1.7.11

kerinduan LM...


mcm tak percaya cik LM tekan 'new post'....nk tulis apa ya?

erm...Assalamualaikum dear readers terlebih dahulu....

nampaknya tuan punya blog ni dah tersangat rindu kepada Limaumaniss blogspot ni...apa tidaknya, dah berbulan2 tak jenguk langsung pun LM, apatah lagi nak menulis dan mengupdate di sini.....

tapi akhirnya, dek kerana kerinduan dan kebosanan melayari page2 lain termasuklah FB, cik LM membuka dan meluangkan masa mencoret sesuatu kt sini.....

erm...seperti biasa banyak saja utk kuceritakan di sini, tapi apakan daya tak dapat nak luahkan semuanya dengan pena keyboard nih....apa yg paling menarik ya utk dikisahkan di sini?

oh ya, Ramadhan kian menghampiri....dalam kesibukan mengejar duniawi dan ukhrawi ni cik dapat rasakan prestasi menyiapkan diri menghadapi Ramadhan ini kurang memberangsangkan tahun ni.....risau pula bila berada dalam bulan Ramadhan nanti, dapatkah cik LM memperbaiki diri dan meningkatkan amalan dari tahun2 yg lepas? mampukah menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya....?awal2 lagi cik LM dah fikirkan perkara ni..sedih dan terkilan sikit apabila tertekan dgn lebih masa yg diluangkan utk kerja2 ofis masa bulan puasa nanti...apapun cik LM harap sangat dapat setelkan banyak perkara sebelum Ramadhan, agar Ramadhan kali ni menjadi Ramadhan yg lebih baik dari dulu...hanya pada ALLAH cik LM memohon kelapangan...dan semoga kita tak lalai dari menunaikan kewajipan dan mengambil peluang beramal sebanyak2 banyak nya di bulan yg Mulia nanti.....

cik LM harus berhenti di sini dulu...rasanya cik LM takkan menulis lagi hingga bulan puasa, seterusnya bulan raya...maklumlah orang kita raya sebulan...time raya lagi sibuk open house sana sini....

apapun pesanan cik LM janganlah kita sia2 kan Ramadhan yg penuh berkat nanti...isikan lah dengan pelbagai amal baik selagi mana kita mampu, dan selepas Ramadhan, jgan pula terlalu ghairah menyambut raya dengan ketupat lemang hingga terlupa fadhilat puasa enam yg tentunya besar ganjaranya di sisi ALLAH....

till we meet again, dear readers, sentiasalah berusaha bersangka baik, menyucikan hati dengan ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan...semoga kita semua berada dalam lindungan Rahmat dan kasih sayangNYA selalu...maafkan salah silap cik LM selama kita kenal, di alam nyata mahupun maya....

entry kali ni cik LM akhiri dengan sepotong ayat Quran yg sangat terkesan di hati cik LM. tatkala membincangkan ttg kalam2 ALLAH dengan kawan cik LM semalam, cik LM speechless apabila diberikan maksud ayat ini...terimalah...

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Al-Baqarah:112

marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan...


akhir kalam....majulah LM utk LM, hehe.. ilalliqak...wassalamualaikum warahmatullah.... ;)

16.5.11

Kem Kembara Minda...Untuk Anda..




Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, Hidayah Centre Pulau Pinang dan MACMA akan mengadakan program kerjasama dengan JHEAIPP pada 20-22 Mei,2011 di The Tree Top Walk, Sg. Sedim, Kulim.

Program ini mensasarkan mualaf yang tinggal di negeri PULAU PINANG, yang telah kembali kepada Islam kurang dari 3 tahun. Disamping itu, jika ada NON-MUSLIM yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam juga dialu-alukan peryertaan mereka.

Pengangkutan disediakan di Masjid USM dan Rumah Transit, Darul Hidayah. Berkumpul di sana pada pukul 5.30 petang, 20 Mei.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Cik Shazwani 019-4169231 atau Pn. Noor - 013-4894595.

16.4.11

care to share..

assalamualaikum dear readers..

saya x sure samada blog ni masih ada pembaca setia atau tidak....WELL...kalau tak ada yg setia pun insyaALLAH pasti ada sesuatu yg memberi manfaat kepada pengunjung yg datang...sbb itulah matlamat saya menubuhkan blog ni dulu...untuk memberi manfaat kepada orang lain....walaupun sedikit...insyaALLAH....mudah2an niat ni dapat diteruskan di blog limaumaniss ni...

kadang2 ada banyak perkara yg bermain di fikiran, banyak yg hendak ditulis, cuma x berkesempatan utk ambil masa yg lama utk menyusun kata2 di sini...at last, saya cuma mengambil langkah mudah dgn hanya 'share'kan saja apa yg saya rasa nk share kt sini....insyaALLAH, artikel kali ni sangat menarik, rasa nk share dengan semua kt sini...semoga bermanfaat utk semua....dan doakan agar kita semua diberi kekuatan untuk sentiasa berada di jalan dakwah, jalan ALLAH ini...ingatlah, tugas dakwah sentiasa tergalas di bahu selama mana kita masih hidup...mcm Rasullullah juga....hingga akhir hayat Baginda, masih tak lupa akan dakwah kepada ummatnya...akhir kalam, selamat 'menikmati' kisah menarik di bawah ini....artikel yg dipetik dari laman http://johor.ikram.org.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=427:my-name-is-muhammad-edwin-bin-michael-pr&catid=4:pemuda-remaja&Itemid=8

happy dakwah...
wassalam...;)

4.1.11

coming up....

assalamualaikum dear readers....

sekian lama x mencoretkan sesuatu di sini..sudah jadi kebiasaan blog ini ditinggalkan sepi sekuntum rindu,sebaliknya penulis lebih suka mengupdate di laman FB...dah trend agaknya..kt sana ramai jugak kawan..setiap update lebih cepat smpai kepada 'audience' kalu nk dibandingkan dengan blog ini...


Kali ni LM nk update/war warkan tentang satu lg program yg best, iaitu Interfaith Dialog yang bertajuk " The Purposes Of Life According to the Scriptures"....menarik kan? LM sebenarnya tengah berdebar2 sbb LM akan menjadi sebahagian penggerak program pada hari tersebut...(berdebar2 jugak sbb pertama kali diberi tugasan itu, harap2 nya ALLAH mudahkan urusan kami semua untuk program high impact ini.....target utama audience adalah non muslim, walau bagaimana pun semua digalakkan hadir untuk menabah ilmu di samping menyemarakkan persefahaman agama di kalangan kita yang berbilang bangsa dan agama...



tanpa buang masa LM sharekan banner program ini...jgn lupa ya, save the date :) moga bermanfaat untuk kita semua...:)




dengan tajuk " The Purposes of Life According to the Scriptures"

2.12.10

award lagi...


assalamualaikum dear readers...

kali ni entry tentang award...award lagi..kali ke berapa entah...dari bespren plak tu...tapi tak mau jawab soalaan2 tu boleh?dan taknak forward...mcam biasa...anyway...award ni dari sorang member, umma, thnks for the award...soory sbb x ikut rule n regulation...no big deal rite?? [tapi blog aku ni x de la cantik mana pun...mungkin tuan nye yg cantik tak?haha]...

today i got some good news..but dont know wheather good or not...well for everything happens,always hope for the best....n istikharah is the best way...takkan rugi orang yg bermusyawarah, dan beristikharah [petikan hadith nabi S.A.W]...wallahua'lam...

got to go...x boleh layan tulis lama2...so many other things to do out there...:)

salam bicara pedusi [pedusi--> perkataan yg baru i guess..]

ku doakan yg terbaek...~~^_*