Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

12.7.09

11 julai 09


assalamualaikum semua....

walaupun hari ni dah lepas 11 july...tapi cerita tuk kali ni adalah kisah pada hari 11 july tersebut...

alkisahnya tentang dua hari bahagia dua orang manusia...satu yang bernikah dan satu lagi hari tua...(hari tua pun bahagia ke?) mestilah kan....bersyukur ALLAH masih lagi memberi peluang untuk kita hidup dan memperbaiki diri...dan membuat persiapan secukupnya untuk menuju alam SANA tu...


walaupun hari ni aku sepatutnya aku menghadiri Program TOT (Training of Trainers) Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) di Hotel Sri Malaysia kepala batas, tapi aku x dapat nk p....sorry lah semua warga KRJ (Kelab Remaja JIM)...kira excuse la ...lagi pun dulu saya dah pernah p ditrain TOT ABJZ nii di KL...maaf semua...anda semua kira wakil saya lah yer.....insyaALLAH moga ALLAH memberkati apa yg kita buat hari ni...bukan tak nak p tapi ada event yang memerlukan saya untuk berada di sana...demi sebuah ukhwah yang telah setahun lebih terbina.....


sebenarnya dari pagi aku dah p rumah pengantin..kawan ku yg telah pun bergelar puan hari ni....11 julY 09....tak sangka date yg pernah aku cadangkan kt dia dipilih...hari yg sama...dengan hari lahirkku....seronok berganda kerana seorang kawan meraikan hari bahagianya bernikah dengan pasangan yg dicintainya....Muhammaad Ameen Abdul Halim.. Mabruk (Tahniah) untuk kalian berdua!!! sebenarnya kebetulan je....date yg dipilih ni paling sesuai untuk mengadakan majlis akad nikah...tapi walimahnya akan berlangsung kemudian......walau camne pon....aku tumpang gembira dan bahagia....terfikir juga bila akan ku mengecap nikmat yg sama bilamana mawaddah, sakinah wa rahmah menyelubungi diri saat si suami menyebut "aku terima nikahnya" itu.... insyaALLAH suatu hari nanti...hanya ALLAH saja yg tau kan??


okla...selepas selesai majlis akad nikah di masjid USM..kami semua bergambar2 kenangan dengan pengantin lam masjid....then ada jamuan makan sikit di rumah pengantin...so kami pon bertolak la ke rumah pengantin...kat sana jumpa rakan2 USM, usrah kawan2 PJJ dan kawan2 yg pernah sama jadi faci masa program...bagus jugak...macam gathering.. alhamdulillah kenyang perut dengan macam2 hidangan makanan yg ada....dari nasi sampaila laksa buah2 tempatan dan desert...pengantin baru pon turut layan tetamu yg datang.....hmmm...sama cantik sama padan... :)


lepas makan2 kami lepak2 dengan pengantin dalam rumah...bergambo lagi...then sempat pengantin suh aku buat ucapan khas sempena ari jadiku...kiki...terharu lak...then ...betukar2 lak hadiah.....macam sistem barter lak..maklumlah hari bahagia kami dua...:) kelakarla pulak....anyway...thnks ye pengantin...sibuk2 pon ingat besday akak.......pasni mesti tiap2 tahun ingat kan?kan '? kan? hehehe....


ok la kita layan gamba...insyaALLAH lg 2 3 hari gamba ada...yg kat saya takde..batri abeh tak sempat nak bli baru, tggu gamba dari kawan2 jer......adoi...selalu macam ni...











p/s: syukur dah dapat kerja semula...moga ALLAH tabahkan hati ku....tak de lagi "hari-hari terakhir di PJJ...sebab sambung keje kat PJJ jugak...tapi bos lain....:) alhamdulillah syukur..





slamat hari tua untuk aku...yg ke 26..thnks mom 4 da choclate cake ! :)

18.5.09

Aku Terima Nikahnya...


jom p ramai-ramai..



