18.4.09

Jom Bowling!!!

Assalamualaikum semua....

Hari iini saya rasa sangat bertuah...dpat menghadiri satu lagi majlis ilmu...kuliah hadith kat Kompleks Masyarakat Penyayang....alhamdulillah...segalanya tanpa dirancang dan dalam kelam kabut, sampai gak kami ke sana dan mengutip butir2 ilmu dari penyampai tersebut...

saat aku , dila n kawan kamii seorang lagi (tak ingat nama dah..) sampai..program dah mula...kami lambat sebab sesat kejap sebelum sampai ke kawasan tu...tapi sampai jugak akhirnya...


Saya sangat la kagum dengan mualaf cina ni...bila beliau bagi dalil, beliau sebut dengan jelas ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith....sebutannya fasih ,dah la fasih berbahasa Inggeris...(kuliah dalam bahasa Inggeris), sebutan arabnya juga jelas dan nyata...Ustaz ni bernama Hussein Yee , pertama kali aku menhghadiri kuliah beliau, alhamdulillah penyampaiannya jelas dan mudah difahami, soalan2 yg diutarakan dijawab dengan padat tapi jelas....tak putus audience bertanyakan soalan kepada beliau tapi memandangkan masa tak mengizinkan, soalan terpaksa dihadkan..



banyak yang saya belajar harini, intipati utama adalah tentang 'niat' or intention...kedua, 'the power of sincerity', dua perkara ni berkait rapat antara satu sama lain. dua perkara ini telah dihuraikan oleh penceramah dengan baik sekali pada pandangan saya. insyaALLAH jika ada peluang mengikuti kuliah seumpama ini harap2nya aku dapat menghadirkan diri. Setakat ini dulu coretan kali ini...mudah-mudahan ALLAH mudahkan jalan ku untuk menimba ilmu dan mengekalkan aku dalam suasana ilmu...supaya aku tak mudah lupa diri... :)


sementara tu ada sikit iklan...be back after this commercial break ya!!.... :-)


Jom Bowling!!!




jom ramai2...sapa yg duk kat penang tu...



15.4.09

mana dia??

salam to all....

disebabkan hari ni aku x berapa nak ada kerja, dan excited nak kuar makan jap lagi sebb orang nk belanja...(bagus gak ada orang nk belanja dikala kegawatan nie..), aku pon merayau2 kt blog orang...pastu terjumpa lak blog2 orang yg ada signature yg cantik!!...pastu aku pon terasa nak buat gak signature nie...saje nk try bnda baru....bagi aku baru lagi sebab baru nk try buat walaupon dah lama aku tau tentang signature nie...

dan inilah hasilnya...





ok tak?nak cari kaler oren takde pulak option kaler orennye...takpelah..ijau pon boleh....

so lepas ni aku akan guna signature ni in every post aku kt blog nie...

tp sebenarnyer bukan laa itu yg nak diceritakan.....

back to the tajuk "mana dia?" ...

tengah risaukan budak ni....entah mana dia menghilang...YM dah berhari tak on..dah

berhari-hari tunggu tapi tak muncul2 jugak....what happened??


...mana dia?? susah hati le pulak...kawan2...tolong la carikan dia untuk aku...hmm.... :(



end!!






p/s: thnks to en.syed for the treat!!!

12.4.09

genap setahun

i miss this tasek..lebih menenangkan jika ada terataiku di situ...


salam to all...ape kabar sumer?

harap2 nyer sumer berbahgia di samping keluarga...macam saya..minggu ni...dapt luangkan masa bersama2 femly weekend nie...bukan tu jer..malah dapat ziarah saudara mara terdekat yg dah lama kami sekeluarga tak ziarah semenjak pemergian atokku bulan november tahun lepas..tahun lepass???


