29.9.08

salam aidilfitri...

salam aidilfitri...


dari saya buat semua...

ampunkan salah silap ku setulus hatimu..

hilangkan sengketa antara kita..

moga berbahagia di hari yang mulia...

salam lebaran buat semua..

kekalkan amalan dan kebaikan...

teruskan kesyukuran dalam kenikmatan...

maaf zahir batin...



28.9.08

3R...bacalah!!!

stelah seminggu...baru la dapat complete kan cite ttg 3R ni...sudi2 lah membacanya...mintak maaf warga KRJ..ana lambat post...gamba pon x de lagi...sbb kak lat x bagi lagi...hmmm...





Laporan 3R ( Remaja Rai Ramadhan)
Masjid An-Nur, Titi Teras
Balik Pulau , PP.

20-21 Ramadhan 1429 H

Alhamdulillah..berikut adalah laporan ringkas program 3R yg telah berjaya berlangsung pada hari -minggu lepas 20 -21 Ramadhan 1429 @ September 2008.
Dalam perjalanan nak ke masjid, bila dah sampai kat kawasan titi teras tu, ternampak kat lat depan rumahnya…pastu saya pon turun kat situ je,amek barang2 dari kete dan letak lam kete kak lat…kak lat kaata nk p dgn kak lat pon boleh….
Then nek kete dengan kak lat…rupanya dekat sangat masjid tuh dengan rumah kak lat…..tak sampai pon 100 meter jaraknya…lahai….masa saya sampai pendaftaran dah mula ..maklumla, saya sampai pon dah nak dekat kol 9…mintak maaf sume…nasib baik pendaftaran dibantu oleh ahli wanita JIM Barat Daya … Alhamdulillah… mereka membantu dari awal program dari awal hingga akhir program…jutaan terima kasih di ucapkan kpd kakak kita dua orang tu….hehehJ. pendaftaran berakhir pada 9.30 pagi dengan penyertaan seramai 58 orang pelajar dari lingkungan umur 11 tahun – 19 thn… walaupun ada yg register dengan saya dalam fon sehari sebelum program tak datang tapi Alhamdulillah penyertaan melebihi target.
Then perasmian disempurnakan oleh pengarusi masjid, ucapan YDP JIM barat daya (merangkap JKKK kampong tersebut) dan seterusnya pengarusi Qaryah masjid titi teras..
Selesai perasmian kak lat memberikan taklimat ringkas ttg perjalanan program kepada para perserta.


Ice breaking bermula dengan pelbagai aktiviti dan cara untuk buat budak2 tu kenal antara satu sama lain. Terbahagi kepada tiga bahgian,taaruf bergerak, taaruf berkumpulan dan persembahan berkumpulan…sesuaila dengan tajuk yg diberikan…”macam-macam ada”…hahah…mmg masa main permainan duit 10 sen 20 sen tu seronok sangat…bebudak walaupun tak kenai lagi tp enjoy main game tu...dapat kenal kawan2 baru…sampaila akhirnya terbentuk kumpulan ..sorang fasi bersama2 dgn 6-8 orang pelajar…..

Berhenti pada pukul satu untuk solat zohor jemaah ….personally, saya suka dengan cara solat dan jemaah masjid ini..tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat…solat dalam keadaan yg tenang dan tidak kelam kabut….pendek kata ..tak seperti tempat lain la….hmm…selepas solat zohor ada sikit masa terluang untuk saya bertdarus..maka saya amek peluang untuk bertadarus dalam kesibukan menguruskan program..bagi pelajar yg lain mereka amek masa untuk rehat2 dan bersiap untuk next slot which is ceramah tentang kesedaran palestin. This slot suppose started at 2.30 tapi terlambat sikit..lbh kurang pukul 3 baru start…
Sementara Dr. Roslan mem ‘brain wash’ peserta tentang isu2 palestin dan umat Islam di sana, kami para fasi pula buat persiapan untuk next activity..haha…explorace…yg mencabar lagi menguji kesabaran..kami buat final touch….tgok2 keadaan sekeliling untuk dijadikan check point yg sesuai dan prepare untuk activity tersebut…

Selesai ceramah tentang palestin , kami berhenti solat AsAR jemaah dan trus bersiap2 untuk beriadah …explorace…sebelum tuh kami buat regangan sikit..bak kata orang putih warming up dulu. Mmg creative abang2 dan kakak fasi buat senaman untuk kecerdasan minda …bukan apa..nk tarik perhatian peserata dulu…nak pastikan depa tak ngantuk….macam2 senaman pelik2 yg abang2 fasi buat…nk tegelak pon ada…heheh…nanti tengok dalam gamba….ada nama2 untk senaman yg di buat tuh tapi tak ingat la pulak….apapon peserta mmg enjoy la waktuh riadah nie,.,pastu acara diteruskan dengan explorace yg sebenar….hai..penat juga saya jaga cekpoint ni….rasa macam fasi pon main sekali sbb penat susun getah kt pokok n peserta kena amek getah tuh dari pokok menggunakan straw yg dipegang dgn mulut!!...haha….penat but interesting…budak2 pon semangat je main..,.,seronok la katakan…


Walaupun begitu belum sempat kami selesai ber ‘explorace’pihak masjid dah panggil kami warga 3R untuk turut serta dalam masjid bacaan yasin dan tahlil yg bermula pukul 6...demi menghormati pihak masjid , kami pon berhenti main explorace. Kami diminta berwuduk dan bertadarus bersama ahli qaryah masjid. ..sampaila tiba waktu buka puasa….kami berbuka beramai2 dalam talam…alhmadulillah….dah lama tak makan dalam talam ramai2 camni….selesai buka puasa kami bersiap2 pula untuk isyak dan teraweh bersama warga titi teras….penuh masjid tuh!! Especially bahagian wanita…mmg masjid sarat dengan jemaahnya…Alhamdulillah….!!


Selepas teraweh kami masuk semula ke dewan untuk aktiviti seterusnye…pengisian kedua bermula..peserta diber tazkirah sambil dibawa melayari video2 yg bermanfaat dan menginsafkan…monolog fasi zafri amat terkesan di hati peserta, disertakan dgn video2 yg mmberi kesedaran dan keinsafan kepada setiap peserta…ternyata mereka mula membuka mata dan menyedari tentang reality sebenar tentang apa yg berlaku di luar sana….kemudian mereka dihidangkan dengan klip video lagu menanti d barzakh dendangan kumpulan Far East, kerana aktiviti seterusnya akan mmberi surprise yg besar kepada peserta…


Kami kemudian melawat kawasan perkuburan tit teras, ia mmg sebahagian daripada agenda yg dirancang oleh krj utk menambah keinsafan dan membawa kita untuk mengingati mati…kami melalui jalan kampong yg sangat gelap ..tapi kiri kana nada rumah orang…haha…tp malangnya jalannya gelap..kami hanya berbekalkan lampu suluh untk melalui jalan yg gelap tu untuk smpai ke kawasan perkuburan…bila dah sampai kami berhenti sebentar di kawasan perkuburan tersebut. Peserta diminta merenung dan bertafakr sejenak..berfikir akan arah tuju kita di dunia…yg akhirnya semua akan pegi ke tempat yg sama jua…. Akhi zafri sekali lagi memainkan peranan mmberikan tazkirah ringkas , bermonolog….serta merta memberi peringatan…di depan perkuburan yg tenang d malam yg gelap..hati mudah tersentuh, mmberi makna ..tringat yg telah pergi …dan mengenangkan nasib sendiri yg akan pergi ke tempat yg sama….akhi zafri mmberikan tazkirah yg menyentuh hati, walau setinggi mana pon pangkat kita di dunia ni, siapa pun kita d dunia ni, kita akan tetap kembali ke tempat yg sama, ke dalam tanah jugak akhirnya…setelah selesai menyedekahkan AL –Fatihah kepada ahlalkubur, kami berjalan pulang melalui jalan kampong sekali lagi. Kali ni kami melalui jalan kampung yg ada lampu sbb kami melalui jalan raya dalam kampong tuh…

Sampai d tempat penginapan kt depan masjid an-nur kami diberi sedikit kudapan sebelum tidur, minum the dan roti…masing2 mungkin agak letih degan aktiviti yg dilalui, ada yg masuk tidur terus, x makan…letih sangat…ada yg amek peluang untuk membersihkan diri sbb tadi x smpat hmm..seingt saya, dalam lbh kurang pukul 1 pg lbh dah terlena sbb pukul 3.30 pagi dah nk kene bangun dan siap2 sedia untuk qiyamulail bersama pihak masjid yg akan bermula pada pukul 4 pagi.


