Showing posts with label accident. Show all posts
Showing posts with label accident. Show all posts

3.4.14

Crushhhh!


sudah hampir dua minggu tidak ku ketemu sama ini Burgundy....

(bukan hilang macam MH370, hampa toksahla pi tolong cari... )

tengok gambaq boleh agak kot apa sebabnya....


ini hasil pelanggaran si Burgundy dengan kereta lain di Jeli , dua minggu lalu...

kereta dipandu oleh adik aku sendiri....eksiden sebaik sampai area Jeli...aduhai hancur hati tuan kereta bila melihatnya......remuk...sbb si PJJ ni tak pernah mengalami eksiden yg teruk selama berkhidmat kepada tuannya.....


tiba2 bila orang lain bawak,macam ni jadinya...

apapun aku bersyukur adik dan adik iparku yg dalam kereta ni tak apa2....depa cool je memanjang...siap lepas eksiden boleh bercuti lagi sehari di terengganu...lepas sehari baru bawa balik kereta yg separuh lingkup ni balik ke penang...


sampai penang terus adik aku bawak p workshop....justeru aku yang baru balik kerja tak dapat la nak lihat 'kecederaan' kereta ni...sampai harini...


memang takdak mood dah nak nak ambik tau...nasib baik la insurance cover.....terkejut tapir jugaklah tengok jumlah bil spare part utk repair bahagian2 yang rosak tu....beribu2 lemon wohhh!


jadinya selama dua minggu nak masuk tiga minggu hidup kami sekeluarga terpaksa la bersusah payah sikit kongsi moto dan kongsi kereta...ataupun lebih tepat....berebut kereta....


alhamdulillah ...seharusnya kami bersyukur dan tidak kufur sebab ada sang Kancil yang menjadi rebutan ituh....


jadi buat masa ini tuan Burgundy hanya mampu bersabar menunggu Burgundy keluar dengan sihatnya dari workhsop....berdoa lepas ni x de apa2 side effect atau kerosakan yang tidak diingini dan yang tak diketahui walaupun setelah di repair..... sebab lama lagi nak habeh bayaq wooooo...




sebelum tamat entry saksikan kesan pelanggaran kepada si Grand Livina...memanglah teruk ..

yang melanggar pun teruk jugak....sbb adik tuan kereta memang tak reti jarakkan pemanduannya....

dah la bawa laju, selalu je rapat dengan kereta depan macam nak sondol kereta depan tu..

dan inilah akibatnya......


innalillah wainna ilahi rojiun....

eh...sekejap....bukan ada orang mati...

tapi doa tu dibaca sebab tuan kereta dilanda musibah dan dugaan tidak berkereta...macam patah kaki....

ada motor abah dan adik2 pun x reti bawak moto pulak......

gitulah naseb....


kembalilah cepat si Burgundy ku.... :(


3.3.13

peristiwa Pre CNY, CNY and Post CNY...

salam dear readers,

bila tengok tajuk, nampaknya seakan satu post yg panjang....selagi tak habis tulis, panjang tu lah post ni..

alkisahnya, Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP) bersama MPPP telah menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina dan kempen Cleaner Greener sabtu lepas, 2 mac...

Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatka kepada ALLAH yang mengizinkan kami menganjurkan dan melancarkan program ini.. cuaca sangat baik seakan satu rahmat buat AJK..risau juga sebab malam semalamnya ada hujan rintik-rintik di kawasan tu....





antara rakaman majlis CNY anjuran HCPP..meriah..menarik dan mencapai objektifnya pada pandangan peribadi LM... hati rasa berbaloi setelah bekerja keras, keras sekeras-kerasnya untuk memastikan program ini berjalan  seperti dirancang..beberapa perkara tak kesampaian antaranya tiada kehadiran media yang dijemput , tidak lah sangat dikesali, yang penting mesej sampai kepada masyarakat..

tapi dalam nak menjayakan benda ni ALLAH uji kesabaran dan keikhlasan dengan dugaan yang diberikan sehari sebelum program... memang terasa berat ujiannya dari pagi hingga ke petang ke malam... paling tak boleh lupa kemalangan yang dihadapi sekelip mata! bagaikan tak percaya sekelip mata boleh eksiden tatkala nak sampai ke Islah Educare taman pekaka utk meeting aulad!

sebelum ni pernah dengar bunyi dentuman dua kenderaan bertembung bila eksiden, tapi kali ni LM merasainya dan mendengar bunyi kuat tu kena pada yang dipandu bila dilanggar kat simpang masuk ke Islah!...pangg!!! x reti lah nak describe macam mana bunyi tuh, tapi yang pasti malamnya asyik  terngiang2 bunyi pelanggaran tu sampai x boleh nak pejam mata tido..fobia..




itu antara kerosakan kereta yang langgar keta kancil LM.."mampuih nak jawab ngan mak abah" -spontan dalam kepala keluaq ayat tu di samping kos2 nak nak repair bahagian kereta yang dah calar/rosak akibat kene langgar... dua2 kereta kena...tapi kereta orang yang langgar lagi teruk..dan LM kena bayar untuk itu..:(((  lepas panik call mum n dad, tunggu dan berbncg dengan pemilik kereta tersbut apa yg kita dua patut buat..bncg dalam keadaan berdiplomasi sambil menangis:(( uhu..panik dan rasa menyesal dan macam2 rasa lagi ada time tu...jantung laju je bila tgk kereta dia jadi camtu...dan alhmdulillah cikgu2 islah educare yg tgh meeting turut keluar membantu menennagkan LM .. huhu..mintak maaf ganggu korang tengah meeting dan tak masuk meeting sbb hal ni..

tunggu abah mai..tapi adik LM yg sampai dulu dengan moto...tak lama baru abah dan adik bongsu mai skali dari rumah.. lepas syura dgn pemilik kereta ni penyelesaian terbaik, kami pun mencapai kata putus....LM kena bayar kerosakan tu..asalnya rm600..tapi minta dia pertimbangkan sbb kereta LM pun rosak juga (tapi sis sorang ni langsung tak kisahkan kita..dia peduli kereta dia dan tetap habis-habisan kata dia tak salah langgar LM,dan LM yg salah dalam hal ni... :( oh Tuhan je yang tau keadaan sebenar waktu tu..) akhirnya kami bayar 3/4 je dari amount asal ..amount tu anggaran mechanic..nampak mcm x serius , tapi ada efeknya pada enjin kereta tu..agaknya sbb tulah mechanic buat anggaran rm600 ..Allahu'lam... 

tu kemuncak ujian pada Jumaat yg amat malang ( tak berbau).. tapi bila muhasabah balik sebelum tido, semua dugaan tu ada pengajarannya...ALLAH tak uji dengan sia2.. so many lesson learnt that day..i tell myself, ALLAH really wants me learn somthin and tell me somethin today.. I accept it with all my heart...walaupun balik rumah masih ada kerja utk dibereskan utk program esoknya..redho je...buat lah juga dengan sloww dan lemah longlai nya...~ 

__ __ __

post CNY-tak berapa balik dari program CNY tuan pengarah dah minta sedikit report (sikit je..sangat sikit) program.. sambil2 makan2 layan sedara mara kat kenduri doa selamat di rumah makngah, sambil2 tu la respon kat tuan pengarah..sempat kira jumlah pendaftaran peserta program tadi masa kenduri.. rilek2 je ..takde tekanan..huhu...




adik ipaq kurang lucky on this day..tengok je lah..silap2 oven tu dapat kat dia..haha

makan..makan..dan makan...famly besaqkami mmg suka makan..hehe..tu lucky draw sempena kenduri kesyukuran makngah haritu..keluarga LM dapat grand prize oven tu..memang lucky sungguh time ni..:))

kenduri kesyukuran kami mampu buat kt rumah makngah ja sekarang ni..almaklumlah kami dah takde rumah kampung..musnah diragut mereka yang rakut nak kan pembangunan konon..

sedih bila tengok rumah kampung kami dah takde...dah tak boleh nak berkampung dan bersukaria kat kampung...




pindah..masa CNY orang lain sibuk balik kampung, kami kemas2 keluar pindah dari kampung..

hancoq hati tengok rumah pink tu.. dah pecah sebahagiannya..

balik kerja tiap2 hari lalu kampung..sedih hati tengok dah jadi mcm tu.. tempat main sejak kecik dah takdak..lepas ni mana kami nak balik beraya??? rumah ganti takkan sama macam rumah kampung ni..hmm


sekian dulu... tak sanggup tulih dah ...

wassalam