20.11.13

First Penang Bridge International Marathon!

10KM WOMEN OPEN :)


Assalamualaikum dear readers,

saat eksaited menulis post ini, sakit2 di kaki masih belum hilang..paling sakit kat tulang kering bila meletakkan tapak kaki untuk melangkah...aduhai..begini rasanya lepas lari 10 km + 3 km jalan kaki pada 17 November lalu...

Al kisahnya, ahad lalu merupakan pengalaman pertama LM dalam event yang besar ini..48K participants! bayangkan...pecah rekod PBIM tau...

okeh, LM cuba cerita ikut sequence, haha...boleh pulak gitu, hari Isnin, minggu akhir nk training utk PBIM waktu lunch, LM bergegas keluar ofis p ambil  race pack both for me n my brother... x da apa yang menarik dalam race pack bagi yang masuk kategori 10KM ...dapat running vest pun bukannya boleh pakai di dalam rumah apatah lagi di luar rumah pun...boleh simpan atau bagi kat adik aje lah...

petang tu balik kerja terus lebih semangat joging kali terakhir, hari Isnin saja yg ada masa pun, lain hari balik lewat termasuklah hari Sabtu...maka bilanya nak betul2 training?huhu.sedih..:(




bib Number..tak pernah lagi lari pakai bib yg official mcm ni kot...sebelum ni lari 4km fun run aje...x de bib macam ni..by the way LM masuk 10KM competition, saja mencabar diri dan upgrade dari fun run ke competition....

okeh, next is sehari sebelum 17 November, malam tu duk pulun cari aksesori kelengkapan utk berlari esok harinya, sangguplah meredah Queensbay lepas balik kerja utk mencari satu benda tu...benda apa? tak pelulah LM bagitau kat sini....akhirnya, tidak ku temu barang tu..punyalah susah rupanya nk jumpa...menyesal tak research awal2 dan beli online saja...:( pasrah sajalah berlari esok tanpa benda tu...huhu...tebus kekecewaan dengan membeli sepasang stoking ASICS je di kedai ASICS kat QB tu...aduhai.....nak beli kasut kat situ tak mampu lagi... :)


waktu malamnya tak boleh tidur,walaupun dah cuba tidur awal utk bangun awal, set jam pkl 4 pagi, nak bertolak ke Sg Nibung pkl 5 pagi sbb adik LM akan stat lari pkl 5.30 am, dan LM perlu jumpa kawan2 seperjuangan untuk passkan power gel serta kain2 dakwah untuk dibawa semasa larian.


17 November 2013

Alkisahnya, pukul 5.30am baru terjaga, lantas dengan pantas nya LM dan adik nekad juga nak berlari...kami solat Subuh di rumah, sampai ke sana, parking di stesen bas Sg Nibong dan naik shuttle van ke  QBay..dari sana kena jalan sikit ke garis mula larian...maka jarak berjalan itu sajalah warming up LM sebelum memulakan larian 10KM... sebelum tu sambil drive sempat makan dua keping roti dan sebiji pisang.... 

terus mula larian hingga ke penamat, baru teringat tak bawa beg duit, tak bawa fon (tertinggal dalam kereta), dan tak sempat nk simpan beg kat booth baggage penganjur....terus lari dengan beg di belakang..aduhai memang beg tu mengganggu larian ...tapi tetap ku teruskan juaa..by the way disebabkan sampai lambat, LM start ikut kategori men 10km open yg bermula 6.30am..haha, ramai je yang tak dapat catch up women 10K ikut kategori ini...

saat berada atas jambatan dan dapat tengok laut di bawah perasaan eksaited tu tak boleh nak digambarkan..selalunya berada dalam kenderaaan je atas jambatan, tak pernah mimpi nk berlari dan berjalan2 atas jambatan di waktu pagi nan indah macam tu....subhanallah...dan yg paling best dapat juga berlari atas jambatan lama ni, walaupun plan asalnya larian akan diadakan di jambatan kedua yang baru...semua ada hikmahnya kan...

masa larian , ada terasa sakit di bawah tulang rusuk..maka LM slow kan dan jalan2 saja atas jambatan, tak berani nk push lebih2...tapi bila dah nak sampai ke garisan penamat tu trasa lebih semangat pula ...paksa diri lari dalam hujan renyai2...akhirnya sampai, dan terus ambil medal dan nombo lucky draw...alhamdulillah...seronoknya dapat fulfill 10KM tu...rasa tak percaya pun ada sebab dah lalui 10KM lari + lari lari anak + joging + jalan jalan sambil sembang dengan sesape je yang LM rasa nak sembang atas jambatan tu...heheh....sembang lepas tu tinggalkan je orang tu macam tu dan mara ke depan...haha...

dan inilah hasilnya..

adik sampai lambat, tak dapat medal, nak minta kat committee pun bayang depa dah tak kelihatan di booth medal ni...at least LM bawa balik satu utk kenangan kami bersama dan utk tayangan pada keluarga bila balik rumah,hehe....dapat juga lah ucapan tahniah dari abah...happy dalam hati...:)


terus kepada kesimpulannya, LM rasa ni event the first but the worst ever atas beberapa sebab berikut:

1) gagal plan awal utk serahkan kain dakwah dan gel kepada rakan2 larian sebelum larian, akibatnya kuranglah beberapa ruang dakwah semasa larian melalui kain dakwah tu...

2) gagal bangun awal, mak dah kejut, tapi tak terbangun juga...tp syukur masih bangun dan nekad teruskan join event, lambat tak patahkan semangat

3) akibat lewat bangun--> tak bawa purse, tertinggal fon dalam kereta (maka tiadalah memori yang dirakam sendiri atas jambatan tu), tak sempat simpan beg di booth baggage, tak pakai jam

4) gagal warming up dan cool down dengan cara yang betul...penat study benda ni berhari2 tapi tak dapat nak apply sebab lambat...

akhir kalam, sebab takde fon, LM dah panik tak tau cara nk contact adik LM...dia ada di belakang,..tapi tak tau jauh mana, yang pastinya LM x jumpa di finishing line...dan x ingat pula nombor hanfon dia...tup2 ALLAH takdirkan jumpa sorang kawan, terus je jerit minta pinjam fon dia utk tinggalkan pesan pada mak...
sementara menunggu nak jumpa adik LM sempat lah buat cooling down sikit dan menerjah booth2 makanan yang disediakan.....ajaibnya LM tak rasa lapar sikitpun lepas lari, sebaliknya rasa nk minum air je....apapun syukur dapat ketemu adik semula, dan lepas kami 'bersarapan' kat tepi pantai Qbay tu, kami pun pulang....dengan jalan kaki dari Qbay ke stesen bas sg nibong...aduhai, bila sampai kereta, tambah syukur sebab henpon LM masih ada di seat si Burgundy itu....haiah..



3.11.13

Healthy lifestyle

Assalamualaikum dear readers,

lately ni terasa badan makin tak sihat...berat naik sampai ke tahap yang x best...tp bukanlah ke tahap membimbangkan...rata2 member2 suka je bila dikabo LM naik berat...baru2 ni masa derma darah dah smpai 48kg pun beratnya...wah, pecah rekod! tak pernah capai weight ni....tapi boleh pulak pitam walaupun dah makan secukupnya sebelum donate, pressure pun ok ok saja kata doktor...


maybe faktor berat naik sbb makan titbits di ofis...waktu petang2 kalau kurang bizinya sempatlah makan titbits...kalu mai time bizi nak teguk air pun tak sempat!

faktor lain maybe kekerapan joging dan eksesais yang kurang atau on off atas faktor2 lain (nampak macam banyak beno alasannya kan...).

ada lagi sebenarnya simptom2 badan tak sihat...dan selain tu mata pun rasanya dah makin kabur...dah x boleh lihat dengan jelas dari jarak yg agak jauh macam dulu....sekarang ni jarak x sampai 10 meter pun dah kabur...aduhai.....kurang makan carrot dah agaknya....

oleh kerana LM mula nk sedar diri, maka LM mulalah tercari2 gaya hidup sihat, baik dari segi pemakanan mahupun penjagaan fizikal tubuh badan....


makanya LM belek sana sini, terinspirasi lah pulak dengan apa yg LM research/baca, lalu LM berazam nak follow apa2 yang baik utk kesihatan dan cuba nk improve gaya pemakanan dan lifestyle selepas ni....

antara yang diusahakan ialah mula membeli produk makanan kesihatan, bukan supplement, lebih kepada bahan2 raw yang boleh dijadikan sebagai amalan harian...ada jugak try buat juice...antara raw jus seperti dalam gamba di bawah ni..








dalam minggu ni, boleh kata LM dah 6 kali buat raw juice dengan resepi yang berlainan, cuma sayurnya mungkin sama saja iaitu sawi, sebab dah beli stok sawi yg banyak, siap stanndby utk mak masak di dapo ...

benda ni not bad lah bagi beginner ...walaupun orang lain nampak tak lalu nak telan dan menakutkan, tp bagi LM it was just nice,to have a bit  cold raw fruits n vege juice macam ni... n i prefer minum terus immediately after blend sebab masih sejuk...sebab aapa sejuk?sbb semua buah2 dan sayur dikeluarkan dari petiais dan terus blend! bila sejuk tu laju je telan...dah x pelu nak makan benda lain atau tambah ais batu ...slurrrpppp!

harapannya semoga LM berjaya mengurangkan minum kopi , lebih tepat lagi kaffein, bila buat benda ni...
risau jugak hangat2 tahi ayam, tapi demi nk jaga kesihatan utk jangka masa panjang, i need to do something rite? for me its better to have raw than to take supplements, kekadang supplement dalam bentuk yang mudah makan pun kita malas ambil.... hopefully lepas ni dpt minum kopi sehari sekali pun cukup...dan kalau terasa nak minum kopi lagi di rumah boleh la terus cepat2 p blend kombinasi raw jus yang sesuai...

sekian dulu, panjang rupanya entrry, sempat tido dan bangun semula utk habiskan cerita...eheh, pagi ni lepas subuh ingin buat preparation (huh prepapare lah sangat ) utk bridge run...kena praktis lari...lari dan lari lagi utk keep fit dan x cram nanti.....


till then, Wassalam :)