bercakap pasal tahun lepas...rupanya hari ni dah genap setahun aku dan kawan-kawanku grad dari UIA.... setahun yg lepas pada tarikh ni aku meninggalkan UIA apabila telah tamat pengajian degree ku...sehari sebelumnya aku dan kawan2 sibuk menghantar report FYP kami, itu lah task kami yg terakhir sebagai BIT student ...masih ingat lagi bagaimana susah payahnya kami berusaha menyiapakan Final Year Projek kami...sampaikan pernah kami stay up kat lab je (computer lab), semangat waja nk siapkan projek....hmm...segalanya berbaloi bila tengok result final kami...dup dap dup dap kami menanti..


sebenarnya banyak sangat kenangan aku dan teman2 masa last semester tuh...ada suka ada duka....panjang lah kalau nak cerita...tapi sedar tak sedar dah setahun pom kami berpisah dari dunia kampus seterusnya bergelumang dengan hidup masing2 ...ada yg sudah berumahtangga..alhamdulillah...yg lain...masih sibuk dengan profesion sementara masing2...termasuk aku...takde rezki untuk lagi mendapat kerja tetap..anyway...kami bersyukur...pasti ada agenda yg terbaik buat kami di sebalik semua ini... teringat pesan seorang sahabat bila aku 'down' , sebab interview tak berakhir dengan post yg diimpikan, beliau berpesan " ALLAH nak beri yg terbaik buat kamu...maka dia jauhkan yg kurang baik ", ya ada benarnya kata2 itu....every cloud has a silver lining ...bak kate omputih....

geng2 setia BIT FYP lab...

harapanku...agar aku dan kawan2ku terutama yg 3 orang ni,(ida , hajar n ros) yang telah sama2 menemani aku sepanjang perkenalan kami dan khususnya sepanjang berada d UIA..tak lupa jugak teman suka duka di BIT FYP lab (korang mmg besst...!! kenangan bersama korang pon x kan aku lupa, especially shud , shiba, nizam, kak hani, ahzwad, idzwan, nor, suki n da gang)....tak putus hubungan, insyaALLAH..apa2 hal pun , masih lagi sama2 terus belajar mengenal erti hidup walaupun masing2 dah separated from each other ..do always keep in touch tak kira dengan medium apa sekali pon....sebabbb for me, we always need each other...kalau bukan sekarang pun di masa2 akan datang kita semua akan tetap memerlukan antara satu sama lain....ukhwah yg terbina tak seharusnya terputus macam tu saja....patutnya ia kekal sampai bila2...insyaALLAH ada masa kita jumpa semula....all da best in our future undertaking...~~

pssstt:- masih ingatkah perjanjian kita lepas grad :-) reunion 5 tahun sekali....heheheh...hope to c ya...yg duk senegeri ni pon tak jumpa2 lagi...macam duduk jauh beribu2 batu....hihih...jgn marah yer sape yg terkena.... misss all of u....

cik CT, cik ida, cik wani, puan Ros..bukan cik Ros lagi..heheh

wassalam...


p/s: sorang dah jadi puan..kite bile lagi? :-)



6.4.09

Bengkel Penulisan Remaja Kreatif

suasana di hari program..

salam to all...

bengkel penulisan remaja ni dah sehari berakhir namun baru sekarang saya ada masa nk update..hehehe...

Program alhamdulillah berjaya dilangsungkan dgn peserta seramai lbh kurang 20 orang dari pelbagai peringkat umur...dari remaja hinggalah ke lingkungan usia belia...

Peserta memang tertarik dengan pendekatan dan pengisian bengkel ini...nampak obviously mereka menunjukkan peningkatan prestasi menulis di slot akhir bengkel ini...ayat makin berbunga2 mengikut teknik2 yg telah di ajar....memang hebat depa nih...ada bakat nk jadi penulis profesional....dan mereka semua digalakkan mula membuka blog masing2 utk mengasah bakat menulis yg sedia ada....

khusyuk...sebelum slot larian mata pena..

dalam pada tuh program ni sempat mendapat liputan dari wartawan Sinar Harian....tak perasan pulak bila wartawan ni datang....saya keluar dewan kejap..bila masuk balik , tengok2 dia duk tengah snap gamba2 program....lepas tu duk kejap sembang2 dgn adik tuh (tdung hitam), then dia pergi interview penceramah program nie...prof madya Umi Kalthum...


apa la agaknya yg ditanya tuh



Program mendapat feedback yg menarik dari peserta. Antaranya..

1) Bengkel ini cukup santai. Pengurusannya cukup baik. Cuma kadangkala saya lost sekejap sebab matlamat penulisan kreatif ini tidak menjurus pada cabang yang spesifik. Cadangan semoga penganjur boleh menganjurkan bengkel yang lebih jelas seperti bengkel Penulisan Kreatif (CERPEN), (SAJAK)atau Penulisan( ARTIKEL)sahaja. Apapun, saya GEMBIRA mengikuti bengkel ini.

2) Saya harap bengkel ini berterusan walaupun ada sesetengah orang mengatakan bengkel ini bosan tetapi bagi saya ia amat MENARIK. Malahan dapat mengcungkil bakat-bakat remaja dalam penulisan. Saya rasa bengkel ini dapat membantu saya untuk mendapatkan idea untuk menulis.

3) Harapan agar bengkel ini di dadakan lagi dan berlanjutan 3 ke 4 hari. Kem ini memberangsangkan, sayang ianya hanya 1 hari suntuk. Tidak puas dan rasa ingin mengetahui tentang pengalaman dan ilmu yang hendak di kongsi.
Ini lah di antara komen-komen dari para remaja yang hadir.
"KEMBARA HATI MENEROKAI JIWA"

(kredit to kak lat for the feedback n comments)..


bengkel penulisan kreatif..gambar pun kreatif... :)

1.4.09

Ada apa dgn 1 Aprill ???

oh perjalananku..masih jauh...

Kepala pening. Ujian yg benar2 menguji pada waktu yg benar2 terdesak. Lemahnya manusia, hanya dgn sedikit ujian, mampu melumpuhkan semua saraf kehidupan. Tiada siapa yang mampu menghidupkan kembali semangat yg mula luntur, melainkan hanya Dia.

"Dan janganlah kamu berasa lemah dan berasa sedih, sesungguhnya kamu itu tinggi darjatnya jika kamu beriman.."

credit to my fren for this thought...
Kehidupan..
Kehidupan didunia yang sementara ini membawa banyak pengertian...
Ianya bukan sekadar menghabiskan masa atau pun menunggu masa habis...

Ianya bukan juga bermaksud untuk menghabiskan waktu dlm hal percintaan dgn wanita, harta mahupun takhta...
Ianya mempunyai sesuatu yang lebih berharga dan lebih bermakna daripada itu semua..
Tidak dinafikan keperluan harian kita perlu disempurnakan namun ianya bukanlah maksud dan tujuan yang sebenar...


Jauh daripada itu, kehidupan dunia kita yang sementara ini adalah untuk membuat persiapan demi persiapan untuk perjalanan yang begitu panjang sedangkan bekalan yang kita ada sangat sedikit... Alangkah malangnya mereka yang telah memulakan perjalanan tanpa bekalan yang cukup...

Alangkah bertuahnya, bahkan dicemburui oleh setiap orang kepada mereka yg telah menyempurnakan bekalan mereka,malah lebih dicemburui pd mereka yg mendapat redha Tuhan sekelian alam...


Buatlah persiapan dr sekarang kerana kita tidak tahu bila seruNya sampai...


Dikala itu tiada lagi tangguh ataupun excuse, kerana janjiNya benar, tidak terlambat sesaat tidak juga tercepat sesaat...


Moga DIA mencucuri RahmatNya keatas kita semua...


La Tahzan... wassalam..