malam ni (tadi) dah dua kali teraweh untuk ramadhan kali ini...dah lama tak aku tak solat d masjid...dulu d UIA slalu je solat d masjid UIA...sejak dah grad ni..duduk rumah dan keja....dah sangat jarang solat d masjid...apatah lagi nak berjemaah....hmm...bercakp ttg jemaah ni ..tadi kat masjid macam2 pesen aku tgk org solat jemaah...yg paling tak puas hati..saf yg ntah apa2...hmm..aku tgk kebanyakan perempuan ni solat jemaah mmg tak sempurna...saf tak tersusun langsung..main ikut selesa depa aje...suka2 hati tak nak rapat...walau pun dah disuruh merapatkan.hmmm...mula2 tuh..ada org sebelah aku...aku dah rapatkan saf kat sebelah kanan...tapi sbelah kiri ada ruang..tapi ada orang sebelah kiri aku tuh!!!mula2 memang aku tak tegur....rasa cam x de kekuatan(itu la masalah aku ...susah nk tego org..hmm), pastu aku tgk orang ni cam tak peduli je orang sbelah die...tambah pulak soalat teraweh mmg laju kat masjid tuh..lepas dua rakaat trus je bangun sambung lagi 2 rakaat...tak sempat rasanya nk cakap elok2 atau nak explain kat depa elok2 ( macam la aku pandai sangat nak explain kat depa...macam la ada kekauatan!!)...pastu ada sekali aku rasa tak senang dan tak tenang pulak bile orang sebelah kiri ni jauh sikit dan tak rapat dgn aku....dalam hati berdoa je pada ALLAH agar bagi aku kekuatan untuk tegur manusia2 camnie....then aku pndg oragn sbelah nie...ajak dia rapatkan saf..tp dia langusng tak pandang aku balik...dan trus je solat ..aku cuba bagitau die supaya rapatkan saf tapi cam tak sempat..die dah ankat takbir dan mula solat....oh!!...aku gagal lagi...akhirnnya sampai ke sudah la ada ruang kosong kat sebelah saf aku ni...oh Tuhan...berikan aku kekuatan..kalo esok pon macam ni..akuj harap sangt dapat tegur depa nih...hmmm
hari ni pulak..lepas solat teraweh ..aku tak ikut sama solat witir...jadi aku tunggu je kat blakang jemaah orang2 yg solat witir dgn imam nih....lagi terkjeut bila tengok ada sampai 3 saf (wanita) yg tgh solat witir!!! bukannye terkejut apa..setahu aku lepas solat teraweh 8 rakaat tuh setahu aku ramai yang dah balik...tak ssambung sampai 20...dan cuma tinggal 1 saf panjang je...aleh2 bile dah selesai teraweh dan bila time witir tu...aku tgk ada saf...saf yg pertama tuh ok...dari ujung samapai ke hujung lagi satu penuh dan rapat..tapi bila mai saf kedua pulak aku tgk ada dua pecahan...hmmm...pastu bile mai line saf ketiga...lagi lah...masyaALLAH...depa solat jemaah..ikut imam,tapi saf jauh2 jauh...(bayangkan la kalo solat sorang2 dan guna sejadah asing2...tapi duduk sebaris dalam satu garisan horizontal..)ya ALLAH dalam hati aku terpikir camne la leh jadi camnie...macam main2 pulak diorang ni solat...saf pertama penuh,rapat sepanjang saf, saf kedua terpecah kepada dua dan saf ketiga bilagan jemaah kurag dari saf yg kedua , padahal orang di saf ketiga ni boleh ke masuk lam saf kedua tuh kalo sume orang merapatkan saf dgn sempurna....sedey2 tgk camnie...mmg apa yg aku nampak,depa nak selesa je..mmg tak patot btol...
sebagai pengajaran elok la kita baca artikel ni ..dpetik dari blogg seorang rakan ku..harap kita sume baca dan belajar dan beramal dgn apa yg akan disampaikan nie...
Amalan Dalam Ramadhan- Nasihat 2 Ulama'
at 11:44 AM
Bagaimana kita menyambut Ramadhan?
Oleh
Khairol Amin (kamin@tm.net.my)
1. Pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz
2. Pesanan Dr Ahmad Abu Halabiah
Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.
Pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz(1)
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa. (al-Baqarah 2:183)
Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang diutamakan, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan Al-Quran (dalam bulan ini) dengan firmannya:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah 2:185)
Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (al-Qadr 97:1-3)
Selain itu diampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh iman dan azam. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.(2) (Shahih Muslim – hadis no: 760)
Kewajipan berpuasa (juga mengajar kita) menjaga diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan. Ia mencegah kita daripada melakukan semua keburukan kepada memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.
Demikian beberapa pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz berkenaan hikmah dan keutamaan bulan Ramadhan.
Pesanan Dr Ahmad Abu Halabiah - ahli majlis tertinggi fatwa Palestine(3)
Terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan dalam bulan Ramadhan. Adab-adab tersebut adalah:
Pertama:
Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.”(4)
Kedua:
Digalakkan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana Ramadhan merupakan bulan ketaqwaan sebagaimana firman-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa. (al-Baqarah 2:183)
Ketiga:
Menjaga diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan, akan tetapi pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas dalam Ramadhan.(5)
Keempat:
Sentiasa mengingati amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.(6)
Kelima:
Dalam bulan yang mulia ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu. (al-Tahrim 66:06)
Selain itu saya menasihatkan diri saya dan semua saudara-saudara Islam agar dimanfaatkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang baik berikut:
1. Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat Jumaat dan menghadiri majlis ilmu.
2. Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
3. Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.(7)
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
8. Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.(8)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota kaki:
(1) Majmu' al-Fatawa (URL: http://www.binbaz.org.sa/Display.asp?f=Bz00239.htm)
(2) Shahih Muslim – hadis no: 760 (Kitab Solat musafir dan qasar, Bab Anjuran qiyam Ramadhan)
(3) Adab didalam Bulan Ramadhan. Live Fatwa (31-10-2002) IslamOnline, 2002.
(URL: http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=8I3Ww6)
(4) Rujuk Shahih al-Bukhari – hadis no: 1904 (Kitab Puasa, Bab Mengatakan “Aku berpuasa” apabila dicela)
(5) Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor. (Hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakim dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5376)
Larangan mengumpat dan mengadu domba tidak sahaja terhad kepada bulan Ramadhan tetapi berlaku umum untuk setiap masa dan tempat. Penekanan diberi dalam bulan Ramadhan sebagai latihan dan ulang-peringatan. Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujerat 49:11-12)
(6) Rujuk al-Mu’jam al-Ausath oleh al-Thabarani, hadis no: 7473. Penyemak kitab ini, Shaikh Mahmud Hasan Ismail menilai sanadnya sebagai bertaraf hasan.
(7) Maksudnya tidak disyorkan berjaga di malam hari sehingga menyebabkan seseorang itu mengantuk dan tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya pada esok hari.
(8) Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 41 (Kitab Iman).
Sumber: “Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa” susunan Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah. Download di sini >> http://uploads.bizhat.com/file/317213
baca lagi di sini sambungannye...
Ke Arah Menghayati Solat Tarawih (2)
at 12:02 PM
Keempat: Beberapa sifat solat yang diremehkan.
Sebahagian orang apabila melaksanakan solat Tarawih atau mana-mana solat sunat yang lain, mereka meremehkan beberapa sifat solat atas alasan ini hanya solat sunat, bukan solat wajib. Sifat-sifat solat yang diremehkan ini ada yang merosakkan kesempurnaan solat dan ada yang membatalkan terus solat tersebut. Di antara sifat solat yang diremehkan adalah:
a) Tidak membaca al-Qur’an dengan tartil.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil (al-Muzammil 73:04)
Membaca al-Qur’an dengan tartil bererti membaca dengan jelas kalimah-kalimahnya sambil memerhatikan disiplin hukum-hukum tajwidnya.
b) Meninggalkan bacaan Doa Iftitah dan bacaan al-Qur’an selepas al-Fatihah.
