31.12.08

renungan kita...

KHUTBAH JUMAAT @ 2 JAN 2009: GAZA MENANGIS


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.


Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap rejim zionis Israel. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi seranga bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam.


Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah lebih dari 300 orang dan lebih 1,500 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian di kalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan.


Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza.



Allah Ta’ala berfirman

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا (4:

"Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa:

""Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!""."

(Surah AnNisa 4:75)


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam al Quran

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (9:71)

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

(Surah At Taubah 9:71)


Isu Palestin bukan isu Arab atau isu rakyat Palestin, tetapi ia adalah isu umat Islam. Malangnya umat Islam yang sudah dihinggapi oleh sejenis virus yang disebarkan oleh penjajah iaitu ideology kebangsaan sempit atau assobiyah, kita tidak lagi melihat umat Islam diluar dari sempadan politik negara kita sebagai saudara seislam yang wajib di bela dan dipertahankan.


Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah.

Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan.

Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya.

Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”


Saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin sudah dizalimi dan dianiaya sejak lebih 60 tahun lalu. Bahkan sejak tahun 1948, 5 juta rakyat Palestin terpaksa meneruskan kehidupan di khemah-khemah pelarian baik di luar mahupun di dalam Negara Palestin yang terjajah. Mereka langsung tidak mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari Negara-negara Islam baik yang berjiran mahupun dari seluruh dunia Islam. Bahkan penderitaan mereka semakin getir sejak 18 bulan yang lalu apabila Israel dengan penuh biadap menutup sempadan Gaza dan menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan air bersih.


Tindakan tidak berperikemanusiaan ini disokong oleh kuasa-kuasa besar Amerika, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Bahkan Bangsa-bangsa bersatu turut bersekongkol dengan kuasa-kuasa besar merestui tindakan penuh kezaliman yang tidak pernah disaksikan di dalam sejarah tamaddun kemanusiaan iaitu 1.5 juta rakyat Palestin dikepung di dalam penjara terbesar di dunia dan kemudian dibiarkan menderita kebuluran. Keadaan begitu genting sehingga ada di kalangan penduduk Gaza yang terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan.

Dan yang paling malang lagi saudara-saudara seagama yang jumlahnya mencecah 1.6 billion orang mengambil sikap acuh tak acuh atau tidak mengambil peduli tentang nasib saudaranya yang berada di ambang kematian. Negara-negara Islam yang merupakan negara-negara pengeluar minyak yang kaya sanggup membiarkan umat Islam diperlakukan dengan biadap tanpa peri kemanusiaan oleh musuh-musuhnya.

Bahkan lebih hina lagi apabila Mesir yang berjiran dengan Gaza tunduk kepada kehendak Isreal dan Amerika dan menutup sempadannya dengan Gaza.

Bahkan sehingga saat ini pintu sempadan masih ditutup sehingga rakyat Gaza yang tercedera dalam serangan biadap Israel tidak dapat menyeberang untuk mendapatkan rawatan.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Di manakah kita hendak letak ayat-ayat al Quran dan hadis Nabi SAW yang menekankan tentang tanggungjawab ukhuwah Islam.

Bagaimanakah umat Islam hendak berdiri di hadapan Rabbul Jalil dan memberi alasan di atas kealpaan mereka membantu saudara-saudara mereka di Gaza dan dipuluhan malah ratusan tempat yang lain di mana umat Islam dizalimi, ditindas dan disakiti.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Lebih malang lagi apabila ada Negara-negara Islam bahkan pemimpin-pemimpin Islam yang turut meletakkan kesalahan ke atas rakyat Palestin.

Ini adalah perkara yang sangat pelik. Israel yang melakukan serangan besar-besaran sehingga membunuh ratusan rakyat Palestin, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, tiba-tiba kesalahan itu dilonggokkan ke atas bahu rakyat Palestin?


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Jangan terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda pihak musuh.

Mereka mengulang-ulang gesaan supaya pejuang palestin menghentikan serangan roket ke atas sasaran Israel.

Mereka mendakwa serangan roket inilah yang telah mengundang amarah Israel sehingga mereka melancarkan serangan udara sejak seminggu yang lalu.

Hakikatnya rakyat Palestin hanya mempertahankan diri dari pencerobohan tentera Israel yang berlaku acap kali ke atas wilayah Gaza. Pencerobohan ini pula berlaku pada saat gencatan senjata berlangsung di antara kedua belah pihak.

Apakah pilihan yang ada pada rakyat Palestin ketika mereka dikepung dan dinafikan hak untuk hidup, kemudian dinafikan pula hak untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva memperakui tindakan mana-mana Negara atau bangsa yang dijajah untuk mempertahankan hak, diri dan tanah air mereka dari segala bentuk penjajahan asing.


Dunia tidak boleh diperdaya oleh regim zionis dengan siri-siri penipuan mereka. Kemampuan pejuang Palestin dan Hamas untuk bertindak balas ke atas kebiadapan Israel sangat terbatas.

Bagaimana mungkin Palestin yang hanya memiliki roket buatan sendiri yang tidak pernah tepat mengenai sasaran boleh menjadi ancaman kepada Israel yang merupakan kuasa tentera yang terbesar di dunia.

Dengan sokongan Amerika, Israel memiliki semua peralatan dan senjata tercanggih termasuklah kereta kebal Merkeva, helicopter Apachee dan Jet pejuang F16, F17 dan F18 yang dibekalkan oleh Amerika Syarkiat.

Hakikatnya tindakan serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin sejak sepuluh tahun yang lalu hanya membunuh sekitar 20 orang rakyat Israel, dan itupun dalam rangka untuk mempertahankan diri setiap kali tentera Israel menggempur rakyat Palestin.

Bilangan rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan Isreal sudah mencecah ribuan jiwa.

Ini tidak termasuk puluhan ribu yang tercedera dan 10,000 termasuk 300 orang wanita yang diseksa dalam penjara Israel.

Dan hari ini dalam satu serangan sahaja Israel membunuh 300 orang sekelip mata.

Di manakah ‘sense of proportion’ atau kemampuan menimbang masyarakat antarabangsa di antara kejahatan Israel dengan kemampuan rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Atas rasa tanggungjawab dan prihatin yang amat mendalam terhadap kezaliman yang sedang berlaku ke atas umat Islam, khatib mengsyorkan beberapa tindakan praktikal yang boleh dilakukan oleh umat Islam.

Pertama, khatib menyeru umat Islam supaya bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh agar Allah mengeluarkan kita dari keadaan yang lemah ini dan mengampuni kealpaan selama ini.

Seterusnya kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam supaya bangkit dari kelemahan ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Seterusnya secara khusus kita memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan ke atas umat Islam di Palestin ke atas musuh-musuh zionis yahudi.


Kedua, khatib mengesyorkan agar setiap kariah dan kawasan mengadakan solat hajat perdana memohon kepada Allah agar saudara-saudara kita di Palestin diselamatkan dari kejahatan musuh-musuh zionis dan memenangkan mereka dengan ‘karamah’ dari Allah SWT. Kita yakin golongan yang dizalimi dan teraniaya pasti didengari doa mereka dan akan mendapat pertolongan Allah SWT.


Ketiga khatib mengsyorkan agar umat Islam tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada suadara-saudaranya di Palestin. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka.


Firman Allah SWT dari Surah as Saff ayat 10-11 :-

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui."


Akhirnya khatib ingin mengingatkan umat Islam bahawa kezaliman dan penganiayaan itu menimpa bumi yang diberkati, bumi para Nabi, bumi Isra’ dan mikraj dan bumi di mana terletak masjid al Aqsa yang dimuliakan Allah SWT di samping masjid al Haram dan masjid a-Nabawi.


Khatib juga ingin merakamkan rasa sedih seluruh umat Islam yang amat mendalam ke atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin d Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (tahun baru Hijrah 1430H dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009.

Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin?

Oleh kerana itu khatib menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.


Disediakan oleh :

Dr Hafidzi Mohd Noor (HP 013-3685367)

Pengarah

Palestine Centre of Excellence(PACE)

28.12.08

reunion dinner..


salam to all...
semalam selesai sudah reunion dinner skolah al-mashoor(perempuan) batch PMR 98 dan SPM tahun 2000.
lbh kurang 40 lbh kawan2 yg datang..ada yg bawa suami, bawa tunang dan bawa famly pon ada....tak kisah la..asalkan kami dapat jumpa....ni kali ke 4 reunion diadakan tapi ni la 1 st time aku p...walau pon ttak sihat...aku gagahkan jugak p...sebab dah baya...dan x nak hampakan kawan2 yg p....walaupon x dpt jumpa kawan baik aku masa skola dulu, aku ttp semangat gak...

makanan kt hotel sunway tu mmg best...tapi aku x da makan sume jenis makanan tu...ada yg x menepati selera...mkan pon hanya yg ringan2...lbh banyak desert..sbb light n easy food( sbb kesihatan x mengizinkan...)

utk meriahkan lagi majlis kami buat tayangan slideshow gamba2 kami zaman dulu2...best..mengimbau kenangan....

pastu kami buat pula cabutan bertuah...sebelum dpt hadiah kami kna jawab soalan dulu....soalan senang2 je...berkisarkan ttg zaman sekolah dulu...mmg menarik la....seronok....ada yg kena nyanyi balik lagu skola...adoi...nasib baik soalan ni tak kena kat aku...mmg dah tak ingat pon lagu skola...8 tahun dah tak nyanyi...nak dengar apatah lagi..bukan ada rakaman lagu tu pon....tp tabik springla kt kawan aku siti mariam tu...dia siap leh nyayi lagu skola kami versi bahsa arab tu....walaupun beberapa baris tpi dia masih ingat....syabass mariam!!!

lepas tu kami beramah mesra...lama x jumpa...x tau cerita...masing2 tak banyak berubah..ada yg sedang sarat mengandung tpi mai jugak dari KL...ada juga yg dah due...tapi boleh lagi mai reunion ni...huh...

reunion ni dikatakan paling berjaya setakat ni sbb kali ni la plg ramai yg dataangg...harap2 thn depan boleh buat kat sebelah pulau ( pulau pinang) pulak sebab x yah susah2 cari jalan kat belah seberang tu...hehe...

ok la rasanya takat tu je nk cerita...hampir kul 11 kami berangkat pulang...jambatan jem jugak walau pun dah nak tengah malam...hampir kul 12 malam sampai la aku ke rumah...letih..


wassalam...



ni door gift kitorang...berbaloi..bayar RM 65 utk doorgift dan makanan yg best2...

27.12.08

x rek lagie...

salam to all....
sambung kisah x rek...aku demam lagi hari ni...sejak balik kerja semalam dah rasa nak demam balik...setelah seminggu berlalu, demam di terengganu hari tu rupanya bersambung semula di penang....

sebenarnya di sebelah petang lepas balik dari LRT lifestock, aku terus x larat nak buat apa2...tiba diserang demam..maka sejak balik dari ladang tu..aku terus makan dan terus ke bilik...terus rebah..dan tak bangun2 sampai la ke malam tu....aku diserang demam panas, teruk sangat...

sayangnya tak dapat bersama jaga cekpoint di CRR sbb kat sini aktiviti lbh mencabar..maka x dela gambar yg nak dikongsi ttg aktiviti ptg tu kt sini..tapi boleh rujuk sini untuk misi sebelah petangnya tuh….


sebelah malamnya aku dibawa ke klinik yg jauh nya hampir setengah jam dari CRR..itu pn jalan yg paling dekat …aku pergi bersama dua urusetia yg menemaniku dan seorang lagi peserta lelaki yg juga sakit ditemani pegiringnya….

Selepas ke klinik kami singgah kat kedai makan…nak bg peserta yg sakit tu makan sebelum dia makan ubat..kasihan dia…nampak macam dia pening…tk boleh nk buka mata..pening sangat agaknya…

Lepas tu kami pun balik kr CRR…tak sedar berapa lama perjalanan sebab aku tertidur sepanjang jalan….tapi kata kawan yg menemaniku perjalanan lbh kurang stengah jam lebih juga walaupun tak lalu jalan yg sama masa pergi tu jalannya agak teruk….

Keesokannya aku rasa lebih sihat…rasanya boleh la join aktiviti jungle trekking tapi malangnya ia dibatalkan dan kami hanya buat aktiviti indoor je…ada slot bersama hafiz bai, lihat gambar di bawah….pukul 12 kami dikehendaki checkout dari bilik ( bg pengiring dan urusetia) …lam kul 3 lepas siap2 makan , kami team penang dan team perak dan selangor





Sekian cerita x rek..seminggu amek masa nk tulis…malam ni aku akan bertemu kawan2 lama sekolah Almashoor….tk sabar nak jumpa mereka setelah lapan tahun lamanya terpisah .,.harap2 smuanya berjalan lancar…bertemakan warna hitam dan gold….pastinya suma nampak anggun malam nie…wow…..harap2 juga kesihatan ku ini stabil dan mengizinkan aku enjoy dgn kawan2ku di sana nanti….

26.12.08

X-REK @ RCC, kemamang..

sambungan kisah misi Syahadatain Gen -Y di Cheneh Recreation Resort, Kemaman Terengganu,

kisah seterusnya..

perjalanan kami dari Kuala Terengganu ke kemaman memakan masa hampir 2 jam..terima kasih kepada ajk pengangkutan n da team kerana datang dengan 4 kereta untuk menjemput kami...

sementara menunggu untuk dibawa ke CRR, ni la keje kami...


gamba kenang kenagan kat masjid...err...x tau masjid apa...

sampai ke Cheneh Recreation Resort, rupanya team penang sampai paling lambat...maka bila kami sampai je trus program start...sementara program berjalan pihak urusetia buat miting dengan para pengiring...

gambar2 misi pertama Syahadatain..







peserta kena pijak paku2 ni....ha...kt tgk sape yg sanggup hadapi cabaran nie..

gambar team2 penang sume tu...

lepas solat jumaat...misi syahadatain ke2 , aktiviti dalam kumpulan



gamba2 misi ke dua...




petang....pasang khemah...masak dinner...




pandai gak adik2 ku ini pasang khemah sendiri...tahniah2....dah biasa g camping agaknya... ;)


malam....ceramah oleh YDP kemaman..., tak sempat nk amek gamba sebab dipanggil meeting..

