28.11.08

mati itu pasti!!

perjalanan sebelum naik kereta mayat??

alfatihah kepada allahyarhamah nenek (sebelah bapa) ku yg telah kembali menemui penciptaNYA semalam...
aku tidak sempat untk berada di sisinya di saat2 akhirnya namun apa yg aku ketahui permintaan terakhirnya untuk berjumpa anak bongsunya termakbul. dari cerita yg ku dengar, beliau di saat2 akhirnya teringin sangat nk jumpa dgn pak su ku...lantas mereka memanggil paksuku dengan segera dan dia pon datang....tak sangka nenek ku menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan paksu ku....disaksikan oleh isteri paksu ku dan makcik2 ku yg laatin.....innalillah hi wa inna ilahi rajiu'n....


aku tidak punya atok lagi.. kedua2 atok dan tokwan ku sebelah mak dan ayah telah tiada lagi...
namun sempat juga aku melihat saat2 akhir kematian nya...nenek ku telah lama sakit...operation pun sudah....tukar darah dan tambah darah pun sudah....dari penyakit di perut sampai la penyakit melarat ke bahagian hati...yg menyebabkan perut nenekku nampak bulat besar seakan sarat mengandung di waktu matinya.....sayunya melihat keadaannya ketika aku bergegas ke surau di mana mayat berada....ketika aku sampai.,...mayat baru hendak dimandikan..sempat aku menjenguk wajah nenekku...dan aku juga berpeluang memandikannya walau sejurus sahaja...kerana ramai lagi saudara2 tak nak lepaskan peluang memandikannya...


tak lama lepas tu dah masuk waktu asar, masih sedara2ku masih lagi memandikan nenek ku...aku pula naik ke atas tingkat 3 (rumah tok) untk solat asar terlebih dulu, nanti nak tengok atokku dikafankan pula....tapi malangnya x sempat...selesai saja lepas solat aku turun semula ke surau di tngkat dua ...malangnya atokku dah dikafankan dan mereka dah besiap sedia nk solatkan jenazah....


nampaknya x de rezki nk menatap wajah nenek ku lagi...dua tiga hari lepas pon semasa aku menziarahi nenek dan hendak pulang, dia dah tertidur, tak sampai hati nk kejutkan untuk ku bersalam degannya sebelum pulang....dan itula kali terakhir aku menziarahinya (semasa sakitnya)....dan kali terakhir semasa dimandikan....semoga ALLAH mencucuri nikmat ke atas rohnya....dari cerita yg aku denagar...beliau meninggal dalam keadaan yg mudah dan tenang...moga diringankan azab di alam sana...dan moga kematian ini sentiasa mengingatkan kami akan persediaan kami di dunia sebelum kami pon menjadi mayat dan meninggalkan dunia ini....ameen...

panduan bersama..

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”


ameen..ya Rabbal alameen...

6 comments:

Unknown said...

itulah fitrah semulajadi manusia.

entah bila pulak mase kita?

;-)

limaumaniss said...

wallahua'lam...
bekerjalah seolah kau akan mati 1000 thn lagi, beramallah seolah kau akan mati esok hari...

Leenoh said...

Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama-sama orang yang solih,amin.

Allahyarham bukan Allahyarhamah kerana perkataan itu perkataan perbuatan bukan nama, sama ada lelaki atau perempuan kita menyebutkannya Allah yarham bermaksud Allah mengasihaninya.

Mati itu bukan milik orang tua atau muda, sesiapa sahaja boleh mati, orang yang pertama mati ialah Habil orangnya masih muda.

oleh itu saya mengingatkan diri sendiri dan orang lain,
Bekerjalah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-seolah kita akan mati esok.
Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

limaumaniss said...

Leenoh...

ilmu baru nie...terima kasih kerana menegur...dan mengingatkan...

Unknown said...

Inna Lillahi wa Innaa Ilaihi Roji'uun. Nenek dok di kampung mana tu? cantik dgn sawah menghijau?

Anonymous said...

terima kasih makcik siti..
gambo tu bukan gamba sebenar...atok sebelah bapa saya ni x da kampung..duk bando je...