Dengan anggapan ia hanyalah solat sunat, sebahagian orang ada yang tidak membaca Doa Iftitah sebelum membaca surah al-Fatihah. Sebahagian lain turut meninggalkan bacaan ayat-ayat al-Qur’an selepas membaca surah al-Fatihah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika mendirikan solat fardhu atau solat sunat tidak pernah meninggalkan kedua-dua bacaan ini. Oleh itu janganlah kita meremehkannya kerana ini termasuk sunnah-sunnah yang penting di dalam solat.
c) Mengabaikan Thama’ninah.
Mengabaikan thama’ninah, yakni kekal di dalam sesuatu pergerakan solat sehingga merasa tenang di dalamnya, bukan sahaja mengurangi kualiti solat tetapi boleh mengakibatkan terbatalnya. Abu Hurairah radhiallahu 'anh meriwayatkan bahawa pada satu ketika pernah seorang lelaki bersolat di dalam masjid sambil diperhatikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila lelaki itu selesai bersolat, baginda menyuruh dia bersolat semula dengan bersabda:
“Kembalilah bersolat kerana sesungguhnya kamu masih belum bersolat.” Hal ini berulang sebanyak 3 kali sehingga akhirnya lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahu bagaimana lagi untuk membetulkan solatnya. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar dia dengan bersabda:
Apabila kamu berdiri untuk solat, bertakbirlah, kemudian baca daripada al-Qur’an apa yang memudahkan bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah), kemudian berdirilah semula sehingga kamu tegak di dalamnya, kemudian bersujudlah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah), kemudian duduklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thama’ninah) dan lakukanlah sedemikian bagi keseluruhan solat kamu.(7)
Penekanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk kekal di dalam setiap pergerakan solat sehingga merasa tenang (thama’ninah) menunjukkan bahawa itulah kesilapan yang dilakukan oleh lelaki tersebut sehingga menyebabkan solatnya tidak dikira sah oleh Rasulullah. Thama’ninah juga disyaratkan kita iktidal sebagaimana yang dijelaskan oleh Abu Humaid radhiallahu 'anh:
Apabila baginda mengangkat kepalanya (daripada rukuk), baginda berdiri sehingga setiap daripada kepingan tulang belakangnya berada di posisi yang asal.(8)
Ada yang berpendapat lamanya tempoh thama’ninah adalah sekadar seseorang membaca “Alhamdulillah” atau “Subhanallah”, akan tetapi pendapat ini tidak diperoleh dalilnya. Yang dicenderungi sebagai sesuatu yang mendekati kebenaran adalah bahawa thama’ninah itu wajib mengekalkan seseorang itu dalam satu posisi secara tenang sehingga dia dapat melengkapkan seluruh bacaan tasbih atau doanya. Ini kerana seseorang itu tidak dapat dikatakan telah rukuk atau iktidal atau sujud dengan dia dapat menyempurnakan bacaannya dalam posisi tersebut. Ibn Taimiyah berkata:
Tempoh thama’ninah dalam rukuk dan sujud adalah lebih kurang selama 3 kali bacaan tasbih. Sebab menurut sunnah, pada waktu rukuk dan sujud bacaan tasbih adalah 3 kali dan itu adalah yang paling minima, maka lamanya tempoh thama’ninah adalah sekurang-kurangnya (dilengkapkan ) 3 kali bacaan tasbih.(9)
d) Bersolat dengan terburu-buru.
Antara perbuatan yang tidak disukai dalam solat, sama ada solat wajib mahupun solat sunat, ialah terburu-buru dalam melaksanakannya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. (al-Mu’minun 23:1-2)
Khusyuk di dalam solat bukan sekadar prihatin kepada bacaan-bacaannya tetapi juga kepada pergerakan-pergerakan solat sehingga dapat memelihara kesempurnaannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengingatkan:
Sempurnakanlah rukuk dan sujud kerana sesungguhnya perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya adalah seperti orang yang lapar, tidaklah dia makan kecuali satu atau dua biji kurma yang tidak mencukupkannya sama sekali (maksudnya – tidak mendapat apa-apa manfaat daripada solatnya).(10)
e) Meringkaskan bacaan selawat di dalam solat.
Ramai yang berpendapat selawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di dalam bacaan tasyahud hanya wajib sekadar “Allahumma sholli ‘ala Muhammad” manakala bacaan selebihnya sehingga “Fil ‘Alamina innaka hamidun majid” hanyalah sunat. Atas pendapat ini ada yang melaksanakan solat Tarawih dengan diringkaskan bacaan selawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.
Sebenarnya tidak ada dalil yang menyatakan bahawa bacaan selawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di dalam solat boleh dibezakan antara yang wajib dan sunat, antara duduk tasyahud awal dan duduk tasyahud akhir. al-Shan‘ani rahimahullah (1186H) menegaskan:
Selawat bagi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam (di dalam solat) adalah tidak sempurna tanpa disertai selawat terhadap keluarga baginda. Orang yang bersolat hanya dianggap telah berselawat kepada Nabi apabila dia mengucapkan lafaz selawat secara lengkap sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di mana di dalamnya termasuk selawat kepada keluarga baginda. Hal ini berdasarkan (hadis di mana) sahabat bertanya: “Bagaimana kami mengucapkan selawat kepada kamu?” Lalu baginda menjawab dengan menjelaskan bahawa cara selawat adalah selawat ke atas dirinya dan ahli keluarganya.
Sesiapa yang tidak mengucapkan selawat bagi keluarga baginda (di dalam solat) maka bererti dia belum mengucapkan selawat yang sesuai dengan cara selawat yang diajarkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bererti dia belum melaksanakan perintah dengan sebenarnya. Oleh itu dia belum termasuk orang yang berselawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Begitu juga dengan lanjutan hadis mulai dari “Kama sholaita……” dan seterusnya, ia wajib dibaca kerana termasuk yang diperintahkan daripada bacaan selawat tersebut.
Sesiapa yang membezakan antara bacaan-bacaan selawat dengan mengatakan wajib sebahagian sahaja dan sunat sebahagian yang lain, maka itu adalah pendapat yang tidak memiliki dalil.(11)
f) Tidak menjaga disiplin berjamaah
Termasuk beberapa sifat solat yang diremehkan ialah tidak menjaga disiplin berjamaah apabila melaksanakan solat Tarawih secara berjamaah. Antara disiplin yang lazim diremehkan ialah melurus dan merapatkan saf. Melurus dan merapatkan saf merupakan ciri kesempurnaan solat berjamaah manakala merenggangkan saf bererti membuka ruang bagi syaitan masuk di antaranya. Disiplin solat berjamaah yang lain yang perlu diperhatikan ialah mengikuti imam tanpa mendahuluinya atau ketinggalan daripadanya. Ketahuilah bahawa solat berjamaah adalah lambang kesatuan umat Islam. Apabila ahli-ahli jamaah tidak berdisiplin dalam menjaganya, ia memberi gambaran akan betapa lemahnya kesatuan umat.
