31.1.13

Psikologi hadith

salam readers,

di kesempatan yang tak berapa nak sempat ni , LM nak share sesuatu yg menarik, hasil perbincangan dan perkongsian di usrah smalam...

daripada duk bincang ibrah perjuangan Rasulullah, tah macam mana boleh masuk bab psikologi anak2(mungkin sbb ada baby Mujahid yg 'berusrah' dengan kami, hehe)... tapi masih dalam linkungan perbincangan, sebab apa yang diperkatakan, masih  tentang Rasulullah...

http://www.psikologihadith.com mengupas macam teknik menyelesaikan masalah berdasarkan kajian hadis..

masa mak usrah duk sebut ni dan bagi contoh2nya, kami seisi ahli usrah dah kelihatan sangat teruja dan terkagum yang amat dengan cara selesaikan masalah yang begini...apa lagi cara mendidik anak2 hanya berdasarkan kajian hadith secara terperinci...subahanallah... sungguh lah Rasullullah itu utusan utk sekalian alam...

teringat hadith ni juga:

"tidaklah aku (Rasulullah) diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak"

bila difikirkan balik, dan dibaca kupasan2 di blog ini, memang benarlah segala apa yg Rasulullah buat tak sia-sia dan semuanya ada makna tersirat utk kita pelajari dan dalami...

selamat menuntut ilmu...moga2 LM mendapat saham akhirat sikit bila kongsi benda ni di blog LM dengan seantero warga planet bumi yang paham bahasa melayu...


wassalam..:)

26.1.13

Street Dakwah edisi Maulidurrasul

salam readers,

kalau 2 minggu lepas, Hidayah Centre Penang buat Dakwah Street, tapi LM tak dapat join dengan kuasa ALLAH..sbb ditarik nikmat kesihatan itu, maka pada 24 Jauari 2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434H LM menebus kekecewaan dengan menyertai Street Dakwah edisi Maulidurrasul anjuran IPSI...

Satu pengalaman yang amat baru bagi LM secara praktikal yang teramat2 praktikal bila dapat buat sendiri street dakwah ni.. dan yang paling best, LM dapat menyampaikan mesej kepada local non Muslim dan foreign non Muslim pada waktu yg sama...syukur..pengalaman pertama ni tak dapat dilupakan...walaupun terlalu banyak kekurangannya dari penyampaian LM...

Al-kisahnya dari mula...

briefing.. di dewan makan Pusat Islam USM.. 

sambil breakfast di dewan makan,kami diberikan penerangan  dan pengenalan program. sambil2 tu AJK kat belakang sibuk mengikat coklat dengan bunga utk last preparation, sbb bunga tak cukup akibat participation yang ramai, maka bunga2 tambahan yg diorder baru sampai pagi ni....oklah,  basically ada few simple steps bg edisi SD Maulidurrasul ni..

1. greet mad'u..nyatakan kita dari (NGO) mana..
2. beritahu harini ialah harijadi Nabi Muhammad,
3. elakkan berdebat, just brief kenapa kita bagi bunga, coklat dan pamplet..
4. jika mereka ingin berbincang lanjut, mohon mereka menghubungi nombor di name card yang diberi dgn hadiah2 tadi..

nampak simple! kan? kan? kita tengok nanti..

seorang lagi team member sedang merakamkan kami...:)

jom.. punya 'pedo' beg berisi bunga ros tu...

briefing dan pembahagian kumpulan di dewan makan Pusat Islam USM... inilah group kami yang akan KOMTAR...group lain ke pelbagai kawasan serata Pulau Pinang iaitu ke Jetty, Queensbay, Airpot, Hospital, Chowrosta, Ayer Itam dan paling BEST, Bukit Bendera.... depa naik sampai ataih  bukit nun.....

antara sebab LM pilih KOMTAR, ialah sbb nak merasa apa yg telah HCPP buat 2 mgu lepas kat sana.. suasana street dakwah kt sana bagaimanalah agaknya kan...

akhirnya kami naik kereta comel LM menuju ke KOMTAR... cari parking free...sinilah tempatnya..

menakutkan.... parking free punya pasal..

bermula dengan menyapa seorang pekedai Cina, alhamdulillah sambutannya baik dengan senyuman bila kami hulurkan bunga ros dan coklat...

aunty ni bukan pening, dia cuma sedang berfikir..dan blur sikit  pada mulanya..


 terus ke kawasan stesyen bas KOMTAR...macam2 ragam manusia, kat sini ada je yang buat2 tak faham bahasa, hanya geleng kepala tanda reject... ada juga 2, 3 kali kena reject..kami hormati jika mereka tak mahu diganggu atau didekati...

jumpa pula sorang amoi yg sanagt sporting..entah berapa kali dia cakap thanks dan shake hand dengan kami.. alhamdulillah, lepas kami beri penerangan sikit, dia terima dengan hati terbuka..

memang rezeki dia, kereta rosak dan 1st time tunggu rapid, dapat pula bunga ros... dia mmg sangat happy dpt bunga tu..

jalan-jalan lagi, kami jumpa uncle ni, dia ingat penang cuti harini ( 24 jan 2013) sbb Awal Muharam, kami bgtau dia, harini Maulidurrasul, Prophet Muhammad birthday...

uncle pemandu teksi..

 'customer' yang ke berapa entah..tp masih dapat bunga..lepas tu nampak anak/cucu comel dia..
budak kecik tu malu2, aunty tu mula2 mcm berat hati nk terima, tapi akhirnya dia sudi menerima 'hadiah' kami..

 Renu, the open minded girl.. tak boleh lupa ayat dia " this is cool men! i cant believe you can do this!"

mulanya akak Renu tu duk termenung, kami pun p sapa dia..tak sangka respon sangat baik...dia nampak seperti seorang yang suka membaca, dan interested nak baca risalah yang kami bawa...


sempat wish Happy New Year lagi..



kebanyakan mereka tau cuti umum, tapi x tau kenapa cuti, yang penting bg depa cuti leh dpt customer lebih..

akak nii pulak mati2 tau mau bunga ros... lepas kami story mory kami bg rose for free, baru dia terima, dan happy sbb dpt rose.. partner dia dah lari...tapi bila tengok akk tu amek bunga, dia mula senyum dan mendekati kami semula...:)


depan prangin mall..tp lokasi posing ni amat x best..ish ish..

aunty baju ungu sangat sporting.. dia yang tanya kami duk buat apa masa kami lalu depan dia, walaupun kami x p kat dia...at last, dia didakwah, termasuk dua orang kawan dia ...sbb dia request give tu bagi kat kawan2 dia sama... begitu skali ukhwah dia dengan kawan2nya...hehe ..dia juga yg request utk ambil gambar ramai2 ni..masa ni kami satu team komtar dah habis bagi bunga dan coklat dan nak balik... tapi ada satu lg gift kat Sumirah dan Adinah, jadi kami pun patah balik mai bg gift kat aunty McD yang tak dapat gitf tadi sbb LM dan partner dah kehabisan gitf nk bagi...

Rasa puas dapat habiskan kesemua gift dan highlite kepada Non Muslim harini adalah Maulidurrasul dan menyampaikan kebenaran bahawa Nabi Muhammad membawa kasih sayang..bukannya keganasan... lega sebab tugas dah habis... tapi rasa excited,syukur dalam hati tu tak dapat nk digambarkan...

kami bertolak ke masjid Kapitan Kling..semua dari lokasi dakwah masing akan berkumpul di Masjid ini..
bila sampai kami diinterview oleh krew IPSI tentang pengalaman dakwah di KOMTAR..

kenangan team KOMTAR yang baru sampai di Masjid Kapitan Kling setelah selesai tugas di KOMTAR

 tourist???

sambil menunggu team lain sampai kami masuk ke dalam masjid dan buat dakwah kepada tourist yg ada kat dalam masjid..oleh kerana AJK IPSI nampak x menang tangan nak bawa tourist ni tour masjid, LM pun ambil peluang menyantuni jemaah tourist yang baru masuk ke masjid..kebetulan mereka adalah chinese malaysia dan dua Christian dari Sweeden... ALLAHUAKBAR...

ihsan gambo IPSI.. time tu berpeluh-peluh baca  surah Al Fatihah dan berhempas pulas explain terjemahannya dalam ENGLISH! nasib baik ada wartawan BERNAMA dan lg sorang member kat sebelah tu tolong bagi vocab...fuh..ALLAH mudahkan jua..

part di atas paling mencabar...macam2 soalan yang tourist tu tanya, walaupun rasanya x da kaitan sangat dengan agama., LM rasa mcm duk jadi pakar motivasi dan cikgu ALif Ba Ta kat situ... haha..sebab apa? sebab Chinese Malaysian tu teruja mcm mana orang melayu boleh baca tulisan Arab...sbb Quran ditulis dan dibaca dalam Arabic... so LM pun explain...depa leh faham...alhamdulillah..

sebenarnya baru dua kali LM tgk AJK IPSI handle tourist pusing2 masjid ni... sebelum tourist ni mai pun sempat dengar dari pakar, iaitu sister Sakinah yang dah lebih 20 kali buat dakwah non Muslim dalam masjid ni...LM baru dua kali, pastilah banyak kekurangan dan cabarannya, namun ku gagahi jua.. nikmat kemanisan menyampaikan kebenaran itu adalah yang terindah dan x dapat diungkap dengan kata-kata... Subhanallah..

lepas solat Zohor kami berposterm ramai2, dan mendengar kisah dari lokasi berasingan..macam macam pengalaman dikongsi..tips pun ada utk improvement... tahun depan insyaALLAH nak join lagi, eh..x tahun depan pun takpa...bila2 berkesempatan, insyaALLAH LM akan berusaha join..

oh ya, Street Dakwah ini juga berlangsung di beberapa negeri lain serata Malaysia..rasa seronok bekerja sama2 utk Islam serentak pada waktuu yg sama..di KL, seorang warga US bersyahadah hasil usaha Dakwah Street di sana..alhamdulillah...semoga ALLAH buka hati mereka yg didakwah di Penang ni juga..

from our observation, beberapa kesimpulan dapat dibuat..

1. ada 2 orang Indian yang ingat 12 Rabiul Awal @ public holiday sempena maulid tu Awal Muharram..depa sebut awal Muharram tu.. bukan depa sebut tahun baru hijrah..time tu LM yg impress!
2. majoritinya kaum India lebih mudah didekati,sporting.. kaum Cina kebanyakkannya tidak mahu diganggu, mungkin kerana sedang sibuk.. namun bila kena caranya, mereka menerima dengan hati terbuka
3. selepas perkongsian masa post motem, LM dapati cara kita approach dan penyampaian mestilah kena dengan mad'u, ada gayanya.. ni yg kena belajar /training lagi.. dan kena cari pengalaman lagi..
4. ilmu perbandingan agama/budaya penting, supaya kita leh 'masuk ' dgn mad'u dan mereka pun boleh terima 'invitation' kita..

akhir kalam, gambar2 SD edisi Maulidurrasul anjuran IPSI boleh di view di sini dan di sini....

dan juga video full coverage of the program boleh ditonton di bawah ni..





Semoga entry ni bermanfaat untuk semua, LM menulis panjang lebar bukan bertujuan riak dan menunjuk-nunjuk...tapi LM tahu ada yang mencari sedikit sebanyak maklumat Street Dakwah ..mungkin coretan ini boleh membantu walaupun tak seberapa... syukur kepada ALLAH kerana memberi peluang merasa SD sendiri..seriously happy walaupun x dapat hadiri SD versi Hidayah Centre Penang haritu... semoga ukhwah kekal berpanjangan, lillahi ta'ala...


Wallahua'lam.. :)

7.1.13

Street Dakwah-nak coba?


Assalamu'alaikum,

Berita baik kepada semua, HCPP insyaAllah akan mengadakan Street Da'wah Ahad, 13 Jan ini di Sebelah Pulau dan Seberang Perai.

Pulau:         Kawasan komtar, Perangin Mall, Chowrasta dll.
Seberang:  Megamall.

Kawasan Pulau akan dikendalikan oleh saya Yusni - 0195266677
Kawasan Seberang - Khaw Lek Ming - 013-4323549

Sila hubungi saya @ akhi Khaw untuk pendaftaran peserta.

Aturcara program:   
              2.00 PTG -  KUMPUL / TAKLIMAT
              3.00 - 5 PTG - CARI MAD'U

Cara berdakwah:
     >  Survey soalan-soalan mudah
     >  Token - pamplet berkenaan Islam.

Sasaran peserta:
     >  Ahli IKRAM P. Pinang
     > Semua yang pernah hadir program latihan dakwah DDMM, IDT, IPSI, FCR dan lain-lain
     >  Semua yang merasa bertanggungjawab untuk menyampaikan kalimah Allah...

Harapan:
     i)   Dapat mengedarkan risalah kepada belum Islam sebanyak mungkin.
     ii)  Melatih da'i untuk berkomunikasi kepada belum ISLAM.
     iii) Program RABTUL-AM kepada ahli-ahli yang berminat dengan aktiviti Hidayah Centre/IKRAM.

SEBAAARKAN ....



3.1.13

Soal Selidik -Revert

salam readers..

post ringkas, mohon para Revert, yakni yang kembali kepada Islam mengisi borang soal selidik ini..sila klik link di bawah ini... Jzkk@ terima kasih@ xie xie@ nandri @ syukran..  atas kerjasama, semoga diberkati..

sebarkan..


2.1.13

1-1-13 City walk


 salam readers,

malam sebelum new year alhamdulillah terisi dgn pengisian rohani dr ustaaz Dr Asri, keesokan harinya bangun awal , alhamdulillah dimulakan dgn permulaan yg baik, bersiap2 utk ke city walk utk petama kalinya...

klabu..baru sampai..tgu fara sampaia



ada org kata LM dah gemuk bila tgk gmba ni-redholahh

setelah plan sana sini akhirnya berjaya mengumpulkan rakan2 Almashoorian, IICian dan IIUMian di majlis ini! sangat best! tak lupa juga rakan2 IKRAM dan Revert Sports Club yg turut menyertai..

Al kisahnya City Walk bermula dgn senam robik, taklimat dan ucapan EXCO2 dan jugak CM Penang, Lim Guan Eng...eksaited pulak  rakyat penang kat sini tengok CM berucap... lps tu baru peserta dilepaskan start dari tower clock (kt bawah ni), melalui 10 cekpoint sampai garisan penamat di tmpt bermula..

CM dgn geng2 nya..malas nak mention satu2, x kenai pun..


sejurus selepas kami mula nak jalan pusing2 penang dan lalu padang kota , terbau pula asap rokok yang sunnguh mencemar hidung kami..tolongggla... dah elok2 lalu tepi laut nak menghirup udara segar, aleh2 kami dapat bau rokok yang membunuh tu...oh tidakk..disebabkan tak puas hati kami rakamkannya di sini... jgn tiru aksi ni d tempat lain..x elok utk orang sekeliling....haih.... sila zoom  dan lihat rokok sebatang di tanggan beliau...marah nih!
gambo ori, tak edit.. 


tengah2 jalan dgn termengah2 tapi tak lenguh, Umma pulak rasa semacam sbb dia x breakfast tadi, smpt  minum air kotak je sambil drive..LM dah breakafst awal2 lg..kul 6 pagi makan..adoi..maka tgh2  duk berCity Walk kami singgah beli somthing utk Umma minum sesuatu yang menyelesakan perutnya..dan teruskan 'perjalanan' walaupun dah agak ketinggalan...

sedang berjalan2, terserempak akhirnya dengan geng2 Revert Sport Club(RSC)..akhirnya..baru nampak bayang2 mereka yg bersemangat ni..

                                           
bukan saja2 tak mau pakai t shrt program yg dibekalkan, tapi RSC pakai jersey ni for dakwah purposes sbb di belakang baju ada tertulis website utk mengenal Islam.. www.islam-guide.com

mudah-mudahan ada yang bertemu hidayahnya dgn usaha kecil ini...moga ALLAH redho...

dan walaupun agak ketinggalan kami sampai juga ke garisan penamat (macam lawan lari pulak) ...dan setelah puas berasakan kami pun dapat la goody bag dan yg penting, sijil penyertaan....o yeah! ini sijil pertama dalam bidang sukan yang LM dapat kot seumur hidup! hehe...new experience... lps ni try pulak event lari, tapi ketegori fun run je..x berani lagi utk bertanding dan berlari berkilo2 meter...konfem kalah atau pun mengalah d awal waktu punya...sebab stamina  x sampai tahap tu lagi..

oh ya, sambil tgu lucky draw , ada bnyak acara kat situ, booth pun banyak..so jalan2 lagi tengok booth..terserempak pulak dengan seorang mamat yg sedang promo sesuatu..mamat ni keja kat KOMTAR juga, jadi Umma kenai dia..bila sembang2, dan dia tgk aku bertshirt Aqsa Syarif dan bermafla dia tanya la ttg mafla tu, sembang2 bila diberitahu ttg IKRAM, katanya isterinya nak join IKRAM, tapi dia di Johor..dia minta LM kontek isterinya, tergamam jap bila dia bgtau isterinya sedang mengidap kanser stage 4,subhanallah.. masih semangat join NGO .. lepas dia bg kontek isterinya kami pun bersurai.. akan ku cuba mudahkan usaha beliau mencapai hasratnya join IKRAM (pertubuhan IKRAM, sebuah NGO). Pada detik yg sama teringat pada seorang Mualaf yang LM cuba bantu utk mempercepatkan proses kahwin beliau dan pasangan, tapi tak kesampaian kerana Mualaf ni telah pergi menemui Penciptanya akibat kanser stage 4 juga... Innalillah..


                             
hahah...semangat nak tunjuk, tapi pegang sijil terbalik!

ni goody bag dgn isi2nya...


lps habeh semuanya, dan dah penat tgu lucky draw tapi sayangnya tak lucky, kami pun balik. dah naik kereta baru Umma perasan purse dia hilang! setelah puas mencari dan tak jumpa..last2 kami p buat repot polis di tmpat city walk tadi...apakan daya benda nak jadi...mula2 berleter jugak...tapi bila koreksi diri, ada hikmah di sebalik kejadian..maka kami pun redho...semua dalam purse hilang..kad atm, mykid anak dia dan mykad dia, segala voucher yang best2...dan cash.... makanya esok harus dia luangkan masa utk setelkan segala2nya... dan ini juga mengingatkan aku utk buat mykad baru...sbb cip dia dah mula bermasalah...sama mcm mykad Umma...semoga ALLAH mudahkan urusan kami...

                                                      
repot polis di balai polis...

till then, banyak lagi ragam kat event ni..lain kali cerita lagi...

salam tahun baru LM readers!



1.1.13

Pre new year

http://db.tt/oLTBHwk3

Please donwload, and share..talk by dr maza in sg ara..ummat wasatiyah...