malam sebelum new year alhamdulillah terisi dgn pengisian rohani dr ustaaz Dr Asri, keesokan harinya bangun awal , alhamdulillah dimulakan dgn permulaan yg baik, bersiap2 utk ke city walk utk petama kalinya...
klabu..baru sampai..tgu fara sampaia
ada org kata LM dah gemuk bila tgk gmba ni-redholahh
setelah plan sana sini akhirnya berjaya mengumpulkan rakan2 Almashoorian, IICian dan IIUMian di majlis ini! sangat best! tak lupa juga rakan2 IKRAM dan Revert Sports Club yg turut menyertai..
Al kisahnya City Walk bermula dgn senam robik, taklimat dan ucapan EXCO2 dan jugak CM Penang, Lim Guan Eng...eksaited pulak rakyat penang kat sini tengok CM berucap... lps tu baru peserta dilepaskan start dari tower clock (kt bawah ni), melalui 10 cekpoint sampai garisan penamat di tmpt bermula..
CM dgn geng2 nya..malas nak mention satu2, x kenai pun..
sejurus selepas kami mula nak jalan pusing2 penang dan lalu padang kota , terbau pula asap rokok yang sunnguh mencemar hidung kami..tolongggla... dah elok2 lalu tepi laut nak menghirup udara segar, aleh2 kami dapat bau rokok yang membunuh tu...oh tidakk..disebabkan tak puas hati kami rakamkannya di sini... jgn tiru aksi ni d tempat lain..x elok utk orang sekeliling....haih.... sila zoom dan lihat rokok sebatang di tanggan beliau...marah nih!
gambo ori, tak edit..
tengah2 jalan dgn termengah2 tapi tak lenguh, Umma pulak rasa semacam sbb dia x breakfast tadi, smpt minum air kotak je sambil drive..LM dah breakafst awal2 lg..kul 6 pagi makan..adoi..maka tgh2 duk berCity Walk kami singgah beli somthing utk Umma minum sesuatu yang menyelesakan perutnya..dan teruskan 'perjalanan' walaupun dah agak ketinggalan...
sedang berjalan2, terserempak akhirnya dengan geng2 Revert Sport Club(RSC)..akhirnya..baru nampak bayang2 mereka yg bersemangat ni..
bukan saja2 tak mau pakai t shrt program yg dibekalkan, tapi RSC pakai jersey ni for dakwah purposes sbb di belakang baju ada tertulis website utk mengenal Islam.. www.islam-guide.com
mudah-mudahan ada yang bertemu hidayahnya dgn usaha kecil ini...moga ALLAH redho...
dan walaupun agak ketinggalan kami sampai juga ke garisan penamat (macam lawan lari pulak) ...dan setelah puas berasakan kami pun dapat la goody bag dan yg penting, sijil penyertaan....o yeah! ini sijil pertama dalam bidang sukan yang LM dapat kot seumur hidup! hehe...new experience... lps ni try pulak event lari, tapi ketegori fun run je..x berani lagi utk bertanding dan berlari berkilo2 meter...konfem kalah atau pun mengalah d awal waktu punya...sebab stamina x sampai tahap tu lagi..
oh ya, sambil tgu lucky draw , ada bnyak acara kat situ, booth pun banyak..so jalan2 lagi tengok booth..terserempak pulak dengan seorang mamat yg sedang promo sesuatu..mamat ni keja kat KOMTAR juga, jadi Umma kenai dia..bila sembang2, dan dia tgk aku bertshirt Aqsa Syarif dan bermafla dia tanya la ttg mafla tu, sembang2 bila diberitahu ttg IKRAM, katanya isterinya nak join IKRAM, tapi dia di Johor..dia minta LM kontek isterinya, tergamam jap bila dia bgtau isterinya sedang mengidap kanser stage 4,subhanallah.. masih semangat join NGO .. lepas dia bg kontek isterinya kami pun bersurai.. akan ku cuba mudahkan usaha beliau mencapai hasratnya join IKRAM (pertubuhan IKRAM, sebuah NGO). Pada detik yg sama teringat pada seorang Mualaf yang LM cuba bantu utk mempercepatkan proses kahwin beliau dan pasangan, tapi tak kesampaian kerana Mualaf ni telah pergi menemui Penciptanya akibat kanser stage 4 juga... Innalillah..
hahah...semangat nak tunjuk, tapi pegang sijil terbalik!
ni goody bag dgn isi2nya...
lps habeh semuanya, dan dah penat tgu lucky draw tapi sayangnya tak lucky, kami pun balik. dah naik kereta baru Umma perasan purse dia hilang! setelah puas mencari dan tak jumpa..last2 kami p buat repot polis di tmpat city walk tadi...apakan daya benda nak jadi...mula2 berleter jugak...tapi bila koreksi diri, ada hikmah di sebalik kejadian..maka kami pun redho...semua dalam purse hilang..kad atm, mykid anak dia dan mykad dia, segala voucher yang best2...dan cash.... makanya esok harus dia luangkan masa utk setelkan segala2nya... dan ini juga mengingatkan aku utk buat mykad baru...sbb cip dia dah mula bermasalah...sama mcm mykad Umma...semoga ALLAH mudahkan urusan kami...
repot polis di balai polis...
till then, banyak lagi ragam kat event ni..lain kali cerita lagi...
salam tahun baru LM readers!
No comments:
Post a Comment