6.10.09

Bercinta Sampai Ke Syurga??

assalamualaikum...

kali ni kita nk cerita tentang sebua buku...baru je habis baca buku ni kul 12 malam semalam...so hari ni ingat nk kongsi sikit2 pandangan tentang buku ni...



mungkin tak semua yg tau saya dah pernah baca buku siri pertama Aku Terima Nikahnya dulu...tapi tak mengapa...boleh review kat sini.. apapun siri kedua buku ini tidak kurang juga menariknya...pelbagai isu dibincangkan dgn pelbagai corak jalan cerita, baik dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain, mahupun pendapat2 yang bernas, yg boleh digunapakai dalam kehidupan seharian....mcam2 cerita ada....dan orang kata, bila kita baca sebuah buku, kita sedang menyelami isi minda penulis buku tersebut...memang pun begitu...


rentetan daripada Aku Terima Nikahnya 1 (ATN 1), buku siri kedua lebih menekankan kisah2 selepas mendirikan rumah tangga...ia membawa kita ke alam rumahtangga yang penuh dengan tanggungjawab serta amanah, disulami perasaan cinta antara dua insan....rupanya nak bercinta sampai ke syurga ni memang payah, kecuali cinta berlandaskan syariatullah...nak mengekalkannya juga payah...penuh onak ranjau kerana manusia sering berubah, jgan dimimpi pasangan akan kekal seperti semasa bercinta, semuanya enak2 belaka, tapi bersedialah berjuang mengekalkan kemanisan bercinta diselang seli dengan ujian dan dugaan dari ALLAH , kerana......

"cinta tanpa tanggungjawab itu adalah bencana, tanggungjawab tanpa cinta adalah beban dan derita...."


dan sebenarnya banyak lagi nak ulas...tapi cukup sekadar ku memberikan beberapa sub topik yg menarik utk kalian renungi...mungkin juga sekadar menarik perhatian kalian yg belum lagi membaca buku ini...antara kandungan yg attraactive nya adalah..

-->Sebelum dibius cinta??
--> Sang Kancil bukan Mukmin Professional
-->Permulaan yang baik bukan satu jaminan
-->Bahagiakan dirimu dengan satu isteri!!

dan tentunya yg paling akhir,
--> Bercinta Sampai ke Syurga..



Lepas ni nak baca Travelog Tarbiyah Saifulislam pula...Rindu Bau Pohon Tin (dah tak sabar ni, tapi tunggu besok je la...mata dah semakin menunduk ni,.. :)




Sekian.


p/s: Selamat Bernikah kepada yang akan menikah bulan Oktober ni...moga ALLAH memberkati pernikahan kamu dengan mawaddah wa rahmah, kekal bahagia hingga akhir hayatmu....haruslah sentiasa ingat, permulaan yg baik bukan satu jaminan, ia hanya permulaan...sekian, no heart or hurt feeling....syukur pada ALLAH jua atas segala kurniaanya pada kita..... :|

7 comments:

diyana Farid said...

mana nak beli buku ni. Tak sangka dah keluar. aku dulu nak beli tapi xtau kat mana yg available. hehhehe

limaumaniss said...

aduhai diyana..kat kedai2 buku biasa pon ada...senang je nak cari...tp kalu hg p cari tak jumpa jugak tu sbb laku sangat...mcm ATN 1 ...

see here... http://saifulislam.com/?p=6793#more-6793

diyana Farid said...

babe, tak bleh bukak la di opis aku ni.aku dah try masa awal2 masuk.

"Sila hubungi kpktsecurity@kpkt.gov.my untuk pelepasan sekiranya berkaitan dengan tugasan kerja pejabat. "

camna tuh? nanti aku carik kat MPH atau Popular.

Guru said...

assalammualaikum

selamat membaca

limaumaniss said...

d i y a n a ..

la..mmg x le buka blog ek kat sana...
hmm..carila cepat2 kang habeh plakk stok2 baru tu...

diyana Farid said...

aku dah carik kat MPH. mmg xda laa:(

limaumaniss said...

d i y a n a..

erm....nnti kalu aku jmpa aku bli dulu...hg mai amek kt aku bila balik penang....tapi kalu hg dah bli...jgn lupa gtau aku ek...