31.10.08

INTERFAITH DIALOGUE


all are invited....dun miss it!!!






Salam.

Dijemput semua warga JIM dan rakan-rakan ke program Interfaith Dialog bertajuk "Women in the Eyes of God" pada Sabtu 1 November 2008 (esok) di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru dari 2pm-5.30pm.

Masuk percuma.
Marilah beri sokongan kita kepada wanita JIM.


Speakers:
1. Assc Prof Dr Harlina Siraj - Jamaah Islah Malaysia (JIM)
2. Ven. Lee Yew Kuan - Malaysian Buddhist Association (MBA)
3. Dr Marina David - Young Women Christian Association (YWCA)
4. Mr. K.Thirumoorthy - State Secretary Hind Sangam

Hentikan yoga, bimbang rosak akidah..

salam to all...saya baru terbaca dalam net ttg nie...
sayang pulak rasanya tak dapat pergi seminar ni, padahal ia diadakan kat usm ni jugak...
hm...tak sempat sbb prog ni jatuh pada hari kerja..kebetulan pulak minngu ni saya memang sangat bz d pejabat...sukalah saya berkongsi dengan anda semua tentang ni....perkara ni penting ...melibatkan akidah kita sebagai Muslim..


Hentikan yoga, bimbang rosak akidah

Oct 29, 08 2:53pm

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

zakaria stapaBeliau dilaporkan berkata demikian selepas menyampaikan syarahan Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Bagaimanapun Majlis Fatwa Kebangsaan belum membuat keputusan rasmi berhubung senaman tersebut.

Majlis itu akan membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Menurut Bernama lagi, amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu seperti manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Bercakap selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di USM hari ini, timbalan ketua pengarah operasi Jakim, Othman Mustapha berkata keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh pengerusi majlis berkenaan Prof Datuk Dr Abdul shukor Husin.

Seminar itu anjuran Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM dan Jakim, mengetengahkan konsep kelestarian pemikiran Islam yang berupaya merentasi cabaran bersifat kontemporari di masa akan datang.

Sejumlah 47 kertas kerja dibincangkan pada seminar itu.

Antaranya bertajuk 'Konsep Fiqh Lestari', 'Konsep Pemikiran Lestari', 'Kelestarian Dalam Sosial: Toleransi Agama', 'Kelestarian Dalam Sosio-Budaya', 'Kelestarian Dalam Sains, teknologi dan Alam Sekitar', 'Kelestarian Dalam Ekonomi' dan 'Cabaran pemikiran Islam: Islam Liberal'.

'Kelestarian Islam dalam Pendidikan', 'Cabaran Fiqh Lestari: Aspek Mazhab', 'Institusi Kewangan Islam: Zakat', 'Kelestarian Dalam Politik dan Perundangan', dan 'Kelestarian Dalam Institusi Kewangan Islam: Waqaf'.

29.10.08

kuliah2 ustaz shamsuri november 2008

Salam,

Kepada mereka yang bertanya melalui emel dan kepada mereka yang mengikuti. Berikut merupakan jadual kuliah Dato (Ustaz) Shamsuri Haji Ahmad untuk bulan November 2008. Untuk audio kuliah yang terdahulu, sila download di sini. Terima kasih.

3 November 2008
Masjid Simpang Empat, Permatang Buluh
Bahrul Mazi Jilid 16

4 November 2008
Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Bahrul Mazi Jilid 15

5 November 2008
Surau Taman Kerian, Parit Buntar
Nurul Ehsan 4

11 November 2008
Masjid Jelutong, Pulau Pinang
Bahrul Mazi JIlid 17

17 Novermber 2008
Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang
Nurul Ehsan Jilid 1

18 November 2008,
Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman, Jitra
Bahrul Mazi 13

25 November 2008
Masjid Padang Temusu,
Sungai Petani
Bahrul Mazi Jilid 2

Ustaz Shamsuri berkata, “Cumanya , kuliah di Masjid Padang Temusu , Sungai Petani pada 25 November 2008, belum pasti lagi sebab difahamkan bahawa masjid itu akan dirobohkan untuk tujuan pembinaan masjid baru. Apa2 perkembangan akan dimaklumkan kemudian.

Sila lawati laman web ini semula untuk perkembangan. Terima kasih.

24.10.08

pantun or cerita hati??

salam to all....

mungkin ramai yg tak tahu saya ni suka berpantun....tapi saya tak pandai berpantun..(camne tuh??)...hehe...tapi hari ni saya nk kongsi pantun yg saya jumpa kat net kat sini....bukan apa nk karang sendiri dah tak sempat....lagi pon ni baru lepas kerja...malam ni pula nk berangkat ke KL untuk program JIM (TOT -training of trainer di komplek JIM -KL)...

gini pantunnye...

Buah langsat dibuang tangkai
Dibawa pulang dengan basikal
Beza manusia dengan bangkai
Hidup beriman bersendi akal

Orang politik suka bergaduh
Ada yang sampai panas baran
Bertaubat usah ditangguh
Maut datang tanpa amaran

Air limau air kelapa
Sungguh sedap dibuat minuman
Dunia dipetik, akhirat dilupa
Bagaimana hendak bertemu Tuhan
..


m back to kl...tak saba jugak nk ke KL...rindu pulak rasanya..tapi tak sempat kot nk singgah d uia kejap....sbb program kat sana habis pukul 8 malam....mungkin kami (me, Kak Lat, n Dila) akan terus balik png kalau ada tiket ..kalu takde berkampungla kami kat sana...ehhehe....

ok takat tu dulu....tak leh nk karang panjang...emosi terganggu sikit rentetan dari sesuatu yg berlaku tadi...hanya saya dan ALLAH dan orang itu saja yg tahu....tapi takpe..ia takkan menjejaskan semangat untuk ke KL malam nie...doakan perjalanan kami selamat....ameen..:)





its not what u r thinking..heheh....;)

wassalam...piece...

23.10.08

nikah dulu atau bercinta dulu?


Dalam sebahagian kes, apabila anak menyatakan kepada ibu bapanya yang dia mahu menikah, dengan selamba ibu bapanya menjawab kepadanya,

“Alaa... kenapa tergesa-gesa nak kahwin cepat-cepat sangat ni..., korang berkenal-kenal la dulu. Nanti bila rasa dah betul-betul serasi, barulah kahwin...”
Aku terfikir, bila agaknya masa yang dah betul-betul serasi tu agaknya? Bila dah terlajak dengan pelbagai jenis maksiat ke?
Sebahagian keadaan pula, apabila diajukan pertanyaan tentang nikah, maka dia segan-segan pula.

“Aku tengok engkau ni bukan main rapat lagi dengan awek tu, tiap-tiap hari saling sms, saling call. Hari minggu pulak mesti gi kuar dating naik kereta sama-sama. Bila bercadang nak nikahnya?”

“Alaa, aku segan lagi nak gi jumpa parent dia, duit pun takde cukup mana lagi nak kahwin. Rileks la, tengok dua atau tiga tahun lagi macam mana.”

Emm... apa lagi yang nak di-tengoknya tu??? Pegi call perempuan, berdua-duaan dengan perempuan tak tahu malu pula. Tapi, bila disarankan untuk buat benda baik, entah kenapa boleh malu-malu pulak. Buat maksiat tak tahu malu.

Nak nikah, sibuk kata takde duit. Tapi, tiap-tiap hari duk bergayut kat dalam telefon. Tiap-tiap minggu pergi kuar dating dan tengok wayang banyak pula duitnya. Bukan ke baik kalau nikah je dulu. Sekurang-kurangnya, kalau gi berhubung macam mana pun, nak dating ke apa ke, nak bermanja-manja ke, insyaAllah dapat pahala dan jauh dari maksiat.


Pejabat agama pulak, untuk kes orang nak kahwin ni, jangan lah disusah-susahkan. Banyak sangat prosedur dan tatacara nya. Makin pening dibuatnya orang yang memang dah mabuk tu nanti jadinya...


so how about you??? nikah dulu..atau bercinta dulu???

nikah dulu atau bercinta dulu?

17.10.08

Kuliah-Kuliah Di USM P.Pinang (In English And Arabic)


salam...huhu penatnya makan hari ni...
kami baru habis jamuan raya lagi kat opis..kali ni team e-Educator punya jamuan pulak..
dan kami buat di markas baru kami kat bangunan Eureka tuh....meriah degan kehadiran en dekan dan
prof dan dr.zuraida serta semua team2 e-Educator....balik ke opis time dah kol 1 , mksdnya time break lagi..then bila buka blog en masri tgk ada announcement kuliyah2 d USM...menarik...so saya copy pastekan kat sini utk panjangkan lg maklumat tu kepada pengunjung blog ku yg x seberapa ini...heheheh....

kaalu dulu saya sibuk iklan kan kuliyah2 di UIA kerana saya berada d sana...ni dah lepas stdy dan keje di USM ni saya iklan pula kuliyah kat USM nie....slalunya setahu saya jarang ada kuliyah2 camni kat masjid ( kecuali time bulan posa,.time ni tiap2 hri masjid akan ada kuliah zohor n subuh sepanjang Ramadhan....), yg ada (yg saya pernah dengar adalah kelas mengaji Quran dan tajwid atau kursus2 tertentu saja..kiranya dgn adanya program camni insyaALLAH masjid sekali lg akan dii'marahkan dan dapatla kita sama2 menimba ilmu di dada...makluman selanjutnya..bacala info d bawah nie...:)



Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh ya ikhwati...

http://www.4shared.com/file/67202763/7fef3c45/Syarah_Kitab_as-Sunnah_Imam_al-Barbahari_-Abu_Marwan__13Oct08_.html

This file is a recorded audio of kuliyyah (lecture) on Syarh Kitab al-Sunnah (written by al-Imam al-Barbahari); delivered by Bro. Abu Marwan from Jordan (currently is doing his PhD in Comp Sc under the School of Comp and Mathematical Sc, USM) whom once had studied Islam under the guidance of numbers of Islamic Scholars from Saudi Arabia (Masyaikh Sa'uddi such as Syaikh Abdul Aziz B Abdullah B Baz n etc). Insha Allah, this kuliyyah will be the pionner of kuliyyah-based on sunnah in USM, Ameen...


This lecture (kuliyyah on Syarh Kitab al-Sunnah) will be held every Monday evening after the Asar prayer in the main praying hall of USM al-Malik al-Khalid Mosque; specially only for the non-arab speaker. This lecture is and will be delivered fully in English. All are invited to come.



If there are any musykilah (problem or question upon this kuliyyah), you can contact me; Bro. Ibn Mustofa aka Dzul Riyhayn Abd Wahab via phone (019-5144029) or Bro. Abdullah (019-4782307). For sisters, you can mail me at yusuf_tantawi@yahoo.com .Other lectures (kuliyyah) include:


1)Every Sunday and Tuesday: Syarh Shahih Muslim by Bro. Abu Marwan



2)Every Monday : Syarh Adab al-Mufrad li al-Imam al-Bukhari by Syaikh Aiman Yusuf al-Daqqaq from Syria (formerly studied MA in Science of al-Hadits (Ulum al-Hadits) and currently is doing his PhD in the same course in USM under the supervision of Assoc Prof Dr Mohd Radzi Othman)



3)Every Wednesday : Syarh Kitab al-Tawheed li al-Imam Muhammad Abdul Wahab by Bro. Abu Marwan


4)Every Thursday : Tafseer al-Quran al-Azhim li Ibn Katsir by Bro. Abu Marwan



All lectures will be held after the Isya' prayer and be delivered either in full arabic (but you can ask any of the arab brothers to translate it for you) or mix (mostly it will be in arabic and few English for the important text). However, if the non-arabs are more than the arabs, the lecture will be delivered fully in English.May Allah the Almighty bless us all.Thank you,Your brother (in Islam):Dzul Riyhayn b. Abd WahabB.App.Sc in Agrobiology (minor in Islamic Studies)University Science of Malaysia.Futher information or update please log in to,My official website/blog:


http://www.purify-educate.blogspot.com/



15.10.08

jamuan raya @ PJJ

salam to all..

hari ni ofisku meraikan anak2 yatim dari balik pulau masa jamuan raya thn ni.. mereka dirai...dilayan bagaikan putera puteri...moga mereka rasa terhibur dengan layanan staf2 PJJ...kami hidangkan pelbagai jenis makanan...tak lupa juga ada staff yg bg duit raya( mmg banayk duit depa dapat..hehe) ... ada juga cenderahati untuk dibawa pulang.....


mereka semua kecik2 belaka....pilu jugak hati bila tengok mereka.. sebagai balasan...mereka mengadakan persembahan iaitu nyanyian nasyid ... dua kali depa nyanyi...ada satu lg tu mmg aku elergic dengar...bukan apa..sensitip sangat sampai x le dgr lagu tu..mesti nk mngalir air mata...erk... ada satu lagu tu ok...sedap gak suara budak yg nyanyi solo tu...dengar la kt video tu..

aku ada rakam kan time depa nyanyi tu...dan berikut ada la snap2 dari kemere fon ku..pics nye mmg tak clear...mmg kemre fon ku jenis yg x besh...tp kalau bab sound..mmg fon ni tip top!!! haaha..
















video

13.10.08

sambong cerita...gambar2 3R..

salam...mmgu ni aku akan mula bz lagi dengan keje2ku d opis...masih ada benda yg nk disetelkan termasuk buat website baru untuk e educator dan i -teacher...semalam kami berbarbeque d PJJ je..(kt opis kami) memandangkan cuaca ptg semalam hujan lebat dan pantai pon basah...so kami amkek altenatif utk bakar ayam dan lamb kat dpn PJJ je...memang menarik dan best...meriah..pas tu ada game ringkas.....pihak bawahan kenakan upline kami...prof pon kena denda sekali...haha...abang nazri pon kene...kami suruh miming ...nyanyi gelek la macaam2...en manager pon tak ketinggalan kami kenakan....haha....bukan apa..tujuan gam tu utk lepaskan tensen ms kerja je...so mm kami main habis2an....mmg hilang tensen....






time ni la rasanya firts time aku makan daging kambing panggang.....sebelum ni dengar orang kata sedap walaupun bau die tak best...ehhe....pastu aku berani try pon sbb lamb tu dah di marinate dgn marinate secret resepi abg nazri n wife....hmm...sedap gak..ayam panggang pun makan...lamb aku makan x habis...sbb mmg ada part yg bau...tak tahan bila makan....terpaksa la tong sampah kan...kira dpt la rasa lamb gak....




dekan pulak bawak spaghetti...memangla sanagat laku sampaikan bihun yg aku bawa banayk lebih...terpaksa aku balik...nasib baik bawa balik ke rumah makcik aku yg sedang didatangi sanak sedara yg ramai tu...akhirnya dapat gak habis bihun tuh....






to all staff yg ada trima kasih atas kerjasama....hidup i-teacher !!! ( projek yg sedang kami sume develop.....:) ) hope kita dpt buat lagi thn depan....nice to know all of u....muahhh....tak lupa gak kepda RA2 dan RO dan pegawai atasan yg ada....thanks 4 coming n support....




nnti aku letakkan gambarnya kat sini....bukan apa..gambar yg diambil sume ada kat Foo..kene la amek kt dia...masalahnya si Foo ni asek bz memanjnag kt opis...so kene tgu die free br leh p amek kat dia...hehe..



20oktober..ini la gamba2 yg dijanjikan hari tue...


Prof kami (berbaju merah)kene denda..hehe Foo n kawannya sedang sibuk panggang lamb n ayam



team eeducator (RA n RO) Dekan, Prof n Dr Zuraida tgh bg speech
tgh makan ayam panggang nieh...nyum nyum.. ;)


buat masa lani aku letak dulu gamba2 3R yg hari tu tu..






10.10.08

ayat-ayat cinta?

fuh..pastinya ramai yg stand by depan tv malam ni utk tengok cite tu...bukan main lg tv 3 promo...haha...smpai aku yg dah pernah tengok ni pon rasa nak tengok lagi....huhu...
dan kali ni pon menitis gak air mata kali keduanya bila melihat maria terbangun dari lenanya setelah dinikahkan dengan fahri....terpegun jugak dengan pengorbanan si aisyah tu...

tapi itu semua hanya cerita...cerita tentang cinta...cinta duniawi semata2...entahla ..malas nk cerita panjang2 dah...korang pon dah tengok sendiri...pernah terjumpa satu kata2 yg bes ni..." di mana ada manusia, di situ ada kisah cinta...jika ada seribu manusia, di situ ada seribu kisah cinta..."


err...cerita tentang cinta mmg takkan pernah habis!!!
sudahla kita tinggal dulu cerita cinta....


ikhlas dan sabar ada lah islam!!! ("innalla ha maas sobiriin....)
gitu la beza kita dgn orang yg bukan islam, kita diajar bersabar..tak kira sekuat manapon ujiannya...pernah juga aku dengar ceramah agama...ustaz tu kata " sabar itu tiada hadnya selagi mana kita masih hidup!!" lain bena dengan kita..bila marah sikit..mulala nak kata..." sabar pon ada hadnya gak!!!"...tang mana had nya tu????


nah sape nk baca novelnya donlod la kat sini....slamat membaca... klick sini..


ayat-ayat cinta ...


BIZI ZIBI?...

minggu ni cam agak tertekan je...tapi aku masih ok..;)
bukan apa...tetiber je d hari isnin yg indah yg x de mood...ttber datang je opis aku diberi satu tugasan yg baru...wat website!!!!uarhhh....tiba la satu cabaran baru buat aku....tp aku x nak cerita lebih,,,nnti ada pulak orang yg sensitip....aku kini bukan bekerja sorang2...kami ni sume satu team...jadi banyak la hati nak dijaga...piece....^__^....bukan apa sebenarnya dah lama tinggal wat bnda tu sume ..bila tiba masa kene dgn keje camtu..jadi malasla balik nk stdy dan research....tp dari situ la ak akan banayk belajar dan belajar perkara yg aku x tau dulu..dan refresh balik apa yg aku dah blajar dulu ...masa wat FYP!! (final year projek)...hari khamis dan jumaat..dua hari yg terkahir tu aku siapakan keje tu dalam keadaan yg x berapa sihat...selsema, batuk dan demam yg menyerangku secara tiba!!!....ramai yg kata mg musim orang selsema lani....entahla...tp ramai yg disekelilingku mengalami perkara yg sama!!...mungkin benar telahan mereka...wallahua'lam...apa pon...syafakillah pada kita yg ada sakit jerih perit ni....ALLAH baru tarik sikit nikmat...walau bagaimana pon..kita kena bersabar....:)


maka tibala harinya hr ni (jumaat) ..siaplah keje ku megikut date yg ditetapkan kepada ku....oh!! tapi jadual weekend ni mmg agak full...cewah cam PM lak...!!pastu lak aku kene siapkan lg satu web mggu depan...oh!! tak pa2..aku akan blajar dan buat bersungguh2....insyaALLAH ada kemajuan....doakanla aku... ;)

bukan apa esok pagi aku akan bersama ahli2 JIM negari penang untuk bermesyurat perwakilan negeri d masjid negeri...dan sebelah petangnya memenuhi jemputan open house JIM jugak beramai2 di skolah islah teluk kumbar...insyaALLAH...


ahad pula aku dan kawan2 opis ku...team e-Educator akan buat barbeku merangkap 'open air' raya d gold coast...ala kt queensbay tu...tepi pantai tu...:)...wah...mesti bes...nanti aku letak gambanya kt sini kalau aku x lupa bawa kamera....macam2 juadah ada...aku ditugaskan buat bihun untuk sume..insyaALLAH sedap bihun yg aku ORDER tuh...hehhe....


orait la...esok nk kene bgn awal...miting start kol 8.30 pagi...kene siap awal la gak....


till then...wassalam...

piece....


ingat....ikhlas dan sabar adalah islam!!!!







2.10.08

warna warni d aidilfitri..

cerita raya...cerita malam raya...raya pertama dan kedua...

malam raya..macam biasa...kerja ku menolong makcik ku buat ketupat...kalau tak silap tahun ni dah masuk tahun ke empat cuba2 belajar buat ketupat pulut ni...tapi masih lagi tak terror2..haha...makin teruk rasanya tahun nie...sbb daun ketupat tu kecik, tak lebar dan tak berapa elok...daunnye tak fresh...menambahkan kesukaran kepada ku nk bentukkan ketupat tu menjadi segitiga...haha





ni adik aku..kami try buat ketupat sama2...nampak tak tangan2 tu..hehe

lama gak wat ketupat2 ni..penat dan sakit pinggang dibuatnya....smpai masa buka puasa kami berhaenti kejap...pas solat maghrib sambung balik buat...

ni yg dah siap nk direbus..







sambil2 tu..makcik2 dan pakcik2 yg lain tolong memasak rendang dan lauk2 yg lazim kita buat menjelang raya...



ni kat luar rumah tok aku lak...






sambil masak sempat lagi ber sms..




tak lupa jugak..kebetulan malam raya ni besday sepupu aku...mak die sempat bli kek kat dia buat surprise...disebabkan adik beradik kami ramai...lepas potong kek tu je trus diambil..satu persatu potong kek lesap...tak sampai 5 minit pon...dah tak nampak kek dah..haha....



tgk la ni..meriahnye....



sebenarnya kalau nk ikutkan besday aku pon malam raya gak..kira dah masuk umo 26 dah malam raya ni....oh...sangt tua dah...hehe...slamat hari jadi jugak untuk aku..hehe:)







heepy besday E..:) ( sambil di kelilingi sepupu sepapat seluruh alam...)



hah..pas mkan kek sambung balik wat keje...masak memasak ...


letihnya..kol 12 malam baru pulang ke rumah..actually kampung aku dgn umah aku tak jauh mana...lam 5-10 mini je dah leh sampai...haha...so malam raya pon aku x bermalam kt umah tok aku,,,kami se femly lebih selesa balik rumah..esok pagi lepas solat raya datang balik...





raya pertama...

nk jadi cerita..thn ni masjid bayan baru mula solat raya awal...kol 8.30 pagi...so mmg x smpat la kami nk p solat kt sana memandangkan kami keluar rumah pon dah lambat...so kami trus p masjid USM....sbb slalunye masjid USM lmbat mula solat...tp bila dah nak sampai kami nampak orang dah mula bersurai...pastu dah dgr khutbah dari jauh.....apa lagi...tak jadi la solat d USM...pstu abah kata p masjid Gelugor..mesti sempat...sbb mmg kat sana solat lambat....then kami pon bergegas...adik aku bawa keta pecut laju....trus p sana...
huh...dengan penatnya sampai gak dan sempat solat d masjid Gelugor....ramai gile orang kat sana...tapi dapat gak aku duk lam saf kat dalam masjid setelah aku pergi mencelah kat dalam tuh...huhuh....

khutbah nye mmg menarik...tntg main mercun....ha...mmg ustaz ni tegor habis2 orang yg main mercun...bakar duit la...haram mengganggu jiran sbb bising main mercun...macam2 lagi dia tegur...kesalahan2 yg biasa kita buat di hari raya...pendek kata nasihat yg diberikan mmg bernas...syukur sbb ramai yg dtg masjid dan boleh dengar nasihat2 ustaz nie...alhamdulillah...


moga diterima segala amalmu dan amalku....


cerita selanjtnya....tunggu....penat dah berceloteh raya...akan ku sambung kemmudian...


wassalam

:)