sabtu 20 disember..pagi..

explorace...kat LRT lifestock


lembu kambing cacing semua ada...

time ni aku ditugaskan menjada cekpoint kat tmpat ternakan cacing...banayak info dan ilmu baru yg ku dapat dari kakak pegawai yg bertugas kt situ...kata kakak tu...cacing tak berjantina..tapi ada dua organ untuk pembiakan...asalkan ada pasangan...cacing boleh membiak...tak pernah ku tahu tentang ni.....hebat kan ciptaan ALLAH nie??? Subahanallah...banyaknya ilmu ALLAH yg tak kita ketahui ....


aku curi2 masa pergi ke ladang kambing ..teringin nak tengok kambing2 yg comel tu dari dekat...
tapi bila pergi sana...ada pula kambing gergasi nih....


lupa nk tanya pegawai kt situ ni kambing apa...dia suka posing camtu...menampakkan kegagahannya...hahah....gerun tengok.....

apa pun bila jalan2 jumpa lagi sekor kambing yg tengah dimandikan..aku pon join bagi mandi kambing ni skali..bes...akk tu kata kambing ni manja...nak bagi mandi pon senang....dia duduk je diam2...tapi kalau kene kat telinga dia...dia akan mengamuk dan mengelengkan kepala dan tanduk2nya...ha...time ni takut sikit....takut kene tanduk...tengok la tanduknya panjang mana...


masa dah tamat sesi explorace kt LRT Lifestock ni kami dikejutkan dengan lembu yg baru mati ni...lembu ni mmg dah lama sakit...kaki dia tak boleh berjalan sbb kena pijak dengan lembu lain masa dalam lori....last2...dia menemui ajalnya ...kesian...kami pun duduk keliling tengok lembu ni...pengarah program akh sufian minta bacakan al fatihah untk lembu nie...insaf sekejap....



selanjutnya akan bersambung kemudian...

wassalam...

22.12.08

back from ganu....




pengarah & SU program sdg memerhati peserta dan lmbu yg br jd arwah...



salam to all..

back from ganu...banyak pengalaman suka duka aku di sana..

tapi alhamdulillah ALLAH mudahkan urusan ku di sana...

pagi tadi jam 5.45 aku dan pengiring bersama peserta sampai di butterworth,

memandangkan takda bas direct nak ke penang, maka kami ambil bas ke b'woth jer...


sedap..makan ramai2 , ikut sunnah...


bannayak pengalaman nk cerita sebenarnya tapi msa amatlah terhad..sbb terdesak utk menyiapkan bebanan kerja kt ofis...bayangkan aku terpaksa p kerja walaupun br balik dari xrek ni...apa nak buat...takkan nak melawan boss...katanya ada keja urgent yg perlu disetelkan...ok la x nak cerita panjg lagi... utk foto2 selanjutnya sila lihat click kat me elbemm di menu (kt bahagian atas blog nie...) sekian terima kasih... ;)

gambar lagi...

mana satu peserta, mana satu pengiring ye?nampak sama je...hihihi.. (setibanya kami b 'woth pg isnin)..

sape kate kambing takut air...kambing ni heppy je kita duk mandikan die...

P/S: for those who want to share photos, u are given permission to upload those photos at my friendster photo album....hope we can share more photos coz i might miss some precious and valuable moments during event....thank you.... ;)

18.12.08

nak g ganu???



X-REK @ ganu 2008

salam to all....
hati berbunga2 nak pergi Ganu nih...
tapi bukan nak pergi bercuti-cuti Malaysia...haha

tapi dalam masa yg sama risau jugak nak pergi nie...
jadi pengiring untuk peserta XREK anjuran JIM di sana...
kali ni Terengganu jadi tuan rumah...
risau bukan apa...tk pernah p ganu lagi...
tugas pengring nampak mudah..tapi tanggungjawab dan amanahnya besar bg aku..
tapi tak pe la..kene la amek pengalaman...pengalaman ni la yg amat berharga..
walau pon ada lg dua orang pengiring...seorang lelaki dan lagi seorang perempuan, tapi aku masih belum kenal mereka...cume pernah jumpa salah seorang tu, huda namanya..itu pon sbb dia kawan dila...

tapi ada berita baik..huda ni org GAnu jugak...so insyaALLAH apa2 hal dia arif tentang ganu..
hm...ada kawn2 yg kata aku pelik time2 camni nk p ganu....tgh hujan2 dan musim banjir nie...aku ckp...program ni dah mmg kene ikut perancangan...kena la buat juga...dan kalau ada apa2 terjadi insyaALLAH pihak penganjur program dah ada back up plan..insyaALLAH ( gitu la mklumat yg aku dpt dari diskusi kt yahoogrup)...tapi harap2 sumenye ok dan dipermudahkan oleh ALLAH...hanya padanya kita bergantung harap...ye tak?


kepada semua yg baca blog nie , doakan la semoga perjalanan kami selamat...
selamt pergi..berprogram di sana..dan selamat smpai balik ke penang nie...
malam ni insyaALLAH aku dan 2 orang lagi pengiring akan bertolak bersama sejumlah 10 orang peserta XREK (untk info XREK = Ekspidisi Remaja Kental ) dari pulau pinang....insyaALLAH...
bas ke ganu akan bertolak kul 9 malam nie...dan program akan bermula besok pagi dan berakhir ahad tengahari....nmpaknya aku pon kene kental juga sebab nak jaga budak2 ni 3 hari..heheh...insyaALLAH semuanya selamat...(rasa cam nak p makan angin pulak,hehe)

ok guess i'll stop here..cam biasa...gambar akan menyusul kemudian...
take care guys!!

to cik ros, cik CT n cik ida...tika menulih blog ini aku tersangat la rindu kt korang ..
tak tau la nape...i miss u my pren!!! ;) nnti sampai sana i mesej u all sume k..

piece...
wassalam...
p/s: aku tak dibenarkan cuti pada hr isnin ni...uwa!!!!!


pulau indah idamanku...dapatkah ku jejakinya??



15.12.08

kenduri lagi...??


kenduri ni kt taiping..pengantin x sampai lagi..

salam...
dah lama rasanya tak update...asik paste kan aktiviti JIM jer...
nk kata bizi....tak de la sangat...
tapi bizi la jugak...kenduri sana sini...
tak terbilang...tak tau nak p yg mana satu..
yg jauh tu konfim la tak p...( yg dekat pon ada yg tak p...)
jauhnye sampai ke johor...tahniahHiswadi Anuar, kawn ku masa kt IIC dulu...
ada yg jauh nun d KL...minta maaf Seri...yong x dapat p..sorry sangat..tu yg kata...
x bagi kad pon takpa...sbb serba salah nanti kalau tak p...tapi kad seri smpai juga
kt rumah yong..heheh...terima kasih atas jemputan..akk mampu doakan saja dari jauh...
lagi sape yer...oh..kak Zaiti (juga warga halaqah.net) dengan pasangannya dari negara Oman, selamat melayari bahtera rumahtangga yg manis bersama madu yg disayangi nanti ye kak...(ni lagi jauh nk pergi sbb kat nun di Sarawak sana...) , juga Zakaria Hamidon dengan Nur Jannah ( kedua2 nya juga warga halaqah.net)....uish...ramainya....

dan doa ni untuk kalian semua...semoga majlis diberkati dan sentiasa berada berada dalam rahmatNYA di alam penuh kebahagian dan ketenangan..insyaALLAH...

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir...

doa khas untuk sume yg baru berumahtangga, sudah berumahtannga..dan sewaktu dengannya..

paling jauh kenduri yg aku pergi pon kt taiping..org nya x berapa kenal pon..tpi mak yg kenal...
erm....x nak cerita panjang...tp kenduri2 kahwen mgu nie yg aku hadiri sumenye menarik2 belaka....unik...dan sederhana...aku suke...ada yg cara kmpung...ada yg moden..tapi sederhana..tak berlebihan atau terlalu menonjol...bagus kalau camnie...

bukan macam sesetengah tu...grand sangat..pasangn lagu yg bingit yg menyakitkan teliga...tak rasa macam p kenduri..tapi rasa macm konsert pulak...(eheeh....sorry to say)...sakit jiwa ku..ehhe...

opss..dah la sikit cerita kahwen...bukan semua org suka dengar cerita kahwen nie..hehe...
so let me stop here...gamba x de...msh lam kemere lagi....x upload lagi...nanti2 la...datang balik sini kalo nk tgk gambo2 kenduri yg aku hadiri...

wassalam...

akhir kata...suatu hr nnti mugkin org lain yg akan baca doa kt atas kt aku...
bila yer???

wallahua'lam...


p/s: tertekan nie...tetekan ke???


ayam jantan kampung..kampung apa yer..lupe dah..



cam kenal je budak botak tu...

rasa cam nk sambung lagi...lepas balik dari kenduri di taiping perak ..(ala2 tradisional sbb kat kampung gitu), terus pulak pergi kenduri seorang kawan abah , anak dr misni kt batu uban..kata abah anak dr misni ni dulu kawan saya...tadika islam usm dulu masa kecik2...tapi bile tenung balik wajah kedua2 pengantin...rasanya x ingat lamgsung siapa kawan masa tadika tu...takperla...

then masa balik dari kenduri ni...teringat pula jemputan haji Rasyid (JIM) utk walimah anaknya ....dekat je dengan rumah saya kat bayan baru...kalau boleh nak p dengan kak Lat..tapi disebabkan dah lewat...dan penat...maka tak jadi la nak pergi memenuhi jemputan kenduri tu...saya hanya pesan kat kak lat minta kak lat kirim salam je kat haji Rasyid ...dan kalau tak salah akh Yusri juga ber walimah kat terengganu pada hari yg sama (sabtu)...slamat berbahagia semua....

sekian celoteh ku kali ini...sekali lagi...doa ni utk kalian semua...

Barokallahu laka wa baroka alaika
Wa jama'a bainakuma fii khaiir...


piece..
wassalam..

11.12.08

hebahan aktiviti remaja dan belia..

dari JIM PP yahoogroups...


Dimaklumkan Keindahan BersamaMu Anjuran bersama Persatuan
Kebajikan Pekerja Islam TNB S.Perai dan Masjid S.Jaya
Tarikh : 20 dan 21 Disember 2008
Tempat : Masjid S.Jaya.
Terbuka untuk remaja 13 - 20 tahun.
setakat ini pendaftaran: 30 orang.
Yuran : RM35.00

Yang berminat boleh daftar pada ana sendiri:
019-9552240.
en.Mohamad Abdul Rahman )

Tarikh tutup : 17 Dis 2008.



aktiviti selanjutnya..




KEM MOTIVASI REMAJA
KEINDAHAN BERSAMAMU

Indahnya Bersama Allah, Rasul, Keluarga & Sahabat


hari sabtu - ada 5 slot
a. knowing me knowing you
b. titian kejayaan
c. akrab persahabatan
d. sihat sepanjang hayat
e. meniti angin malam
hari ahad - 4 slot
a. meniti embun pagi
b. kini dan hijrah
c. ku sayang ibu ayah (slot bersama ibu ayah)
d. menyemai kasih menuai sayang


Barat Daya telah pun menjalin hubungan dengan JKKK Teluk Bahang.
Hubungan telah bermula dalam bulan puasa semasa sesi sumbangan fakir miskin.
Ini diikuti dengan hari silaturahim awal nov yang diadakan di Teluk Bahang.
Mereka ada meminta buatkan suatu aktiviti untuk remaja, maka dengan itu
JKKK Titi Teras dan JKKK Teluk Bahang dengan JIM Barat Daya
akan menganjurkan Kem Motivasi Remaja, KBM
di Sek Men Teluk Bahang pada 13 dan 14 Disember
Penyertaan adalah untuk pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 (pada 2008) sahaja.


sekian...
wassalam...

7.12.08

Tunda???

pengumuman penting...

Salam.

Adalah dimaklumkan bahawa program MOH JKE Perak anjuran KRJPP terpaksa di tunda kerana pihak Jawatankuasa KRJ Perak tidak dapat melakukan aktiviti di Kem Tok Sakah kerana memberi laluan kepada Jabatan Kerajaan membuat aktiviti mereka dan sekarang Perak sedang mencaari tempat yang sesuai. Oleh itu lawatan ke sana terpaska di tunda.
Walaubagaimanapun, telah syura dengan pihak Pengarah KRJ Perak di tunda ke bulan MAC. Kali ini program berbentuk lawanta sammbil berkempen.
Saya telah pun menghubungi remaja yang telah mendaftar dan memaklumkan perkara sebenar dan telah menerima dengan rela hati.

Terima kasih.

Latifah Bee
Pengarah KRJPP


yg melaporkan..yg mengikut arahan..
-shazwani bt amanullah-
psu krjpp


wassalam..


slamat hari raya haji kepada semua pengunjung blog ku...;)


p/s: kenangan raya haji 2 thn lepas menerpa lagi...

2.12.08

Moh ke Perak ..JOM!!!

jalan jalan cuci mata, cuci hati...

salam…
program untuk remaja kembali lagi…

kali ini kami buat lawatan dari penang ke perak pula…
menarik kan???

donwload the brosure here 4 more information…

boleh ajak kawan2 sekali…

penyertaan terbuka kepada
remaja 13-17 tahun….

date - 13&14 Disember 2008 nie…


daftar segera, tempat adalah terhad!!! ;)

jauh perjalanan luas pengetahuan...

30.11.08

10 days of dzulhijjah...

as we are approaching raya haji...here is a bit about 10 days of zulhijjah...

"THERE are no days during which good deeds are more beloved by Allah than these (ten) days." (Al-Bukhari, Tirmidhi and others)

The Prophet (peace be upon him) was then asked: "Not even Jihad in Allah's way?" He replied: "Not even Jihad in Allah's way; except for a person who went out (for Jihad) with his self and wealth and came back with none (i.e. lost all for Allah)." (Tirmidhi – authenticated in Al-Albani's Irwaa' Al-Ghaleel no. 953)

All good deeds can be done during these days and the early generations of Muslims used to exert themselves excessively in worshipping Allah. Fasting and Dhikr (glorifying and remembering Allah) especially should be done in plenty.

Dhikr

Ibn Abbas commented on the verse "…and to mention Allah's name (plentifully) on known days" (Qur'an, 22:28) by saying: "…these known days are the Ten Days (of Dhul Hijjah)." (Tafseer Ibn Katheer)

Fasting

One of the wives of the Prophet (peace be upon him) said: "Allah's Messenger used to fast the (first) nine days of Dhul Hijjah, the day of `Ashouraa', and three days of each month. (Saheeh Sunan Abu Dawood no. 2129)

Fasting on all these days, however, is not Wajib (compulsory) , nor is it a stressed Sunnah that the Messenger (peace be upon him) never left. Ayesha said: "I never saw the Messenger (peace be upon him) fast the ten days." (Saheeh Muslim)

Best day of the year

On the day of Arafah the pilgrims stand in worship in the Mountain of Arafah.

"Fasting the day of Arafah expiates the (minor) sins of two years: a past one and a coming one. And fasting the day of `Aashouraa' expiates the sins of the past year." (Saheeh Muslim)

"There is no day on which Allah frees people from the Fire as He does on the day of Arafah. (Saheeh Muslim)

Day of Sacrifice

The tenth of Dhul-Hijjah is Eid Al-Adha or the day of An-Nahr (sacrifice). It marks the conclusion of the major rites of Haj, and commemorates Allah's bounty on His Messenger Ibrahim, when He gave him a ram to sacrifice as ransom in exchange for his son Ismail (peace be upon them).

"The day of Al-Fitr (i.e. Eid Al-Fitr), the day of An-Nahr, and the days of Tashreeq are Eid days for us Muslims. They are days of eating and drinking." (Ahmad, An-Nasaa'ee, Saheeh Al-Jaami no. 8192)

Three days after Eid

On these days, the pilgrims complete their rites, Muslims continue with their Eid celebrations, and are prohibited to fast. "The days of Tashreeq are days of eating, drinking and remembering Allah." (Saheeh Muslim)

The sacrifice

The consensus of Muslim scholars is that the sacrifice is an important Sunnah, and a worship called for in the Law of Allah. However, they differ as to whether it is Nafl (voluntary) or Wajib (mandatory) for those who can afford it. Some scholars have explained the different Ahadith on the subject by stating that the sacrifice is obligatory on those who can afford it and not obligatory on those who cannot.

Abu Hurayrah reported that the Messenger (peace be upon him) said: "He who has the capacity, and does not sacrifice, may not approach our Musalla (place of prayer - on the Eid)." (Ibn Maajah, Ahmad and others, authenticated by Al-Albani in Saheeh Sunan Ibn Majah no. 2533)

One who wants to sacrifice (Udhiyyah) should not cut his hair or nails during these 10 days. He should do so before these 10 days. The Prophet (peace be upon him) said, "When anyone of you intending to sacrifice the animal enters the month of Dhul Hijjah he should not get his hair or nails touched (cut)." (Saheeh Muslim)

28.11.08

mati itu pasti!!

perjalanan sebelum naik kereta mayat??

alfatihah kepada allahyarhamah nenek (sebelah bapa) ku yg telah kembali menemui penciptaNYA semalam...
aku tidak sempat untk berada di sisinya di saat2 akhirnya namun apa yg aku ketahui permintaan terakhirnya untuk berjumpa anak bongsunya termakbul. dari cerita yg ku dengar, beliau di saat2 akhirnya teringin sangat nk jumpa dgn pak su ku...lantas mereka memanggil paksuku dengan segera dan dia pon datang....tak sangka nenek ku menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan paksu ku....disaksikan oleh isteri paksu ku dan makcik2 ku yg laatin.....innalillah hi wa inna ilahi rajiu'n....


aku tidak punya atok lagi.. kedua2 atok dan tokwan ku sebelah mak dan ayah telah tiada lagi...
namun sempat juga aku melihat saat2 akhir kematian nya...nenek ku telah lama sakit...operation pun sudah....tukar darah dan tambah darah pun sudah....dari penyakit di perut sampai la penyakit melarat ke bahagian hati...yg menyebabkan perut nenekku nampak bulat besar seakan sarat mengandung di waktu matinya.....sayunya melihat keadaannya ketika aku bergegas ke surau di mana mayat berada....ketika aku sampai.,...mayat baru hendak dimandikan..sempat aku menjenguk wajah nenekku...dan aku juga berpeluang memandikannya walau sejurus sahaja...kerana ramai lagi saudara2 tak nak lepaskan peluang memandikannya...


tak lama lepas tu dah masuk waktu asar, masih sedara2ku masih lagi memandikan nenek ku...aku pula naik ke atas tingkat 3 (rumah tok) untk solat asar terlebih dulu, nanti nak tengok atokku dikafankan pula....tapi malangnya x sempat...selesai saja lepas solat aku turun semula ke surau di tngkat dua ...malangnya atokku dah dikafankan dan mereka dah besiap sedia nk solatkan jenazah....


nampaknya x de rezki nk menatap wajah nenek ku lagi...dua tiga hari lepas pon semasa aku menziarahi nenek dan hendak pulang, dia dah tertidur, tak sampai hati nk kejutkan untuk ku bersalam degannya sebelum pulang....dan itula kali terakhir aku menziarahinya (semasa sakitnya)....dan kali terakhir semasa dimandikan....semoga ALLAH mencucuri nikmat ke atas rohnya....dari cerita yg aku denagar...beliau meninggal dalam keadaan yg mudah dan tenang...moga diringankan azab di alam sana...dan moga kematian ini sentiasa mengingatkan kami akan persediaan kami di dunia sebelum kami pon menjadi mayat dan meninggalkan dunia ini....ameen...

panduan bersama..

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”


ameen..ya Rabbal alameen...

24.11.08

back from KL??


:)
salam to all..

alhamdulilah ..dengan susah payahnya tapi dipermudahkan ALLAH segalanya...maka selamat lah saya kembali dari KL sejurus selepas tamatnya PPN pada jam 7.30 malam (ahad)...

dan sekembalinya saya ke rumah hampir kol 3pagi...terus je mandi dan tidur...huaa...letihnye!!!
pastu pagi2 keje lak...hmm.. :(

so for the time being saya x kan cerita panjang....

i wiil just leave some links related to the program here.....cerita selanjutnya akan dicoretkan kemudian bila ada lebih kelapangan...





saje amek time buring2 lam dewan..heheh

21.11.08

sakit kaki??


bukan kasut tuan punya blog--->harap maklum ;)


yezza..sakit kaki ku ini ...
sebab semalam terpelecok..( bahsa org penang..paham kee??)
dan terus terseliuh..dah la pakai kasut 'platform' (sekali lagi...paham ke apa tu platform??..ha..x pe...mungkin hanya orang pompuan je yg tau...) pastu bile tersadung then terpelecok...adeh...sakitnye...tapi pastu ok x rasa apa2...tapi malu sikit sbb hampir2 terjatuh tp tak la jatuh terduduk terus kt atas tanah..sempat kawan aku sambut...hehe..syukur alhamdulillah..

tapi itu semalam...

hari ni..pagi ni lepas solat subuh..masa nak bangun lepas solat baru terasa sakit kesan jatuh semalam..kat buku lali kaki...adeh..rasa susah sikit nk jalan...bapaku suruh sapu minyak...
aku lak risau...hari ni (malam ni) nk pergi KL untuk PPN JIM...takut lak kaki bengkak ke ape ke...rasa gak nk p kinik tapi malas...ingat nak sapu minyak tu kat opis je tapi lupa pulak nk bawak minyak tu...adeh...las2 aku datang opis pakai selipar je...tak pakai dah kasut sandal 'platform' yg aku suka pakai tu...x berani...takut jatuh lagi kat situ...sebab tau pagi ni mesti nk p brekfast mesti lalu tempat yg aku jatuh semalam tuh..heheh....apatah lagi dengan buku lali yg sakit ni mmg x le nk pakai sandal tu die agak tinggi...huh...ni rasa nk bli kasut lain lagi ni..eheh...kasut yg bukan platform lak...ehhe... pasni kne bli kasut jenis camni..

dah lama tak bli dan pakai kasut camni sejak keje..time blaja dulu kasut ni la menjadi pilihan hati..ehhe




eh ni nk cerita pasal kasut ke pasal sakit kaki?hehe....untuk sume...doakanla kesejahteraan ku nanti..moga2 selamat perjalanan ke KL dan berada di sana dan pulang dengan selamat ke penang...dalam keadaan kaki macam nie...alhamdulillah masih boleh berlajan tapi kene berhati...harap2 its not getting worst but getting better.....ameen....


18 nov lalu alhamdulillah aku dapat attend talk Yusuf Estes d USM nie..mmg nk sangt dengar talk dia alhamdulillah ALLAH izinkan....nanti bila ada masa akan ku kongsikan intipatinya di sini..(kene buka notebook balik for proper writing and explanation..). ramai ahli JIIM yg hadir talk tu..alhamdulilah...dewan pon penuh ...dan yg paling best ada juga sekelumit non Muslim yg berminat datang...moga ALLAH bg hiadayah pada mereka untuk peluk Islam, ameen....


so guys i guess ill stop here..happy reading ..have a nice weekend....n c u next week as i might be no online during this weekend...harap2 semua urusan dan event2 di PPN berjalan dengan lancar...


wassalam...

piece... ;-)


p/s: jumpa kawan lama masa tadika di akhir program Yusuf Estes..tak sangka orang tu ingat lagi namaku ...malunya aku hanya ingat muka dia tapi x ingat nama...hmm