Demikian beberapa sifat solat yang lazimnya diremehkan, di antaranya ada yang merosakkan kesempurnaan solat dan ada yang membatalkannya terus. Yang penting, hendaklah setiap individu Muslim yang melaksanakan solat peka bahawa dia sedang bermunajat kepada tuhannya, Allah 'Azza wa Jalla. Maka hendaklah dia memerhatikan adabnya apabila sedang bermunajat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegur seorang lelaki tentang solatnya:
Wahai fulan, apakah kamu tidak takutkan Allah? Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana kamu solat? Sesungguhnya apabila seseorang kamu melaksanakan solat sesungguhnya dia tidak lain berdiri bermunajat kepada tuhannya. Maka hendaklah dia memerhatikan bagaimana dia bermunajat (kepada-Nya).(12)
TOP
Kelima: Berzikir di antara solat Tarawih
Ini adalah antara amalan yang dipandang baik oleh orang ramai padahal Allah dan Rasul-Nya tidak pernah memandang baik untuk berzikir dengan bacaan atau cara tertentu apabila sedang berehat di antara solat Tarawih. Seandainya berzikir apabila sedang berehat di antara solat Tarawih adalah sesuatu yang baik, maka pasti Allah dan Rasul-Nya akan menganjurkannya sehingga dilaksanakan sepenuhnya oleh generasi awal umat Islam. Namun anjuran ini tidak pernah wujud dan perlaksanaannya juga tidak pernah diketahui, justeru siapakah kita untuk menentukan apa yang baik atau buruk di sisi Allah?
Waktu berehat di antara solat tarawih boleh dimanfaatkan untuk apa jua amalan yang baik. Akan tetapi tidak boleh mengkhususkan amalan tersebut seolah-olah ia adalah sebahagian daripada kaifiat solat Tarawih yang disyari‘atkan.
Sememangnya diketahui alasan yang diberikan adalah, berzikir adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa langsung. Ia dianjurkan dalam suasana umat Islam masa kini yang dilanda kemalasan untuk berzikir. Sebenarnya ini adalah alasan yang biadap terhadap Allah dan Rasul-Nya, seolah-olah Allah dan Rasul-Nya leka daripada mensyari‘atkan apa yang baik kepada manusia. Yang benar agama Islam telah lengkap, yang tidak lengkap adalah ilmu dan pelaksanaannya oleh umat. Akibat jahil daripada apa yang sebenarnya disyari‘atkan, umat Islam mula mencipta apa yang baik di sisi teori mereka, seolah-olah agama ini adalah milik mereka untuk diubah suai dan ditokok tambah.
Nasihat penulis kepada para pembaca sekalian, tinggalkanlah sunnah kebiasaan masyarakat dan kembalilah kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Peganglah ia dengan teguh dan beramallah dengannya kerana ia dijamin oleh Allah sebagai sesuatu yang benar-benar baik. Berpegang kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah beramal dengan apa yang diamalkan oleh Rasulullah dan tidak beramal dengan apa yang tidak diamalkan oleh Rasulullah.
Sumber: “Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa” susunan Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah. Download di sini >> http://uploads.bizhat.com/file/317213
---------------------------------------------
Nota Kaki:
(7) Shahih al-Bukhari – hadis no: 757 (Kitab Azan)
(8) Shahih Bukhari – hadis no: 0828 (Kitab Azan)
(9) Dinukil daripada buku Fatawa Mu‘ashirah (edisi terjemahan oleh al-Hamid al-Husaini dengan judul Fatwa-Fatwa Mutakhir; Pustaka Hidayah, Bandung 1996), ms. 415
(10) Sanad Jayyid (baik): Dikeluarkan oleh Abu Ya’la di dalam Musnadnya – hadis no: 7184 dengan sanad yang dinilai jayyid oleh Husain Salim Asad
(11) Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram (Dar al-Arqam, Beirut), jld. 1, ms. 219. Untuk hadis-hadis yang mengajar cara berselawat yang lengkap, rujuk buku penulis Marilah Berselawat Kepada Rasulullah terbitan Jahabersa, Johor Bahru 2002.
Dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah (al-Fath li I’lam al-Arabi, Kaherah 1999), jld. 1, ms. 203 (Bab: Disunatkan meringkaskan tasyahud awal), al-Sayid Sabiq menulis:
Dan disunatkan untuk meringkaskannya padanya (bacaan & duduk tasyahud awal) kerana diterima daripada Ibn Mas’ud (radhiallahu 'anh) dia berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, apabila duduk pada dua rakaat yang awal, ia seolah-olah seperti duduk di atas bara yang panas” Riwayat Ahmad dan para ahli sunan dan berkata al-Tirmizi, hadis hasan kecuali bahawasanya ‘Ubaidah tidak mendengar daripada ayahnya.
Berkata al-Tirmizi: “Dan telah menjadi amalan atas hal ini di sisi ahli ilmu, mereka memilih untuk tidak duduk lama pada rakaat yang kedua dan tidak ditambah atas bacan tasyahud apa-apa.”
Dan berkata Ibn al-Qayyim: “Tidak dinaqal bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berselawat ke atas dirinya mahupun ke atas ahli keluarganya dalam tasyahud awal, dan tidak baginda meminta perlindungan padanya daripada azab kubur, azab neraka, fitnah kehidupan, fitnah kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal. Dan sesiapa yang menyunatkan (untuk membaca yang) sedemikian, maka sesungguhnya ia hanyalah daripada keumuman dan kemutlakan, sungguh yang jelas adalah tempatnya hanyalah pada tasyahud akhir.”
Sekian al-Sayid Sabiq. Daripada kata-kata di atas, seolah-olah dibolehkan meringkaskan bacaan selawat dalam solat ketika duduk tasyahud pertama. Yang benar tidaklah demikian. Berikut adalah penelitian lanjut ke atas kata-kata al-Sayid Sabiq:
Pertama: Hadis Ibn Mas‘ud.
Hadis yang berbunyi: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, apabila duduk pada dua rakaat yang awal, ia seolah-olah duduk di atas bara yang panas” adalah dhaif kerana sanadnya terputus. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh al-Tirmizi dan dinukil sendiri oleh al-Sayid Sabiq.
Telah berkata al-Tirmizi: “Hadis hasan kecuali bahawasanya ‘Ubaidah tidak mendengar daripada ayahnya.” Rujuk Sunan al-Tirmizi – hadis no: 364 di mana gelaran sebenar bagi ‘Ubaidah ialah Abi ‘Ubaidah. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ahmad (1/428 & 460), Abu Daud (995) dan al-Nasai (1170), semuanya melalui jalan periwayatan yang berpangkal kepada Abi Ubaidah.
Abi ‘Ubaidah, beliau ialah ‘Ubaidah bin ‘Abd Allah bin Mas‘ud, anak kepada ‘Abd Allah ibn Mas’ud. Al-Mubarakfuri menukil daripada al-Hafiz al-Munziri bahawa ‘Amr bin Marh pernah bertanya kepada ‘Ubaidah: “Pernahkah anda menyebut apa-apa daripada ‘Abd Allah (ayahnya)?” ‘Ubaidah menjawab: “Aku tidak pernah menyebut (meriwayatkan daripada ayahku) apa-apa.” (Tuhfah al-Ahwazi Syarh Sunan al-Tirmizi (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut), jld. 2, ms. 301)
Namun hadis Ibn Mas‘ud ini memiliki penguat daripada apa yang diriwayatkan oleh Tamim bin Salamah, yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah bahawa Abu Bakar radhiallahu 'anh: “Apabila duduk pada dua rakaat yang awal, ia seolah-olah seperti duduk di atas bara yang panas” Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Talkhish al-Habir fi Takhrij Ahadits al-Rafi’ie al-Kabir: “Isnadnya sahih.” Ini dinukil oleh al-Mubarakfuri di dalam Tuhfah al-Ahwazi, jld. 2, ms. 302. Oleh itu penilaian hasan oleh al-Tirmizi tidak sahaja dengan merujuk kepada hadis Ibn Mas‘ud tetapi juga perbuatan seorang sahabat yang lain, iaitu Abu Bakar radhiallahu 'anh.