3.30 pagi peserta dah mula siap sedia buat persiapan untuk qiyam. Pukul 4 dah berada d masjid, seterusnya bersama2 pihak masjid solat jemaah taubat, tahajud dan solat hajat. Pak imam pula mengalunkan zikir munajat yg amat mengasyikkan…sehingga tak tertahan air mata mengalir dalam mengabdikan diri kepada ALLAH yg Maha Esa …ramai jg jemaah yg dari pelusuk kampong yg datang untuk mengimarahkan masjid pada malam tersebut… yg pastinya, alunan munajat pada Tuhan pada malam tersebut pasti akan terkesan di hati buat selamanya…moga2 insaf serta mendapat malam Lailatul Qadar , paling penting mendapat keampunan ALLAH dan keredhaanNYA untuk semua….
Kemudian kami sahur d tmpattt kediaman..makan nasi lauk daging yg sedap.. sekali lagi AJK dari wanita JIM barat daya mmbantu pihak kami…alhamdulillah….
Selesai sahur trus bersiap untuk solat jemaah subuh d masjid. Pihak masjid mengadakan majlis bacaan mathurat dan kami juga turut serta. Ada masa untuk persiapan diri, kami pun ambil peluang untk berehat dan prepare untuk next activity.7.30 masa beriadah, tapi memnadangkan cuaca tak mengizikan sbb hujan maka kami beriadah je dalam dewan..mcam2 senaman dan game untuk menceriakan suasana dan nmapk nya peserta mmg terhibur.

Kemudian peserta kembali ke tempat penginapan dan bersiap2 untuk slot seterusnya, pengisian 3 “Remaja Rabbani” . ceramah disampaikan oleh HJ Mohd Rasyi d Hasnol . lbh kurang jam 11 lbh ceramah pon selesai dan program akan berkakhir, peserta diminta duduk dalam kumpulan bersama fasi dan mereka di tarbiyah sekali ttg kenapa dan apa sebenarnya tujuan mereka datang ke program 3R ini. Ternyata mereka mula insaf dan apabila diminta muhasabah diri mereka mula merasai keseronokan berada dalam program. Mmg hamper semua menangis termasuk la fasi2 sekali, berat hati nk tinggalkan program. Rasa mcm sat sangat masa berlalu, x banayk masa utk fasi kenal dgn lbh rapat dgn para peserta dalam grup masing2. Ada yg mncadangan 3R lepas ni boleh buat buat lama sikit berbnding 2 stgh hari kali ni. Hehe…bagus jugak idea tuh….lbh banyak kesedaran dan manfaat akan kita dapat kan??

Selesai menyayikan lagu untukmu teman bersama pserta dan fasi sambil menitiskan air mata perpisahan, semua peserta mula bersurai..tinggalla kami fasi2 dan kak lat..kak lat bermurah hati menyerahkan cenderahati kepada fasi2 dan ajk yg terlibat menjayakan program…kami amek masa miting sekejap untuk post motem untuk mengetahui masalah2 semasa pengendalian program untuk memperbaiki kelemahan kami dalam next program. …
Sekian dulu coretan 3R versi 1429 Hijrah..




Wassalam…



p/s: jgn lupa tinggalkan komen anda sekali, komen2 anda amatla dihargai...:)

26.9.08

iklan iklan....

clik sini untuk lihat seterusnye...


slamat hari raya..maaf zahir dan batin...


erm..maafkanla daku ..setulus hatimu.... :)

juga haapy berthday kepada abah ku arini....moga dalam rahmat ALLAH selalu...:)




25.9.08

perasaan terganggu??



perasaanku
terganggu...
terganggu kah?
semuanya ku lelah
pada Tuhan ku ku
berserah
segala ketentuanMU ku pasrah
oh..sesungguhnya hanya Tuhan yang
tahu...
tersembunyi hasrat rahsia hatiku..






23.9.08

bizi zibi...

aku sibuk?
sibukkah aku?
sibuk sangtkah?
sibuk buat apa?
sibuk dgn apa?huh....kekadang aku sendiri tak tau nk jawab...huhuhu...saje nk buat luahan hati pagi2 ni...erm...dah 4 hari tak sentuh laptop aku...laptop kt umah...lani kt tmpat keje...hmmm..sepatutnye aku tulis laporan 3R , program KRJ yg berlangsung weekend lepas....haa...sbb tu la aku bz...sampai tak sempat sentuh laptop kt umah...dua hari aku x de kat rumah...sbb p program tuh...penat layan bebudak ni sebenarnya...jadi fasi dan pemantau program tak la penat sangat..tapi bila layan karenah budak2 tuh..huh...penatnye...sesampainye aku d rumah ahad petang selepas program tuh mak pulak nk keluar...dia mintak aku masakkan sayur untuk buka puasa nnti..aku ckp ok no problemm..kalo lepas asar ok la sbb smpat merehatkan badan dulu...hmmm...aleh2 aku pulak yg terlena lepas mandi dan sms dgn kawn aku...tak sedar langsng...letak kepala je trus terlajak tido...sedar2 je dan pukul 5.10.opss...dah asar...pastu mk aku call ...aku x seda..tp faiz adik aku ankt fon..bile adik aku ckp aku tgh tido...lantas mk aku pesan kt aku ckp kat kaklong x yah masak sayo dah ...mak bli kt pasa ramadhan je...huhuhu..kebetulan lak adik aku lg sorang yg ada kt usm cakap die nk balik berbuka kt umah...apa lg..kelam kabut mak p bli macam2 kt dia..hmm...sbb dia jarang balik umah walaupun usm dgn umah aku tuh 5 minit je perjalanan....


pastu buka posa dgn famly..adik lg sorang je takde..die kat kuantan..hmm..pastu traweh kt surau umah je sbb abah aku tgk aku x larat sgt..so buat 8 je kat surau...x p masjid bayan baru...huh...rasa cam dah lama lak x p masjid tuh..padahal baru 2 hari x p.....


sibukkah aku?sibuk la jugak..sibuk versi ramadhan...kan mcm2 kita leh wat utk menambah saham akhirat kita d bulan posa nih...sbb tu la aku sibuk kut..heehe...pas traweh trus siap2 iron baju untuk keje esok pagi...ditambah lagi dgn uniform sekola faiz yg die campak untuk aku iron...adoi...tambah keje lagi...tp iron je la...pastu leteh dah..tido...wa..camne nk dpt lailatul qadar ni...asek tido mati sbb keletihan je.....mudah2 dpt bgn mlm walau pon sekejap...ameen....(dpt gak bgn akhirnya, syukur)...

isnin....
keje..keje...keje....ptg lak iftar dgn budk2 usrah Kauthar INteam...hmmm..best2...bersama bonda Fauziah..walau baru kenal 3 mgu tp dah macam rapat...alhamdulillah...then kami solat mahgrib jemaah d islah educare tmpt kami iftar tuh...then gerak trus ke masjid usm utk tareweh..huh..seharian tak balik rumah lagi ni..pas traweh, balik umah sekali dgn abah ..abah datang usm gak arini utk traweh sbb nk fetch aku balik umah...hmm..singgah jap cek gaji....yuhu!!!gaji dah masuk..awal gile...alhamdulillah....tp kene jimat!!haha...smpan duit...ingt tuhh....

ok la ..laporan 3R akan menyusul pasni inysaALLAH..tgu gamba dari kak lat tk sampai2 lg ni...huhu....


selasa...

sibuk?ye masih sibuk ,..di opis bnyk gile kejenya...adoi...tak larat nk cerita..tensen pon ada..tp saba je la...separuh dari iman...kalo tak sia sia je pose...

wassalam....


piece...


yg sibuk...

