6.4.09

Bengkel Penulisan Remaja Kreatif

suasana di hari program..

salam to all...

bengkel penulisan remaja ni dah sehari berakhir namun baru sekarang saya ada masa nk update..hehehe...

Program alhamdulillah berjaya dilangsungkan dgn peserta seramai lbh kurang 20 orang dari pelbagai peringkat umur...dari remaja hinggalah ke lingkungan usia belia...

Peserta memang tertarik dengan pendekatan dan pengisian bengkel ini...nampak obviously mereka menunjukkan peningkatan prestasi menulis di slot akhir bengkel ini...ayat makin berbunga2 mengikut teknik2 yg telah di ajar....memang hebat depa nih...ada bakat nk jadi penulis profesional....dan mereka semua digalakkan mula membuka blog masing2 utk mengasah bakat menulis yg sedia ada....

khusyuk...sebelum slot larian mata pena..

dalam pada tuh program ni sempat mendapat liputan dari wartawan Sinar Harian....tak perasan pulak bila wartawan ni datang....saya keluar dewan kejap..bila masuk balik , tengok2 dia duk tengah snap gamba2 program....lepas tu duk kejap sembang2 dgn adik tuh (tdung hitam), then dia pergi interview penceramah program nie...prof madya Umi Kalthum...


apa la agaknya yg ditanya tuh



Program mendapat feedback yg menarik dari peserta. Antaranya..

1) Bengkel ini cukup santai. Pengurusannya cukup baik. Cuma kadangkala saya lost sekejap sebab matlamat penulisan kreatif ini tidak menjurus pada cabang yang spesifik. Cadangan semoga penganjur boleh menganjurkan bengkel yang lebih jelas seperti bengkel Penulisan Kreatif (CERPEN), (SAJAK)atau Penulisan( ARTIKEL)sahaja. Apapun, saya GEMBIRA mengikuti bengkel ini.

2) Saya harap bengkel ini berterusan walaupun ada sesetengah orang mengatakan bengkel ini bosan tetapi bagi saya ia amat MENARIK. Malahan dapat mengcungkil bakat-bakat remaja dalam penulisan. Saya rasa bengkel ini dapat membantu saya untuk mendapatkan idea untuk menulis.

3) Harapan agar bengkel ini di dadakan lagi dan berlanjutan 3 ke 4 hari. Kem ini memberangsangkan, sayang ianya hanya 1 hari suntuk. Tidak puas dan rasa ingin mengetahui tentang pengalaman dan ilmu yang hendak di kongsi.
Ini lah di antara komen-komen dari para remaja yang hadir.
"KEMBARA HATI MENEROKAI JIWA"

(kredit to kak lat for the feedback n comments)..


bengkel penulisan kreatif..gambar pun kreatif... :)

2 comments:

en_me said...

salammm, thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww.. moga2 kiter leh jadik rakan siber yg baik baik..

limaumaniss said...

salam...thnks en me...