20.12.13

Decembers Events...

Assalamualaikum,

posting ringkas, just nk promo beberapa program terdekat ...jom join bagi yang berminat, almost every weekend ada je program bermanfaat...tepulang kepada kita nak memilih utk buat apa dengan weekend masing2...so lets have a look...


buat pertama kalinya HCPP berganding bahu dengan pasaraya Mydin untuk menjayakan program ini. Penerima termasuk not yet muslim .. 22/12/13 Ahad


Nationwide Mega Street Dakwah juga inisiatif MRM dan diadakan serentak di seluruh Malaysia pada hari yang sama. Sesuatu yang tak pernah dibuat secara besar besaran seperti ini.. tapi yang nak join perlu hadir briefing dulu. WAJIB dengar briefing, sebab ini bukan perkara main2 , remeh temeh...walaupun ia nampak mudah....


minggu seterusnya, kursus 3 hari utk bergelar pendakwah yang boleh bercakap di khalayak...bukan senang woo...sebab tu training sampai 3 hari...sayangnya LM tak dapat nk join...susah nk cuti...dan x boleh cuti pun..sebab bos/parner dah ambil cuti krismas...oleh kerana itu partner lagi sorang kenalah available di ofis...  :(

ALLAH knows best!!

sekian dulu....

20.11.13

First Penang Bridge International Marathon!

10KM WOMEN OPEN :)


Assalamualaikum dear readers,

saat eksaited menulis post ini, sakit2 di kaki masih belum hilang..paling sakit kat tulang kering bila meletakkan tapak kaki untuk melangkah...aduhai..begini rasanya lepas lari 10 km + 3 km jalan kaki pada 17 November lalu...

Al kisahnya, ahad lalu merupakan pengalaman pertama LM dalam event yang besar ini..48K participants! bayangkan...pecah rekod PBIM tau...

okeh, LM cuba cerita ikut sequence, haha...boleh pulak gitu, hari Isnin, minggu akhir nk training utk PBIM waktu lunch, LM bergegas keluar ofis p ambil  race pack both for me n my brother... x da apa yang menarik dalam race pack bagi yang masuk kategori 10KM ...dapat running vest pun bukannya boleh pakai di dalam rumah apatah lagi di luar rumah pun...boleh simpan atau bagi kat adik aje lah...

petang tu balik kerja terus lebih semangat joging kali terakhir, hari Isnin saja yg ada masa pun, lain hari balik lewat termasuklah hari Sabtu...maka bilanya nak betul2 training?huhu.sedih..:(




bib Number..tak pernah lagi lari pakai bib yg official mcm ni kot...sebelum ni lari 4km fun run aje...x de bib macam ni..by the way LM masuk 10KM competition, saja mencabar diri dan upgrade dari fun run ke competition....

okeh, next is sehari sebelum 17 November, malam tu duk pulun cari aksesori kelengkapan utk berlari esok harinya, sangguplah meredah Queensbay lepas balik kerja utk mencari satu benda tu...benda apa? tak pelulah LM bagitau kat sini....akhirnya, tidak ku temu barang tu..punyalah susah rupanya nk jumpa...menyesal tak research awal2 dan beli online saja...:( pasrah sajalah berlari esok tanpa benda tu...huhu...tebus kekecewaan dengan membeli sepasang stoking ASICS je di kedai ASICS kat QB tu...aduhai.....nak beli kasut kat situ tak mampu lagi... :)


waktu malamnya tak boleh tidur,walaupun dah cuba tidur awal utk bangun awal, set jam pkl 4 pagi, nak bertolak ke Sg Nibung pkl 5 pagi sbb adik LM akan stat lari pkl 5.30 am, dan LM perlu jumpa kawan2 seperjuangan untuk passkan power gel serta kain2 dakwah untuk dibawa semasa larian.


17 November 2013

Alkisahnya, pukul 5.30am baru terjaga, lantas dengan pantas nya LM dan adik nekad juga nak berlari...kami solat Subuh di rumah, sampai ke sana, parking di stesen bas Sg Nibong dan naik shuttle van ke  QBay..dari sana kena jalan sikit ke garis mula larian...maka jarak berjalan itu sajalah warming up LM sebelum memulakan larian 10KM... sebelum tu sambil drive sempat makan dua keping roti dan sebiji pisang.... 

terus mula larian hingga ke penamat, baru teringat tak bawa beg duit, tak bawa fon (tertinggal dalam kereta), dan tak sempat nk simpan beg kat booth baggage penganjur....terus lari dengan beg di belakang..aduhai memang beg tu mengganggu larian ...tapi tetap ku teruskan juaa..by the way disebabkan sampai lambat, LM start ikut kategori men 10km open yg bermula 6.30am..haha, ramai je yang tak dapat catch up women 10K ikut kategori ini...

saat berada atas jambatan dan dapat tengok laut di bawah perasaan eksaited tu tak boleh nak digambarkan..selalunya berada dalam kenderaaan je atas jambatan, tak pernah mimpi nk berlari dan berjalan2 atas jambatan di waktu pagi nan indah macam tu....subhanallah...dan yg paling best dapat juga berlari atas jambatan lama ni, walaupun plan asalnya larian akan diadakan di jambatan kedua yang baru...semua ada hikmahnya kan...

masa larian , ada terasa sakit di bawah tulang rusuk..maka LM slow kan dan jalan2 saja atas jambatan, tak berani nk push lebih2...tapi bila dah nak sampai ke garisan penamat tu trasa lebih semangat pula ...paksa diri lari dalam hujan renyai2...akhirnya sampai, dan terus ambil medal dan nombo lucky draw...alhamdulillah...seronoknya dapat fulfill 10KM tu...rasa tak percaya pun ada sebab dah lalui 10KM lari + lari lari anak + joging + jalan jalan sambil sembang dengan sesape je yang LM rasa nak sembang atas jambatan tu...heheh....sembang lepas tu tinggalkan je orang tu macam tu dan mara ke depan...haha...

dan inilah hasilnya..

adik sampai lambat, tak dapat medal, nak minta kat committee pun bayang depa dah tak kelihatan di booth medal ni...at least LM bawa balik satu utk kenangan kami bersama dan utk tayangan pada keluarga bila balik rumah,hehe....dapat juga lah ucapan tahniah dari abah...happy dalam hati...:)


terus kepada kesimpulannya, LM rasa ni event the first but the worst ever atas beberapa sebab berikut:

1) gagal plan awal utk serahkan kain dakwah dan gel kepada rakan2 larian sebelum larian, akibatnya kuranglah beberapa ruang dakwah semasa larian melalui kain dakwah tu...

2) gagal bangun awal, mak dah kejut, tapi tak terbangun juga...tp syukur masih bangun dan nekad teruskan join event, lambat tak patahkan semangat

3) akibat lewat bangun--> tak bawa purse, tertinggal fon dalam kereta (maka tiadalah memori yang dirakam sendiri atas jambatan tu), tak sempat simpan beg di booth baggage, tak pakai jam

4) gagal warming up dan cool down dengan cara yang betul...penat study benda ni berhari2 tapi tak dapat nak apply sebab lambat...

akhir kalam, sebab takde fon, LM dah panik tak tau cara nk contact adik LM...dia ada di belakang,..tapi tak tau jauh mana, yang pastinya LM x jumpa di finishing line...dan x ingat pula nombor hanfon dia...tup2 ALLAH takdirkan jumpa sorang kawan, terus je jerit minta pinjam fon dia utk tinggalkan pesan pada mak...
sementara menunggu nak jumpa adik LM sempat lah buat cooling down sikit dan menerjah booth2 makanan yang disediakan.....ajaibnya LM tak rasa lapar sikitpun lepas lari, sebaliknya rasa nk minum air je....apapun syukur dapat ketemu adik semula, dan lepas kami 'bersarapan' kat tepi pantai Qbay tu, kami pun pulang....dengan jalan kaki dari Qbay ke stesen bas sg nibong...aduhai, bila sampai kereta, tambah syukur sebab henpon LM masih ada di seat si Burgundy itu....haiah..



