Showing posts with label bahagia. Show all posts
Showing posts with label bahagia. Show all posts

23.6.09

Macam-macam cerita...



Assalamualaikum to all readers....


apa khabar semua pembaca setia LImauManiss yer? harap2 semua sihat dan bahagia di samping insan2 yang tersayang lagi membahagiakan...( lain macam jer bunyinya?) :D

kali ni rasa macam banyak jer nak tulis dan cerita...cerita hati...cerita isu semasa...cerita program2 yang telah kulalui sepanjang bulan jun setakat nie.
first sekali ...i m glad...really haaaappy that my good fren dila is back to office setelah sepuluh hari takde kat opis kerana tugas2 PALAPES nya di Johor.... hari ni kami berkesempatan lunch skali..rindu plak rasa dah lama x makan sekali....tmpat pon best...first time nk try kt sini...tmpat makan baru kat USM....hahah....cantik view die....mendamaikan....kami decide nk try makan kt Anjung Budi, Pusat Alumni USM tu....

ada macam adik beradik ka?

ada jugak orang cakap kami ni adik beradik......nampak sama taak?hehehe...memang ramai jugak kawan2 yg rapat dengan aku orang cakap adik beradik ..camUmma Shaarifah, kekadang Hajar(Cik Siti) pon sama....padahal im just a rose among the thorn....x de pon girl siblings...harap maklum...hehehe... :)

oklah jom tengok pulak cerita program2 setakat 21 Jun lepas.....20 & 21 telah berlangsung Seminar Menara Gading di Masjid As-Soghir di Taman Pekaka...seramai 18 orang peserta telah hadir dari utara Semenanjung Malaysia...alhamdulillah....moga program ni bermanfaat untuk student2 yang bakal masuk ke IPT...

best jugak dapat handle program dgn kerjasama KARISMA dan JIM IPT ni....program berkisarkan tentang dunia IPT dan sekitarnya....rindu nak ke IPT sekali lagi bertandang....slot2 dan tajuk2 ceramah serta tips2 yang disediakan mengingatkan ku zaman aku di IPT dulu...alangkah bestnyer...ada suka ada duka...pahit manis sentiasa mekar dalam ingatan....banyak pengalaman ku di IPT aku kongsi dengan peserta terutamanya group yg aku handle...budak2 ni pon suka...terus amek number nak keep in touch....huhu.....alhamdulillah...bukan ka shaaring is caring? and im glad to share my valuable experience with them....with open arm and open mind....

timbalan pengarah program turut mengendalikan slot.
.


dua orang kuat SMG 09-kak Lat n Mak Cik Pah

semangat nyanyi lagu tema " taburkan jasa semaikan budi"

tempat yg agak strategik

so insyaALLAH , moga aadik2 yg telah meyertai SEminar Menara Gading ni memanfaatkan ilmu yg dikutip dan menjadikan perkongsian dengan faci2 sebagai iktibar tauladan tatkala berada di IPT kelak....all da besst....ingt.. al-ilmu bil 'amali...kahsyajar bila samar....ilmu tanpa amal, ibarat pohon tak berbuah...all da best to all of you in your future undertaking.......insyaALLAH...:)

alhamdulillah...SMG selamat berlangsung ..dan aku pon sihat dua hari tu...syukur pada ALLAH..sebab sehari sebelumnya tangan kanan ku jem..haha....sakit tangan sebab main bowling...alkisahnya...aku dan member2 opis nk buat farewell party...tapi tak takde la buat party...kami jus keluar main bowling lunch time...sbb hari jumaat breaknya panjang.... memandangkan ramai di kalangan kami yg akan tinggalkan PJJ @ E-educator @ Eureka @USM, nak la juga kami beramah mesra buat kali terakhir..huhu..sedeh bunyinya...tapi bila main bowling tu tak la rasa sedih sbb masing2 seronok dan semangat nk strike jer....akibatnya...sakit seluruh badan sebab amek bola berat2...pastu bukannya strike pon..haha...tp apa yg penting...group aku menang no 1, paling banyak mata (walaupun point tak banyak mana...)...jadilah......hahah.....tu la kot kenangan terakhir aku dengan kawan2 @ staff PJJ dan e-educator sebab aku (dan beberapa lg ) akan melangkah pergi...redho je la.. :(

tak aci aku takde lam gambo...heheh...:)


ok la rasanya setakat tu saja..bnyak lagi program ni cerita tapi hold dulu la...dah panjang cerita utk post kali nie....till we meet again..wassalam..

p/s: doakan aku cepat dapat kerja...permudahkan la ya ALLAH...

sedikit info tentang bulan Rejab memandangkan hari ni dah masuk bulan Rejab..click here...


12.11.08

sudikah menjadi isteri kedua??

wah...tajuknya agak mengancam....tapi nanti dulu wahai wanita...jgn cepat emosi dulu...
baca pelan2...sampai habis...get the truth from the story..its nice..believe me..baca la sampai habis dulu...:)..enjoy!!

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopakbawah.


"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.


Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.


"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.


"Tak. Maksud saya…"


"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa.

Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalikFatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.

Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit.

Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.


"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.


"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu.



"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.



Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.


"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.


"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


"PERJUANGAN, " jawab Fikri.



SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI… TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…


JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA…. KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA… DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…
sekian...pernah kah anda ditanya sedemikian???ha...bila ditanya..apakah jawapan mu??..haaa...lu pk la sendiri..hehhe:)






p/s: pernah...

1.8.08

Kebahagian adalah hak milik setiap insan...


Assalamualaikum. ..


Sesungguhnya kebahagiaan kita akan terasa sempurna ketika kita sudah melakukan semua
kewajipan kita kepada Dzat Pencipta kita, dan kepada semua makhluk ciptaanNya; kepada
Allah dan kepada umat manusia. Sesungguhnya lidah memang tidak bertulang, mudah untuk
diperindah dan diperhalusi. Akan tetapi, yang paling sulit adalah mempraktikkan dalam bentuk
sifat-sifat yang terpuji dan tindakan-tindakan mulia yang dapat dijadikan sebagai teladan.


Mengapa kalian suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kalian melupakan diri (kewajipan)
kalian sendiri, padahal kalian membaca Al-Kitab (taurat)? Maka tidakkah kalian berfikir? (Al-Baqarah: 44)
Sesungguhnya orang yang menyuruh orang lain melakukan amar ma'ruf sementara dia sendiri
meninggalkannya, dan yang melarang orang lain melakukan kemungkaran sementara dia sendiri
melanggarnya, akan ditempatkan di dalam neraka. Kemudian dia berkeliling dengan isi usus yang
terburai seperti keldai yang mengelilingi alat penumbuk gandum. Maka para penghuni neraka
bertanya kepadanya mengapa ia juga binasa.

Jawapnya: "Saya menyuruh kalian melakukan yang ma'ruf namun saya sendiri tidak melakukannya
dan saya melarang kalian menjauhi yang mungkar namun saya sendiri melakukannya"

Wahai orang yang mengajarkan kebaikan
kepada orang lain
apakah engkau sendiri
telah mengerjakan hal yang engkau ajarkan itu?

Suatu hari seorang muballigh yang sangat terkenal, bernama Abu Mu'adz Ar-Razi berdiri
memberikan nasihatnya hingga menangis, dan para hadirin pun ikut menangis, kemudian
ia berkata:

Orang yang tidak bertaqwa
menyuruh orang lain untuk bertaqwa
sama halnya dengan tabib
yang mengubati orang lain
sedang dirinya sendiri sakit.

Dahulu ada seorang ulama salaf apabila hendak memerintahkan kepada orang lain untuk
bersedekah, terlebih dahulu ia bersedekah, baru kemudian memerintahkan kepada mereka
untuk bersedekah. Mereka pun memenuhi seruannya dengan sukarela.

Aku pernah membaca suatu kisah yang menceritakan bahawa dahulu pada kurun awal
penyebaran Islam, seorang muballigh ingin menyuruh orang lain untuk memerdekakan hamba
sahaya, kerana banyak hamba sahaya yang meminta kepadanya untuk menganjurkannya
kepada orang ramai. Langkah awal yang dilakukan adalah mengumpulkan dana pada waktu yang
cukup lama, kemudian baru memerdekakan seorang hamba sahaya, baru ia menyuruh. Langkahnya
kemudian diikuti oleh banyak orang, dan banyak hamba sahaya yang dimerdekakan.


Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don't Be Sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu.



kenapa aku pilih bahagia?? kerana aku ingin berbahagia...aku juga ingin manusia di sekelilingku berbahagia....dan alangkah bahagianya jika seisi dunia ini bahagia...dan bayangkan betapa bahagianya kita jika kita dapat hidup dalam kebahagiaan yang hakiki...piece..;)