29.7.08

ramaikah begini??

Tulisan ini berdasarkan kisah benar..
Di sebuah surau yang sedang diubahsuai agar lebih besar...
ramai yang sedang menunggu azan asar...
termasuk beberapa orang pekerja yang berehat sebentar..

Apabila azan dilaungkan...
ada yang bergegas berwudhu' dan menyucikan badan...
ada yang solat sunat dan ada yang bersandar kepenatan...
Namun mereka itu masih berehat dan berbual tanpa silu dan segan..

Apabila iqamah bergema...
kesemua jemaah menuju ke saf merebut takbir pertama...
pekerja-pekerja itu masih berehat seperti biasa...
tak solat ka?..

Ketika solat berlangsung...
imam dan makmum bertakbir dan menyanjung...
mereka tetap di situ, malu seolah tidak wujud langsung..

Apabila imam mengakhiri solat...
berzikir, berdoa memohon berkat...
mereka masih seperti itu, seolah mereka terlalu penat...


- Mereka berada di surau...

- Mereka orang Islam.

- Mereka berhenti dan berehat untuk orang ramai menunaikan solat...

- Mereka berada setiap hari hampir setiap waktu zohor dan asar...


Tetapi mereka tetap tidak solat...

Agaknya puas ajk surau menegur....namun begitu....KALAU DAH TAK NAK..APA NAK DIKATA?

...ramaikah yang begitu???

28.7.08

kite pakai jubah baruuu....















KAKITANGAN dan penuntut UIAM memperagakan jubah baru yang bakal dipakai semasa majlis konvokesyen ke-24 pada 23 hingga 25 Ogos depan.


KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, seramai 4,112 graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan mengenakan jubah rekaan terbaru serta topi mortar board pada majlis konvokesyen ke-24 universiti itu pada 23 hingga 25 Ogos depan.

Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan UIAM, Prof. Datuk Dr. Md. Tahir Azhar berkata, perubahan itu dibuat sempena sambutan ulang tahun ke-25, UIAM dan keputusan itu bertujuan untuk menyelaraskan standard dengan universiti lain.

Sebelum ini katanya, graduan lelaki UIAM memakai songkok, manakala graduan wanita pula hanya memakai tudung dan jubah rekaan baru itu akan membolehkan semua graduan terbabit kelihatan segak dan kemas.

"Jubah ini selesa dipakai kerana ringan selain rekaannya menunjukkan perbezaan dari segi warna, corak jahitan, benang sulaman dan tambahan hood berwarna bagi menunjukkan perbezaan jurusan graduan berbanding sebelum ini yang hanya kelihatan dipaparkan melalui warna lilitan pada lengan jubah," katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut beliau, walaupun keputusan memakai mortar board telah diambil, UIAM akan tetap mengenakan songkok untuk upacara rasmi yang lain dan pada waktu perasmian majlis konvokesyen.

Bagaimanapun jelas Md. Tahir, terdapat beberapa pihak kurang bersetuju dengan perubahan itu kerana pada mereka, amalan memakai songkok lebih sesuai selain ia mengikut adat Islam.


hmm..x bes lak rasanya sbb dah x de list kt kepala tuh bagi perempuan...nanti mesti 'feel' nye lain...dan tak rasa special dah lepas ni sbb cara pakai sama je macam universiti lain...apa kata anda pulak??

27.7.08

tips senaman bile ngantuk..

hehe..ini antara pos yg terawal....Adala sikit tips2 senaman kepada merekayang mengantuk ataupun tengah tertekan.Anda boleh la lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

Ini ala taichi sikit la… sebagai intro dan pemanas badan..

Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

Gerak kekanan kemudian ke kiri..

Gerak ke kiri kemudian ke kanan

Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

Hilangkan semua tekanan…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

Akhir sekali lakukan joget kucing…

--------------

Jika tidak hilang juga tekanan tu, ambil bantal kecil dan pergi tidur bawah meja..takpun pergi surau..hehe


Sekian~



p/s: ada saranan yang tak boleh dipakai kat atas tuh...harap jangan amek iktibar dari sesetengah arahan yang tak releven!!! kikikiki... ;))




21.7.08

rasmi?

assalamualaikum semua...
erm..welcome to my new platrform of blogging...
fot this time being i am still work on this blog..to get famliar with this blog features..so no updates n postings yet...

harap bersabar..

under construction nih...hehe ;)