1.7.11

kerinduan LM...


mcm tak percaya cik LM tekan 'new post'....nk tulis apa ya?

erm...Assalamualaikum dear readers terlebih dahulu....

nampaknya tuan punya blog ni dah tersangat rindu kepada Limaumaniss blogspot ni...apa tidaknya, dah berbulan2 tak jenguk langsung pun LM, apatah lagi nak menulis dan mengupdate di sini.....

tapi akhirnya, dek kerana kerinduan dan kebosanan melayari page2 lain termasuklah FB, cik LM membuka dan meluangkan masa mencoret sesuatu kt sini.....

erm...seperti biasa banyak saja utk kuceritakan di sini, tapi apakan daya tak dapat nak luahkan semuanya dengan pena keyboard nih....apa yg paling menarik ya utk dikisahkan di sini?

oh ya, Ramadhan kian menghampiri....dalam kesibukan mengejar duniawi dan ukhrawi ni cik dapat rasakan prestasi menyiapkan diri menghadapi Ramadhan ini kurang memberangsangkan tahun ni.....risau pula bila berada dalam bulan Ramadhan nanti, dapatkah cik LM memperbaiki diri dan meningkatkan amalan dari tahun2 yg lepas? mampukah menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya....?awal2 lagi cik LM dah fikirkan perkara ni..sedih dan terkilan sikit apabila tertekan dgn lebih masa yg diluangkan utk kerja2 ofis masa bulan puasa nanti...apapun cik LM harap sangat dapat setelkan banyak perkara sebelum Ramadhan, agar Ramadhan kali ni menjadi Ramadhan yg lebih baik dari dulu...hanya pada ALLAH cik LM memohon kelapangan...dan semoga kita tak lalai dari menunaikan kewajipan dan mengambil peluang beramal sebanyak2 banyak nya di bulan yg Mulia nanti.....

cik LM harus berhenti di sini dulu...rasanya cik LM takkan menulis lagi hingga bulan puasa, seterusnya bulan raya...maklumlah orang kita raya sebulan...time raya lagi sibuk open house sana sini....

apapun pesanan cik LM janganlah kita sia2 kan Ramadhan yg penuh berkat nanti...isikan lah dengan pelbagai amal baik selagi mana kita mampu, dan selepas Ramadhan, jgan pula terlalu ghairah menyambut raya dengan ketupat lemang hingga terlupa fadhilat puasa enam yg tentunya besar ganjaranya di sisi ALLAH....

till we meet again, dear readers, sentiasalah berusaha bersangka baik, menyucikan hati dengan ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan...semoga kita semua berada dalam lindungan Rahmat dan kasih sayangNYA selalu...maafkan salah silap cik LM selama kita kenal, di alam nyata mahupun maya....

entry kali ni cik LM akhiri dengan sepotong ayat Quran yg sangat terkesan di hati cik LM. tatkala membincangkan ttg kalam2 ALLAH dengan kawan cik LM semalam, cik LM speechless apabila diberikan maksud ayat ini...terimalah...

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Al-Baqarah:112

marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan...


akhir kalam....majulah LM utk LM, hehe.. ilalliqak...wassalamualaikum warahmatullah.... ;)