Assalamualaikum ..

kali ni tak banyak yg nak saya ceritakan..bersempena dengan ramai nya kawan2 saya yang akan mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ni elok lah saya kongsikan sesuatu yg menarik (pada pandangan saya) untuk sama2 diimarahkan....baru2 ni saya mendapat email dari seorang sahabat tentang program nie... (sila lihat poster di bawah). Tentu saja wajah ini tidak asing bagi anak muda yang selalu menyertai program beliau , atau yang mempunyai masalah cinta @ rumahtangga, mahupon bagi student2 UIA kerana ustaz Hasrizal pernah betugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan juga bergelar 'Ustaz Cinta'.....

buku telah dicetak entah berapa kali...lakuuu......


kebetulan saya baru je beli buku ni...bila tengok sambutan oarng ramai...teringin pulak nak membacanya....dan kebetulan baru je mula baca buku ni....memang menarik...gaya penulisan santai yang tak membebankan minda, sambil mendidik jiwa.....so elok sangat la kalu dapat menghadiri program kat atas tu...tajuknya pon sama, apatah lagi kita pun bakal melaluinya, kalau bukan sekarang pun, apa salahnya jika kita bersiap2 dengan ilmu tentangnya, kan??
jadi sebarkanlah kepada umum...moga2 kita beroleh ilmu yg bermanfaat untuk bekalan di dunia dan akhirat...ingat, sesebuah negara itu bermula dari sekecil2 keluarga yang terdiri dari individu2...dan pernikahan adalah permulaan untuk kita melahirkan individu2 yg bakal mencorakkan dan mewarnai masyarakat masa depan dan generasi seterusnya......


maklumat lanjut di... http://suraualmuttaqin.wordpress.com/

11.3.09

erti cinta dan perkahwinan...???



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?
Justify Full
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .


so what do think...boleh pakai ka perumpaan tu? any comment...?..

______________________________________________________________

If you want something,
you just go for it..
if you get it, you won..
but if you don't get it,
you don't lost
at least you have tried..
it's never a shame to lost after trying..


but it is a shame if you lost without trying..
sit back..and thinks about my words..
and you will know..
that i'm not lying"


"Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down"





12.11.08

sudikah menjadi isteri kedua??

wah...tajuknya agak mengancam....tapi nanti dulu wahai wanita...jgn cepat emosi dulu...
baca pelan2...sampai habis...get the truth from the story..its nice..believe me..baca la sampai habis dulu...:)..enjoy!!

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopakbawah.


"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.


Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.


"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.


"Tak. Maksud saya…"


"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa.

Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalikFatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.

Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit.

Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.


"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.


"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu.



"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.



Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.


"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.


"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


"PERJUANGAN, " jawab Fikri.



SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI… TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…


JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA…. KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA… DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…
sekian...pernah kah anda ditanya sedemikian???ha...bila ditanya..apakah jawapan mu??..haaa...lu pk la sendiri..hehhe:)






p/s: pernah...

23.10.08

nikah dulu atau bercinta dulu?


Dalam sebahagian kes, apabila anak menyatakan kepada ibu bapanya yang dia mahu menikah, dengan selamba ibu bapanya menjawab kepadanya,

“Alaa... kenapa tergesa-gesa nak kahwin cepat-cepat sangat ni..., korang berkenal-kenal la dulu. Nanti bila rasa dah betul-betul serasi, barulah kahwin...”
Aku terfikir, bila agaknya masa yang dah betul-betul serasi tu agaknya? Bila dah terlajak dengan pelbagai jenis maksiat ke?
Sebahagian keadaan pula, apabila diajukan pertanyaan tentang nikah, maka dia segan-segan pula.

“Aku tengok engkau ni bukan main rapat lagi dengan awek tu, tiap-tiap hari saling sms, saling call. Hari minggu pulak mesti gi kuar dating naik kereta sama-sama. Bila bercadang nak nikahnya?”

“Alaa, aku segan lagi nak gi jumpa parent dia, duit pun takde cukup mana lagi nak kahwin. Rileks la, tengok dua atau tiga tahun lagi macam mana.”

Emm... apa lagi yang nak di-tengoknya tu??? Pegi call perempuan, berdua-duaan dengan perempuan tak tahu malu pula. Tapi, bila disarankan untuk buat benda baik, entah kenapa boleh malu-malu pulak. Buat maksiat tak tahu malu.

Nak nikah, sibuk kata takde duit. Tapi, tiap-tiap hari duk bergayut kat dalam telefon. Tiap-tiap minggu pergi kuar dating dan tengok wayang banyak pula duitnya. Bukan ke baik kalau nikah je dulu. Sekurang-kurangnya, kalau gi berhubung macam mana pun, nak dating ke apa ke, nak bermanja-manja ke, insyaAllah dapat pahala dan jauh dari maksiat.


Pejabat agama pulak, untuk kes orang nak kahwin ni, jangan lah disusah-susahkan. Banyak sangat prosedur dan tatacara nya. Makin pening dibuatnya orang yang memang dah mabuk tu nanti jadinya...


so how about you??? nikah dulu..atau bercinta dulu???