Showing posts with label sports. Show all posts
Showing posts with label sports. Show all posts

20.11.13

First Penang Bridge International Marathon!

10KM WOMEN OPEN :)


Assalamualaikum dear readers,

saat eksaited menulis post ini, sakit2 di kaki masih belum hilang..paling sakit kat tulang kering bila meletakkan tapak kaki untuk melangkah...aduhai..begini rasanya lepas lari 10 km + 3 km jalan kaki pada 17 November lalu...

Al kisahnya, ahad lalu merupakan pengalaman pertama LM dalam event yang besar ini..48K participants! bayangkan...pecah rekod PBIM tau...

okeh, LM cuba cerita ikut sequence, haha...boleh pulak gitu, hari Isnin, minggu akhir nk training utk PBIM waktu lunch, LM bergegas keluar ofis p ambil  race pack both for me n my brother... x da apa yang menarik dalam race pack bagi yang masuk kategori 10KM ...dapat running vest pun bukannya boleh pakai di dalam rumah apatah lagi di luar rumah pun...boleh simpan atau bagi kat adik aje lah...

petang tu balik kerja terus lebih semangat joging kali terakhir, hari Isnin saja yg ada masa pun, lain hari balik lewat termasuklah hari Sabtu...maka bilanya nak betul2 training?huhu.sedih..:(




bib Number..tak pernah lagi lari pakai bib yg official mcm ni kot...sebelum ni lari 4km fun run aje...x de bib macam ni..by the way LM masuk 10KM competition, saja mencabar diri dan upgrade dari fun run ke competition....

okeh, next is sehari sebelum 17 November, malam tu duk pulun cari aksesori kelengkapan utk berlari esok harinya, sangguplah meredah Queensbay lepas balik kerja utk mencari satu benda tu...benda apa? tak pelulah LM bagitau kat sini....akhirnya, tidak ku temu barang tu..punyalah susah rupanya nk jumpa...menyesal tak research awal2 dan beli online saja...:( pasrah sajalah berlari esok tanpa benda tu...huhu...tebus kekecewaan dengan membeli sepasang stoking ASICS je di kedai ASICS kat QB tu...aduhai.....nak beli kasut kat situ tak mampu lagi... :)


waktu malamnya tak boleh tidur,walaupun dah cuba tidur awal utk bangun awal, set jam pkl 4 pagi, nak bertolak ke Sg Nibung pkl 5 pagi sbb adik LM akan stat lari pkl 5.30 am, dan LM perlu jumpa kawan2 seperjuangan untuk passkan power gel serta kain2 dakwah untuk dibawa semasa larian.


17 November 2013

Alkisahnya, pukul 5.30am baru terjaga, lantas dengan pantas nya LM dan adik nekad juga nak berlari...kami solat Subuh di rumah, sampai ke sana, parking di stesen bas Sg Nibong dan naik shuttle van ke  QBay..dari sana kena jalan sikit ke garis mula larian...maka jarak berjalan itu sajalah warming up LM sebelum memulakan larian 10KM... sebelum tu sambil drive sempat makan dua keping roti dan sebiji pisang.... 

terus mula larian hingga ke penamat, baru teringat tak bawa beg duit, tak bawa fon (tertinggal dalam kereta), dan tak sempat nk simpan beg kat booth baggage penganjur....terus lari dengan beg di belakang..aduhai memang beg tu mengganggu larian ...tapi tetap ku teruskan juaa..by the way disebabkan sampai lambat, LM start ikut kategori men 10km open yg bermula 6.30am..haha, ramai je yang tak dapat catch up women 10K ikut kategori ini...

saat berada atas jambatan dan dapat tengok laut di bawah perasaan eksaited tu tak boleh nak digambarkan..selalunya berada dalam kenderaaan je atas jambatan, tak pernah mimpi nk berlari dan berjalan2 atas jambatan di waktu pagi nan indah macam tu....subhanallah...dan yg paling best dapat juga berlari atas jambatan lama ni, walaupun plan asalnya larian akan diadakan di jambatan kedua yang baru...semua ada hikmahnya kan...

