25.3.12

Global March To Jerusalem



KAWAN2!!!!!!!!!!!!!! AMBIL TAHU TENTANG 30/03/2012

Mengapa tarikh 30 Mac?

Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.

Apakah kepentingan GMJ diadakan pada 30 Mac 2012?

Pada tahun ini, GMJ berhasrat untuk meraikan 30 Mac sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat diseluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci. Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat diseluruh dunia.

GMJ akan menyatukan usaha-usaha masyarakat dunia secara umumnya dengan membawa amanah daripada dunia untuk menuntut Israel supaya mengakhiri kedegilan mereka dalam mematuhi Undang-undang Antarabangsa dan mengakhiri penaklukan mereka secara haram ke atas Baitulmaqdis dan Palestin secara menyeluruh.

GMJ akan menjadi arus perdana dalam perjuangan Jerusalem, bandar yang merupakan kunci kepada keamanan di seluruh pelusuk benua dan dunia. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman kami sebagai inspirasi, satu sejarah bakal tercipta dengan terkumpulnya kekuatan dan semangat hasil daripada pemuda dan pemudi yang telah mencetus gelombang revolusi Arab yang telah menumbangkan rejim-rejim yang autokratik.