28.7.08

kite pakai jubah baruuu....















KAKITANGAN dan penuntut UIAM memperagakan jubah baru yang bakal dipakai semasa majlis konvokesyen ke-24 pada 23 hingga 25 Ogos depan.


KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya, seramai 4,112 graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan mengenakan jubah rekaan terbaru serta topi mortar board pada majlis konvokesyen ke-24 universiti itu pada 23 hingga 25 Ogos depan.

Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan UIAM, Prof. Datuk Dr. Md. Tahir Azhar berkata, perubahan itu dibuat sempena sambutan ulang tahun ke-25, UIAM dan keputusan itu bertujuan untuk menyelaraskan standard dengan universiti lain.

Sebelum ini katanya, graduan lelaki UIAM memakai songkok, manakala graduan wanita pula hanya memakai tudung dan jubah rekaan baru itu akan membolehkan semua graduan terbabit kelihatan segak dan kemas.

"Jubah ini selesa dipakai kerana ringan selain rekaannya menunjukkan perbezaan dari segi warna, corak jahitan, benang sulaman dan tambahan hood berwarna bagi menunjukkan perbezaan jurusan graduan berbanding sebelum ini yang hanya kelihatan dipaparkan melalui warna lilitan pada lengan jubah," katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut beliau, walaupun keputusan memakai mortar board telah diambil, UIAM akan tetap mengenakan songkok untuk upacara rasmi yang lain dan pada waktu perasmian majlis konvokesyen.

Bagaimanapun jelas Md. Tahir, terdapat beberapa pihak kurang bersetuju dengan perubahan itu kerana pada mereka, amalan memakai songkok lebih sesuai selain ia mengikut adat Islam.


hmm..x bes lak rasanya sbb dah x de list kt kepala tuh bagi perempuan...nanti mesti 'feel' nye lain...dan tak rasa special dah lepas ni sbb cara pakai sama je macam universiti lain...apa kata anda pulak??

4 comments:

Anonymous said...

apa salahnya kalau di kekalkan list kat tudung dan warna jubah yg dlu..rasanya lebih cantik lagi..krn itulah salah satu keunikan uiam drp university lain..
~sekadar pendapat saja

limaumaniss said...

betul.....memang terkejut jugak dengan perubahan ni,,,tak semua bersetuju...apatah lagi lepas ni imejnye sama saja dgn U lain..takde dah keunikannye.... hmmm...

afandi said...

salam ziarah,

cik Limau selamat pakai jubah baru, jangan lupa pakai topi juga, dari saya.

Anonymous said...

oh encik afandi...dah lama dah tu...anyway thanks ya..best gak pakai mortar tu...