masa larian , ada terasa sakit di bawah tulang rusuk..maka LM slow kan dan jalan2 saja atas jambatan, tak berani nk push lebih2...tapi bila dah nak sampai ke garisan penamat tu trasa lebih semangat pula ...paksa diri lari dalam hujan renyai2...akhirnya sampai, dan terus ambil medal dan nombo lucky draw...alhamdulillah...seronoknya dapat fulfill 10KM tu...rasa tak percaya pun ada sebab dah lalui 10KM lari + lari lari anak + joging + jalan jalan sambil sembang dengan sesape je yang LM rasa nak sembang atas jambatan tu...heheh....sembang lepas tu tinggalkan je orang tu macam tu dan mara ke depan...haha...

dan inilah hasilnya..

adik sampai lambat, tak dapat medal, nak minta kat committee pun bayang depa dah tak kelihatan di booth medal ni...at least LM bawa balik satu utk kenangan kami bersama dan utk tayangan pada keluarga bila balik rumah,hehe....dapat juga lah ucapan tahniah dari abah...happy dalam hati...:)


terus kepada kesimpulannya, LM rasa ni event the first but the worst ever atas beberapa sebab berikut:

1) gagal plan awal utk serahkan kain dakwah dan gel kepada rakan2 larian sebelum larian, akibatnya kuranglah beberapa ruang dakwah semasa larian melalui kain dakwah tu...

2) gagal bangun awal, mak dah kejut, tapi tak terbangun juga...tp syukur masih bangun dan nekad teruskan join event, lambat tak patahkan semangat

3) akibat lewat bangun--> tak bawa purse, tertinggal fon dalam kereta (maka tiadalah memori yang dirakam sendiri atas jambatan tu), tak sempat simpan beg di booth baggage, tak pakai jam

4) gagal warming up dan cool down dengan cara yang betul...penat study benda ni berhari2 tapi tak dapat nak apply sebab lambat...

akhir kalam, sebab takde fon, LM dah panik tak tau cara nk contact adik LM...dia ada di belakang,..tapi tak tau jauh mana, yang pastinya LM x jumpa di finishing line...dan x ingat pula nombor hanfon dia...tup2 ALLAH takdirkan jumpa sorang kawan, terus je jerit minta pinjam fon dia utk tinggalkan pesan pada mak...
sementara menunggu nak jumpa adik LM sempat lah buat cooling down sikit dan menerjah booth2 makanan yang disediakan.....ajaibnya LM tak rasa lapar sikitpun lepas lari, sebaliknya rasa nk minum air je....apapun syukur dapat ketemu adik semula, dan lepas kami 'bersarapan' kat tepi pantai Qbay tu, kami pun pulang....dengan jalan kaki dari Qbay ke stesen bas sg nibong...aduhai, bila sampai kereta, tambah syukur sebab henpon LM masih ada di seat si Burgundy itu....haiah..



3.2.13

Interesting stories..

salam readers,

antara yang menarik dua tiga hari kebelakangan ini..

petang tadi first time bawa anak Umma p memanah..baru nk try test.. coach kata dia kecik sangat..tak cukup tinggi lagi..tp dia bg peluang Amzar try juga.. dekat 2 jam 'training' kat situ...at last ada dia bagi panah..tak la pegang 'rangka'(bow)  dia saja..haha..LM ingat nk try gak..tp pegang rangka dia ja sambil tarik tali tu..ada la gaya mcam nak memanah tp takda panah tu..


coach suruh buat sendiri..

semangat sampai berkerut muka...

seterusnya, LM join fun run category utk Penang Run 2013 haritu...kali kedua masuk event camni, kesimpulannya selain capek lari2 jalan, dapatlah jugak mengumpul sijil dan t shirt event yang berwarna putih ...aha.. fun run 4KM saja..itupun x lari sepenuhnya, mengelat juga dengan berjalan sekali sekala bila dah capek..dah la x de warming up ke apa sbb sampai2 ja ngam2 depa dah stat lari..sebelum tu terkejar2 solat subuh dulu..x breakfast , just teguk dua tiga kali air..sambil lari sempat bawa bekalan biskut..sampai habis lari biskut tu dalam poket..buat menambah berat je masa lari... layan foto2 lepas tamat larian...

muka x macam baru lepas berlari..menten ayu bersama gadis bernama Ayu..

gambo kenang-kenangan di pentas Penang Run..

x de medal OK..fun run je..makanya hanya ada sijil je utk ditonjolkan..

kami balik dulu, x tunggu lucky draw..lambat sangat nak tunggu..maleh..

sebelum balik , terserempak dengan geng2 Revert Sport Club..ada di antara mereka yang join fun run, ada juga yg masuk competitive run 17 KM..


tahniah Ustaz Taufiq walaupun kaki cramp di tengah jalan..dapat juga medal akhirnya


beberapa hari lepas Penang Run tu LM p makan burger..adik request nk makan kat sini..tempat ni masuk majalah 3 (tv3) haritu..tmpat femer jual burger monster...wah..tapi kami x makan burger gergasi tu..hanya makan burger yang diberi nama burger facebook yang tingginya 3 tingkat (3 layer)...

sila beratur utk ambil number, order dan bayar..lepas tu sila duduk dan tungggguuuuu

hampir 2 jam tunggu nak dapat burger...sambil2 tu kami order durian crepe dulu..ni pun tunggu sejam baru siap..haish!

burger facebook diberi nama.. letih kami 2 orang makan.. tambah lg dengan satu burger plain..

ayaq tak cukup sebab lama sangat tunggu... actually adik LM order lg satu air lepas horlick ais dia abes..

akhirnya kami balik dengan perut yg kenyang...kesimpulannya burger grill haritu jauh lebih sedap daripada burger facebook ni.. mungkin yang special kat kedai ini ialah burger giant depa ja.. apakan daya LM dan adik x mampu nak makan burger tu..memang konfem x kan habis makan dua orang...sbb tu x amek burger tu..next time maybe...

till then, wassalam..




2.1.13

1-1-13 City walk


 salam readers,

malam sebelum new year alhamdulillah terisi dgn pengisian rohani dr ustaaz Dr Asri, keesokan harinya bangun awal , alhamdulillah dimulakan dgn permulaan yg baik, bersiap2 utk ke city walk utk petama kalinya...

klabu..baru sampai..tgu fara sampaia



ada org kata LM dah gemuk bila tgk gmba ni-redholahh

setelah plan sana sini akhirnya berjaya mengumpulkan rakan2 Almashoorian, IICian dan IIUMian di majlis ini! sangat best! tak lupa juga rakan2 IKRAM dan Revert Sports Club yg turut menyertai..

Al kisahnya City Walk bermula dgn senam robik, taklimat dan ucapan EXCO2 dan jugak CM Penang, Lim Guan Eng...eksaited pulak  rakyat penang kat sini tengok CM berucap... lps tu baru peserta dilepaskan start dari tower clock (kt bawah ni), melalui 10 cekpoint sampai garisan penamat di tmpt bermula..

CM dgn geng2 nya..malas nak mention satu2, x kenai pun..


sejurus selepas kami mula nak jalan pusing2 penang dan lalu padang kota , terbau pula asap rokok yang sunnguh mencemar hidung kami..tolongggla... dah elok2 lalu tepi laut nak menghirup udara segar, aleh2 kami dapat bau rokok yang membunuh tu...oh tidakk..disebabkan tak puas hati kami rakamkannya di sini... jgn tiru aksi ni d tempat lain..x elok utk orang sekeliling....haih.... sila zoom  dan lihat rokok sebatang di tanggan beliau...marah nih!
gambo ori, tak edit.. 


tengah2 jalan dgn termengah2 tapi tak lenguh, Umma pulak rasa semacam sbb dia x breakfast tadi, smpt  minum air kotak je sambil drive..LM dah breakafst awal2 lg..kul 6 pagi makan..adoi..maka tgh2  duk berCity Walk kami singgah beli somthing utk Umma minum sesuatu yang menyelesakan perutnya..dan teruskan 'perjalanan' walaupun dah agak ketinggalan...

sedang berjalan2, terserempak akhirnya dengan geng2 Revert Sport Club(RSC)..akhirnya..baru nampak bayang2 mereka yg bersemangat ni..

                                           
bukan saja2 tak mau pakai t shrt program yg dibekalkan, tapi RSC pakai jersey ni for dakwah purposes sbb di belakang baju ada tertulis website utk mengenal Islam.. www.islam-guide.com

mudah-mudahan ada yang bertemu hidayahnya dgn usaha kecil ini...moga ALLAH redho...

dan walaupun agak ketinggalan kami sampai juga ke garisan penamat (macam lawan lari pulak) ...dan setelah puas berasakan kami pun dapat la goody bag dan yg penting, sijil penyertaan....o yeah! ini sijil pertama dalam bidang sukan yang LM dapat kot seumur hidup! hehe...new experience... lps ni try pulak event lari, tapi ketegori fun run je..x berani lagi utk bertanding dan berlari berkilo2 meter...konfem kalah atau pun mengalah d awal waktu punya...sebab stamina  x sampai tahap tu lagi..

oh ya, sambil tgu lucky draw , ada bnyak acara kat situ, booth pun banyak..so jalan2 lagi tengok booth..terserempak pulak dengan seorang mamat yg sedang promo sesuatu..mamat ni keja kat KOMTAR juga, jadi Umma kenai dia..bila sembang2, dan dia tgk aku bertshirt Aqsa Syarif dan bermafla dia tanya la ttg mafla tu, sembang2 bila diberitahu ttg IKRAM, katanya isterinya nak join IKRAM, tapi dia di Johor..dia minta LM kontek isterinya, tergamam jap bila dia bgtau isterinya sedang mengidap kanser stage 4,subhanallah.. masih semangat join NGO .. lepas dia bg kontek isterinya kami pun bersurai.. akan ku cuba mudahkan usaha beliau mencapai hasratnya join IKRAM (pertubuhan IKRAM, sebuah NGO). Pada detik yg sama teringat pada seorang Mualaf yang LM cuba bantu utk mempercepatkan proses kahwin beliau dan pasangan, tapi tak kesampaian kerana Mualaf ni telah pergi menemui Penciptanya akibat kanser stage 4 juga... Innalillah..


                             
hahah...semangat nak tunjuk, tapi pegang sijil terbalik!

ni goody bag dgn isi2nya...


lps habeh semuanya, dan dah penat tgu lucky draw tapi sayangnya tak lucky, kami pun balik. dah naik kereta baru Umma perasan purse dia hilang! setelah puas mencari dan tak jumpa..last2 kami p buat repot polis di tmpat city walk tadi...apakan daya benda nak jadi...mula2 berleter jugak...tapi bila koreksi diri, ada hikmah di sebalik kejadian..maka kami pun redho...semua dalam purse hilang..kad atm, mykid anak dia dan mykad dia, segala voucher yang best2...dan cash.... makanya esok harus dia luangkan masa utk setelkan segala2nya... dan ini juga mengingatkan aku utk buat mykad baru...sbb cip dia dah mula bermasalah...sama mcm mykad Umma...semoga ALLAH mudahkan urusan kami...

                                                      
repot polis di balai polis...

till then, banyak lagi ragam kat event ni..lain kali cerita lagi...

salam tahun baru LM readers!