Setelah sabit darjat hadis, kita beralih kepada matannya pula. Kata-kata “seperti duduk di atas bara yang panas” adalah kiasan bagi menunjukkan duduk yang tidak lama. Yang perlu dikaji sekarang ini adalah lama dari ukuran siapa? Ini kerana lama atau tidak adalah sesuatu yang relatif. Memandangkan hadis di atas merujuk kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka kita menggunakan solat baginda sebagai skala ukuran.
Sesiapa yang lazim membaca hadis-hadis tentang tatacara baginda bersolat, nyata bahawa qiyamnya, rukuknya, sujudnya dan sebagainya adalah amat lama. Termasuk sifat solat baginda ialah duduk lama apabila membaca tasyahud akhir. Ini kerana baginda berdoa di akhir tasyahud sebelum beri salam. Perlu digariskan bahawa sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam berdoa bukanlah setelah selesai solat sepertimana yang lazim kita lakukan, tetapi berdoa selepas bacaan tasyahud dan sebelum beri salam. Oleh itu duduk membaca tasyahud akhir bagi baginda memang amat lama.
Jika hal ini jelas kepada kita, fahamlah bahawa perbandingan yang dilakukan oleh Ibn Mas‘ud ialah antara duduk tasyahud awal dan akhir. Jelas bahawa daripada pengamatan beliau, duduk pada tasyahud awal bagi Rasulullah adalah lebih pendek tempoh berbanding tasyahud akhir. Namun adakah lebih pendek bererti baginda meringkaskan bacaan selawatnya?
Tidak boleh dirumuskan demikian kerana hadis di atas tidak bersifat membezakan antara bacaan selawat yang dibaca. Yang dibezakan hanya tempoh duduk. Berdasarkan analisa kepada sifat solat baginda secara keseluruhannya, dapat diketahui bahawa yang menyebabkan perbezaan tempoh adalah sama ada baginda membaca doa di akhir selawat atau tidak. Bagi duduk tasyahud akhir, baginda sememangnya diketahui membaca doa sebelum memberi salam. Manakala bagi duduk tasyahud awal baginda tidak membaca doa, maka kerana itulah duduk baginda lebih pendek tempohnya. Oleh itu hadis Ibn Mas‘ud di atas bukan dalil bagi membezakan antara selawat ringkas dan selawat penuh antara tasyahud awal dan tasyahud akhir.
Kedua: Kata-kata al-Tirmizi.
Berkata al-Tirmizi setelah mengeluarkan hadis di atas: “Dan telah menjadi amalan atas hal ini di sisi ahli ilmu, mereka memilih untuk tidak duduk lama pada rakaat yang kedua dan tidak ditambah atas bacan tasyahud apa-apa.” Tumpuan kita adalah kepada kata-kata: “……..dan tidak ditambah atas bacaan tasyahud apa-apa”.
• “…..Tidak ditambah…..” merujuk kepada apa-apa doa selepas itu, yakni ia tidak dibaca dalam tasyahud awal.
• “…..atas bacaan tasyahud apa-apa” merujuk kepada bacaan tasyahud yang diajar oleh Rasulullah. Di sini, semua hadis baginda yang menerangkan bacaan tasyahud dan selawat adalah secara penuh tanpa ada selawat yang ringkas.
Oleh itu, kata-kata al-Tirmizi juga bukan hujah untuk membezakan antara selawat ringkas dan selawat penuh antara tasyahud awal dan tasyahud akhir.
Ketiga: Kata-kata Ibn al-Qayyim.
Kata-kata Ibn al-Qayim yang dinukil oleh al-Sayid Sabiq diambil daripada kitab Zaad al-Ma’ad (Muassasah al-Risalah, Beirut 1999), jld. 1, ms. 198:
Tidak dinaqal bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berselawat ke atas dirinya mahupun ke atas ahli keluarganya dalam tasyahud awal, dan tidak baginda meminta perlindungan padanya daripada azab kubur, azab neraka, fitnah kehidupan, fitnah kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal. Dan sesiapa yang menyunatkan (untuk membaca yang) sedemikian, maka sesungguhnya ia hanyalah daripada keumuman dan kemutlakan, sungguh yang jelas adalah tempatnya hanyalah pada tasyahud akhir.
Perhatian ditujukan kepada kata-kata beliau: “Tidak dinaqal (dinukil) bahawasanya Nabi……”. Kaedah usul fiqh menyatakan, apabila bertembung antara penafian dan penetapan, hendaklah diunggulkan penetapan. Ini kerana penafian adakalanya berlaku kerana ketidaktahuan atau sememangnya penetapan tersebut tidak memerlukan sebarang penafian.
Merujuk kepada kata-kata Ibn al-Qayyim di atas, beliau menafikan wujudnya apa-apa riwayat daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di mana baginda berselawat atas dirinya dan ahli keluarganya dalam tasyahud awal. Bererti - mengikut ijtihad Ibn al-Qayyim – baginda langsung tidak membaca selawat pada tasyahud awal. Namun penafian Ibn al-Qayyim tetap perlu dianalisa berdasarkan kaedah usul fiqh di atas. Dalam bab ini kita ada hadis yang menetapkan bacaan tasyahud dan selawat secara penuh. Hadis-hadis ini tidak ada yang menerangkan bahawa dalam tasyahud awal bacaan selawat boleh dipisahkan. Maka apa yang ditetapkan oleh hadis-hadis yang sahih diunggulkan di atas penafian Ibn al-Qayyim. Ini kerana penafian beliau mungkin berakibat daripada ketidaktahuannya terhadap kewujudan riwayat tersebut.
Wujud kemungkinan kedua di mana dalam bab ini sememangnya tidak ada riwayat. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sememangnya tidak membezakan bacaan selawat antara tasyahud awal dan tasyahud akhir. Apabila tidak wujud perbezaan, maka tidak perlu untuk para sahabat meriwayatkan sesuatu yang menerangkan perbezaannya. Di sini kaedah usul fiqh menyatakan, apabila terhadap sesuatu perkara tidak wujud riwayat yang menerangkan tentangnya, maka perkara tersebut dikembalikan kepada dalil yang paling dekat kepadanya. Dalam bab ini, dalil yang terdekat ialah hadis-hadis yang menerangkan bacaan tasyahud dan selawat secara lengkap tanpa membezakan antara tasyahud awal dan akhir.
Oleh itu sekali lagi, kata-kata Ibn al-Qayyim tidak dapat dijadikan hujah bahawa selawat pada duduk tasyahud awal hanya sekadar “Allahumma sholli ‘ala Muhammad” atau tidak perlu dibaca langsung.
Rumusan:
Demikian sedikit penelitian ke atas kata-kata al-Sayid Sabiq daripada kitabnya yang masyhur, Fiqh al-Sunnah. Apabila al-Sayid Sabiq berkata: “Dan disunatkan untuk meringkaskannya padanya (bacaan & duduk tasyahud awal)…..” secara zahir beliau tidak bermaksud meringkaskan bacaan selawat kecuali apabila berhadapan dengan kata-kata Ibn al-Qayyim.
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (757H) adalah seorang tokoh yang memang amat luas ilmunya, anak murid kepada Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H). Beliau telah berijtihad dalam bab membezakan bacaan selawat antara tasyahud awal dan tasyahud akhir. Akan tetapi ini tidaklah bermakna kita tidak boleh menganalisa dan mengkaji apa yang beliau ijtihadkan. Kita menghormati dan menyayangi beliau, tetapi Allah dan Rasul-Nya lebih kita hormati dan sayangi.
(12) Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 474 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami
mg kita beroleh manfaat dan dapat meningkatkan ilmu dan amal di bulan yg mulia ini..(termasukla diriku ini..)..
wassalam...
selamat bermujahadah...;)
No comments:
Post a Comment