3.11.13

Healthy lifestyle

Assalamualaikum dear readers,

lately ni terasa badan makin tak sihat...berat naik sampai ke tahap yang x best...tp bukanlah ke tahap membimbangkan...rata2 member2 suka je bila dikabo LM naik berat...baru2 ni masa derma darah dah smpai 48kg pun beratnya...wah, pecah rekod! tak pernah capai weight ni....tapi boleh pulak pitam walaupun dah makan secukupnya sebelum donate, pressure pun ok ok saja kata doktor...


maybe faktor berat naik sbb makan titbits di ofis...waktu petang2 kalau kurang bizinya sempatlah makan titbits...kalu mai time bizi nak teguk air pun tak sempat!

faktor lain maybe kekerapan joging dan eksesais yang kurang atau on off atas faktor2 lain (nampak macam banyak beno alasannya kan...).

ada lagi sebenarnya simptom2 badan tak sihat...dan selain tu mata pun rasanya dah makin kabur...dah x boleh lihat dengan jelas dari jarak yg agak jauh macam dulu....sekarang ni jarak x sampai 10 meter pun dah kabur...aduhai.....kurang makan carrot dah agaknya....

oleh kerana LM mula nk sedar diri, maka LM mulalah tercari2 gaya hidup sihat, baik dari segi pemakanan mahupun penjagaan fizikal tubuh badan....


makanya LM belek sana sini, terinspirasi lah pulak dengan apa yg LM research/baca, lalu LM berazam nak follow apa2 yang baik utk kesihatan dan cuba nk improve gaya pemakanan dan lifestyle selepas ni....

antara yang diusahakan ialah mula membeli produk makanan kesihatan, bukan supplement, lebih kepada bahan2 raw yang boleh dijadikan sebagai amalan harian...ada jugak try buat juice...antara raw jus seperti dalam gamba di bawah ni..








dalam minggu ni, boleh kata LM dah 6 kali buat raw juice dengan resepi yang berlainan, cuma sayurnya mungkin sama saja iaitu sawi, sebab dah beli stok sawi yg banyak, siap stanndby utk mak masak di dapo ...

benda ni not bad lah bagi beginner ...walaupun orang lain nampak tak lalu nak telan dan menakutkan, tp bagi LM it was just nice,to have a bit  cold raw fruits n vege juice macam ni... n i prefer minum terus immediately after blend sebab masih sejuk...sebab aapa sejuk?sbb semua buah2 dan sayur dikeluarkan dari petiais dan terus blend! bila sejuk tu laju je telan...dah x pelu nak makan benda lain atau tambah ais batu ...slurrrpppp!

harapannya semoga LM berjaya mengurangkan minum kopi , lebih tepat lagi kaffein, bila buat benda ni...
risau jugak hangat2 tahi ayam, tapi demi nk jaga kesihatan utk jangka masa panjang, i need to do something rite? for me its better to have raw than to take supplements, kekadang supplement dalam bentuk yang mudah makan pun kita malas ambil.... hopefully lepas ni dpt minum kopi sehari sekali pun cukup...dan kalau terasa nak minum kopi lagi di rumah boleh la terus cepat2 p blend kombinasi raw jus yang sesuai...

sekian dulu, panjang rupanya entrry, sempat tido dan bangun semula utk habiskan cerita...eheh, pagi ni lepas subuh ingin buat preparation (huh prepapare lah sangat ) utk bridge run...kena praktis lari...lari dan lari lagi utk keep fit dan x cram nanti.....


till then, Wassalam :)





15.8.13

Jaulah sehari dua malam

salam dear readers,

raya ke 4 LM dan adik2 serta adik ipaq baru 'beraya' sambil bercuti di dua negeri...kelantan dan ganu kite..

bila difiirkan macam tak percaya jer...sabtu petang bertolak ke besut, 2 pagi sampai dan check in homestay,

pastu tido , bangun pagi terus mandi laut...lepas tu p kenduri, jalan2 cari makan, ke kota bharu, ziarah rumah

kawan adik sambil memanggil utk kenduri dia...dan ziarah lagi sambil cari makan, dan ziarah dan bertolak

balik ke penang semula pada 11 malam ahad tu...sebabnya LM sorang dah mula kerja hari isnin..nk minta

extra cuti kat bos dah tak berani...maka kami dengan konfidennya dengan letih drive balik ke penang malam

ahad tu juga....makanya pagi isnin subuh sampai lah kami di rumah di penang....sempat LM tido sejam

sebelum bangun dan p kerja dalam keadaan pening tak cukup tido!

wah...cakap panjang pun x guna...hayatilah foto2 percutian sehari dua malam kami ini...adventurous la jugak!

tapi rasanya next time x da lah nk travel dalam waktu singkat macam ni..buat letih badan jer....LM ikut adik

ni pun sbb x nak ikut jalan2 mengabehkan cuti sebelum stat kerja balik....



cari sata dan otak2 buat brekfes di tepi pantai

pengantin baru...

ni je kot tempat yg bersih...tempat lain setiap inci pantai ada je sampah sarap..eeeee

pepagi dah makan nasi...sata jadi sebahagian  lauknya..
3 kali makan nasi hari yang sama ni..tak sempat nk lapar... 


cuba nk berenang dengan profesionalnya....ni la gayanya...haha
time ni baru teringat fon ada dalam poket seluar...Faiz dan Zahroh keluarkan fon masing2 yang dah 'mati lemas' dalam poket seluar...innalillah dah kedua2 fon tu.....

tak penah dibuat orang..time nilah dia teringat nk kepit kuku....

lepas berendam dalam laout..

kt sinilah pantainya...cantikkk...tapi manusia memusnahkan keindahannya...:(

tak yah salin baju...dah kering dgn sendirinya...

rumah pengantin yg baru siap...

bergambar dengan pengantin muda yg lama...depa baru nk buat kenduri...akadnya lama dah...

somewhere at ketereh..di bawah awan mendung berarak ke arah kami...

jakun sikit..x penah bergambar di tgh sawah...

sup belut..pertama kali merasainya...mula2 x sanggup nak masukkan ke mulut...

destinasi terakhir, 10.30malam dihidang dengan satay dan ketupat. di rumah ni..walla! walaupun perut full...tapi x boleh nak tolak satay tu!

adik (di atas) & wife ...hampa teringin baby dah ka?

antara snap terakhir di tepi pantai nan indah....suka tengok pokok rhu yg renek ni..di bawah pokok ni lah kami berkelah kelahan...


lepas dua hari 'kehilangan' fon, adik LM dan adik ipaq LM telah bertukar kepada fon baru...murah giler dua2 fon ni...jeles pun ada..kakak depa x tukar2 lagi...


gitulaah al kisahnya percutian sehari dua malam di besut, kota baghu, ketereh ...penat..tp puas hati lah jugak..

Sekian dulu...di bawah ni gambaq raya pertama..keluarga besar Maularen...first time kot kami amek gambaq

macam ni....:)



19.7.13

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang kali ke -4

salam readers,




tiap2 tahun mesti HCPP akan menganjurkan Iftar Perdana ini ...
nak tau apa tujuannya? 
ada banyakk....

antaranya ialah untuk menjana dana untuk pengoperasian HCPP sendiri...

dan tahukah anda, mengapa kami perlu menjana dana-dana ini? untuk siapa dana ini?

ketahuilah di luar sana banyak kes-kes saudara baru yang memeluk Islam dalam keadaan yang sangat sukar... antaranya apabila mereka memeluk Islam, 


- mereka dibuang keluarga, kerana disangka masuk melayu dan akan tinggalkan family mereka..
- mereka dibuang kerja, sudah la dibuang keluarga, dibuang kerja pula
- mereka tiada sokongan dari sesiapa pun... sekalipun dari orang yang asalnya ISLAM. Ini kerana orang ISLAM hanya mengganggap pelik bila bukan melayu menjadi ISLAM...
- mereka dipandang seperti tidak layak memeluk ISLAM, lalu dibiarkan tanpa dibantu untuk mencari ilmu Islam..

dan banyak lagi Tuan2 dan Puan2....

mahukah Tuan Puan menyelami isi hati mereka ini dan cuba memahami?

jika YA, marilah bersama saya, dan sahabat2 HCPP saya menjayakan majlis ini...sekaligus anda akan membantu kami menjaga kebajikan saudara baru dan menyebarkan Islam melalui program-program kami sepanjang tahun....



Tuan Puan boleh melayari FB kami untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang telah kami buat dengan sumbangan yang diberikan oleh orang ramai dalam MIPHC tahun lepas. 



Semoga ALLAH memberkati rezeki kita lebih lebih lagi di bulan penuh barakah ini...

LM mengucapkan Ramadhan Kareem  kepada semua...maaflah lama tak update... (kalau update pun macam lah ramai  orang nak baca..hehe...)

akhir sekali, bagi sesiapa yang ingin menjadi volunteer di majlis ini, bolehla hubungi LM secara peribadi ya...bertambah lagi lah pahala anda kalau macam tu...

sekian dulu, LM mohon dengan sangat LIKE page HCPP https://www.facebook.com/hidayahcentrepenang?ref=hl dan ikuti setiap update dari kami, dan seterusnya pembaca LM share kan post2 promosi MIPHC kami di wall anda semua...

Selamat Berpuasa!

Dua tiga kucing berlari, 
Memang tak sama Tuan Puan semua,
Dua tiga dana ku cari 
Moga ALLAH rahmati semua ! :)



 salah satu program HCPP ialah sambutan CHinese New Year tahun 2013. Gambar kenang kenangan para AJK penggerak..





28.5.13

Sterling Silver Necklace & Pendant

Assalamualaikum dear readers,

Minggu ni dah masuk minggu ke-2 LM tak berofis..maknanya, tidak bekerja...tapi itu tidak bermakna LM memang betul2 takdak kerja... kerjanya banyak ja...kerja rumah, kerja tak rumah, kerja part time, kerja NGO dan kerja-kerja membantu orang sekeliling... banyak je kan kerja nya? Kadang -kadang LM rasa time jobless ni lah jadi banyak kerja...mana taknya, asyik cari kerja jer kerjanya tak henti-henti...sambil cari kerja, LM buat kerja2 yang  telah disebutkan di atas...brapa banyak kerja daaa...

okeh,tadi LM sempat siapkan satu kerja...apa dia?upload rantai silver utk dijual di FB LM. sebelum ni x terdaya nk duduk perati satu2 dan nak upload dengan letak description bagai...rasa macam tak kuasa nak buat...tp alhamdulillah berkat kesabaran petang tadi LM berjaya update dan upload gambar2 tu..haa..nak tengok dan beli? boleh la click sini ya utk lihat koleksi rantai silver yg LM jual....macam biasa boleh call/whatsapp/sms ke 019 4169231 untuk buat tempahan.... :-)


beberapa pattern yg menarik LM sisipkan di sini...






klik pada link utk lihat code dan harga bagi setiap pattern rantai dan loket2 tu ya...

Sekian dulu...Terima Kasih kerana sudi datang ke LM..



20.5.13

IDT 3 - Interactive Dakwah Training


rakan2 yang dikasihi, ada yang nak join?
kalau ada, ajak kawan2 skali..baru adventure dapat belajar secara berjemaah.. :)


15.5.13

Jobless..less job...?

Salam dear readers..
Ni keje orang yang takde keje...
Baca lagi skali...
Huhu
Fikiran berserabut...kbai..

10.5.13

Pasca PRU13 N36 Pantai Jerejak - Sek Men Raja Tun Uda

Assalamualaikum dear LM readers,

straight to the point,saya akan berkongsi pengalaman kali pertama berkhidmat sebagai Ketua PACABA (Polling Agent ,Counting and Barung Agent) di sekolah menengah Raja Tun Uda.. Asalnya dah p training berkali2 sebagai PACA, but end up menguruskan semua PACABA di sekolah ini, sebab AJK yg terlibat hanya beberapa orang sahaja, tak cukup untuk handle semua PACABA. tapi PACA2 yang ada sudahpun dilatih dan ada yang sanggup betugas lebih dari satu shif (1 shif= 2 jam) demi memantau proses mengundi.
tak perlu saya sebut semua tugas2 PACA di sini, siapa yang teringin jadi PACA boleh la menwarkan khidmat anda 5 tahun lagi! kerana waktu itu kita akan lebih berhati lagi.....


okeh..asalanya nak cerita dalam bentuk penulisan blog, tapi akibat dah lama sangat delay maka LM lampirkan saja copy laporan kepada PIC unit PACABA bagi Ikram Pulau Pinang. Laporan dihantar kepada makcikpah selaku mak usrah dan ketua PACABA untuk jentera kawasan Pantai Jerejak N36.

tapak bertugas...pertama kali ngundi, bertugas dan jejak tmpt ni walaupun dah duduk bayan baru selama 30 tahun

petang sehari sebelum ngundi..meja dah disusun oleh cikgu sekolah

saya berhajat nk simpan 7 hari..balik umah mandi dah tanggal..hurm


tak lekat sangat kat kuku...geli gak masa dia duk calit..eeeee


salam
berikut sedikit laporan dan post moterm dari kami
Laporan :
1) semua PACABA berjalan lancar mengikut jadual kecuali beberapa saluran sahaja 


2) Barung & pondok panas
waktu pagi ramai pengundi singgah di pondok panas utk cek saluran masing2. tapi disebabkan ramai sangat yang mai pondok panas kita , tengahari tu SPR datang runtuhkan pondok panas kerana kata mereka kita dah ambil alih tugas mereka . sedangkan mereka dah sediakan 2 stesen barung SPR untuk buat tugas tu. pondok panas sudah tidak beroperasi, semua poster diturunkan, meja kerusi dilipat . tempat tu akhirnya jadi tempat edar makanan saja. Ketua PACABA hanya guna satu meja di luar pondok (khemah untuk buat kerja).




 gambo asal dari whatssapp group..nampak kecik...masa ni saya balik rumah break jap tengahari..lepas break pondok panas tu dah tak berfungsi..



keputusan ori dari haji Rashid yang masuk setiap saluran, setakat pkl 4 .15 petang.

3) kes borang 14
Wani dan Fatimah (ketua PACABA) tunggu di luar sejak 6.30 ptg untuk ambil keputusan. 7.30 mula hujan lebat, satu persatu keputusan dari saluran mula keluar, kami ikut prosedur yang diberitahu, iaitu fotostate 1 copy dan simpan /kumpul original.
borang 14 saluran 6 di bawa oleh en Naga tanpa cop, kata KTM dan SPR tak perlu cop pun takpa borang tu valid. mereka yakinkan en Naga begitu,dan en Naga pun bawa borang tu keluar. saya arahkan utk dapatkan juga cop, akhirnya dapat juga. tak pasti apa yang berlaku kat dalam saluran tapi en Naga berjaya dapatkan cop dan lengkaplah borang 14 tu
 di sebalik pintu pagar sekolah sambil hujan..

 kereta polis sebelah dalam sekolah..kami di luar pagar ini berurusan dengan lawyer dan polis dan guard ..



tulis surat sambil bertinggung di luar pagar, dalam hujan dengan torch light sahaja...:)
borang 14 saluran 7 pula tak mahu ditandantangan oleh pemerhati BN, borang tu tak lengkap. wakil tu balik macam tu saja. dia tak nak sign sebab katanya x dapat arahan dari pihak atasannya utk sign. satu laporan dibuat kepada KTM, peguam dipanggil untuk selesaikan masalah, akhirnya wakil BN kembali utk menurunkan tandatangan, seleps tu barulah en Aris , CA7 sign dan selesai semuanya.


sampai di markas rumah Pak Salim..masih menunggu keputusan sekolah2 lain..
Feedback semua PACABA.
1. ada yang merungut sebab ketua PACABA datang lambat, sedangkan dia dah datang awal.
2. ada yang kurang jelas tugas PA, perlu penerangan detail sikit next time.
3. lain2 ok. ramai PA4 tunggu dengan ketua PACABA utk tahu result. mereka ni lah yang jaga ketua PACABA dalam hujan lebat sambil tunggu result dan tlg macam2..
4. tugas BA orang SPR pun macam tak clear. saya arahkan BA kita stop kerja2 di barung SPR lepas SPR runtuhkan pondok panas kita. takut apa2 tindakan dikenakan pula kepada BA kita. jadi petang BA kita x bertugas dah..

Penambah baikan.
1. perlu standby generator setiap saluran kalau blackout. kat tun uda x da blackout..cuma hujan ribut saja dan gelap malam. torch light memang membantu tapi perlu torch light lebih besar dan power utk sesi counting tu .
2. Lawyer bagi setiap sekolah/ tmpt undi
3. Ketua PACABA eloknya lelaki..nk berlari ke pondok dan dalam sekolah..sekadar pandangan peribadi. tapi saya ok ja jadi Ketua..ketua kena tau serba serbi..
4. kena standby fon dan kemera/beteri spare. nasib baik ada CA parlimen pinjamkan saya powerbank dia . boleh terus ambil gambar borang immidiately time tu.
5. kena fikir strategi bila cuaca hujan..
sekian.
yang setia menunggu result...terima kasih semua...

wassalam..