...sudahkan anda mengejar Lailatul Qadar? atau sudahkah malam itu berlalu....apa pendapat anda? saya harap Lailatul Qadar belum berlalu....masih tak puas lagi mencuba untuk mendapatkan malam itu....jika ia sudah berlalu pon...insyaALLAH ganjaran yang besar menanti kita yg kuat berazam untuk bangun malam untuk bersujud kepadaNYA...insyaALLAH.....ganjaran ALLAH, walaupun hambaNYA tidak meminta, akan tetap jua diberikan kepada hamba2 NYA....begitulah sifat ALLAH yg Rahman (Maha Penyayang) yang kasihkan hambaNYA...tapi sayang jarang kita renung sifat ALLAH itu, apalagi mensyukuri nikmat tersebut...

nak cite tentang program 3R haritu sebenarnya...alhamdulillah penyertaan bertambah dari tahun lepas....hampir 120 peserta join 3R kali ni....walaupun dalam keadaaan cuaca hujan lebat pagi tu, program berjalan lancar , yang bestnya ada gak yang mai dari seberang , semata-mata nak ber3R...oh...kepada yg x tau, 3R stands for Remaja Rai Ramadhan...annual program during Ramadhan, anjuran KRJ.....tahun ni program diadakan kat masjid As-Soghir, Taman Pekaka , first time buat kat masjid ni, alhamdulillah kami dapat kerjasama yg begitu baik dari pihak masjid dan kawasan sekitarnya...

majlis bejalan ikut tentatif dengan pelbagai slot menarik termasuk ceramah dari Dr Danial yg sporting dengan budak2 , dan jugak slot ABJZ yg dikendalikan oleh Hafiz Bai yg datang dari KL...walaupun peserta semua datang dari pelbagai background, tak kurang juga ada juga yg sukar dikawal, kami harap semua slot2 dalam 3R ni memberi impak dan kesan dalam hati2 mereka... walaupun sukar...tapi insyaALLAH jika mereka dapat istiqamah dengan program2 KRJ (KELAB REMAJA JIM) mana tau satu hari nanti mereka akan jadi berguna pada agama dan negara....insyaALLAH...amin...itu la harapan kami sejajar dengan misi KRJ iaitu melahirkan remaja yg soleh lagi musleh...

ok lah dah tak nak berceloteh panjang...sebenarnya dah beberapa hari saya tannguh nk siapkan posting ni tapi tak siap2 jugak....sampai dah nak raya pon nie....tapi masih lagi dalam takuk Ramadhan...maka teruskan beramal....perbaiki amalan walaupun selepas Ramadhan.....dan SELAMAT BERHARI RAYA AIDILFITRI dengan penuh kesyukuran, tanda kita telah mendapat kemenangan......insyaALLAH....


Salam Aidilfitri untuk semua Muslimin dan Muslimat...

sedikit pantun ;)



hari raya buat ketupat..
rendang ada serunding pon ada..
jangan makan banyak2 sangat,
lebih elok kalu kita bersederhana.... (nasihat pada diri sendiri....hehehe)

Selamat Hari Raya untuk semua....
sedikit panduan berhari raya utk anda...



>>>Mari sama-sama kita koreksi diri sejauh mana kita telah hidupkan sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dalam hayat setakat ini...hmm...

Amalan Sunnah Di Hari Raya


Di dalam Islam hanya ada dua perayaan yang disyariatkan; 'Eidul Fitri dan 'Eidul Adha. Anas bin Malik r.a berkata, “Tatkala Nabi s.a.w datang ke Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bergembira sebagaimana di waktu jahiliyyah, lalu beliau bersabda, "Aku datang kepada kalian, dan kalian memiliki dua hari raya untuk bergembira sebagaimana di waktu jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik; 'Eidul Adha dan 'Eidul Fitri’.” (Hadith Sohih: Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa’i)

Berikut ini beberapa amalan-amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah pada hari raya:-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya.

Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya 'Eidul Fitri, dan 'Eidul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya; mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Memakai pakaian terbaik yang ada.

Imam Ibnul Qayyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbaiknya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk solat 'eid (hari raya) dan solat Jumaat…”

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan murah (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam). Perlu diperhatikan, bahawa pakaian yang terbaik dan bagus bukan bererti pakaian yang baru! Perkara ini perlu disampaikan kerana ada anggapan yang salah yang menyusahkan sebahagian masyarakat yang berekonomi rendah.

3) Menjamah makanan sebelum/selepas keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya 'Eidul fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada 'Eidul Fitri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada 'Eidul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

4) Berjalan Kaki Menuju Tempat Solat Lapang

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah ialah engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

5) Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (pergi dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)

6) Memperbanyakkan Takbir Sejak Keluar Rumah Sehingga Solat

“Nabi s.a.w apabila pada hari raya 'Eidul Fitri, beliau bertakbir sehingga sampai tempat lapang (tempat didirikan solat hari raya) dan melaksanakan solat. Apabila selesai solat, beliau memutuskan takbirnya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf, lihat Ash Shahihah)

Dalam hadis ini terdapat dalil tentang disyari’atkan takbir secara kuat ketika berjalan menuju lapangan sebagaimana dikerjakan oleh kaum muslimin, sekalipun majoriti mereka sudah mulai meremehkan sunnah ini.

Seharusnya umat Islam jangan terlalu disibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya 'Eidul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

7) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya :" Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabbalallahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka"
( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

8) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim



'EID MUBAARAK!
Taqabbalallahu minna wa minkum...ameen


9.9.09

09 . 09. 09


salam ...

its 09 . 09 .09 today!!!
but whats so special bout this date?
some say its the beatiful date to get married... hahahaha...

or it might be somebody's birthday today??
well...if that so...Heppy Birthday to those Birthday buddies, may ALLAH bless u and me...

actually , nothing to say...just to remind u 3R program this weekend....anyone wanna join?
please dun hesitate to contact me to register...if u wish to do so....we are still welcoming our teenagers to this program..especially those UPSR's students that will be finishing thier exams tomorrow... (including my brother, Faiz....--good luck my dear--:) so hurry up guys and parents!! a lot of lesson to be learned n its gonna be fun too.... :) hayya hayya...



jum rempit ke masjid As-Soghir sabtu nie...hehehe


p/s: this blog is still under construction....please bear with it...heheh....sebuk Ramadhan...tak sempat nk tukar semua....

heppy Ramadhan to all....
heppy searching for Lailatul Qadar...
^__^

25.8.09

Anniversary...

assalamualaikum friends...

sepertimana yang telah dijanjikan....entry kali ni saya nak cerita tentang anniversary ....the first annyversary....excited sebenarnya nak cerita walaupun hari ni dah terlepas hari annyversary tuh....hari ni 25 Ogos 09, dah telebih sehari..tapi still nak cerita jugak....

entry ni khas untuk kawan-kawan yang sama2 grad dan konvo pada 24 Ogos 08 ..tahun lepas, khasnya untuk saya, Ida, Hajar dan Ros....bukan apa saja nk refresh memory....


masing-masing mengusung bunga ke sana kemari...:)


hehe...tu la sebenarnya annyversary kami.....tanggal 24 Ogos 09 kami telah berjaya menyarung robe baru UIA dengan topi empat segi tu.....dengan bangganya kamila orang pertama yang pakai sut baru konvo tuh....setelah berapa tahun robe2 tu tak bertukar....haha...tapi tu x la penting sangat....apa yg penting kami bersyukur sebab dah berjaya lalui segala cabaran selama 4 tahun berjuang menuntut ilmu dan menimba pengalaman di bumi UIA....U yang tersayang...(oh i really miss my UIA....)dan setelah berjaya menempuh segalanya , kami sama2 grad dan dapat konvo sekali.....saat2 manis masa konvo ni tak dapat kami lupakan...siap bawak hadiah untuk ditukar2 antara satu sama lain masa konvo...maklumlah sebagai tanda kenangan....lepas ni kami takkan jumpa lagi...
i just luv this pic sbb ada menara kt blakg tu..

tapi sejurus lepas konvo...bila masing2 dah balik dengan family masing...kami telah buat hitam putih, hitam putih melalui SMS jer...(ingat lagi time tu aku lam Putra LRT..) untuk menghadirkan diri semula pada reunion pada setiap 5 tahun, pada tarikh yg sama iaitu 24 Ogos 09..... menarik bukan??? tpi mmg benar...kami dah sama2 persetujui perjanjian ini pada hari tersebut....dan insyaALLAH...sedaya upaya kami akan realisasikannya.....tanda ukhwah kekal berpanjangan ....:) ...emm..time tu pasti segalanya dah berubah kan??


cik ros senyum kelat sbb kami dah nk balik png time tu...

gamba kt atas ni pulak gamba seminggu sebelum hari konvokesyen kami di UIA...the most important thing....16 Ogos 09 adalah hari bersejarah jugak buat cik Roz dan Idzwan Ahmad....tengok gambo pon sume dah tau kan? its their wedding day!!!...and this is theier fisrt annyversary....shok je mengenangkan mereka ni bernikah seminggu sebelum konvo.....seminggu sebelum konvo tu jugak la aku, hajar dan ida ada kt KL...sebab amek robe dan menghadiri kenduri kahwen Ros....tapi majlis akad nikah terlepas...sebab datang lambat....(sorry cik Ros).....ape pon tahniah la kt korang berdua dengan rahmat dan nikmat rumahtannga yg bahagia yang dikecapi.....dah anak baby pon diorang ni...bb Razin namanya...baru berusia tak sampai sebulan....syukur ahamdulillah.....elok lepas setahuun kahwin cik ros dan idzwan dikurniakan cahaya mata pertama mereka....Muhammad Razin bin Mohd Idzwan....

bestnyer tengok die tido...zzzzZZ..


teringin sangat kek tuh tp x sempat makan.. :(

yer.. sememangnye kek tu nampak sedap dan semestinya sedap....tapi kami x dapat makan sbb ni kami dah nak balik ke penang semula lepas amek robe kat UIA dan kenduri Ros ni ...tak dan pon nk tapau...tp redha jer la....nnti masa reunion boleh kot buat lagi kek yg sama camni then makan ramai2..hehhehe....

ok la setakah ni saja celotehku untuk anniversary nie....dah ngantok...esok nak sahor...jgn lupa kepada sesape yg ada anak2 atau adik2 remaja....jom sertai program terbaru KRJ iaitu 3R.... rujuk entry kat bawah ni yer....sekian terima kasih....

slamat berpuasa semua.... moga RAMADHAN kali ini memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri ...selamat beramal ibadah...moga diterima ALLAH...tiada yg lain melainkan redhaNYA yg kita harapkan......ambillah peluang di bulan ini untuk beribadah sebaik mungkin dengan pahala berganda yg di'offer'kan kepada kita......insyaALLAH......


wassalam...


sempena Ramadhan ni nk kongsi satu artikel menarik ni dengan semua...jemputla baca yer kat sini...

21.8.09

3R ...



Assalamualaikum semua....
dijemput mengimarahkan program 3R...bukan Respek, Respon dan Rileks..
tapi Remaja Rai Ramadhan.....
khas buat remaja tonggak negara berumur 12-19 tahun....

jgn tunggu lagi...silalah daftar sekarang...

hubungi 019-4169231 atau 019-4756474 atau 013-4383131 untuk mendaftar....



ambilla peluang ini untuk meningkaatkan amalan di 10 malam terakhir....

JoM ...JoM ...JoM.....JoM ber3R di bulan Ramadhan yg mulia inie...





jangan ketinggalan....

penampilan istimewa>>>> Dr. Danial Zainal Abidin (www.mindasuper.com) ...lets become a superb Muslims .. .


12.7.09

11 julai 09


assalamualaikum semua....

walaupun hari ni dah lepas 11 july...tapi cerita tuk kali ni adalah kisah pada hari 11 july tersebut...

alkisahnya tentang dua hari bahagia dua orang manusia...satu yang bernikah dan satu lagi hari tua...(hari tua pun bahagia ke?) mestilah kan....bersyukur ALLAH masih lagi memberi peluang untuk kita hidup dan memperbaiki diri...dan membuat persiapan secukupnya untuk menuju alam SANA tu...


walaupun hari ni aku sepatutnya aku menghadiri Program TOT (Training of Trainers) Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) di Hotel Sri Malaysia kepala batas, tapi aku x dapat nk p....sorry lah semua warga KRJ (Kelab Remaja JIM)...kira excuse la ...lagi pun dulu saya dah pernah p ditrain TOT ABJZ nii di KL...maaf semua...anda semua kira wakil saya lah yer.....insyaALLAH moga ALLAH memberkati apa yg kita buat hari ni...bukan tak nak p tapi ada event yang memerlukan saya untuk berada di sana...demi sebuah ukhwah yang telah setahun lebih terbina.....


sebenarnya dari pagi aku dah p rumah pengantin..kawan ku yg telah pun bergelar puan hari ni....11 julY 09....tak sangka date yg pernah aku cadangkan kt dia dipilih...hari yg sama...dengan hari lahirkku....seronok berganda kerana seorang kawan meraikan hari bahagianya bernikah dengan pasangan yg dicintainya....Muhammaad Ameen Abdul Halim.. Mabruk (Tahniah) untuk kalian berdua!!! sebenarnya kebetulan je....date yg dipilih ni paling sesuai untuk mengadakan majlis akad nikah...tapi walimahnya akan berlangsung kemudian......walau camne pon....aku tumpang gembira dan bahagia....terfikir juga bila akan ku mengecap nikmat yg sama bilamana mawaddah, sakinah wa rahmah menyelubungi diri saat si suami menyebut "aku terima nikahnya" itu.... insyaALLAH suatu hari nanti...hanya ALLAH saja yg tau kan??


okla...selepas selesai majlis akad nikah di masjid USM..kami semua bergambar2 kenangan dengan pengantin lam masjid....then ada jamuan makan sikit di rumah pengantin...so kami pon bertolak la ke rumah pengantin...kat sana jumpa rakan2 USM, usrah kawan2 PJJ dan kawan2 yg pernah sama jadi faci masa program...bagus jugak...macam gathering.. alhamdulillah kenyang perut dengan macam2 hidangan makanan yg ada....dari nasi sampaila laksa buah2 tempatan dan desert...pengantin baru pon turut layan tetamu yg datang.....hmmm...sama cantik sama padan... :)


lepas makan2 kami lepak2 dengan pengantin dalam rumah...bergambo lagi...then sempat pengantin suh aku buat ucapan khas sempena ari jadiku...kiki...terharu lak...then ...betukar2 lak hadiah.....macam sistem barter lak..maklumlah hari bahagia kami dua...:) kelakarla pulak....anyway...thnks ye pengantin...sibuk2 pon ingat besday akak.......pasni mesti tiap2 tahun ingat kan?kan '? kan? hehehe....


ok la kita layan gamba...insyaALLAH lg 2 3 hari gamba ada...yg kat saya takde..batri abeh tak sempat nak bli baru, tggu gamba dari kawan2 jer......adoi...selalu macam ni...











p/s: syukur dah dapat kerja semula...moga ALLAH tabahkan hati ku....tak de lagi "hari-hari terakhir di PJJ...sebab sambung keje kat PJJ jugak...tapi bos lain....:) alhamdulillah syukur..





slamat hari tua untuk aku...yg ke 26..thnks mom 4 da choclate cake ! :)

23.6.09

Macam-macam cerita...



Assalamualaikum to all readers....


apa khabar semua pembaca setia LImauManiss yer? harap2 semua sihat dan bahagia di samping insan2 yang tersayang lagi membahagiakan...( lain macam jer bunyinya?) :D

kali ni rasa macam banyak jer nak tulis dan cerita...cerita hati...cerita isu semasa...cerita program2 yang telah kulalui sepanjang bulan jun setakat nie.
first sekali ...i m glad...really haaaappy that my good fren dila is back to office setelah sepuluh hari takde kat opis kerana tugas2 PALAPES nya di Johor.... hari ni kami berkesempatan lunch skali..rindu plak rasa dah lama x makan sekali....tmpat pon best...first time nk try kt sini...tmpat makan baru kat USM....hahah....cantik view die....mendamaikan....kami decide nk try makan kt Anjung Budi, Pusat Alumni USM tu....

ada macam adik beradik ka?

ada jugak orang cakap kami ni adik beradik......nampak sama taak?hehehe...memang ramai jugak kawan2 yg rapat dengan aku orang cakap adik beradik ..camUmma Shaarifah, kekadang Hajar(Cik Siti) pon sama....padahal im just a rose among the thorn....x de pon girl siblings...harap maklum...hehehe... :)

oklah jom tengok pulak cerita program2 setakat 21 Jun lepas.....20 & 21 telah berlangsung Seminar Menara Gading di Masjid As-Soghir di Taman Pekaka...seramai 18 orang peserta telah hadir dari utara Semenanjung Malaysia...alhamdulillah....moga program ni bermanfaat untuk student2 yang bakal masuk ke IPT...

best jugak dapat handle program dgn kerjasama KARISMA dan JIM IPT ni....program berkisarkan tentang dunia IPT dan sekitarnya....rindu nak ke IPT sekali lagi bertandang....slot2 dan tajuk2 ceramah serta tips2 yang disediakan mengingatkan ku zaman aku di IPT dulu...alangkah bestnyer...ada suka ada duka...pahit manis sentiasa mekar dalam ingatan....banyak pengalaman ku di IPT aku kongsi dengan peserta terutamanya group yg aku handle...budak2 ni pon suka...terus amek number nak keep in touch....huhu.....alhamdulillah...bukan ka shaaring is caring? and im glad to share my valuable experience with them....with open arm and open mind....

timbalan pengarah program turut mengendalikan slot.
.


dua orang kuat SMG 09-kak Lat n Mak Cik Pah

semangat nyanyi lagu tema " taburkan jasa semaikan budi"

tempat yg agak strategik

so insyaALLAH , moga aadik2 yg telah meyertai SEminar Menara Gading ni memanfaatkan ilmu yg dikutip dan menjadikan perkongsian dengan faci2 sebagai iktibar tauladan tatkala berada di IPT kelak....all da besst....ingt.. al-ilmu bil 'amali...kahsyajar bila samar....ilmu tanpa amal, ibarat pohon tak berbuah...all da best to all of you in your future undertaking.......insyaALLAH...:)

alhamdulillah...SMG selamat berlangsung ..dan aku pon sihat dua hari tu...syukur pada ALLAH..sebab sehari sebelumnya tangan kanan ku jem..haha....sakit tangan sebab main bowling...alkisahnya...aku dan member2 opis nk buat farewell party...tapi tak takde la buat party...kami jus keluar main bowling lunch time...sbb hari jumaat breaknya panjang.... memandangkan ramai di kalangan kami yg akan tinggalkan PJJ @ E-educator @ Eureka @USM, nak la juga kami beramah mesra buat kali terakhir..huhu..sedeh bunyinya...tapi bila main bowling tu tak la rasa sedih sbb masing2 seronok dan semangat nk strike jer....akibatnya...sakit seluruh badan sebab amek bola berat2...pastu bukannya strike pon..haha...tp apa yg penting...group aku menang no 1, paling banyak mata (walaupun point tak banyak mana...)...jadilah......hahah.....tu la kot kenangan terakhir aku dengan kawan2 @ staff PJJ dan e-educator sebab aku (dan beberapa lg ) akan melangkah pergi...redho je la.. :(

tak aci aku takde lam gambo...heheh...:)


ok la rasanya setakat tu saja..bnyak lagi program ni cerita tapi hold dulu la...dah panjang cerita utk post kali nie....till we meet again..wassalam..

p/s: doakan aku cepat dapat kerja...permudahkan la ya ALLAH...

sedikit info tentang bulan Rejab memandangkan hari ni dah masuk bulan Rejab..click here...


17.6.09

SMG jom3!!!


ini la destinasi ku....

SEMINAR MENARA GADING
-- SMG '09 --
(Peringkat Nasional)
Tarikh : 20-21 Jun 2009 (Sabtu dan Ahad)

Tempat: Masjid as-Soghir, Taman Pekaka, Sg.Dua, Pulau Pinang
Anjuran: KARISMA, KRJ dan JIM IPT Pulau Pinang

Sasaran Peserta: lepasan Matrikulasi, Diploma, STAM, STPM, Asasi/Tamhidi & mana-mana individu yang bakal memasuki IPT kemasukan Julai 2009
Pelaburan masa hadapan: RM 35 sahaja!

Untuk sebarang maklumat lanjut dan urusan pendaftaran boleh hubungi:

Hafiz: 013-6207070
atau
Asmaa': 012-5334759
atau
K.Lat: 013-4383131
JOM DAFTAR SEGERA nama anak/adik/sepupu/ anak saudara/anak usrah/cucu usrah dan .....anda!!

uia yang kurindu..

27.5.09

Young Muslim Intelectual (YMI) Workshop..

jom hantar anak2 anda....

terbuka kepada anak2 staff USM, JIM, ABIM, SOLACE dan KUMMI...yang berumor 13 -19 tahun....jom register ramai2....

p/s: sesiapa berminat untuk menjadi fasilitator boleh hubungi saya sebelum 10 June 09...terimakasih.. :)





click picture to see

27.4.09

bowling....selesai...

SURE BOWLING...selesai...


salam to all...

ape kabar sume? harap semua sihat2 belaka di samping orang2 yang tersayang...hehehe
mggu lepas hari sabtu ( tak sempat nak update masa hari sabtu tu) rasanya hari yg agak best...paling best dalam minggu lepas....

alkisahnya pagi2 aku dah siap2 nak g program bowling kt Kompleks Bukit Jambul...keluar rumah kul 9.30....sampai jer kat sana...komplek tu sunyi sepi, baru nak buka...tapi ada la orang di kawasan tu...sampai2 jer kt kawasan boling tu dah nampak peserta (budak2 sekolah) dah sampai kt BJ Bowl tuh...uish semangat betoi depa ni....siap bawak kawan2 lagi....

riang ria bowling @ BJ..

dalam pukul 10.30 camtuh program pon bermula....peserta dari lingkungan 12 thn sampai la pelajar IPT dari USM pon ada juga untuk memeriahkan suasana.....dalam masa dua jam pertandingan tamat dan semua pakat tunggu result....ramai yg mula mai kat meja urusetia nak curi2 tengok markah depa , tak sabaq nak tau group mana yg menang....hehehe....lawakla budak2 ni....tapi kami terpaksa control depa sikit......at last....acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah menyaksikan pemenang2 dari budak2 skolah sg Nibong antaranya dan sebahagiannya ada lah peserta cina. alamdulillah tamatla sudah SURE BOWLING ( sukan remaja bowling) di KBJ nie.....sebagai pentarbiyahan akhir program peserta diberi risalah2 untuk edaran sekitar KBJ.....

sempat lg posing..ehehe

lebih kurang pukul 2 lbh aku pon sampai rumah...seronok tak terkira walaupon tak dapat bermain boling sekali sbb kene pantau program (tapi dapat gak hayun bola boling sekali saja masa nak test lane tu) tapi puas hati tengok sambutan yg sangat luar biasa....

**iklan..lagi gambar di sini....

sampai2 rumah kelam kabut tukar baju dan siap2 nak g kenduri kawan aku..tak sabar nk jumpa kawan lama nie....sebenarnya this is my old best frend yg da lama lost contact tp kami jumpa balik masa interview di USM hari tu....sungguh tak sangka...then die jemput mai kenduri kawen dier....so aku amek peluang bergambo ...mana la tau kot2 pas ni tak jumpa dah...maklumla orang dah berumahtangga...

aku selalu pakai baju ikut warna tema....kebetulan...

masa nak balik terjumpa pulak lagi sorang member sekolah almashoor...ni memang tak penah jumpa terus sejak habeh skolah 9 tahun yg lalu...(oh dah 9 tahun tingal sekolah rupanya...) terkejut sebenarnya dapat jumpa fadhilah ni...terkejut camne die boleh ada kat kenduri kawn aku yg sejak tadika lagi nei....rupanya2 fadh teman kawan die jer datang kenduri ni...apa pon seronok dapat jumpa dua orang besfren dalam satu kenduri.... (ramainye besfren aku...tapi asek los contact jer...)...tapi lupa pulak nak bergambo dengan fadh, sebab sembang pon gitu2 jer , sebab die tengah nak makan...so pas salam2 aku pon balik...mak ayah aku dah siap tunggu kat luar dewan ...err.... tamat cerita kenduri...

pastu balik umah jap rehat2 dulu, lepas asar nk keluar pulak g umah sedara (maksu aku) ..katanya masak special untuk adik aku yg baru pulang dari kuantan (cuti semester 3 bulan)...
makcik aku masak siput belitung masak lemak cili api....wow!! sudah lama x makan siput belitung nih.....apa lg aku pon tumpang sekaki makan siput belitung dengan spageti (nyum-nyum faveret nih!!)...hehe...x penah dibuat orang....makan siput belitung dgn spagetti......tapi bila dah p umah sedara mara aku nih memang tak leh nak tahan2 makan...hilang la istilah 'diet' walauopn makcik2 aku suker perli aku diet jer everytime p umah depa....padahal....kalu p umah makcik2 ni memang full la perut....bila balik rumah tak payah makan dah....hahaha....bestnyer hari sabtu tu...dapat jumpe sanak sedare n makan yg sodap2 (sambil tengok piala FA dengan pakcik2 ku hehehe)...alhamdulillah segala puji bg ALLAH jua yg Maha Pemberi Rezeki..... semoga ALLAH mengekalkan silaturahim kami dalam rahmatNYA selalu.... " ALLAHUMMA INNA NA'UZUBIKA MINAL KUFRI WAL FAQRI, ALLAHUMMA INNA NA'UZIBUKA MIN A'ZABIL QABRI LA ILA HA ILLA ANTA...."


wassalam...