7.3.09

Kempen Palestin JIM Tidak Bermusim



Kempen Palestin JIM Tidak Bermusim

Pagi tadi beli Majalah I ..tengok muka depan…ada muka sorang pakcik nie..
Tengok muka macam kenai...tapi tak ingat kat mana…

Bila baca kat dalam rupanya pasal isu Palestine …

Ir. Zairulshahfuddin Zainal Abidin kelihaatan smart je pakai vest JIM sambil tersenyum (posing khas kot utk majalah I..) ..

Antara intipatinya ialah


“ bagi Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai sebuah NGO Islam yang sudah agak lama ditubuhkan, mereka melihat isu Gaza dari aspek yang lebih holistic; akidah dan kemanusiaan”

Akidah


  • kerana ia melibatkan pembebasan masjid Al-Aqsa sebagai kiblat pertama

Kemanusiaan

  • isu rakyat Palestine yang telah dinafikan hak asasi mereka dari segi ekonomi, makanan kesihatan dan keselamatan sebagai sebuah Negara yg berdaulat.


  • JIM lebih melihat isu kemanusiaa ini adalah isu hak asasi kepada golongan manusia yg harus dilindungi iaitu anak-anak, wanita dan orang tua.

Kempen Berterusan JIM
  • isu palesstine ada bidang utama JIM selain menubuhkan pelagai lagi institusi seperti Raudhatus Sakinah, Institusi Akademi Islam Malaysia dan lain2
    .


  • Antara aktiviti berterusan JIM ada lah menyebarkan maklumat dan fakta berkenaan Palestine, ceramah dan sesi penerangan ( yg meningkat dari 15 sesi ke 40 sesi sejak serangan dilakukan ke atas Gaza).


Saluran Derma


  • Jumlah yg tlh berjaya dikumpul adalah sebanyak RM 600 000 dan mencecah 1.5 juta sejak dua tahun kebelakangan ini..


  • JIM telah didaftarkan di bawah intenational institure iaitu Al-Quds Institution di Beirut yang memberi authority kepada JIM utk mengutip wang derma untuk Palestine.


  • Wang disalur ke Gaza melalui FIMA ( Federation of Islamic Medical of Association).


  • Menurut Naib Presiden Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa JIM ini, bantuan kewangan adalah lebih praktikal sbb peralatan yang perlu boleh dibeli di Gaza dengan harga yang murah

  • Kutipan derma akan lebih spesifik di masa akan dating. Contohnya RM 300 000 utk membina sekolah atau RM 100 000 untuk membeli ambulans…

sekian...sedikit summary utk dipaparkan di sini..nak tau lanjut cepat-cepat p bli Majalah I ni...banyak lagi isu best2 bulan Mac ni....


wassalam...


p/s: kalau anda perasan ada perubahan sikit kat blog nie...kt atas menu tu ada menu baru...cuba click..moga bermanfaat...;-)

No comments: