Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

7.8.10

Ikhtilat...

salam...dikongsikan sebuah artikel yg sangat penting bagi menangani isu2 kritikal yg sering kita dendar akhir2 ini....

original artikel from...http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/


jemput baca...

Bila Kamu Bising Pasal Ikhtilat.....

Ikhtilat. Maksudnya percampuran. Biasanya, kalimah ini digunakan, dengan merujuk kepada percampuran antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.

Ada seorang ‘bro’ ni, yang menggunakan nickname Mankind bertanya kepada saya:

“ salam..bro.Asyraf..ap pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..salah ke?m’langgar ikhtilat ?.. sesetgh dr kami yg b’fikiran ‘cinta2 tu tidak d’janjikan…tp friendship itu pastilah’…tp sesetgh org m’mndang serong..kalau b’kwn b’lainan jantina. mcm berdosa besar..setiap kita memerlukan antra satu sama lain..sy susah btul nak hndle org mcm ni”

Saya sudah berjanji dengan Bro Mankind ni, untuk membicarakan hal yang dia tanyakan ini di dalam satu post khas. Biar semua orang boleh kongsi manfaatnya.

Maka Bro Mankind, izinkanlah ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan. Harapnya kita semua dapat buka hati kita dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya. Yang benar itu tetap benar walaupun semua orang tidak suka, yang batil itu tetap batil walau seluruh dunia menyukainya.

Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.

ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”

Tak mengapa. Kamu cerdik. Pandai kamu memberikan alasan. Saya tinggalkan dulu persoalan “ Kami bukan nak berzina” ini. Mari kita perhatikan terlebih dahulu, bagaimanakah ALLAH menitik beratkan pergaulan lelaki dan perempuan ini.

Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-Israa. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu. Ayat sebegitu diletak di tengah-tengah.

Mari kita selak Surah An-Nur. Lihat, apa yang ALLAH SWT firmankan di awal surah itu:

“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan dan KAMI wajibkan(menjalankan hukum-hukumnya), dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini) tanda-tanda(kebesaran ALLAH) yang jelas agar kamu tergolong dari kalangan orang yang beringat” Surah An-Nur ayat 1.

Lihat ayat seterusnya:

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.

Pada ayat kedua, terus ALLAH SWT menyatakan hukuman zina. Tanpa ada mukaddimah yang panjang, tanpa menyatakan cara-cara menjauhi zina, ALLAH terus menarik perhatian manusia dengan menyatakan hukuman terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan, betapa penting dan besarnya permasalahan zina ini.

“ Ya la, kami bukan nak berzina” Mungkin ada di antara kita membantah. Ya ya, saya faham. Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni benda yang amat-amat tercela dan terlarang? ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini, berbanding permasalahan menyebar berita palsu, masalah masuk rumah tanpa izin dan pelbagai lagi masalah yang disebut di dalam Surah An-Nur. Dalam banyak masalah itu, zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan. Malah, bukannya menyatakan itu dan ini berkenaan zina. Tetapi terus kepada hukuman. Dari segi uslub bahasa, ini menunjukkan bahawa permasalahan zina adalah besar.

“ Ya la, tapi kau tak faham ke, kami bukan nak berzina” Ok. Tapi berzina ni benda yang besar, itu kita setuju dan bersepakat bukan? “ ya la. Tapi masalahnya, besar mana pun zina tu, kami berkawan je, bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”

Hu hu… Pandainya.

Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, ada yang tiba-tiba terus berlaku kah? Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi, banyak cabang. Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat, bersama swimming pool dan sebagainya. Begitu?

Semua perkara, ada permulaannya. Begitu juga dengan zina. Agak-agak, kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki berzina, dia mahu kah? Mahu kena lempang kamu. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting, boleh bermula dengan semudah perbualan, malah yang paling senang boleh bermula dengan penglihatan.

Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.

Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat, ada sesuatu yang besar di dalam larangan mendekati zina tadi. Kita perhatikan, di dalam Surah Al-Israa’ ayat 115, ALLAH SWT menyebut: “ Dan janganlah kamu dekati…” Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu) itu digunakan. Kalau di dalam Surah An-Nur ayat 30 itu, di penghujungnya ALLAH menyatakan: “ Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Kalau dilihat dalam bahasa arab, ‘apa yang mereka kerjakan itu’ ALLAH telah gunakan perkataan ma yasna’uun bukannya ma yaf’aluun(Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu, maknanya akan kelihatan sama. Yakni maksudnya: Apa yang mereka kerjakan)

Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan yasna’uun dan yaf’aluun. Tahukah kamu apakah perbezaannya? Yaf’aluun ini membawa maksud benda yang kita buat tanpa berdikit-dikit. Contohnya, menampar. Terus sahaja tamparan kita melayang, tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat. Contoh lain berbohong, terus sahaja kita berbohong, tak perlu jangka masa lama pun.

Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya. Yasna’uun membawa maksud perbuatan yang berdikit-dikit, terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya. Sebab itu, kalau anda perasaan, perkataan ‘kilang’ dalam bahasa arab adalah ‘sina’ah’. Kenapa perkataan ‘kilang’ diterjemahkan sebagai ‘sina’ah’ dalam bahasa arab? Hal ini kerana, kilang memprodus sesuatu perkara itu berdikit-dikit, terancang. Macam kilang buat kereta, bukannya kereta itu terus menjadi kereta. Ada checkpoint-checkpointnya di dalam kilang. Bahagian pasang tingkap, bahagian pasang wayar, bahagian pasang tayar dan sebagainya. Perlahan-lahan sebuah kereta melalui proses, yang akhirnya di penghujung, menjadi sebuah kereta yang boleh dipandu. Begitulah maksud yasna’uun. Perbuatan berdikit-dikit, terancang, satu demi satu, hingga mencapai matlamat.

Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun dalam kes menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu, dari berkenaan pergerakan kita hendak menghampiri zina itu, dan semua itu dilarang. Itulah kaitannya dengan “ Jangan kamu mendekati…”. Perlahan-lahan kita menghampiri zina, dan itu adalah perkara yang dilarang.

Kemudian kita lihat susunan ayat 30 dan 31. Apakah yang kita perasan? ALLAH telah menyebut lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan bukan? Ayat 30, ALLAH berpesan kepada lelaki terlebih dahulu, barulah kepada perempuan bukan? Apakah maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat ini?

ALLAH hendak menyatakan secara halus, bahawa lelaki itu lebih lemah dalam berurusan dengan hawa nafsu. Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah, bila digoda dan sebagainya. Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.

Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut: “ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?

Mudah sahaja. Hal ini kerana, perempuan biasanya menjadi faktor kepada zina itu sendiri. Kalau dalam hal kecurian, lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan. Nampak? Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.

“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”

Kamu bagi alasan lain. Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini? Tetapi tak mengapalah. Saya layan. Saya bagi pandangan saya.

Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?

Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?

Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.

Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?

Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?

Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.

Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Alangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga pergaulan mereka, bagaimanakah anda?

Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan? Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan. Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan. Maka, cara yang terbaik adalah menutup langsung lubang-lubang itu. Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini adalah dinamakan Sadduz Zara’i’. Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.

Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”

Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini. “ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…” Lihat, jejak langkah. Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit, hinggalah akhirnya, kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.

Syaitan tak akan kata kepada kita: “ Berzinalah kau dengan dia” Gerenti kita tempelak balik syaitan dengan berkata: “ Gila ke? Zina tu dosa besar!”

Syaitan tidak sebodoh itu. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka. Syaitan adalah makhluk yang pernah berjaya menundukkan jutaan abid. Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam. Masakan dia akan bertindak bodoh untuk memperdayakan kita. Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita. Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran. Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati. Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk. Kemudian dia akan matikan akal. Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala. Akhrinya, dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepada ALLAH. Bukan dalam hal zina sahaja, tetapi dalam semua medan dosa.

Di akhirat nanti, kita akan berkata kepada ALLAH SWT: “ Ya ALLAH, Syaitan inilah yang menyesatkan aku. Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya, tetapi syaitan ini telah menutup akalku, mematikan hatiku. Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”

Masa itu, tahukah anda apa yang syaitan akan katakan kepada kita?

ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat emnolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” Surah Ibrahim ayat 22.

Lihat, syaitan yang menghasut akan meninggalkan kita.

Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?

Nampak? Adakah sekarang anda sudah nampak kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan? Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?

Masihkah anda hendak berkata: “ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?

Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda, dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka. Alangkan sahabat Rasulullah SAW, isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga juga berjaga-jaga, bagaimanakah anda yang tidak tahu ke mana lagi anda akan pergi di hari nanti?

“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?

ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?

Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.

“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”

“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”

Ya kah? Begitukah caranya menegur?

Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.

Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?

Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”

Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”

Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?

Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?

Da’ie jenis apakah kamu?

Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.

Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?

Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?

Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?

“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”

Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?

Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.

Sama-sama kita muhasabah. Muhasabah berkenaan ikhtilat. Dan muhasabah bagaiamana hendak mengajak manusia menjauhi ikhtilat.

Ps: Terima kasih kepada Abang Baha(nama sebenar Faiz bin Hamzah), pelajar tahun akhir Kuliah Adab(bahasa) di University of Yarmouk, merangkap Presiden PERMAIN(Persatuan Pelajar Melayu Irbid) kerana memberikan penerangan berkenaan Ikhtitlat ini, dan membahaskannya dari uslub bahasa arab. Saya secara jujurnya, terkesan dengan ceramah beliau, dan mata saya terbeliak besar memerhatikan betapa mendalamnya ayat-ayat ALLAH, kemasnya susunan ALLAH terhadap Al-Quran ini. Al-Quran, ternyata bukan untuk kita baca kemudian simpan. Tetapi untuk kita tadabbur, perhatikan, dan amal.



Sekian....


28.4.09

Behave Yourself???


Mengubah Tingkah Laku Manusia Dengan Dakwah

By Prof. Dr. Achmad Mubarok (http://mubarok- institute. blogspot. com)

Adanya sistem nafs pada manusia menyebabkan ia menjadi mahkluk yang berpikir dan merasa. Manusia tidak tunduk begitu saja kepada keinginannya, tidak pula pasif terhadap lingkungan, tetapi secara aktif ia bereaksi terhadap lingkungan. Manusia berusah memahami lingkungan yang dihadapinya dan meresponnya dengan pikiran yang dimiliki. Manusia dapat memberi makna positif kepada rangsang yang diterimanya, dan pada dasarnya ia dapat berpikir konstruktif.

Dalam perspektif ini, maka tingkah laku manusia dapat diubah jika kepadanya diberikan gagasan-gagasan baik yang masuk akal dan sejalan dengan cara berpikir dan cara merasanya.berkomuni kasi kepada manusia dengan menggunakan pendekatan seperti itu disebut penekatan persuasif, yakni dengan pendekatan nafs.

Al-Qur'an mengandung pesan yang sifatnya mengajak manusia untuk berpikir dan melakukan hal-hal yang mengandung nilai kebenaran. al-Qur’an juga menganjurkan agar ada sekelompok orang yang secara khusus bekerja sebagai penyampai pesan (Q.,s.al-Tawbah/ 9:122). Dalam khutbah haji wada' Rasul juga mengingatkan tugas setiap Muslim untuk berdakwah, fa liyubaligh al-syahidu minkum al-ghaib, hendaknya orang yang hadir menyampaikan pasan Islam ini kepada yang tidak hadir. Pada dasarnya setiap muslim wajib berdakwah, tetapi yang diwajibkan untuk menjadikan dakwah sebagai profesi hanya ditujukan kepada sekelompok kecil (tha'ifah) saja.

Dakwah adalah suatu usaha mengajak atau mempengaruhi orang lain agar mereka bertingkah laku seperti apa yang dikehendaki oleh pendakwah (da'i). Sebagai peristiwa komunikasi, dakwah melibatkan unsur-unsur da’i, mad’u, pesan, metode dan media. Tujuan utama dakwah adalah mengubah tingkah laku manusia, dari tingkah laku negatif ke tingkah laku positif. Karena tingkah laku manusia bersumber dari nafs (jiwa)-nya maka dakwah yang efektif adalah yang bisa diterima oleh nafs, yakni oleh cara berpikir dan cara merasa mad'u, sehingga meski orang yang didakwai (mad'u) itu sebenarnya sedang mengikuti petunjuk dai tapi ia merasa sedang mengikuti kehendak sendiri. Dakwah seperti inilah yng disebut sebagai dakwah persuasive. Dakwah akan efektif apabila da’i mengusai medan , menguasai materi yang diperlukan dan mengusai metode penyampainnya. Untuk itu seorang da'i dituntut untuk mempersiapkan diri dengan berbagai pengtahuan dan keterampilan, agar ia dapat berdakwah secara profesional.

Tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya (Q., s. al-Tawbah/9: 122).

Surat al-Tawbah/9: 122 di atas mengandung anjuran agar ada sekelompok orang yang secara khusus belajar menekuni ilmu-ilmu agama dan kemudian secara “profesional” menjalankan dakwah kepada masyarakat luas. Latar belakang turunnya ayat ini seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahwa pada waktu perang Tabuk kaum Muslimin sangat bersemangat untuk berangkat berjihad seagai prajurit sampai tidak ada yang tertinggal di Madinah kecuali orang jompo dan anak-anak. Mereka berangkat ke medan perang meninggalkan Rasul seorang diri di Madinah.

Ayat ini kemudian dipahami oleh para mufasir, bahwa di antara kaum Muslimin harus ada sekolompok orang yang secara khusus menekuni ilmu agama (tafaqquh fi al-din) dan bahwa kedudukan orang yang tidak berangkat berperang tetapi menekuni agama (dalam konteks jaman Rasul berarti berkhidmat kepada Rasul sebagai pusat ilmu) setingkat dengan orang yang pergi berjihad. Dengan kata lain bahwa menekuni agama dan berdakwah merupakan satu dimensi jihad, dan seorang da’i adalah seorang mujahid, yakni mujahid dakwah.

11.3.09

erti cinta dan perkahwinan...???



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?
Justify Full
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .


so what do think...boleh pakai ka perumpaan tu? any comment...?..

______________________________________________________________

If you want something,
you just go for it..
if you get it, you won..
but if you don't get it,
you don't lost
at least you have tried..
it's never a shame to lost after trying..


but it is a shame if you lost without trying..
sit back..and thinks about my words..
and you will know..
that i'm not lying"


"Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down"





25.2.09

poligami lagi???

Poligami: Pro-Barat Atau Islam?


Saya mengambil masa yang panjang berfikir tentang tajuk poligami untuk ditulis di ruangan ini. Pasti lepas ini, mungkin ada wanita pembaca tulisan saya sejak sekian lama akan merajuk atau kurang senang. Pohon saya ingin menyentuh juga tajuk ini bagi berbicara dengan lojik feminis sekularis yang cuba menilai isu ini dengan mentaliti Barat.

Secara umumnya, masyarakat 'Barat' ini menganggap seseorang lelaki memiliki perempuan simpanan atau 'mistress' adalah perkara biasa. Bahkan menjadi trend di Barat ini untuk pasangan hidup bagaikan suami isteri tanpa perkahwinan yang diiktiraf. Bertukar-tukar atau menambah bilangan 'mistress' bukanlah satu keganjilan.

Namun pemikiran dan undang-undang mereka tidak menerima seseorang lelaki memiliki lebih dari satu isteri atau berpoligami. Poligami bagi mereka mempunyai unsur penghinaan terhadap wanita, atau unsur kerakusan nafsu lelaki. Sementara perempuan simpanan atau seks dengan wanita tanpa perkahwinan bukan satu penghinaan atau kerakusan nafsu.

Eksploitasi setiap inci alur tubuh wanita dalam media mereka juga adalah bagi mereka lambang kebebasan dan kemerdekaan wanita. Adapun wanita muslimah yang menutup auratnya dengan rela adalah lambang kezaliman atau penghalangan hak wanita.

Malang sekali, aliran 'liberal melulu' yang menghantui sesetengah pihak, termasuk di negara kita yang menonjolkan diri sebagai pejuang hak wanita, menelan cara fikir Barat ini lalu menjadikan isu poligami dan menutup aurat sebagai sasaran.

Berbalik kepada isu poligami, perkara yang selalu dibangkitkan adalah bahawa ia menafikan hak wanita atau merendahkan wanita. Padahal beza antara seorang isteri kedua, atau ketiga, atau keempat dengan seorang wanita simpanan begitu besar.

Selain dari soal haram dan halal yang dilihat pada neraca agama, seorang yang berstatus isteri mempunyai hak ke atas suaminya; hak nafkah, hak keturunan anak, hak keadilan pembahagian hari dan harta, hak dihormati dan disayangi, hak untuk tidak dipersiakan apabila jemu dan berbagai lagi.

Sementara seorang 'mistress' yang 'dijamah' dalam senyap atau terang, boleh ditinggalkan tanpa pesan apabila jemu dan diratah apabila bernafsu, tiada apa hak yang boleh dituntut atas kekudusan perkahwinan.

Mereka memandang sinis kepada poligami tapi menganggap fonomena biasa bagi perempuan simpanan. Poligami bagi mereka membawa ketidakadilan antara wanita. Mereka patut ditanya; apakah memiliki perempuan simpanan itu adil bagi wanita? Begitu juga, apakah hidup 'berumahtangga' tanpa kahwin itu penghormatan bagi wanita?

Ramai masyarakat Barat ini menyangka bahawa hanya Islam sahaja yang mengizinkan poligami. Padahal asalnya, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri kepada satu.

Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud, di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950. Namun di Barat, trend hidup pragmatik yang mereka cipta menggantikan agama.

Islam apabila membenarkan poligami, seperti biasa menetapkan dalam setiap perkara peraturan dan disiplinnya. Soal berlaku baik dan adil kepada isteri, bukan sahaja diwajibkan untuk mereka yang berpoligami, bahkan kepada sesiapa yang bermonogami juga wajib melakukan kebaikan dan keadilan kepada isterinya.

Jika ada kecuaian mereka yang berpoligami bukan bererti poligami itu buruk, tetapi sikap pelaksananya itu yang salah. Betapa banyak mereka yang monogami yang menzalimi isteri, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan berbagai lagi. Apakah kerana tindakan salah mereka itu, maka monogami juga patut dilarang? Inilah mentaliti kelompok liberal yang tidak terurus pemikiran mereka.

Ramai isteri yang menghantar email kepada saya bahawa mereka tidak dapat terima suami mereka berpoligami. Ya, itu adalah perasaan yang dikongsi oleh kebanyakan wanita. Apatahlagi jika suami mereka itu tidak menunaikan tanggungjawab yang baik selama belum berpoligami pun.

Apabila Allah dan rasulNya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu dan jangan memakannya jika anda tidak memerlukan. Poligami dalam sejarahnya, menyelamatkan wanita-wanita yang kehilangan suami seperti isteri tentera yang terkorban kerana umat. Mungkin mereka masih muda dan perlukan perlindungan. Jika diharapkan orang bujang, biasanya mereka mencari pasangan dara. Siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini? Biasanya lelaki yang stabil dan matang mampu mengendalikan mereka. Mereka ini kebanyakan sudah berkahwin.

Saya lihat dalam negara kita, poligami dapat membantu wanita yang baru menganut Islam yang kadang-kala tiada orang bujang yang dapat menjaga mereka dengan baik.

Wanita sama seperti lelaki terdedah kepada sakit dan ketidakmampuan seks. Jika suami tidak mampu dari segi seks, isteri boleh menuntut dipisahkan perkahwinan. Jika isteri tidak bermampuan dari segi seks, amat tidak wajar wanita yang lemah dan sakit ditinggalkan begitu. Namun, dalam masa yang sama naluri suami juga hendaklah diraikan. Poligami boleh menyelesaikannya.

Begitu juga jika isteri tidak mampu melahirkan zuriat, apakah patut suami menceraikannya? Poligami sebagai penyelesaian keinginan kepada zuriat keturunan. Maka apabila Islam membenarkan poligami, ia adalah ubat.

Barangkali juga ada isteri yang tidak terdaya melayan kehendak suami yang 'tinggi' dalam seks. Poligami juga jalan keluar dari beban ini. Kadang-kala ada lelaki yang berwibawa yang memampukan dia memiliki lebih dari seorang isteri yang diberi keadilan yang rata.

Maka dalam sejarah Islam, poligami tokoh-tokoh telah membuahkan kebaikan ilmu, keluasan keluarga dan keturunan. Berbagai lagi hikmah poligami yang boleh disenarai panjang. Malang sekali, apabila golongan Pro-Barat atau 'Islam-Liberal' ini menyatakan tujuan mereka menentang pologami itu kerana hendak membela wanita, apakah pada mereka selain isteri pertama itu bukan wanita? Wanita itu, bukan isteri pertama sahaja, tetapi setiap yang berjantina wanita termasuk yang akan menjadi isteri kedua dan seterusnya. Perasaan dan kehendak mereka juga adalah tuntutan dan hak wanita yang perlu dihormati.

Pernah saya sebutkan bahawa kadang-kala hukum-hakam Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Poligami juga adalah jalan keluar kepada kehendak cinta di luar kawalan. Di zaman ini, untuk seseorang lelaki mendapatkan wanita secara haram, amatlah mudah. Namun jika ada lelaki yang ingin berkahwin sekalipun atas poligami yang membawanya menanggung berbagai risiko, saya rasa dia patut dihormati dan ada nilai tanggungjawab terhadap wanita.

Cuma malangnya, poligami ini jika digunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga mencemarkan institusi berkenaan. Apatahlagi golongan anti poligami ini hanya menonjolkan contoh-contoh buruk poligami dan melupai contoh-contoh baik yang banyak. Lelaki-lelaki yang baik dan berkemampuan patut tampil membawa contoh yang baik dalam perlaksanaan poligami. Sementara yang tidak berkemampuan dan 'lemah' kewibawaannya untuk adil, maka janganlah memakan ubat yang tidak diperuntukkan untuk anda.


http://drmaza.com/




p/s: x sempat nak buat ulasan...sekadar menyebar utk kesedaran....;-)


31.12.08

renungan kita...

KHUTBAH JUMAAT @ 2 JAN 2009: GAZA MENANGIS


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.


Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap rejim zionis Israel. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi seranga bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam.


Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah lebih dari 300 orang dan lebih 1,500 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian di kalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan.


Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza.



Allah Ta’ala berfirman

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا (4:

"Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa:

""Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!""."

(Surah AnNisa 4:75)


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam al Quran

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (9:71)

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

(Surah At Taubah 9:71)


Isu Palestin bukan isu Arab atau isu rakyat Palestin, tetapi ia adalah isu umat Islam. Malangnya umat Islam yang sudah dihinggapi oleh sejenis virus yang disebarkan oleh penjajah iaitu ideology kebangsaan sempit atau assobiyah, kita tidak lagi melihat umat Islam diluar dari sempadan politik negara kita sebagai saudara seislam yang wajib di bela dan dipertahankan.


Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah.

Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan.

Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya.

Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”


Saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin sudah dizalimi dan dianiaya sejak lebih 60 tahun lalu. Bahkan sejak tahun 1948, 5 juta rakyat Palestin terpaksa meneruskan kehidupan di khemah-khemah pelarian baik di luar mahupun di dalam Negara Palestin yang terjajah. Mereka langsung tidak mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari Negara-negara Islam baik yang berjiran mahupun dari seluruh dunia Islam. Bahkan penderitaan mereka semakin getir sejak 18 bulan yang lalu apabila Israel dengan penuh biadap menutup sempadan Gaza dan menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan air bersih.


Tindakan tidak berperikemanusiaan ini disokong oleh kuasa-kuasa besar Amerika, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Bahkan Bangsa-bangsa bersatu turut bersekongkol dengan kuasa-kuasa besar merestui tindakan penuh kezaliman yang tidak pernah disaksikan di dalam sejarah tamaddun kemanusiaan iaitu 1.5 juta rakyat Palestin dikepung di dalam penjara terbesar di dunia dan kemudian dibiarkan menderita kebuluran. Keadaan begitu genting sehingga ada di kalangan penduduk Gaza yang terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan.

Dan yang paling malang lagi saudara-saudara seagama yang jumlahnya mencecah 1.6 billion orang mengambil sikap acuh tak acuh atau tidak mengambil peduli tentang nasib saudaranya yang berada di ambang kematian. Negara-negara Islam yang merupakan negara-negara pengeluar minyak yang kaya sanggup membiarkan umat Islam diperlakukan dengan biadap tanpa peri kemanusiaan oleh musuh-musuhnya.

Bahkan lebih hina lagi apabila Mesir yang berjiran dengan Gaza tunduk kepada kehendak Isreal dan Amerika dan menutup sempadannya dengan Gaza.

Bahkan sehingga saat ini pintu sempadan masih ditutup sehingga rakyat Gaza yang tercedera dalam serangan biadap Israel tidak dapat menyeberang untuk mendapatkan rawatan.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Di manakah kita hendak letak ayat-ayat al Quran dan hadis Nabi SAW yang menekankan tentang tanggungjawab ukhuwah Islam.

Bagaimanakah umat Islam hendak berdiri di hadapan Rabbul Jalil dan memberi alasan di atas kealpaan mereka membantu saudara-saudara mereka di Gaza dan dipuluhan malah ratusan tempat yang lain di mana umat Islam dizalimi, ditindas dan disakiti.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Lebih malang lagi apabila ada Negara-negara Islam bahkan pemimpin-pemimpin Islam yang turut meletakkan kesalahan ke atas rakyat Palestin.

Ini adalah perkara yang sangat pelik. Israel yang melakukan serangan besar-besaran sehingga membunuh ratusan rakyat Palestin, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, tiba-tiba kesalahan itu dilonggokkan ke atas bahu rakyat Palestin?


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Jangan terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda pihak musuh.

Mereka mengulang-ulang gesaan supaya pejuang palestin menghentikan serangan roket ke atas sasaran Israel.

Mereka mendakwa serangan roket inilah yang telah mengundang amarah Israel sehingga mereka melancarkan serangan udara sejak seminggu yang lalu.

Hakikatnya rakyat Palestin hanya mempertahankan diri dari pencerobohan tentera Israel yang berlaku acap kali ke atas wilayah Gaza. Pencerobohan ini pula berlaku pada saat gencatan senjata berlangsung di antara kedua belah pihak.

Apakah pilihan yang ada pada rakyat Palestin ketika mereka dikepung dan dinafikan hak untuk hidup, kemudian dinafikan pula hak untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva memperakui tindakan mana-mana Negara atau bangsa yang dijajah untuk mempertahankan hak, diri dan tanah air mereka dari segala bentuk penjajahan asing.


