18.9.09

Puasa dan Raya...


Assalamualaikum...

tinggal beberapa hari saja lagi kita nak tinggalkan Ramadhan...sudahkan anda mengejar Lailatul Qadar? atau sudahkah malam itu berlalu....apa pendapat anda? saya harap Lailatul Qadar belum berlalu....masih tak puas lagi mencuba untuk mendapatkan malam itu....jika ia sudah berlalu pon...insyaALLAH ganjaran yang besar menanti kita yg kuat berazam untuk bangun malam untuk bersujud kepadaNYA...insyaALLAH.....ganjaran ALLAH, walaupun hambaNYA tidak meminta, akan tetap jua diberikan kepada hamba2 NYA....begitulah sifat ALLAH yg Rahman (Maha Penyayang) yang kasihkan hambaNYA...tapi sayang jarang kita renung sifat ALLAH itu, apalagi mensyukuri nikmat tersebut...

nak cite tentang program 3R haritu sebenarnya...alhamdulillah penyertaan bertambah dari tahun lepas....hampir 120 peserta join 3R kali ni....walaupun dalam keadaaan cuaca hujan lebat pagi tu, program berjalan lancar , yang bestnya ada gak yang mai dari seberang , semata-mata nak ber3R...oh...kepada yg x tau, 3R stands for Remaja Rai Ramadhan...annual program during Ramadhan, anjuran KRJ.....tahun ni program diadakan kat masjid As-Soghir, Taman Pekaka , first time buat kat masjid ni, alhamdulillah kami dapat kerjasama yg begitu baik dari pihak masjid dan kawasan sekitarnya...

majlis bejalan ikut tentatif dengan pelbagai slot menarik termasuk ceramah dari Dr Danial yg sporting dengan budak2 , dan jugak slot ABJZ yg dikendalikan oleh Hafiz Bai yg datang dari KL...walaupun peserta semua datang dari pelbagai background, tak kurang juga ada juga yg sukar dikawal, kami harap semua slot2 dalam 3R ni memberi impak dan kesan dalam hati2 mereka... walaupun sukar...tapi insyaALLAH jika mereka dapat istiqamah dengan program2 KRJ (KELAB REMAJA JIM) mana tau satu hari nanti mereka akan jadi berguna pada agama dan negara....insyaALLAH...amin...itu la harapan kami sejajar dengan misi KRJ iaitu melahirkan remaja yg soleh lagi musleh...

ok lah dah tak nak berceloteh panjang...sebenarnya dah beberapa hari saya tannguh nk siapkan posting ni tapi tak siap2 jugak....sampai dah nak raya pon nie....tapi masih lagi dalam takuk Ramadhan...maka teruskan beramal....perbaiki amalan walaupun selepas Ramadhan.....dan SELAMAT BERHARI RAYA AIDILFITRI dengan penuh kesyukuran, tanda kita telah mendapat kemenangan......insyaALLAH....


Salam Aidilfitri untuk semua Muslimin dan Muslimat...

sedikit pantun ;)



hari raya buat ketupat..
rendang ada serunding pon ada..
jangan makan banyak2 sangat,
lebih elok kalu kita bersederhana.... (nasihat pada diri sendiri....hehehe)

Selamat Hari Raya untuk semua....
sedikit panduan berhari raya utk anda...



>>>Mari sama-sama kita koreksi diri sejauh mana kita telah hidupkan sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dalam hayat setakat ini...hmm...

Amalan Sunnah Di Hari Raya


Di dalam Islam hanya ada dua perayaan yang disyariatkan; 'Eidul Fitri dan 'Eidul Adha. Anas bin Malik r.a berkata, “Tatkala Nabi s.a.w datang ke Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bergembira sebagaimana di waktu jahiliyyah, lalu beliau bersabda, "Aku datang kepada kalian, dan kalian memiliki dua hari raya untuk bergembira sebagaimana di waktu jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik; 'Eidul Adha dan 'Eidul Fitri’.” (Hadith Sohih: Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa’i)

Berikut ini beberapa amalan-amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah pada hari raya:-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya.

Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya 'Eidul Fitri, dan 'Eidul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya; mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Memakai pakaian terbaik yang ada.

Imam Ibnul Qayyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbaiknya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk solat 'eid (hari raya) dan solat Jumaat…”

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan murah (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam). Perlu diperhatikan, bahawa pakaian yang terbaik dan bagus bukan bererti pakaian yang baru! Perkara ini perlu disampaikan kerana ada anggapan yang salah yang menyusahkan sebahagian masyarakat yang berekonomi rendah.

3) Menjamah makanan sebelum/selepas keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya 'Eidul fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada 'Eidul Fitri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada 'Eidul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

4) Berjalan Kaki Menuju Tempat Solat Lapang

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah ialah engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

5) Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (pergi dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)

6) Memperbanyakkan Takbir Sejak Keluar Rumah Sehingga Solat

“Nabi s.a.w apabila pada hari raya 'Eidul Fitri, beliau bertakbir sehingga sampai tempat lapang (tempat didirikan solat hari raya) dan melaksanakan solat. Apabila selesai solat, beliau memutuskan takbirnya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf, lihat Ash Shahihah)

Dalam hadis ini terdapat dalil tentang disyari’atkan takbir secara kuat ketika berjalan menuju lapangan sebagaimana dikerjakan oleh kaum muslimin, sekalipun majoriti mereka sudah mulai meremehkan sunnah ini.

Seharusnya umat Islam jangan terlalu disibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya 'Eidul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

7) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya :" Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabbalallahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka"
( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

8) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim



'EID MUBAARAK!
Taqabbalallahu minna wa minkum...ameen


4 comments:

Leenoh said...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin..

limaumaniss said...

Leenoh...

Selamat Hari Raya buat pokcik sekeluarga.....:)

limaumaniss said...

Leenoh...

Selamat Hari Raya buat pokcik sekeluarga.....:)

limaumaniss said...

BUJANG SUSAH ...

trima kasih tuan!!