`limaumanis'...nk lemau dah pon...;p

16.9.08

nuzul Quran...: tazkirah Ramadhan



klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin
Tazkirah Ramadan: Nuzul Qur'an merubah sikap Muslim
Oleh Ustaz Zain Hashim




Muslim dan al-Qur'an

Sesungguhnya dengan turunnya al-Qur'an pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Qur'an yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Qur'an daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.


Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Qur'an?


Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Qur'an pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Qur'an boleh diertikan sebagai penurunan al-Qur'an ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.


Waktu turunnya al-Qur'an?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam yang dikenali sebagai "Lailatul Qadr", pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Qur'an mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.


Kenapa al-Qur'an diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?

Dalil daripada al-Qur'an:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Qur'an). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus."

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid: "Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Qur'an) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam)."

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Qur'an ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah (al-Qur'an). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Qur'an) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Qur'an yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.


Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Qur'an

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.

Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Qur'an, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.


Cara bagaimana al-Qur'an diturunkan


Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Qur'an diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Qur'an diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat- peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: "Berkatalah orang-orang Kafir: Mengapa al-Qur'an itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran) ."


Surah pertama turun dalam al-Qur'an


Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Qur'an.


Ayat terakhir turun dalam al-Qur'an


Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman." Ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: "Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah." Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Qur'an. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu."

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.


Apakah yang ada dalam al-Qur'an?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Qur'an terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk- Nya.

Tidak kurang juga al-Qur'an memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Qur'an bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.


Sikap Muslim terhadap al-Qur'an


Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Qur'an, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: "Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar." Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Qur'an kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Qur'an secara mutlak.

Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Qur'an:

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri: Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidak membaca al-Qur'an, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramal dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana: Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Qur'an tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan: Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Qur'an seperti hukum Hudud, Qisas dan Taâ'zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Qur'an bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.


Contoh ayat motivasi dalam al-Qur'an yang sepatutnya dikuasai


1- Sesungguhnya yang membaca al-Qur'an serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Qur'an seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali 'Imran yang bermaksud : "Bagaimana kamu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Qur'an) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?"

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Qur'an dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Qur'an, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.

2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: "Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya. "

Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.

Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.


Tadarus al-Qur'an pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Qur'an dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya."

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Qur'an, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Qur'an termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Qur'an dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Qur'an, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.



Rujukan
1- Kaifa Nahya Bil Qur'an "Nabih Zakariya Abdâ' Rabbih" Dar al-Haramain, Mesir 1983.
2- Kaifa Nataddab Maal Mashaf "Muhammad Rejab Farjani" "Dar al-'Itisom, Mesir 1976.
3- www.islamonline. net
4- www.islamweb. net
5- www.islam-qa. com



sekian..moga bermanfaat untuk semua..

klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin

15.9.08

jom baca buku!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya telah melayari laman web ini dan dapati Buku ini sangat baik untuk kita semua. Buku bertajuk BAHAGIAKAH RUMAHTANGGA KITA? erm..saya belum khatam lagi membacanya tapi hati dah teruja nnk berkongsi dgn anda semua isi kandungan buku ini...sama2 lah kita membacanya...moga mmberi manfaat pada kita...sape tanak bahagia kan???

Saya pasti anda juga berminat, sila layari dan Download Percuma di:
http://www.sayangikeluarga.com/

selamat menelaah!!

9.9.08

3 R....



salam to all..berikut ada lah program JIM seterusnya ..khas di bulan puasa ni...jomla daftarkan anak2 anda....cepat!! jgn lepaskan peluang ini..!!!

Assallamualaikum...

Dimaklumkan bahawa program 3R akan di adakan di setiap daerah iaitu SPT, SPU, SPS ,BD DAN TL.

Seperti biasa Kelab Remaja Jim Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan program 3R dengan kerjasama Kariah Masjid An-Nur ,daerah BD dan TL iaitu pada:-

TARIKH : 20 & 21 SEPT 2008
HARI : SABTU & AHAD
TEMPAT : MASJID AN-NUR,
TITI TERAS, BALIK PULAU
YURAN : RM10.00

Tentatif akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat ini.


PENYERTAAN DI BUKA DI SEKARANG.
ANAK-ANAK AHLI JIM KHASNYA DIJEMPUT UNTUK MENDAFTAR.
*I & A, PASTIKAN MENDAFTAR ANAK ANDA.*.


"SUCIKAN HATI TINGKATKAN TAQWA".

Jazakallahukhairank hatiro

LATIFAH BEE MAJID
Pengarah KRJPP


8.9.08

teraweh di sana sini...

salam semua...lama tak tulis cerita tentang diriku rasanya...sejak habis konvo haritu kalau tak silap....apapon kali ni nak cerita tentang solat teraweh (oh...last post was about teraweh n saf kat masjid!! baru teringat..ehhe)

erm...selalunya i akan berteraweh dgn abah dan adik kat masjid Bayan Baru , yg dekat dan yg masjid yg paling dekat dgn rumah i...nak dijadikan cerita hari sabtu yg lepas sebagaimana yg semua maklum, satu penang ni hujan....dari pagi sampai petang dan sampaila ke malam...walau pon ada sesetengah kawasan yg lebat dan tak lebat...tp ujan yg turun sepangjang hari tanpa henti tu menyebabkan bnyk la jugak kawasan yg banjir..oh!! sungguh dugaan bg mereka yg berhadapan dgn banjir ni....

kt tmpat i pulak masa malam dalam perjalanan nk p masjid tu...kami naik kereta..tatau pulak banjir...tiba2 keluar dr umah tgk traffic jam...sesak!!! kereta dan kenderaan berat yg laen tak boleh jalan sbb banjir...cepatnye air naik...!! baru kejap tadi siangnya mak dan abah keluar dan balik rumah tapi time tuh air tak naek lagi..hmmm...bila kami tengok jalan nk ke masjid dah dipenuhi air..kereta nak lalu pon susah dan dah ada bas pulak yg sangkut kat tengah jalan..oh!! so kami pon tak jadi lah nk ke masjid tu..tuka fikiran solat teraweh d tempat lain....tuka jalan...amek jalan yg banjir...tapi nampak nya kami silap lagi..jalan tu pon air dah naek...tapi kami takdak pilihan....redah je banjir tuh dan keluar ke main road...alhmadulillah selamat...walau pon ujan lebat sampai gak masjid usm lam masa beberapa minit....dapatla aku solat traweh kat masjid yg mmg dah lama aku impikan nk traweh kat sana....tatau lah nape....


hmm..sesampainye kami kat masjid imam dan pon solat isyak tapi masih rakaat pertama..bagus jugak tak banayk yg ketinggalan...tapi yg peliknya masjid USM yg sepatutnya dipenuhi dgn student2 nya nampak lebih suram dari masjid Bayan Baru yg selalu aku traweh...bukan apa...pelik bila tengok khemah2 utnuk berbuka puasa bukan main luas lagi kat luar masjid tuh tapi bila tengok jemaah lam masjid tu ...tak ramai pon orang muda...especially lelaki...boleh kata orang muda d kalangan perempuan ramai nak dibandinkan dgn lelaki...oh...apa nk jadik...mungkin jugak sbb ujan lebat...so ramai tak dapat datang...kata hatiku ..husnu zhon...nk kata apa lagi kan??kita sangka baik la kan....memnag masa balik dari teraweh..(awal habis sebab masjid tu hanya buat 8 dan 3 saja)...pon masih ujan tak berenti lagi...mungkin sbb tu tak ramai yg imarahkan masjid tuh....

dan hari2 seterusnya hujan masih turun semahu mahunya...kadang lebat kadang renyai..sampai ada orang tu bangun pagi2 dah sms tanya kat sana hujan tak? kt sini hujan renyai2 katanya...hmmm...no komennn....heheh

semalam pon i berteraweh di tmpat lain...bukan d masjid bayan baru macam biasa...tapi kat surau mutiara heights...sbb i p buka posa kt umah makcik i sambil ziarah diorang...sambil ziarah satu2nya atok ku yg tinggal oh!!...atok ku tu belum sembuh sepenuhnya dari operation nye tuh...walaupon dah lbh sebulan operation tu selesai..oh...ya TUHAN..berikanla atokku kesejahteraan dan sembuh sepenuhnye..ameen...korang pon kene ameenkan tau..doa org berpuasa adalah mustajab!! (bak kata satu sms yg dhantar kepadaku lepas balik teraweh tadi, hhehehe) tp mmg btol pon kan...


dalam pada berteraweh di dua tempat yg berbeza tu ku lihat ada kelainan pada jemaah2 masjidnya...di masjid USM..ku lihat safnya rapat( ni cerita bahagian saf perempuan je ye)..mungkin sbb ada notis peringatan depan jemaah tu...walaupon imam tak peringatkan (actually tatau la kot imam dah remind sebelum solat isyak ..sbb i was late 4 isyak kan...)tapi mungkin sbb ada notis yg mmg terpampang kt situ mungkin ada la kesedaran sikit untuk mereka merapatkan saf2 mereka...alhamdulillah...tenang dan senang rasa hati ini... ;)...tapi lain pulak ceritanya di surau mutiara heights tu,..macam2 perangai lagi ada kat situ...tak sanggup pulak nak cerita..selain saf..ada lagi kisah yg tak sedap didengar dan tak molek pon bile dipandang...apapon...bab tu i tak nak reveal kan kat sini..biar kite cerita bab saf je...hmm...pendek kata saf kt sini sama la jugak macam saf2 kat masjid bayan baru kt umah i tu...(untuk maklumat lanjut sila baca entry ku yg lepas ttg saf tu..hehe...)


rupanya dah panjang cerita dah ku coret kat sini...memandangkan dah pukol 12 lbh ..oh!! nanti nak bangun sahur dan solat malam tak terbangun pulak...maka aku pon ingin mengundur diri...walaupon rasa banayk nk diluahkan kt sini...hehe..tp tak sume boleh luah kt sini.....ni tulis panjang2 ni pon sbb nk luahkan sebahagiannye saja..boleh la release sikit apa yg terbeban lam kepala ni tinggal sebahagian lagi masih ada lam kepala, akal dan fikiran yg menyebabkan aku jadi serabot!!oh TUHAN..berikan daku ketenangan...ameen...


wassalam...kene stop jugak ni kalau tidak...

piece...

slamat bermujahadah....


;)




oh TUHAN!!!!

4.9.08

USM dipilih Universiti Apex pertama




USM dipilih menjadi universiti apex pertama megenepikan UIAM dan tiga lagi universiti...ohh...!!


PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai Universiti Apex pertama, mengetepikan beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM).

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) selepas mendapati USM memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkannya berkata, USM mengatasi universiti saingan lain berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.


"Penilaian yang kita gunakan untuk memilih USM adalah berasaskan sudut kuantitatif dan kualitatif yang masing-masing bersandarkan kepada tahap kesediaan untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik," katanya pada sidang media di kementeriannya, semalam. Hadir sama, kedua-dua Timbalannya, Datuk Idris Haron dan Datuk Dr Hou Kok Chung.

Selain USM dan UM, lima lagi institusi pengajian tinggi awam yang mengemukakan permohonan untuk menjadi Universiti Apex adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dua institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), turut mengemukakan permohonan. Universiti Apex akan diberi autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.


Mohamed Khaled berkata, sepanjang tempoh pemilihan sebagai Universiti Apex, USM perlu berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020.

"Kita perlu lihat dan menilai pencapaian USM dengan kertas cadangannya bertema 'Perubahan Pengajian Tinggi Untuk Kestabilan Hari Esok'. Dalam tempoh berkenaan dan selepas itu barulah keputusan akan dibuat sama ada perlu pemilihan Universiti Apex lain atau tidak," katanya.

Ditanya kenapa UM sebagai universiti tertua negara tidak terpilih, Mohamed Khaled berkata, pemilihan bukan berdasarkan usia tetapi keupayaan membawa perubahan dalam sistem pendidikan tinggi sehingga mencapai tahap dunia.

"Pemilihan USM tidak bermaksud universiti lain dipinggirkan, sebaliknya akan menjadi perangsang kepada universiti yang tidak terpilih untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia," katanya.

Mengenai aspek pembiayaan, Mohamed Khaled berkata, perkara itu akan dimasukkan dalam setiap bajet tahunan yang akan diumumkan kerajaan dalam merangka pelan transformasi selama lima tahun.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah, dalam kenyataannya berkata pemilihan universiti itu sebagai Universiti Apex akan menjadi pendorong utama untuk memartabatkan pengajian tinggi ke peringkat dunia.

Beliau berkata, USM mahu melonjakkan usaha mentransformasikan pengajian tinggi bagi mewujudkan dunia yang sejahtera berteraskan pembangunan lestari.

"USM menjadi pusat kepakaran serantau bagi pendidikan lestari dengan adanya Pusat Latihan Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 2005. Ini adalah pengiktirafan yang besar kepada USM dan ia kejayaan seluruh warga kampus, apalagi dalam sambutan 40 tahun universiti," katanya.


layari .. webpage USM..

notes: what is APEX?

1. Univeristi apex adalah pengiktirafan yg diberi kpd IPT tempatan untk menjadi petanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi

2. Cadangan penubuhannya tekandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) melangkaui tahun 2020 dilancarkan oleh Perdana Menteri , Datuk Seti Abdullah d putrajaya pd 27 0g0s thn lalu.

3. Universiti apex dijanjikan autonomi dr segi kewangan , skim perkhidtmaan , pengurusan, pemgambilan pelajar, kepimpian tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

lega sikit...

salam to all...
bila saf dah rapat...hati rasa lebih tenang..
akhirnya aku berjaya mengajak sorang mkcik merapatkan saf nye semalam...
alhamdulillah...tp masih banyak saf yg x rapat..masih ada lagi..ermm...
rasanya perlu buat sesuatu untuk bagi tau jemaah dalam masjid ni kan....
erm...nnti akan ku usahakan sesuatu...untuk kesedaran semua...

wassalam...

untuk renungan...



RENUNGAN HARI INI

Sahabat Omar al-Khattab radiallahuanhu berkata: "Berpuasa tidak hanya meninggalkan makan minum sebaliknya ia juga termasuk berpuasa daripada dusta, perbuatan batil dan perbuatan yang sia-sia." (Dalam Fatawa Muasirat, Dr Yusuf Qaradawi, terjemahan HMH Al-Hamid Al-Husaini, Yayasan Al-Hamidiy, hal 403)

Perkataan Omar al-Khattab ini memang berdasarkan sabda nabi antaranya yang bermaksud, "Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan keji (tidak senonoh) maka Allah tidak berhajat kepada amalannya yang meninggalkan makan minum." (Bukhari, Ahmad, Hakim dll)

Berhubung dengan hadis ini, Ibn Arabi berkata, "Hadis ini bermaksud, puasa orang yang berkenaan tidak memperoleh pahala. Hal ini disebabkan puasa tidak boleh dicampuradukkan dengan dosa hasil perbuatan batil dan tidak senonoh." (Dalam Fatawa Muasirat, Dr Yusuf Qaradawi, bab Pengaruh Maksiat terhadap Puasa)

Puasa yang dilakukan secara yang betul akan menghasilkan takwa. Mereka yang bertakwa merupakan insan kelas pertama di sisi Allah. Doa mereka makbul. Nabi bersabda, "Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka puasa doanya diperkenankan." (Riwayat Abu Daud dalam Musnadnya)

Dalam hadis yang lain Nabi bersabda, "Tiga orang doa mereka tidak ditolak: Imam (pemimpin) yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang dizalimi.." (Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan an-Nasaii)

1.9.08

kisah kisah Ramadhan...

salam to all...

malam ni (tadi) dah dua kali teraweh untuk ramadhan kali ini...dah lama tak aku tak solat d masjid...dulu d UIA slalu je solat d masjid UIA...sejak dah grad ni..duduk rumah dan keja....dah sangat jarang solat d masjid...apatah lagi nak berjemaah....hmm...bercakp ttg jemaah ni ..tadi kat masjid macam2 pesen aku tgk org solat jemaah...yg paling tak puas hati..saf yg ntah apa2...hmm..aku tgk kebanyakan perempuan ni solat jemaah mmg tak sempurna...saf tak tersusun langsung..main ikut selesa depa aje...suka2 hati tak nak rapat...walau pun dah disuruh merapatkan.hmmm...mula2 tuh..ada org sebelah aku...aku dah rapatkan saf kat sebelah kanan...tapi sbelah kiri ada ruang..tapi ada orang sebelah kiri aku tuh!!!mula2 memang aku tak tegur....rasa cam x de kekuatan(itu la masalah aku ...susah nk tego org..hmm), pastu aku tgk orang ni cam tak peduli je orang sbelah die...tambah pulak soalat teraweh mmg laju kat masjid tuh..lepas dua rakaat trus je bangun sambung lagi 2 rakaat...tak sempat rasanya nk cakap elok2 atau nak explain kat depa elok2 ( macam la aku pandai sangat nak explain kat depa...macam la ada kekauatan!!)...pastu ada sekali aku rasa tak senang dan tak tenang pulak bile orang sebelah kiri ni jauh sikit dan tak rapat dgn aku....dalam hati berdoa je pada ALLAH agar bagi aku kekuatan untuk tegur manusia2 camnie....then aku pndg oragn sbelah nie...ajak dia rapatkan saf..tp dia langusng tak pandang aku balik...dan trus je solat ..aku cuba bagitau die supaya rapatkan saf tapi cam tak sempat..die dah ankat takbir dan mula solat....oh!!...aku gagal lagi...akhirnnya sampai ke sudah la ada ruang kosong kat sebelah saf aku ni...oh Tuhan...berikan aku kekuatan..kalo esok pon macam ni..akuj harap sangt dapat tegur depa nih...hmmm

hari ni pulak..lepas solat teraweh ..aku tak ikut sama solat witir...jadi aku tunggu je kat blakang jemaah orang2 yg solat witir dgn imam nih....lagi terkjeut bila tengok ada sampai 3 saf (wanita) yg tgh solat witir!!! bukannye terkejut apa..setahu aku lepas solat teraweh 8 rakaat tuh setahu aku ramai yang dah balik...tak ssambung sampai 20...dan cuma tinggal 1 saf panjang je...aleh2 bile dah selesai teraweh dan bila time witir tu...aku tgk ada saf...saf yg pertama tuh ok...dari ujung samapai ke hujung lagi satu penuh dan rapat..tapi bila mai saf kedua pulak aku tgk ada dua pecahan...hmmm...pastu bile mai line saf ketiga...lagi lah...masyaALLAH...depa solat jemaah..ikut imam,tapi saf jauh2 jauh...(bayangkan la kalo solat sorang2 dan guna sejadah asing2...tapi duduk sebaris dalam satu garisan horizontal..)ya ALLAH dalam hati aku terpikir camne la leh jadi camnie...macam main2 pulak diorang ni solat...saf pertama penuh,rapat sepanjang saf, saf kedua terpecah kepada dua dan saf ketiga bilagan jemaah kurag dari saf yg kedua , padahal orang di saf ketiga ni boleh ke masuk lam saf kedua tuh kalo sume orang merapatkan saf dgn sempurna....sedey2 tgk camnie...mmg apa yg aku nampak,depa nak selesa je..mmg tak patot btol...


sebagai pengajaran elok la kita baca artikel ni ..dpetik dari blogg seorang rakan ku..harap kita sume baca dan belajar dan beramal dgn apa yg akan disampaikan nie...


Amalan Dalam Ramadhan- Nasihat 2 Ulama'
at 11:44 AM

Bagaimana kita menyambut Ramadhan?

Oleh

Khairol Amin (kamin@tm.net.my)



1. Pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz

2. Pesanan Dr Ahmad Abu Halabiah





Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.



Pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz(1)

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa. (al-Baqarah 2:183)

Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang diutamakan, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan Al-Quran (dalam bulan ini) dengan firmannya:

Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah 2:185)

Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (al-Qadr 97:1-3)

Selain itu diampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh iman dan azam. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.(2) (Shahih Muslim – hadis no: 760)



Kewajipan berpuasa (juga mengajar kita) menjaga diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan. Ia mencegah kita daripada melakukan semua keburukan kepada memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.

Demikian beberapa pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz berkenaan hikmah dan keutamaan bulan Ramadhan.







Pesanan Dr Ahmad Abu Halabiah - ahli majlis tertinggi fatwa Palestine(3)
Terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan dalam bulan Ramadhan. Adab-adab tersebut adalah:



Pertama:

Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.”(4)



Kedua:

Digalakkan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana Ramadhan merupakan bulan ketaqwaan sebagaimana firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa. (al-Baqarah 2:183)



Ketiga:

Menjaga diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan, akan tetapi pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas dalam Ramadhan.(5)



Keempat:

Sentiasa mengingati amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.(6)



Kelima:

Dalam bulan yang mulia ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu. (al-Tahrim 66:06)



Selain itu saya menasihatkan diri saya dan semua saudara-saudara Islam agar dimanfaatkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang baik berikut:



1. Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat Jumaat dan menghadiri majlis ilmu.



2. Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.



3. Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.



4. Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.(7)



5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.



6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.



7. Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.



8. Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:



Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.(8)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota kaki:
(1) Majmu' al-Fatawa (URL: http://www.binbaz.org.sa/Display.asp?f=Bz00239.htm)

(2) Shahih Muslim – hadis no: 760 (Kitab Solat musafir dan qasar, Bab Anjuran qiyam Ramadhan)

(3) Adab didalam Bulan Ramadhan. Live Fatwa (31-10-2002) IslamOnline, 2002.

(URL: http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=8I3Ww6)

(4) Rujuk Shahih al-Bukhari – hadis no: 1904 (Kitab Puasa, Bab Mengatakan “Aku berpuasa” apabila dicela)

(5) Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor. (Hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakim dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5376)

Larangan mengumpat dan mengadu domba tidak sahaja terhad kepada bulan Ramadhan tetapi berlaku umum untuk setiap masa dan tempat. Penekanan diberi dalam bulan Ramadhan sebagai latihan dan ulang-peringatan. Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujerat 49:11-12)

(6) Rujuk al-Mu’jam al-Ausath oleh al-Thabarani, hadis no: 7473. Penyemak kitab ini, Shaikh Mahmud Hasan Ismail menilai sanadnya sebagai bertaraf hasan.

(7) Maksudnya tidak disyorkan berjaga di malam hari sehingga menyebabkan seseorang itu mengantuk dan tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya pada esok hari.

(8) Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 41 (Kitab Iman).


Sumber: “Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa” susunan Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah. Download di sini >> http://uploads.bizhat.com/file/317213




baca lagi di sini sambungannye...



Ke Arah Menghayati Solat Tarawih (2)
at 12:02 PM

Keempat: Beberapa sifat solat yang diremehkan.



Sebahagian orang apabila melaksanakan solat Tarawih atau mana-mana solat sunat yang lain, mereka meremehkan beberapa sifat solat atas alasan ini hanya solat sunat, bukan solat wajib. Sifat-sifat solat yang diremehkan ini ada yang merosakkan kesempurnaan solat dan ada yang membatalkan terus solat tersebut. Di antara sifat solat yang diremehkan adalah:



a) Tidak membaca al-Qur’an dengan tartil.



Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:



Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil (al-Muzammil 73:04)



Membaca al-Qur’an dengan tartil bererti membaca dengan jelas kalimah-kalimahnya sambil memerhatikan disiplin hukum-hukum tajwidnya.



b) Meninggalkan bacaan Doa Iftitah dan bacaan al-Qur’an selepas al-Fatihah.

Dengan anggapan ia hanyalah solat sunat, sebahagian orang ada yang tidak membaca Doa Iftitah sebelum membaca surah al-Fatihah. Sebahagian lain turut meninggalkan bacaan ayat-ayat al-Qur’an selepas membaca surah al-Fatihah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika mendirikan solat fardhu atau solat sunat tidak pernah meninggalkan kedua-dua bacaan ini. Oleh itu janganlah kita meremehkannya kerana ini termasuk sunnah-sunnah yang penting di dalam solat.





c) Mengabaikan Thama’ninah.

Mengabaikan thama’ninah, yakni kekal di dalam sesuatu pergerakan solat sehingga merasa tenang di dalamnya, bukan sahaja mengurangi kualiti solat tetapi boleh mengakibatkan terbatalnya. Abu Hurairah radhiallahu 'anh meriwayatkan bahawa pada satu ketika pernah seorang lelaki bersolat di dalam masjid sambil diperhatikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila lelaki itu selesai bersolat, baginda menyuruh dia bersolat semula dengan bersabda:



“Kembalilah bersolat kerana sesungguhnya kamu masih belum bersolat.” Hal ini berulang sebanyak 3 kali sehingga akhirnya lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahu bagaimana lagi untuk membetulkan solatnya. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar dia dengan bersabda:



Apabila kamu berdiri untuk solat, bertakbirlah, kemudian baca daripada al-Qur’an apa yang memudahkan bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah), kemudian berdirilah semula sehingga kamu tegak di dalamnya, kemudian bersujudlah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah), kemudian duduklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah) dan lakukanlah sedemikian bagi keseluruhan solat kamu.(7)





Penekanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk kekal di dalam setiap pergerakan solat sehingga merasa tenang (thama’ninah) menunjukkan bahawa itulah kesilapan yang dilakukan oleh lelaki tersebut sehingga menyebabkan solatnya tidak dikira sah oleh Rasulullah. Thama’ninah juga disyaratkan kita iktidal sebagaimana yang dijelaskan oleh Abu Humaid radhiallahu 'anh:



Apabila baginda mengangkat kepalanya (daripada rukuk), baginda berdiri sehingga setiap daripada kepingan tulang belakangnya berada di posisi yang asal.(8)



Ada yang berpendapat lamanya tempoh thama’ninah adalah sekadar seseorang membaca “Alhamdulillah” atau “Subhanallah”, akan tetapi pendapat ini tidak diperoleh dalilnya. Yang dicenderungi sebagai sesuatu yang mendekati kebenaran adalah bahawa thama’ninah itu wajib mengekalkan seseorang itu dalam satu posisi secara tenang sehingga dia dapat melengkapkan seluruh bacaan tasbih atau doanya. Ini kerana seseorang itu tidak dapat dikatakan telah rukuk atau iktidal atau sujud dengan dia dapat menyempurnakan bacaannya dalam posisi tersebut. Ibn Taimiyah berkata:

Tempoh thama’ninah dalam rukuk dan sujud adalah lebih kurang selama 3 kali bacaan tasbih. Sebab menurut sunnah, pada waktu rukuk dan sujud bacaan tasbih adalah 3 kali dan itu adalah yang paling minima, maka lamanya tempoh thama’ninah adalah sekurang-kurangnya (dilengkapkan ) 3 kali bacaan tasbih.(9)





d) Bersolat dengan terburu-buru.



Antara perbuatan yang tidak disukai dalam solat, sama ada solat wajib mahupun solat sunat, ialah terburu-buru dalam melaksanakannya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman:



Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. (al-Mu’minun 23:1-2)



Khusyuk di dalam solat bukan sekadar prihatin kepada bacaan-bacaannya tetapi juga kepada pergerakan-pergerakan solat sehingga dapat memelihara kesempurnaannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengingatkan:



Sempurnakanlah rukuk dan sujud kerana sesungguhnya perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya adalah seperti orang yang lapar, tidaklah dia makan kecuali satu atau dua biji kurma yang tidak mencukupkannya sama sekali (maksudnya – tidak mendapat apa-apa manfaat daripada solatnya).(10)





e) Meringkaskan bacaan selawat di dalam solat.



Ramai yang berpendapat selawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di dalam bacaan tasyahud hanya wajib sekadar “Allahumma sholli ‘ala Muhammad” manakala bacaan selebihnya sehingga “Fil ‘Alamina innaka hamidun majid” hanyalah sunat. Atas pendapat ini ada yang melaksanakan solat Tarawih dengan diringkaskan bacaan selawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.



Sebenarnya tidak ada dalil yang menyatakan bahawa bacaan selawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di dalam solat boleh dibezakan antara yang wajib dan sunat, antara duduk tasyahud awal dan duduk tasyahud akhir. al-Shan‘ani rahimahullah (1186H) menegaskan:

Selawat bagi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam (di dalam solat) adalah tidak sempurna tanpa disertai selawat terhadap keluarga baginda. Orang yang bersolat hanya dianggap telah berselawat kepada Nabi apabila dia mengucapkan lafaz selawat secara lengkap sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di mana di dalamnya termasuk selawat kepada keluarga baginda. Hal ini berdasarkan (hadis di mana) sahabat bertanya: “Bagaimana kami mengucapkan selawat kepada kamu?” Lalu baginda menjawab dengan menjelaskan bahawa cara selawat adalah selawat ke atas dirinya dan ahli keluarganya.

Sesiapa yang tidak mengucapkan selawat bagi keluarga baginda (di dalam solat) maka bererti dia belum mengucapkan selawat yang sesuai dengan cara selawat yang diajarkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bererti dia belum melaksanakan perintah dengan sebenarnya. Oleh itu dia belum termasuk orang yang berselawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Begitu juga dengan lanjutan hadis mulai dari “Kama sholaita……” dan seterusnya, ia wajib dibaca kerana termasuk yang diperintahkan daripada bacaan selawat tersebut.

Sesiapa yang membezakan antara bacaan-bacaan selawat dengan mengatakan wajib sebahagian sahaja dan sunat sebahagian yang lain, maka itu adalah pendapat yang tidak memiliki dalil.(11)





f) Tidak menjaga disiplin berjamaah



Termasuk beberapa sifat solat yang diremehkan ialah tidak menjaga disiplin berjamaah apabila melaksanakan solat Tarawih secara berjamaah. Antara disiplin yang lazim diremehkan ialah melurus dan merapatkan saf. Melurus dan merapatkan saf merupakan ciri kesempurnaan solat berjamaah manakala merenggangkan saf bererti membuka ruang bagi syaitan masuk di antaranya. Disiplin solat berjamaah yang lain yang perlu diperhatikan ialah mengikuti imam tanpa mendahuluinya atau ketinggalan daripadanya. Ketahuilah bahawa solat berjamaah adalah lambang kesatuan umat Islam. Apabila ahli-ahli jamaah tidak berdisiplin dalam menjaganya, ia memberi gambaran akan betapa lemahnya kesatuan umat.



Demikian beberapa sifat solat yang lazimnya diremehkan, di antaranya ada yang merosakkan kesempurnaan solat dan ada yang membatalkannya terus. Yang penting, hendaklah setiap individu Muslim yang melaksanakan solat peka bahawa dia sedang bermunajat kepada tuhannya, Allah 'Azza wa Jalla. Maka hendaklah dia memerhatikan adabnya apabila sedang bermunajat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegur seorang lelaki tentang solatnya:



Wahai fulan, apakah kamu tidak takutkan Allah? Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana kamu solat? Sesungguhnya apabila seseorang kamu melaksanakan solat sesungguhnya dia tidak lain berdiri bermunajat kepada tuhannya. Maka hendaklah dia memerhatikan bagaimana dia bermunajat (kepada-Nya).(12)





TOP







Kelima: Berzikir di antara solat Tarawih



Ini adalah antara amalan yang dipandang baik oleh orang ramai padahal Allah dan Rasul-Nya tidak pernah memandang baik untuk berzikir dengan bacaan atau cara tertentu apabila sedang berehat di antara solat Tarawih. Seandainya berzikir apabila sedang berehat di antara solat Tarawih adalah sesuatu yang baik, maka pasti Allah dan Rasul-Nya akan menganjurkannya sehingga dilaksanakan sepenuhnya oleh generasi awal umat Islam. Namun anjuran ini tidak pernah wujud dan perlaksanaannya juga tidak pernah diketahui, justeru siapakah kita untuk menentukan apa yang baik atau buruk di sisi Allah?



Waktu berehat di antara solat tarawih boleh dimanfaatkan untuk apa jua amalan yang baik. Akan tetapi tidak boleh mengkhususkan amalan tersebut seolah-olah ia adalah sebahagian daripada kaifiat solat Tarawih yang disyari‘atkan.



Sememangnya diketahui alasan yang diberikan adalah, berzikir adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa langsung. Ia dianjurkan dalam suasana umat Islam masa kini yang dilanda kemalasan untuk berzikir. Sebenarnya ini adalah alasan yang biadap terhadap Allah dan Rasul-Nya, seolah-olah Allah dan Rasul-Nya leka daripada mensyari‘atkan apa yang baik kepada manusia. Yang benar agama Islam telah lengkap, yang tidak lengkap adalah ilmu dan pelaksanaannya oleh umat. Akibat jahil daripada apa yang sebenarnya disyari‘atkan, umat Islam mula mencipta apa yang baik di sisi teori mereka, seolah-olah agama ini adalah milik mereka untuk diubah suai dan ditokok tambah.



Nasihat penulis kepada para pembaca sekalian, tinggalkanlah sunnah kebiasaan masyarakat dan kembalilah kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Peganglah ia dengan teguh dan beramallah dengannya kerana ia dijamin oleh Allah sebagai sesuatu yang benar-benar baik. Berpegang kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah beramal dengan apa yang diamalkan oleh Rasulullah dan tidak beramal dengan apa yang tidak diamalkan oleh Rasulullah.

Sumber: “Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa” susunan Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah. Download di sini >> http://uploads.bizhat.com/file/317213

---------------------------------------------
Nota Kaki:
(7) Shahih al-Bukhari – hadis no: 757 (Kitab Azan)

(8) Shahih Bukhari – hadis no: 0828 (Kitab Azan)

(9) Dinukil daripada buku Fatawa Mu‘ashirah (edisi terjemahan oleh al-Hamid al-Husaini dengan judul Fatwa-Fatwa Mutakhir; Pustaka Hidayah, Bandung 1996), ms. 415

(10) Sanad Jayyid (baik): Dikeluarkan oleh Abu Ya’la di dalam Musnadnya – hadis no: 7184 dengan sanad yang dinilai jayyid oleh Husain Salim Asad

(11) Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram (Dar al-Arqam, Beirut), jld. 1, ms. 219. Untuk hadis-hadis yang mengajar cara berselawat yang lengkap, rujuk buku penulis Marilah Berselawat Kepada Rasulullah terbitan Jahabersa, Johor Bahru 2002.

Dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah (al-Fath li I’lam al-Arabi, Kaherah 1999), jld. 1, ms. 203 (Bab: Disunatkan meringkaskan tasyahud awal), al-Sayid Sabiq menulis:

Dan disunatkan untuk meringkaskannya padanya (bacaan & duduk tasyahud awal) kerana diterima daripada Ibn Mas’ud (radhiallahu 'anh) dia berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, apabila duduk pada dua rakaat yang awal, ia seolah-olah seperti duduk di atas bara yang panas” Riwayat Ahmad dan para ahli sunan dan berkata al-Tirmizi, hadis hasan kecuali bahawasanya ‘Ubaidah tidak mendengar daripada ayahnya.



Berkata al-Tirmizi: “Dan telah menjadi amalan atas hal ini di sisi ahli ilmu, mereka memilih untuk tidak duduk lama pada rakaat yang kedua dan tidak ditambah atas bacan tasyahud apa-apa.”



Dan berkata Ibn al-Qayyim: “Tidak dinaqal bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berselawat ke atas dirinya mahupun ke atas ahli keluarganya dalam tasyahud awal, dan tidak baginda meminta perlindungan padanya daripada azab kubur, azab neraka, fitnah kehidupan, fitnah kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal. Dan sesiapa yang menyunatkan (untuk membaca yang) sedemikian, maka sesungguhnya ia hanyalah daripada keumuman dan kemutlakan, sungguh yang jelas adalah tempatnya hanyalah pada tasyahud akhir.”

Sekian al-Sayid Sabiq. Daripada kata-kata di atas, seolah-olah dibolehkan meringkaskan bacaan selawat dalam solat ketika duduk tasyahud pertama. Yang benar tidaklah demikian. Berikut adalah penelitian lanjut ke atas kata-kata al-Sayid Sabiq:

Pertama: Hadis Ibn Mas‘ud.

Hadis yang berbunyi: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, apabila duduk pada dua rakaat yang awal, ia seolah-olah duduk di atas bara yang panas” adalah dhaif kerana sanadnya terputus. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh al-Tirmizi dan dinukil sendiri oleh al-Sayid Sabiq.

Telah berkata al-Tirmizi: “Hadis hasan kecuali bahawasanya ‘Ubaidah tidak mendengar daripada ayahnya.” Rujuk Sunan al-Tirmizi – hadis no: 364 di mana gelaran sebenar bagi ‘Ubaidah ialah Abi ‘Ubaidah. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ahmad (1/428 & 460), Abu Daud (995) dan al-Nasai (1170), semuanya melalui jalan periwayatan yang berpangkal kepada Abi Ubaidah.

Abi ‘Ubaidah, beliau ialah ‘Ubaidah bin ‘Abd Allah bin Mas‘ud, anak kepada ‘Abd Allah ibn Mas’ud. Al-Mubarakfuri menukil daripada al-Hafiz al-Munziri bahawa ‘Amr bin Marh pernah bertanya kepada ‘Ubaidah: “Pernahkah anda menyebut apa-apa daripada ‘Abd Allah (ayahnya)?” ‘Ubaidah menjawab: “Aku tidak pernah menyebut (meriwayatkan daripada ayahku) apa-apa.” (Tuhfah al-Ahwazi Syarh Sunan al-Tirmizi (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut), jld. 2, ms. 301)

Namun hadis Ibn Mas‘ud ini memiliki penguat daripada apa yang diriwayatkan oleh Tamim bin Salamah, yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah bahawa Abu Bakar radhiallahu 'anh: “Apabila duduk pada dua rakaat yang awal, ia seolah-olah seperti duduk di atas bara yang panas” Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Talkhish al-Habir fi Takhrij Ahadits al-Rafi’ie al-Kabir: “Isnadnya sahih.” Ini dinukil oleh al-Mubarakfuri di dalam Tuhfah al-Ahwazi, jld. 2, ms. 302. Oleh itu penilaian hasan oleh al-Tirmizi tidak sahaja dengan merujuk kepada hadis Ibn Mas‘ud tetapi juga perbuatan seorang sahabat yang lain, iaitu Abu Bakar radhiallahu 'anh.

Setelah sabit darjat hadis, kita beralih kepada matannya pula. Kata-kata “seperti duduk di atas bara yang panas” adalah kiasan bagi menunjukkan duduk yang tidak lama. Yang perlu dikaji sekarang ini adalah lama dari ukuran siapa? Ini kerana lama atau tidak adalah sesuatu yang relatif. Memandangkan hadis di atas merujuk kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka kita menggunakan solat baginda sebagai skala ukuran.

Sesiapa yang lazim membaca hadis-hadis tentang tatacara baginda bersolat, nyata bahawa qiyamnya, rukuknya, sujudnya dan sebagainya adalah amat lama. Termasuk sifat solat baginda ialah duduk lama apabila membaca tasyahud akhir. Ini kerana baginda berdoa di akhir tasyahud sebelum beri salam. Perlu digariskan bahawa sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam berdoa bukanlah setelah selesai solat sepertimana yang lazim kita lakukan, tetapi berdoa selepas bacaan tasyahud dan sebelum beri salam. Oleh itu duduk membaca tasyahud akhir bagi baginda memang amat lama.

Jika hal ini jelas kepada kita, fahamlah bahawa perbandingan yang dilakukan oleh Ibn Mas‘ud ialah antara duduk tasyahud awal dan akhir. Jelas bahawa daripada pengamatan beliau, duduk pada tasyahud awal bagi Rasulullah adalah lebih pendek tempoh berbanding tasyahud akhir. Namun adakah lebih pendek bererti baginda meringkaskan bacaan selawatnya?

Tidak boleh dirumuskan demikian kerana hadis di atas tidak bersifat membezakan antara bacaan selawat yang dibaca. Yang dibezakan hanya tempoh duduk. Berdasarkan analisa kepada sifat solat baginda secara keseluruhannya, dapat diketahui bahawa yang menyebabkan perbezaan tempoh adalah sama ada baginda membaca doa di akhir selawat atau tidak. Bagi duduk tasyahud akhir, baginda sememangnya diketahui membaca doa sebelum memberi salam. Manakala bagi duduk tasyahud awal baginda tidak membaca doa, maka kerana itulah duduk baginda lebih pendek tempohnya. Oleh itu hadis Ibn Mas‘ud di atas bukan dalil bagi membezakan antara selawat ringkas dan selawat penuh antara tasyahud awal dan tasyahud akhir.

Kedua: Kata-kata al-Tirmizi.

Berkata al-Tirmizi setelah mengeluarkan hadis di atas: “Dan telah menjadi amalan atas hal ini di sisi ahli ilmu, mereka memilih untuk tidak duduk lama pada rakaat yang kedua dan tidak ditambah atas bacan tasyahud apa-apa.” Tumpuan kita adalah kepada kata-kata: “……..dan tidak ditambah atas bacaan tasyahud apa-apa”.

• “…..Tidak ditambah…..” merujuk kepada apa-apa doa selepas itu, yakni ia tidak dibaca dalam tasyahud awal.

• “…..atas bacaan tasyahud apa-apa” merujuk kepada bacaan tasyahud yang diajar oleh Rasulullah. Di sini, semua hadis baginda yang menerangkan bacaan tasyahud dan selawat adalah secara penuh tanpa ada selawat yang ringkas.

Oleh itu, kata-kata al-Tirmizi juga bukan hujah untuk membezakan antara selawat ringkas dan selawat penuh antara tasyahud awal dan tasyahud akhir.

Ketiga: Kata-kata Ibn al-Qayyim.

Kata-kata Ibn al-Qayim yang dinukil oleh al-Sayid Sabiq diambil daripada kitab Zaad al-Ma’ad (Muassasah al-Risalah, Beirut 1999), jld. 1, ms. 198:



Tidak dinaqal bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berselawat ke atas dirinya mahupun ke atas ahli keluarganya dalam tasyahud awal, dan tidak baginda meminta perlindungan padanya daripada azab kubur, azab neraka, fitnah kehidupan, fitnah kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal. Dan sesiapa yang menyunatkan (untuk membaca yang) sedemikian, maka sesungguhnya ia hanyalah daripada keumuman dan kemutlakan, sungguh yang jelas adalah tempatnya hanyalah pada tasyahud akhir.



Perhatian ditujukan kepada kata-kata beliau: “Tidak dinaqal (dinukil) bahawasanya Nabi……”. Kaedah usul fiqh menyatakan, apabila bertembung antara penafian dan penetapan, hendaklah diunggulkan penetapan. Ini kerana penafian adakalanya berlaku kerana ketidaktahuan atau sememangnya penetapan tersebut tidak memerlukan sebarang penafian.

Merujuk kepada kata-kata Ibn al-Qayyim di atas, beliau menafikan wujudnya apa-apa riwayat daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di mana baginda berselawat atas dirinya dan ahli keluarganya dalam tasyahud awal. Bererti - mengikut ijtihad Ibn al-Qayyim – baginda langsung tidak membaca selawat pada tasyahud awal. Namun penafian Ibn al-Qayyim tetap perlu dianalisa berdasarkan kaedah usul fiqh di atas. Dalam bab ini kita ada hadis yang menetapkan bacaan tasyahud dan selawat secara penuh. Hadis-hadis ini tidak ada yang menerangkan bahawa dalam tasyahud awal bacaan selawat boleh dipisahkan. Maka apa yang ditetapkan oleh hadis-hadis yang sahih diunggulkan di atas penafian Ibn al-Qayyim. Ini kerana penafian beliau mungkin berakibat daripada ketidaktahuannya terhadap kewujudan riwayat tersebut.

Wujud kemungkinan kedua di mana dalam bab ini sememangnya tidak ada riwayat. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sememangnya tidak membezakan bacaan selawat antara tasyahud awal dan tasyahud akhir. Apabila tidak wujud perbezaan, maka tidak perlu untuk para sahabat meriwayatkan sesuatu yang menerangkan perbezaannya. Di sini kaedah usul fiqh menyatakan, apabila terhadap sesuatu perkara tidak wujud riwayat yang menerangkan tentangnya, maka perkara tersebut dikembalikan kepada dalil yang paling dekat kepadanya. Dalam bab ini, dalil yang terdekat ialah hadis-hadis yang menerangkan bacaan tasyahud dan selawat secara lengkap tanpa membezakan antara tasyahud awal dan akhir.

Oleh itu sekali lagi, kata-kata Ibn al-Qayyim tidak dapat dijadikan hujah bahawa selawat pada duduk tasyahud awal hanya sekadar “Allahumma sholli ‘ala Muhammad” atau tidak perlu dibaca langsung.

Rumusan:

Demikian sedikit penelitian ke atas kata-kata al-Sayid Sabiq daripada kitabnya yang masyhur, Fiqh al-Sunnah. Apabila al-Sayid Sabiq berkata: “Dan disunatkan untuk meringkaskannya padanya (bacaan & duduk tasyahud awal)…..” secara zahir beliau tidak bermaksud meringkaskan bacaan selawat kecuali apabila berhadapan dengan kata-kata Ibn al-Qayyim.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (757H) adalah seorang tokoh yang memang amat luas ilmunya, anak murid kepada Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H). Beliau telah berijtihad dalam bab membezakan bacaan selawat antara tasyahud awal dan tasyahud akhir. Akan tetapi ini tidaklah bermakna kita tidak boleh menganalisa dan mengkaji apa yang beliau ijtihadkan. Kita menghormati dan menyayangi beliau, tetapi Allah dan Rasul-Nya lebih kita hormati dan sayangi.

(12) Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 474 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami





mg kita beroleh manfaat dan dapat meningkatkan ilmu dan amal di bulan yg mulia ini..(termasukla diriku ini..)..

wassalam...

selamat bermujahadah...;)