Dunia tidak boleh diperdaya oleh regim zionis dengan siri-siri penipuan mereka. Kemampuan pejuang Palestin dan Hamas untuk bertindak balas ke atas kebiadapan Israel sangat terbatas.

Bagaimana mungkin Palestin yang hanya memiliki roket buatan sendiri yang tidak pernah tepat mengenai sasaran boleh menjadi ancaman kepada Israel yang merupakan kuasa tentera yang terbesar di dunia.

Dengan sokongan Amerika, Israel memiliki semua peralatan dan senjata tercanggih termasuklah kereta kebal Merkeva, helicopter Apachee dan Jet pejuang F16, F17 dan F18 yang dibekalkan oleh Amerika Syarkiat.

Hakikatnya tindakan serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin sejak sepuluh tahun yang lalu hanya membunuh sekitar 20 orang rakyat Israel, dan itupun dalam rangka untuk mempertahankan diri setiap kali tentera Israel menggempur rakyat Palestin.

Bilangan rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan Isreal sudah mencecah ribuan jiwa.

Ini tidak termasuk puluhan ribu yang tercedera dan 10,000 termasuk 300 orang wanita yang diseksa dalam penjara Israel.

Dan hari ini dalam satu serangan sahaja Israel membunuh 300 orang sekelip mata.

Di manakah ‘sense of proportion’ atau kemampuan menimbang masyarakat antarabangsa di antara kejahatan Israel dengan kemampuan rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Atas rasa tanggungjawab dan prihatin yang amat mendalam terhadap kezaliman yang sedang berlaku ke atas umat Islam, khatib mengsyorkan beberapa tindakan praktikal yang boleh dilakukan oleh umat Islam.

Pertama, khatib menyeru umat Islam supaya bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh agar Allah mengeluarkan kita dari keadaan yang lemah ini dan mengampuni kealpaan selama ini.

Seterusnya kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam supaya bangkit dari kelemahan ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Seterusnya secara khusus kita memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan ke atas umat Islam di Palestin ke atas musuh-musuh zionis yahudi.


Kedua, khatib mengesyorkan agar setiap kariah dan kawasan mengadakan solat hajat perdana memohon kepada Allah agar saudara-saudara kita di Palestin diselamatkan dari kejahatan musuh-musuh zionis dan memenangkan mereka dengan ‘karamah’ dari Allah SWT. Kita yakin golongan yang dizalimi dan teraniaya pasti didengari doa mereka dan akan mendapat pertolongan Allah SWT.


Ketiga khatib mengsyorkan agar umat Islam tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada suadara-saudaranya di Palestin. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka.


Firman Allah SWT dari Surah as Saff ayat 10-11 :-

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

“Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui."


Akhirnya khatib ingin mengingatkan umat Islam bahawa kezaliman dan penganiayaan itu menimpa bumi yang diberkati, bumi para Nabi, bumi Isra’ dan mikraj dan bumi di mana terletak masjid al Aqsa yang dimuliakan Allah SWT di samping masjid al Haram dan masjid a-Nabawi.


Khatib juga ingin merakamkan rasa sedih seluruh umat Islam yang amat mendalam ke atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin d Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (tahun baru Hijrah 1430H dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009.

Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin?

Oleh kerana itu khatib menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.


Disediakan oleh :

Dr Hafidzi Mohd Noor (HP 013-3685367)

Pengarah

Palestine Centre of Excellence(PACE)

12.11.08

sudikah menjadi isteri kedua??

wah...tajuknya agak mengancam....tapi nanti dulu wahai wanita...jgn cepat emosi dulu...
baca pelan2...sampai habis...get the truth from the story..its nice..believe me..baca la sampai habis dulu...:)..enjoy!!

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopakbawah.


"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.


Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.


"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.


"Tak. Maksud saya…"


"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa.

Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalikFatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.

Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit.

Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.


"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.


"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu.



"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.



Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.


"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.


"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


"PERJUANGAN, " jawab Fikri.



SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI… TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…


JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA…. KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA… DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…
sekian...pernah kah anda ditanya sedemikian???ha...bila ditanya..apakah jawapan mu??..haaa...lu pk la sendiri..hehhe:)






p/s: pernah...

31.10.08

Hentikan yoga, bimbang rosak akidah..

salam to all...saya baru terbaca dalam net ttg nie...
sayang pulak rasanya tak dapat pergi seminar ni, padahal ia diadakan kat usm ni jugak...
hm...tak sempat sbb prog ni jatuh pada hari kerja..kebetulan pulak minngu ni saya memang sangat bz d pejabat...sukalah saya berkongsi dengan anda semua tentang ni....perkara ni penting ...melibatkan akidah kita sebagai Muslim..


Hentikan yoga, bimbang rosak akidah

Oct 29, 08 2:53pm

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

zakaria stapaBeliau dilaporkan berkata demikian selepas menyampaikan syarahan Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Bagaimanapun Majlis Fatwa Kebangsaan belum membuat keputusan rasmi berhubung senaman tersebut.

Majlis itu akan membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Menurut Bernama lagi, amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu seperti manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Bercakap selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di USM hari ini, timbalan ketua pengarah operasi Jakim, Othman Mustapha berkata keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh pengerusi majlis berkenaan Prof Datuk Dr Abdul shukor Husin.

Seminar itu anjuran Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM dan Jakim, mengetengahkan konsep kelestarian pemikiran Islam yang berupaya merentasi cabaran bersifat kontemporari di masa akan datang.

Sejumlah 47 kertas kerja dibincangkan pada seminar itu.

Antaranya bertajuk 'Konsep Fiqh Lestari', 'Konsep Pemikiran Lestari', 'Kelestarian Dalam Sosial: Toleransi Agama', 'Kelestarian Dalam Sosio-Budaya', 'Kelestarian Dalam Sains, teknologi dan Alam Sekitar', 'Kelestarian Dalam Ekonomi' dan 'Cabaran pemikiran Islam: Islam Liberal'.

'Kelestarian Islam dalam Pendidikan', 'Cabaran Fiqh Lestari: Aspek Mazhab', 'Institusi Kewangan Islam: Zakat', 'Kelestarian Dalam Politik dan Perundangan', dan 'Kelestarian Dalam Institusi Kewangan Islam: Waqaf'.

16.9.08

nuzul Quran...: tazkirah Ramadhan



klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin
Tazkirah Ramadan: Nuzul Qur'an merubah sikap Muslim
Oleh Ustaz Zain Hashim




Muslim dan al-Qur'an

Sesungguhnya dengan turunnya al-Qur'an pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Qur'an yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Qur'an daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.


Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Qur'an?


Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Qur'an pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Qur'an boleh diertikan sebagai penurunan al-Qur'an ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.


Waktu turunnya al-Qur'an?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam yang dikenali sebagai "Lailatul Qadr", pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Qur'an mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.


Kenapa al-Qur'an diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?

Dalil daripada al-Qur'an:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Qur'an). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus."

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid: "Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Qur'an) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam)."

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Qur'an ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah (al-Qur'an). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Qur'an) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Qur'an yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.


Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Qur'an

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.

Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Qur'an, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.


Cara bagaimana al-Qur'an diturunkan


Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Qur'an diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Qur'an diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat- peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: "Berkatalah orang-orang Kafir: Mengapa al-Qur'an itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran) ."


Surah pertama turun dalam al-Qur'an


Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Qur'an.


Ayat terakhir turun dalam al-Qur'an


Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman." Ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: "Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah." Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Qur'an. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu."

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.


Apakah yang ada dalam al-Qur'an?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Qur'an terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk- Nya.

Tidak kurang juga al-Qur'an memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Qur'an bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.


Sikap Muslim terhadap al-Qur'an


Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Qur'an, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: "Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar." Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Qur'an kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Qur'an secara mutlak.

Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Qur'an:

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri: Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidak membaca al-Qur'an, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramal dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana: Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Qur'an tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan: Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Qur'an seperti hukum Hudud, Qisas dan Taâ'zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Qur'an bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.


Contoh ayat motivasi dalam al-Qur'an yang sepatutnya dikuasai


1- Sesungguhnya yang membaca al-Qur'an serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Qur'an seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali 'Imran yang bermaksud : "Bagaimana kamu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Qur'an) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?"

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Qur'an dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Qur'an, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.

2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: "Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya. "

Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.

Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.


Tadarus al-Qur'an pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Qur'an dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya."

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Qur'an, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Qur'an termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Qur'an dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Qur'an, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.



Rujukan
1- Kaifa Nahya Bil Qur'an "Nabih Zakariya Abdâ' Rabbih" Dar al-Haramain, Mesir 1983.
2- Kaifa Nataddab Maal Mashaf "Muhammad Rejab Farjani" "Dar al-'Itisom, Mesir 1976.
3- www.islamonline. net
4- www.islamweb. net
5- www.islam-qa. com



sekian..moga bermanfaat untuk semua..

klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin