8.7.12

Peluang Menambah Pahala...Rancangkannya Sekarang!


Assalamualaikum dear readers,

semalam bertemu seorang sahabat di pertemuan kali kedua selepas perkenalan kami, dia kata selalu baca blog saya, macam x percaya...rumah yang bersawang ini pun masih ada pelawatnya...hehee (daripada insan yang baru dikenali pulak tu)...mungkin itulah yg membuat saya ada secubit semangat utk mencoretkan sesuatu di sini pada keesokan harinya....

al kisahnya.....aduhai...banyak sebenarnya cerita bergambar yang nak dikongsi dengan pembaca LM, tapi apakan daya, x leh luang masa lebih2 sangat di ruang blog ini....masa amat mencemburuiku, apalagi di semester kali ini aku mendapat satu lagi subjek baru untukku mengajar di kolej...seperti biasa kalau dapat je subjek baru, hidup seakan sikit huruhara kelamkabut dan x menentu...sbb asek kena menelaah sendiri benda baru yg x pernah aku pelajari sebelum ni....tiap kali hadir saja bulan puasa pasti hal yg sama akan terjadi (eh, padahal baru masuk tahun kedua aku dgn profesion mengajar ni...err)...dugaan juga di bulan ibadah utk aku terus hidup dalam 'huruhara' ini.. but from previous experience, i still managed to handle that...alhamdulillah...x mau sebut panjang kisah suka duka selama 4 bulan melalui semester yang sebegitu sambil memenuhi Ramadhan dgn amalan seoptimum mungkin...


walaupun Ramadhan kali ini akan dilalui dengan situasi yg sama seperti tahun lepas, perkara yg ingin ku promotekan nanti tak kurang juga pentingnya....kenapa? ia memberi peluang anda menambah pahala...yang berpanjangan hendaknya, insyaALLAH...apakah itu?

Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang...secara ringkasnya, MIPHC PP 2012 bersamaan ahun 1433 H. Bagaimana nk tambah pahala? dengan membeli kerusi atau meja dan hadir pada majlis ini untuk meraikan Saudara-saudara baru kita sambil berbukan puasa....sokongan wang ringgit anda tidak akan di sia-siakan melalui program ini...Hala tujunya adalah untuk pembangunan penyebaran kebenaran Islam dan kebajikan Saudara baru yang memeluk Islam,juga yang berminat dengan Islam...bayangkan sekali anda menyumbang, ke mana ia akan pergi dan membuahkan hasil yg lumayan utk anda kutip di akhirat nanti...

dengan adanya borang di bawah, anda boleh saja mengambil dan mengisinya untuk tujuan menyumbang ikhlas kepada Hidayah Centre Pulau Pinang atau dengan membeli kerusi/meja dan hadir pada Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang anjuran Hidayah Centre Pulau Pinang dengan kerjasama Pertubuhan Ikram Malaysia (Pulau Pinang). Mudah kan..dan kita jumpa di Kompleks Tabung Haji pada 5 Ogos 2o12, Ahad kedua puasa utk Ramadhan kali ini..

borang sumbangan (kiri)

di tengah2 brosure ini anda diberikan maklumat aturcaranya, rugi jika x menyertainya, penceramah hebat2 belaka, ada celebriti TV lagi....apa tunggu lagi, jgn lepas peluang berjumpa lebih dekat lagi dengan ilmuan2 ini sambil berbuka bersama-sama nanti...;)

jadi, tunggu apa lagi, tinggal lbh kurang 2 minggu lagi utk berpuasa, dan lbh kurang sebulan untuk menjayakan MIPHC ini...maka mulalah merancang kewangan anda untuk 'diagihkan' atau infaq pada jalan ALLAH melalui program Iftar Perdana ni kan...?mulakan plan anda, berapa agak2 harta yang ingin ditukarkan menjadi saham kekal akhirat kelak..?;)


oh sebelum terlupa...pada yang ingin merancakkan lagi promo ini, kita semua hangatkan lagi dengan video2 promo beberapa episod di channel HidayahCentrePenang...duration x lama..jemputlah menontonnya utk maklumat lanjut...

LM nampaknya dah letih mengetype walaupun ceritanya x lah panjang berjela2,dengan itu kita sudahi dgn Tasbih Kifarah, moga2 ALLAH memberkati harta yang dibelanjakan pada jalan ALLAH dan dan memberkatai Masa kita sendiri... Allahua'lam...




you are most welcome!

No comments: