6.11.08

puisi untukku??



cik wani, en idzwan dan puan ros, cik CT n cik ida..


salam to all..

apa perasaan korang kalau ada orang yg buat puisi khas ditujuakan untuk korang?
mesti best kan....terharu ...ye tak??
ha...kali ni nk paste kan satu puisi...
puisi ni memang khas untuk aku..dan 2 orang lagi sahabatku..iaitu cik ros..(skrg dah jadi puan roz..hehe) dan cik zahida.....geng2 utama masa menuntut di UIA...
puisi ni hasil nukilan cik siti...khas buat kami bertiga...(cik wani a.k.a cik limaumaniss...hehe...cik ida dan cik ros..)...

terimalah....


Secangkir Madah Buat Sahabat (Teristimewa: Ida,Ros,Wani)

Suara- suara itu

Aku amat merindui suara-suara itu

Suara-suara nakal yang sentiasa mengusikku

Suara-suara yang penuh keceriaan

Suara-suara penuh kegembiraan

Suara-suara itu

Aku amat merindui suara-suara itu

Suara-suara yang menemani aku kala sukaku dan dukaku

Suara-suara yang tidak penah jemu menasihatiku

Suara-suara yang sentiasa memberikan keyakinan

Suara-suara yang teguh membisik harapan

Kini aku rindu lagi pada suara-suara itu

Suara-suara yang kadangkala melemahkan semangatku

Suara-suara yang kadangkala menguji kesabaranku

Suara-suara yang kadangkala sedikit menggugat ketenanganku

Namun suara-suara itulah yang setia menemani waktu jatuh dan bangunku

Suara-suara itu

Mempunyai makna tersendiri dalam kamus hidupku

Suatu episod terindah dalam hidupku

Suara-suara itu makin jauh dan semakin jauh

Namun jelas ditelingaku sehingga kini

Suara-suara itu milik sahabat-sahabatku(ida, ros, wani)

Aku rindu suara-suara itu

Aku rindu kamu

Aku sayang kamu

Moga persahabatan kekal terjalin selamanya

Dengan keizinanNya….

- Cik Siti @ Ja-




sebenarnya puisi ni cik siti dah lama post kan kt blog die..pas die post die sms kami bertiga..aku masih ingat lagi ..sabtu lepas..dekat 12 tgh malam waktu aku baru sampai rumah dan kepenatan...cik siti ckp ada hadiah untuk kamu di shamhani wordpress nya....tapi malangnya aku x dapat nk buka pon..sbb tenet kt umah problem..dah dekat 2 mgu tak dapat on9 kat rumah... :( ...then besoknya kebetulan ada kerja kt opis..aku buka wordpress cik siti n baca puisi tu...cuma baru sekarang berkesempatan nk cerita kat sini...hmm....

and this is 4 all of u my dear...dengarkan.... :)


Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


sekian dulu coretan kali ini..malam ni mungkin ada meeting KRJ..mungkin bz sikit malam nie..tp seronok dapat jumpa ahli2 KRJ yg lain dan meeting...pastinya lepas ni ada program yg akan dirancang....semoga ALLAH mudahkan urusan kami semua...ameen.....


wassalam...

No comments: