kalau 2 minggu lepas, Hidayah Centre Penang buat Dakwah Street, tapi LM tak dapat join dengan kuasa ALLAH..sbb ditarik nikmat kesihatan itu, maka pada 24 Jauari 2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434H LM menebus kekecewaan dengan menyertai Street Dakwah edisi Maulidurrasul anjuran IPSI...
Satu pengalaman yang amat baru bagi LM secara praktikal yang teramat2 praktikal bila dapat buat sendiri street dakwah ni.. dan yang paling best, LM dapat menyampaikan mesej kepada local non Muslim dan foreign non Muslim pada waktu yg sama...syukur..pengalaman pertama ni tak dapat dilupakan...walaupun terlalu banyak kekurangannya dari penyampaian LM...
Al-kisahnya dari mula...
briefing.. di dewan makan Pusat Islam USM..
sambil breakfast di dewan makan,kami diberikan penerangan dan pengenalan program. sambil2 tu AJK kat belakang sibuk mengikat coklat dengan bunga utk last preparation, sbb bunga tak cukup akibat participation yang ramai, maka bunga2 tambahan yg diorder baru sampai pagi ni....oklah, basically ada few simple steps bg edisi SD Maulidurrasul ni..
1. greet mad'u..nyatakan kita dari (NGO) mana..
2. beritahu harini ialah harijadi Nabi Muhammad,
3. elakkan berdebat, just brief kenapa kita bagi bunga, coklat dan pamplet..
4. jika mereka ingin berbincang lanjut, mohon mereka menghubungi nombor di name card yang diberi dgn hadiah2 tadi..
nampak simple! kan? kan? kita tengok nanti..
seorang lagi team member sedang merakamkan kami...:)
jom.. punya 'pedo' beg berisi bunga ros tu...
briefing dan pembahagian kumpulan di dewan makan Pusat Islam USM... inilah group kami yang akan KOMTAR...group lain ke pelbagai kawasan serata Pulau Pinang iaitu ke Jetty, Queensbay, Airpot, Hospital, Chowrosta, Ayer Itam dan paling BEST, Bukit Bendera.... depa naik sampai ataih bukit nun.....
antara sebab LM pilih KOMTAR, ialah sbb nak merasa apa yg telah HCPP buat 2 mgu lepas kat sana.. suasana street dakwah kt sana bagaimanalah agaknya kan...
akhirnya kami naik kereta comel LM menuju ke KOMTAR... cari parking free...sinilah tempatnya..
menakutkan.... parking free punya pasal..
bermula dengan menyapa seorang pekedai Cina, alhamdulillah sambutannya baik dengan senyuman bila kami hulurkan bunga ros dan coklat...
aunty ni bukan pening, dia cuma sedang berfikir..dan blur sikit pada mulanya..
terus ke kawasan stesyen bas KOMTAR...macam2 ragam manusia, kat sini ada je yang buat2 tak faham bahasa, hanya geleng kepala tanda reject... ada juga 2, 3 kali kena reject..kami hormati jika mereka tak mahu diganggu atau didekati...
jumpa pula sorang amoi yg sanagt sporting..entah berapa kali dia cakap thanks dan shake hand dengan kami.. alhamdulillah, lepas kami beri penerangan sikit, dia terima dengan hati terbuka..
memang rezeki dia, kereta rosak dan 1st time tunggu rapid, dapat pula bunga ros... dia mmg sangat happy dpt bunga tu..
jalan-jalan lagi, kami jumpa uncle ni, dia ingat penang cuti harini ( 24 jan 2013) sbb Awal Muharam, kami bgtau dia, harini Maulidurrasul, Prophet Muhammad birthday...
uncle pemandu teksi..
'customer' yang ke berapa entah..tp masih dapat bunga..lepas tu nampak anak/cucu comel dia..
budak kecik tu malu2, aunty tu mula2 mcm berat hati nk terima, tapi akhirnya dia sudi menerima 'hadiah' kami..
Renu, the open minded girl.. tak boleh lupa ayat dia " this is cool men! i cant believe you can do this!"
mulanya akak Renu tu duk termenung, kami pun p sapa dia..tak sangka respon sangat baik...dia nampak seperti seorang yang suka membaca, dan interested nak baca risalah yang kami bawa...
sempat wish Happy New Year lagi..
kebanyakan mereka tau cuti umum, tapi x tau kenapa cuti, yang penting bg depa cuti leh dpt customer lebih..
akak nii pulak mati2 tau mau bunga ros... lepas kami story mory kami bg rose for free, baru dia terima, dan happy sbb dpt rose.. partner dia dah lari...tapi bila tengok akk tu amek bunga, dia mula senyum dan mendekati kami semula...:)
depan prangin mall..tp lokasi posing ni amat x best..ish ish..
aunty baju ungu sangat sporting.. dia yang tanya kami duk buat apa masa kami lalu depan dia, walaupun kami x p kat dia...at last, dia didakwah, termasuk dua orang kawan dia ...sbb dia request give tu bagi kat kawan2 dia sama... begitu skali ukhwah dia dengan kawan2nya...hehe ..dia juga yg request utk ambil gambar ramai2 ni..masa ni kami satu team komtar dah habis bagi bunga dan coklat dan nak balik... tapi ada satu lg gift kat Sumirah dan Adinah, jadi kami pun patah balik mai bg gift kat aunty McD yang tak dapat gitf tadi sbb LM dan partner dah kehabisan gitf nk bagi...
Rasa puas dapat habiskan kesemua gift dan highlite kepada Non Muslim harini adalah Maulidurrasul dan menyampaikan kebenaran bahawa Nabi Muhammad membawa kasih sayang..bukannya keganasan... lega sebab tugas dah habis... tapi rasa excited,syukur dalam hati tu tak dapat nk digambarkan...
kami bertolak ke masjid Kapitan Kling..semua dari lokasi dakwah masing akan berkumpul di Masjid ini..
bila sampai kami diinterview oleh krew IPSI tentang pengalaman dakwah di KOMTAR..
kenangan team KOMTAR yang baru sampai di Masjid Kapitan Kling setelah selesai tugas di KOMTAR
tourist???
sambil menunggu team lain sampai kami masuk ke dalam masjid dan buat dakwah kepada tourist yg ada kat dalam masjid..oleh kerana AJK IPSI nampak x menang tangan nak bawa tourist ni tour masjid, LM pun ambil peluang menyantuni jemaah tourist yang baru masuk ke masjid..kebetulan mereka adalah chinese malaysia dan dua Christian dari Sweeden... ALLAHUAKBAR...
ihsan gambo IPSI.. time tu berpeluh-peluh baca surah Al Fatihah dan berhempas pulas explain terjemahannya dalam ENGLISH! nasib baik ada wartawan BERNAMA dan lg sorang member kat sebelah tu tolong bagi vocab...fuh..ALLAH mudahkan jua..
part di atas paling mencabar...macam2 soalan yang tourist tu tanya, walaupun rasanya x da kaitan sangat dengan agama., LM rasa mcm duk jadi pakar motivasi dan cikgu ALif Ba Ta kat situ... haha..sebab apa? sebab Chinese Malaysian tu teruja mcm mana orang melayu boleh baca tulisan Arab...sbb Quran ditulis dan dibaca dalam Arabic... so LM pun explain...depa leh faham...alhamdulillah..
sebenarnya baru dua kali LM tgk AJK IPSI handle tourist pusing2 masjid ni... sebelum tourist ni mai pun sempat dengar dari pakar, iaitu sister Sakinah yang dah lebih 20 kali buat dakwah non Muslim dalam masjid ni...LM baru dua kali, pastilah banyak kekurangan dan cabarannya, namun ku gagahi jua.. nikmat kemanisan menyampaikan kebenaran itu adalah yang terindah dan x dapat diungkap dengan kata-kata... Subhanallah..
lepas solat Zohor kami berposterm ramai2, dan mendengar kisah dari lokasi berasingan..macam macam pengalaman dikongsi..tips pun ada utk improvement... tahun depan insyaALLAH nak join lagi, eh..x tahun depan pun takpa...bila2 berkesempatan, insyaALLAH LM akan berusaha join..
oh ya, Street Dakwah ini juga berlangsung di beberapa negeri lain serata Malaysia..rasa seronok bekerja sama2 utk Islam serentak pada waktuu yg sama..di KL, seorang warga US bersyahadah hasil usaha Dakwah Street di sana..alhamdulillah...semoga ALLAH buka hati mereka yg didakwah di Penang ni juga..
from our observation, beberapa kesimpulan dapat dibuat..
1. ada 2 orang Indian yang ingat 12 Rabiul Awal @ public holiday sempena maulid tu Awal Muharram..depa sebut awal Muharram tu.. bukan depa sebut tahun baru hijrah..time tu LM yg impress!
2. majoritinya kaum India lebih mudah didekati,sporting.. kaum Cina kebanyakkannya tidak mahu diganggu, mungkin kerana sedang sibuk.. namun bila kena caranya, mereka menerima dengan hati terbuka
3. selepas perkongsian masa post motem, LM dapati cara kita approach dan penyampaian mestilah kena dengan mad'u, ada gayanya.. ni yg kena belajar /training lagi.. dan kena cari pengalaman lagi..
4. ilmu perbandingan agama/budaya penting, supaya kita leh 'masuk ' dgn mad'u dan mereka pun boleh terima 'invitation' kita..
akhir kalam, gambar2 SD edisi Maulidurrasul anjuran IPSI boleh di view di sini dan di sini....
dan juga video full coverage of the program boleh ditonton di bawah ni..
Semoga entry ni bermanfaat untuk semua, LM menulis panjang lebar bukan bertujuan riak dan menunjuk-nunjuk...tapi LM tahu ada yang mencari sedikit sebanyak maklumat Street Dakwah ..mungkin coretan ini boleh membantu walaupun tak seberapa... syukur kepada ALLAH kerana memberi peluang merasa SD sendiri..seriously happy walaupun x dapat hadiri SD versi Hidayah Centre Penang haritu... semoga ukhwah kekal berpanjangan, lillahi ta'ala...
Wallahua'lam.. :)
3 comments:
Kagum dengan kesungguhan kamu mengisi STREET DAKWAH..
best2...insya ALLAH next time nak join...
Post a Comment