2.11.08

kebizian dan kerinduan yg melanda...

salam to all..

kebizian melanda?bizi sangatkah???
wah..kalau dulu time ni tgh exam....final exam...kalau dulu time ni tgh berhempas pulas baca buku..maklumla nk exam...tak pk bnda lain dah...nak basuh kain pon pk banyak kali..hehee

tapi kini....

kebizian yg lain pulak melanda...
kebizian di tempat kerja...kepala asek pk pasal kerja saja...
almaklumla...time keje walaupun takde exam..tp keje tetap ada dateline nye...
maka dengan itu kita kene la wat keje ikut dateline dan timeline yg diberi...argh malasnya nk cerita bab kerja nie... ( bukan apa sbb skg ni pon aku kt tmpat keje..br lepas training kt bilik persidangan kt PJJ nie..)

sebenarnya aku bizi sbb ada important task yg aku kene siapkan sebelum 6 nov ni ...then bos aku akan present hasil kerjaku itu di depan orang kuat KWSP yg mungkin akan membeli product kami..(insyaALLAH mudah2an...)..maka dengan itu aku dengan rela hatinya datang gak opis semalam (sabtu pagi) untuk wat keje mana yg patot..kalau nk tgu working days je nk siapkan maybi kelam kabut sikit...sbb bnda ni kene wt btul2...all out...sbb nk dpt da best result...n bg orang puas hati dengan product kita....argh...malas nk elaborate...bukan sume orang akan paham pon...ehheh...ok la tutup bab keje...


pas keje lak aku trus pegi ke hotel sri malaysia untuk menhadiri forum interfaith dioalogue tu...selain utk menambah ilmu aku jg pergi sbb nk bg full support kepada team usrah ku (kauthar inteam) yg jadi barisan komitee utama program tu, khususnya Dila yg jadi emcee....(soory for coming late--2.40 br sampai;P)... dan jugak suport ahli wanita JIM yg julung kalinya menganjurkan program camni...alhamdulillah semuanya berjalan lancar (walau pun aku je ahli grup usrah yg x jadi komitee tapi jadi pemerhati je..heheheh) dengan izin ALLAH yg maha kuasa...


berikut aku pastekan beberapa komen dan testimoni dan munkgin juga terselit nota intipati dioalogue tersebut di bawah...petikan2 komen2 ni diambil dari JIMPP yahoougrooups..moga bermanfaat untuk semua....ada juga kawan yg x dapat hadir tapi meminta aku menulis nota untuk dipinjamkan...nota yg tu ada..tapi lagi bagus rasanya kalau boleh dapatkan trus cd rakaman program tersebut dari aku nanti...

Salam.

Alhamdulillahirabbi l alamin.

Dengan izinNYA jua, Interfaith Dialogue : Women In The Eyes of GOD,where do they stand, telah dapat berjalan dengan lancar di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru pada siang tadi, 1 Nov., Sabtu, jam 2.15 -5.30 petang.

Ianya telah dirasmikan oleh YB Ong Kok Fooi, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Komuniti, Belia dan Sukan Kerajaan Negeri.( Sebelum pulang, YB Ong sempat menyatakan kesediaan pihaknya untuk menjadi Co-Organizer' dengan JIM bagi program-program seumpamanya di masa akan datang...).

Dialog yang bermanfaat tersebut telah dapat menarik minat hampir 100 orang dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa dengan menampilkan 4 orang ahli panel:

i. Dr Marina daripada Young Women’s Christian Association

ii. Ven. Lee Yew Kuan daripada Malaysian Buddhist Association

iii. Peguam V.Amareson, Pengerusi 'Propagation Committee' Penang Hindu Sangam

iv. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj daripada Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( pada masa 'mail' ini ditulis, dalam penerbangan pulang ke KLIA, semoga selamat tiba, InsyaAllah ).

Dialog tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Munirah Ghazali.

Perbincangan berlangsung dengan penuh harmoni dalam tempoh 2 jam 30 minit beserta dengan soal jawab daripada hadirin.

Rakaman Dialog sepenuhnya telah dibuat oleh KRJ Motivation. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan salinan CD rakaman dialog, boleh lah berhubung dengan Sdr.Shahidan di no. tel.bimbit : 0194757447.

Di kesempatan ini, Wanita /JIM Pulau Pinang selaku penganjur bersama DMM JIMPP dan JIM Timur Laut serta mendapat kerjasama mantap daripada KARISMA USM dan KRJ Motivation ingin merakamkan ucapan Jazakumullah khairan kathira kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langung dalam menyumbang tenaga, wang ringgit, masa dan doa yang berpanjangan bagi memastikan dialog ini dapat dilaksanakan. Semoga Allah swt. menerima amal kita, InsyaAllah.

Wassalam.

Mardiana

Wanita JIM Pulau Pinang


rasanya takat ni saja nk dikongsikan buat masa nie...lepas habis forum je aku terus balik..tak sempat pon nk beramah mesra dengan ahli JIM mahupon audience yg datang..cuma masa program berlangsung tu ada la sembang2 sikit dengan orang yg duduk kat sebelah..(nk tegur akhi Yusni yg berdiri kat sebelah tak berani sbb beliau tak kenal saya ...) mintak maaf semua...sbb menyusahkan sesetengah pihak sbb trus balik...(tak jamah refreshment pon...hehe)...tak sempat nk copy powerpoint dr Har (tapi dila dah tolong save kan..) dan x smpt nk bg nama untuk order cd rakaman program ( tp dah book satu kt komitee nya)...huhu...


lepas prog ni terus bergegas ke rumah tok..ziarah atok ku yg semakin lemah..sbb sakit tua....mg ALLAH mmberi rahmat dan kesejahteraan untuknya....lepas tu pulak terpaksa tunaikan hasrat adik bongsuku untuk beli kete kontol die..ahha....maka balik dari rumah tok terus ke sunshine square...g shoping lak...hadoi penatnya tak terkata..tambah pulak hari tu one day sale kt sana...ramai la orang berpusu2 shoping kat situ...apa lagi...kami sekeluarga smpai rumah..tepat kol 12 malam...pergh..penat tak terkata...sedar tak sedar aku keluar rumah dari pagi pergi keje...buat itu buat ini...pergi sana pergi sini...sampai la tengah malam...ish ish ish....


dan pagi ahad ni aku datang opis lagi....ada training yg wajib team e-educator hadiri...
samapai tengahari....lepas ni nk pergi walimah kawan aku lak..mmber di IIC dulu..lagi pasangan IIC yg bernikah....selepas pasangan IIC cik roznifa dan idzwan ahmad nikah...heheh...

cukup takat nie...

piece...

wassalam..

p/s: dear my freinds..i also miss all of u..but do forgive me if anyting iv done hurts u...its just because i was hurt too....i was in undefined situation...dunno how to tell u...but i guess u know...hopefully u dun misundertand me guys...n thks 4 da luvly poems....luv u all, ida hajar n ros... ;(



puan ros, cik CT, cik wani, cik ida..

No comments: