21.8.12

ceritera pre & post raya...

Assalamualaikum dear LM readers...

memandangkan ada masa sikit, walaupun ada kerja tp x de mood nk buat kerja sbb masih mood raya, kita update pasal raya & posa je lah yer..[jarang2 ada masa mcm ni,alhamdulillah...heaven..hehe]

nak cerita ttg posa...macam x best...prestasi tahun ni rasanya x berapa baguss....tapi antara yg bestnya ialah kejayaan MIPHC...alhamdulillah, semuanya dgn bantuan ALLAH jua..HCPP berjaya menganjurkan Iftar Perdana kali ke3 dan mencapai target dana yang ingin dikumpul...
kali ni paling best kot, nampak meriah dgn backdrop besaq kat belakang dihiasi kain rentang yg kami buat sendiri di sekeliling backdrop tu..nk cover dinding kat tepi tu..hehe..terima kasih tak terhingga kepada volunteer2 /rakan Hidayah Centre yg sudi membantu..melimpah ruah AJK kali ni....:P
harus laa ada gamba dgn minah ni...hehe, bukan senang nak join jadi AJK nih..


sambung cerita raya pulak...malam raya macam biasa kt rumah tok sebelah mak, di mana?di Batu Uban..10 minit je perjalanan dari rumah aku...walaupun tok dah x da, tetap jadi tradisi kami berkumpul malam raya kt sana, berbuka hari terakhir dan sambut raya...ada sorang indian revert yang berbuka dengan kami sekeluarga kali ni..x sempat nk interview dia..x pelah...mudah2an kegembiraan buat dia bila berbuka dan beraya dgn famly yg kecoh ni...:)

banyak kelainannnya kali ni raya di kampung...mungkin jugak kali ni kali yg terakhir kami beraya kat sana...sbb lepas ni kami dah x de kampung...tmpt yg ciput tu dah nak dimusnahkan dan dibina rumah2 mewah kt situ...sedih tak terkata kami..apakan daya kami..hmm...

rumah tok...dalam kenangan..

rumah tok kami sejengkal je dengan 'KLCC' kt tepi jambatan PP ni..

dalam sedih2..kami tetap hepi dgn agenda2 malam raya kami...antara yang lain sikit tahun ni, ada lucky draw selepas kami takbir ramai2 dalam rumah...kecoh abes dgn lucky draw yang x berapa nk lucky draw sangat...haha...ada jugak yg x dapat hadiah,,,tp yg paling best, grand prize winner is my family...famly makjang...dpt adiah paling besaq...lagi best, makjang (my mom ) mmg suka sngt present tu sbb benda tu paling di nanti nantikan......syoknye...haha...happening habesla time lucky draw ni..

takbir raya berjemaah..last takbir di sini...:'(

mak sibuk buka adiah lucky draw..famly makjang won! huhu:)

ada lagi yg lain tahun ni...menu makan malam special, western food...ayam/kambing BBQ, coleslow dan mash potatoes....semua kami gotong royong buat sendiri wooo....sedap sampai x cukup , semua nak lagi!!
kalu tahun2 lepas malam2 lepas buat ketupat rendang kami masak nasi tomato n ayam rose, tapi thn ni tukar menu western! dan semua stuju tahun depan buat lagi menu yg sama! sbb sedap sngat...alah...x yah tunggu tahun depan...bila2 rajin nnti kumpul ramai2 dan masak sama2 lagi!...layan gamba2 kt bawah ni...gmbar potato x smpat amek...sekelip mata habis dimakan dgn kuah lada ala2 KFC tu dgn ayam panggang....fuh..

home made coleslaw + mayo + thousand island sos..ada kobis ungu kata makcikku...kalah KFC camni!


tahun ni lajuuuu je aku buat ketupat...entah dari mana datangnya kecekapan tu...mungkin sbb lepas kena marah dgn makngah kat sebelah tu sbb mai lambat, bila sampai je dah nak siap ketupat tu...hehehe...

ni semua hidangan lepas buka puasa dan takbir...sambil2 budak2 main2 kat luar rumah tu, sedara mara lelaki duk masak BBQ kambing/ayam.

sodappnye lepas diperap...

makan punya makan, sampailah tgh malam...akhirnya,kul 1 pagi baru pulang ke rumah semula...ada gak famly makcik yg ambil kesempatan bermalam di rumah tok kali terakhir...tapi famly aku prefer balik rumah tido, mudah nak siap2 esok bangun pagi solat Raya...letih..itupun kul 2 pagi baru tido...adik bongsu ku, terbabas solat raya...!


bersambung...

8.7.12

Peluang Menambah Pahala...Rancangkannya Sekarang!


Assalamualaikum dear readers,

semalam bertemu seorang sahabat di pertemuan kali kedua selepas perkenalan kami, dia kata selalu baca blog saya, macam x percaya...rumah yang bersawang ini pun masih ada pelawatnya...hehee (daripada insan yang baru dikenali pulak tu)...mungkin itulah yg membuat saya ada secubit semangat utk mencoretkan sesuatu di sini pada keesokan harinya....

al kisahnya.....aduhai...banyak sebenarnya cerita bergambar yang nak dikongsi dengan pembaca LM, tapi apakan daya, x leh luang masa lebih2 sangat di ruang blog ini....masa amat mencemburuiku, apalagi di semester kali ini aku mendapat satu lagi subjek baru untukku mengajar di kolej...seperti biasa kalau dapat je subjek baru, hidup seakan sikit huruhara kelamkabut dan x menentu...sbb asek kena menelaah sendiri benda baru yg x pernah aku pelajari sebelum ni....tiap kali hadir saja bulan puasa pasti hal yg sama akan terjadi (eh, padahal baru masuk tahun kedua aku dgn profesion mengajar ni...err)...dugaan juga di bulan ibadah utk aku terus hidup dalam 'huruhara' ini.. but from previous experience, i still managed to handle that...alhamdulillah...x mau sebut panjang kisah suka duka selama 4 bulan melalui semester yang sebegitu sambil memenuhi Ramadhan dgn amalan seoptimum mungkin...


walaupun Ramadhan kali ini akan dilalui dengan situasi yg sama seperti tahun lepas, perkara yg ingin ku promotekan nanti tak kurang juga pentingnya....kenapa? ia memberi peluang anda menambah pahala...yang berpanjangan hendaknya, insyaALLAH...apakah itu?

Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang...secara ringkasnya, MIPHC PP 2012 bersamaan ahun 1433 H. Bagaimana nk tambah pahala? dengan membeli kerusi atau meja dan hadir pada majlis ini untuk meraikan Saudara-saudara baru kita sambil berbukan puasa....sokongan wang ringgit anda tidak akan di sia-siakan melalui program ini...Hala tujunya adalah untuk pembangunan penyebaran kebenaran Islam dan kebajikan Saudara baru yang memeluk Islam,juga yang berminat dengan Islam...bayangkan sekali anda menyumbang, ke mana ia akan pergi dan membuahkan hasil yg lumayan utk anda kutip di akhirat nanti...

dengan adanya borang di bawah, anda boleh saja mengambil dan mengisinya untuk tujuan menyumbang ikhlas kepada Hidayah Centre Pulau Pinang atau dengan membeli kerusi/meja dan hadir pada Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Pulau Pinang anjuran Hidayah Centre Pulau Pinang dengan kerjasama Pertubuhan Ikram Malaysia (Pulau Pinang). Mudah kan..dan kita jumpa di Kompleks Tabung Haji pada 5 Ogos 2o12, Ahad kedua puasa utk Ramadhan kali ini..

borang sumbangan (kiri)

di tengah2 brosure ini anda diberikan maklumat aturcaranya, rugi jika x menyertainya, penceramah hebat2 belaka, ada celebriti TV lagi....apa tunggu lagi, jgn lepas peluang berjumpa lebih dekat lagi dengan ilmuan2 ini sambil berbuka bersama-sama nanti...;)

jadi, tunggu apa lagi, tinggal lbh kurang 2 minggu lagi utk berpuasa, dan lbh kurang sebulan untuk menjayakan MIPHC ini...maka mulalah merancang kewangan anda untuk 'diagihkan' atau infaq pada jalan ALLAH melalui program Iftar Perdana ni kan...?mulakan plan anda, berapa agak2 harta yang ingin ditukarkan menjadi saham kekal akhirat kelak..?;)


oh sebelum terlupa...pada yang ingin merancakkan lagi promo ini, kita semua hangatkan lagi dengan video2 promo beberapa episod di channel HidayahCentrePenang...duration x lama..jemputlah menontonnya utk maklumat lanjut...

LM nampaknya dah letih mengetype walaupun ceritanya x lah panjang berjela2,dengan itu kita sudahi dgn Tasbih Kifarah, moga2 ALLAH memberkati harta yang dibelanjakan pada jalan ALLAH dan dan memberkatai Masa kita sendiri... Allahua'lam...




you are most welcome!

25.4.12

Jualan kecil kecilan..

Salam..

bagi salam ni ada orang nak jawab ker?ada ker orang nk datang tengok LM lagi sejak semua orang ada FB ni...:)

anyway...andai ada pengungjung insyaALLAH salam itu disambut..no worries..
dah asek selalu tulis status kt FB..bila sampai sini x tau pula nk tulis apa...
sebenarnya nk cerita ttg kain2 pasang n baju kurung siap yg sedang LM jual...x banyak tp boleh la buat 'come back' sejak D'Zehra tu berkubur... nak tengok kain2 nya?
bolehla masuk FB.. ikut link ni...


dan sini..


hehe..sepatutnya link2 ni kena letak kt blog d'zehra tu..sbb kt sanalah blog rasmi barang2 jualan LM... tp disebabkan LM pk x de masa nk upload satu2 dengan line yang serupa kura-kura ni, maka kita buat short cut jer la promo link FB terus kat sini....


teringat pulak kt geng2 mohabbatein dalam conferense kitorang di FB aritu..nk menghidupkan kembali Barakah.Sdn Bhd ( sejak bila wujudnya compeny nih?ehehe) dengan menjual barang2 baby...dalam sehari semangat semua sampai nk buat proposal n website dah...aleh2 esoknya tak jadi...x perlah..mungkin belum rezeki kita nk berbisness sama2...bisness kecik kecilan macam ni lah jugak kita mulakan dulu dgn usaha masing2...dah dpt untung banyak nanti kita bangunkan semula Barakah.Sdn Bhd kita..insyaALLAH..mudah2an cita2 kita sejak dulu ni tercapai satu hari nanti...mungkin dalam 5 6 tahun lagi...siapa tahu..dengan kesungguhan kita, ALLAH bantu, walaupun masing2 duduk berbatu2 jauhnya...tapi tak mustahil dengan kemudahan yang ada skarang kan?...insyaALLAH ameen...


cukup cerita ttg bisnes ni... LM doakan kawan2 yg baru nk mula bisnes ..atau yg dah mula..atau yg baru nk bangkit semula dalam bisnes ni boleh istiqamah dalam bdg ni walaupun susah nk survive...sbb banyak sangat persaingan... mudah2an berjaya dgn usaha masing2... Nabi pun berniaga...elok sangat la kita x putus asa bila dh terjun dalam bdg ni... my prayer with u..especially mohabbatein2 yang dah lama teringin nk buka bisnes sendiri...:)


till we meet again...jemput tengok baju kurung siap dan kain2 pasang di atas..slamaat menjamu mata... dan membelibelah... :)

wassalam..



25.3.12

Global March To Jerusalem



KAWAN2!!!!!!!!!!!!!! AMBIL TAHU TENTANG 30/03/2012

Mengapa tarikh 30 Mac?

Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.

Apakah kepentingan GMJ diadakan pada 30 Mac 2012?

Pada tahun ini, GMJ berhasrat untuk meraikan 30 Mac sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat diseluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci. Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat diseluruh dunia.

GMJ akan menyatukan usaha-usaha masyarakat dunia secara umumnya dengan membawa amanah daripada dunia untuk menuntut Israel supaya mengakhiri kedegilan mereka dalam mematuhi Undang-undang Antarabangsa dan mengakhiri penaklukan mereka secara haram ke atas Baitulmaqdis dan Palestin secara menyeluruh.

GMJ akan menjadi arus perdana dalam perjuangan Jerusalem, bandar yang merupakan kunci kepada keamanan di seluruh pelusuk benua dan dunia. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman kami sebagai inspirasi, satu sejarah bakal tercipta dengan terkumpulnya kekuatan dan semangat hasil daripada pemuda dan pemudi yang telah mencetus gelombang revolusi Arab yang telah menumbangkan rejim-rejim yang autokratik.

22.2.12

Interfaith Dialogue

salam semua..

last week LM ada join IDT Fasa 2, apa tu IDT? Interactive Dakwah Training, selama dua hari mengisi weekend dgn ilmu2 perbndingan agama..banyak input , balik rasa berat kepala.. tapi syukur yg teramat ditaqdirkan ALLAH dipilih utk belajar ilmu2 public talk,ilmu debat, dan mcm2 lg..semua ni utk mempersiapkan diri utk dakwah kepada orang2 yg belum islam...

erm..mesti ramai yg tanya, kenapa nk sibuk2 dakwah kepada yg belum islam...?kenapa perlunya kita yg islam nk ajak orang islam masuk islam?

jawapan mudah kerana agama Islam itu agama yg benar...diredhai ALLAH...secara ringkasnya, orang Islam memang disuruh mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran...semua orang tau kan...? dan Rasulullah juga menyuruh kita menyampaikan walau satu ayat...dakwah iaitu mengajak, menjemput yg belum Islam kepada Islam...

maka dengan itu...LM pun nk menjemput dan mengambil kesempatan utk menjemput semua pembaca LM ke program harmoni dialog antara agama (Interfaith Dialogue) ...here are the details..jemputla datang..LM tak sempat nk tulis panjang...:)